Tahniah Dr. Mujahid kerana berjaya dalam kes saman fitnah Dusuki
Rani.
Dusuki memfailkan saman terhadap Dr. Mujahid berikutan tweetnya
yang menyebut Dusuki telah membuat fitnah dengan mengatakan aset Tabung Haji
telah dijual kepada orang bukan Islam.
Menang satu hal. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, alasan
penghakiman yang dinyatakan.
Mahkamah mendapati tweet Dr. Mujahid bukan satu fitnah terhadap
Dusuki kerana terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan
Islam.
Kalau tweet Dr. Mujahid tak fitnah Dusuki, bererti Dusukilah
yang fitnah Dr. Mujahid. Betul tak? Ini apa busuk punya kaki, pakai title ustaz
tapi sebarkan fitnah. Bikin rosak imej Islam je!
Rakyat kena tahu ini. Dalam PAS yang digelar ustaz, yang
dipanggil ulama pun memfitnah. Mereka tak pentingkan akhlak. Mereka sanggup
reka fitnah demi kepentingan politik.
Jadi PAS memang tak boleh dipercayai. Perjuangan Islam hanya
topeng. Mereka tunggang nama Islam demi dapatkan sokongan. Dengan sokongan itu
mereka mahu dapatkan kuasa. Sebab itu sampai sanggup sebarkan fitnah.
Sudahlah buat fitnah, disebarkan pula di ceramah dalam masjid.
Apa nak jadi? Sanggup cemarkan institusi masjid. Kalau mereka ini diberi tempat
lagi, maka akan suburlah budaya fitnah di negara kita. Guane boh?