Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
BERITA PELESU
Macam-macam taktik UMNO guna nak tunjuk Najib tak bersalah
kononnya. Sampai sanggup reka cerita Tengku Maimun tak dibenarkan ke istana
Kelantan.
Baca di sini: https://bit.ly/3TodTYQ
Semua ini cuma untuk meruntuhkan kredibiliti Ketua Hakim Negara
supaya pengikut yang bodoh akan rasa Sultan Kelantan pun sokong Najib.
Dah puas tunggang agama dan bangsa, sekarang ni istana pun dia
nak tunggang. Memang nampak sangat terdesaknya. Dah kehabisan idea ni.
Pihak Istana Kelantan bersedia ambil tindakan mahkamah. Aku
harap itu berlaku. Tengok dorang bukak tabung Milo pula nak bayar saman nanti.
Guane boh?
LAWAN TETAP LAWAN KINI UMNO LAUNG SOKONG NAJIB
Lawan tetap lawan kini Umno laung sokong Najib
on:
Musuh politik yang menghina perjuangan KEADILAN sejak 1998 lalu kini merasai perubahan yang dibawa oleh arus Reformasi selepas dua dekad.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh yang panjang, bergerak perlahan tetapi pasti rakyat mula menerima keupayaan parti pelbagai kaum untuk bersatu dan memerintah berbanding sebelum ini hanya parti menggunakan platform kaum dan agama sahaja yang dianggap layak memerintah.
“Musuh kita mengejek, tetapi mereka lupa kita telah memimpin perubahan selama 20 tahun dalam negara. 1998 dahulu bila Reformasi berlaku, pimpinan senior kita mengambil keputusan kita bawa politik pelbagai kaum. Ramai salahkan bukan Melayu kerana tidak mahu bawa perubahan.
“Kerana kita kental dengan konsep pelbagai kaum itulah kawan lama kita, Pas tinggalkan kita. Mereka tak percaya dengan politik pelbagai kaum.
“Namun kalau tidak kerana politik pelbagai kaum itu, kita mustahil menang pada tahun 2018.
“Sebab tahun 2018 itu adalah gelombang rakyat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan (meyakini PH). Kalau kita ambil jalan yang Pas ambil, yang sekarang Bersatu ambil, kita tidak memimpin,” katanya.
Menurut Rafizi lagi, menjadi satu ironi selepas 2 dekad bukan sahaja bekas pemimpin Umno menjadi sekutu KEADILAN tetapi cogan kata keramat Reformasi “Lawan Tetap Lawan” telah digunakan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam menentang kerajaan yang menjatuhkan keputusan bersalah terhadap pimpinan ulung mereka.
“Bila bicara Najib (di Mahkamah Persekutuan) ada penyokong berteriak Lawan Tetap Lawan. Berpuluh tahun hina Lawan Tetap Lawan sekarang Allah terbalikkan kamu yang menjerit Lawan Tetap Lawan.
“Sebab itu yakin kita kena memimpin,” katanya.
Untuk kerajaan PH yang diejek gagal selama 22 bulan, Rafizi berkata beliau berbangga kerana dengan tumbangnya Umno BN maka pejuang Reformasi telah memberi satu pengajaran berguna buat rakyat Malaysia, iaitu sesiapa yang culas dalam memerintah, mereka boleh dijatuhkan.
“Apa jasa PH 22 bulan?
“Saya bangga untuk satu perkara. Niat saya satu, saya nak pastikan Umno BN kalah supaya rakyat yakin mereka raja negara ini.
“Bila rakyat tahu mereka raja maka parti mana buat sial, aku pecat kamu. Menteri mana sakau duit, ke Kajang mereka pergi.
“Kalau orang tanya kita apa pencapaian kita? Kita tak perlu dabik dada tetapi kita telah hadiahkan kepada rakyat satu kebebasan membuang kerajaan yang tidak baik,” katanya.
MB SARDIN NI TAK SEKOLAH KA APA ?
MB sardin ni tak boleh bezakankan ke kes liwat dengan kes samun duit rakyat
berbilion?
Anwar dah bertahun2 dalam penjara, Najib kan baru 5 hari.
MMMMMM.....REDHO....
ASRAFF JEFFRY
Zaman sekarang,buat report di Media Sosial lagi efektif dari
pergi ke Pejabat Badan Kerajaan. Masalah jalan dekat sini bukan baru satu
bulan, dekat 1 tahun sudah. Lagipun,berhampiran JPJ saja. Tapi tiada tindakan
dari pihak yang berkuasa. Bila viral minggu lepas,terus ada proses pembaikian.
.
Untuk makluman anda,area ini di bawah pengendalian Timbalan
Menteri Besar Kelantan,Nik Amar. Kih!
Terima Kasih buat pihak yang bertanggungjawab dan Abe2, Pakcik2
yg baiki jalan kat traffic light Panji, KB..
Semoga Dipermudahkan Urusan
Kiriman Foto: Nurliyana Abdullah
Jangan Perasan boleh dak ? kah..kah...Kau siapa nak pastikan PH tak ke putrajaya? bukan rakyat ke yang pastikan?
Kau siapa nak pastikan PH tak ke putrajaya? bukan rakyat ke yang
pastikan?
PH pun pastikan Lebai PAS akan hilang negeri T.ganu dan
Kedah..bab PAS ke putrajaya tak payah mimpi la..lainlah kalau Hadi Awang tebuk
lubang kut mana pulak, Hadi Awang kan pakar tebuk lubang.
UGUT AHLI PARLIMEN DAN PEJABAT PKR DIBAKAR- TAK LAMA DAPAT LA CEKUP. CCTV ADA DAN PERCAYA POLIS AKAN DAPAT TANGKAP.
Ahli Parlimen JB diugut bunuh, pejabat bahagian PKR dibakar
Bernama
-
JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook, pada Khamis dan Jumaat lalu.
Akmal berkata, individu yang mengugutnya meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara yang mengandungi ugutan berkenaan, bahasa kesat serta makian.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama, berkata pejabat bahagian PKR Johor Bahru di Larkin, yang juga merupakan pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru, disyaki dibakar kira-kira 6 pagi tadi.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tinjauan di lokasi, kejadian ini dipercayai perbuatan khianat dan sabotaj dengan terdapat lima tayar dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan.
“Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu sama atau sebaliknya, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masa yang dekat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabat berkenaan.
Beliau berkata, akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku antaranya pintu “roller shutter”, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain.
Bekas ketua Pemuda PKR itu berkata, laporan polis berhubung kejadian dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, pada 2.15 petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung dua kejadian berkenaan.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
Selain itu, Raub berkata laporan polis berhubung kes ugutan baru diterima dan akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Aaron Chia/Wooi Yik (21-19, 21-14) Ahsan/Setiawan | FINAL | Kejohanan Du...
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Tahniah diucapkan
kepada pasangan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana telah
berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di
Gimnasium Metropolitan Tokyo.
JUARA DUNIA Aaron Chia dan Soh Wooi Yik . MALAYSIA BOLEH
Tahniah juga kepada
coach Rexy Mainaky kerana memberi kepercayaan kepada mereka dan berjaya membawa
mereka mencipta sejarah!
GAMBAR MEMBUKTIKAN DUA PEMIMPIN UMNO INI DAH TAK SALING MENGHORMATI
HAMDAN TAHA
Dua tokoh pemimpin umno sebelum ni saling hormat menghormati...tapi
tengok gambar ni semalam sudah hilang rasa hormat kedua duanya....gambar
bole membuktikannya
KEH..KEH-TAK ADA KLUSTER MAHKAMAH KATA ZAHID- TAPI Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM
Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM
PETALING JAYA: Perhimpunan khas yang diadakan Umno semalam disifatkan sebagai “pertunjukan kuasa” untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum awal.
Perhimpunan itu juga diadakan untuk menunjukkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, “masih memegang kuasa” walaupun Najib baru-baru ini dipenjarakan, kata James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania.
“Mereka mahu ingatkan ahli (Umno), terutamanya yang berada dalam kluster kerajaan, bahawa mereka memegang majoriti,” katanya kepada FMT.
Istilah “kluster kerajaan” digunakan dalam kalangan orang politik untuk menggambarkan ahli Umno yang terbabit dengan kerajaan semasa.
“Kluster mahkamah” pula merujuk kepada individu-individu seperti Zahid, Najib dan lain-lain yang berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan.
Chin berkata, perhimpunan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Ismail, yang juga naib presiden parti, supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.
Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka yang sealiran dengan Zahid mendesak agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal susulan kemenangan yang dikecapi parti itu pada pilihan raya negeri.
Bagaimanapun, Ismail baru-baru ini memberi bayangan bahawa PRU mungkin ditangguhkan berikutan kontroversi mengenai perolehan enam frigat dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).
Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan menyuarakan sentimen yang sama mengenai taklimat khas tersebut, yang diadakan untuk pemimpin bahagian.
Beliau berkata, Ismail harus menetapkan tarikh selaras dengan “kehendak Umno”. Tekanan Umno terhadap Ismail berkesan, katanya, memandangkan perdana menteri itu “bersendirian dan tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh”.
“Perhimpunan itu adalah untuk memaksa Ismail menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri (untuk memanggil PRU) dan membuktikan bahawa beliau sememangnya orang Umno,” kata Azmi.
Azmi berkata, walaupun Ismail mempunyai kata putus mengenai pilihan raya, beliau ahli Umno, yang kepimpinan partinya turut menentukan bila Parlimen patut dibubarkan.
BICARA KES MAHKAMAH TAK SIHAT-MESYUARAT SEMALAM SIHAT JA-MEMANG PENIPU
Bukan ke mamat ni yg
mintak tangguh bicara kat mahkamah semlm sbb ada surat sakit? segar bugar
nampak hari ni...haha
W.FAUDZIN
AKU MUDAH PELUPA
MOHD AFFENDI ABAS
Hj Hadi mudah lupa cam BossCow jugak dah ni! Time dia tebuk Atap
dulu terus kes Covid19 mencanak naik! Nak pi parlimen pun x leh! Ni kan nak
berdemonstrasi? Sah dah nyanyuk teruk Presiden PAS ni!
KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN) PARTI AMANAH NEGARA TAKLIMAT KHAS UMNO: PERHIMPUNAN JAHANAMKAN INSTITUSI KEADILAN MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)
PARTI AMANAH NEGARA
TAKLIMAT KHAS UMNO: PERHIMPUNAN JAHANAMKAN INSTITUSI KEADILAN
MALAYSIA
1. Pasca keputusan kes Dato’ Sri Najib Tun Razak oleh Mahkamah
Persekutuan baru-baru ini telah menyebabkan pimpinan dan parti UMNO secara
terbuka menzahirkan kemarahan mereka terhadap dua institusi pentadbiran
keadilan di Malaysia iaitu institusi kehakiman dan institusi Peguam Negara.
Pimpinan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan khas kepada pimpinan bawahan
dan memberikan taklimat yang jelas merendah-rendahkan kedua-dua institusi ini
dan melancarkan kempen untuk solidariti kepada penjenayah yang telah disabitkan
oleh 9 orang hakim bermula daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan. Orang yang telah disabitkan oleh Mahkamah ini telah
disanjung sebegitu tinggi dengan pelbagai naratif kononnnya penjenayah ini
tidak mendapat perbicaraan yang adil dan telah dinafikan hak sebagai tertuduh
sedangkan hakikatnya penjenayah ini telah diberikan peluang yang seluas-luasnya
untuk membela diri. Malang sekali, penjenayah ini lebih memilih untuk membela
diri di facebook berbanding dengan mengemukakan pembelaan di dalam Mahkamah.
2. Taklimat khas UMNO ini menzahirkan kebobrokan mereka terhadap
kuasa politik dengan berbuat pelbagai desakan sama ada secara sah mahupun
serangan dalam gelap melalui pelbagai media hantu daripada blogger-blogger
politik. Bahkan, terdapat di kalangan penjawat awam yang berada dalam institusi
ini juga turut bersekongkol dengan mensabotaj pihak Mahkamah apabila mencuri
draf alasan penghakiman dan mendedahkan kepada orang awam sebelum keputusan
Mahkamah diberikan. Mereka juga menzahirkan kekecewaan mereka terhadap
institusi Peguam Negara yang tidak menarik balik kes terhadap suspek dan
penjenayah yang telah merompak atau menyalahgunakan wang negara. Rakyat
Malaysia masih belum boleh lupa bagaimana Dato Sri Najib Tun Razak telah
memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan menggantikan dengan Peguam
Negara, Tan Sri Apandi Ali yang begitu beria-ia membersihkan Perdana Menteri
ketika itu daripada kesalahan berkaitan 1MDB dan SRC.
3. Justeru, KANUN menyeru kepada semua penjawat awam supaya
menunaikan amanah dalam pentadbiran dan tidak tunduk kepada tuntutan- tuntutan
terdesak di kalangan orang UMNO yang masih menyanjung penjenayah yang sudah
dibuktikan melalui proses Mahkamah. KANUN juga berharap para Hakim tidak gentar
dan berasa terancam dengan sikap pelahap UMNO terhadap kuasa. KANUN juga
merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menghampakan
rakyat Malaysia untuk memberikan pengampunan segera kepada penjenayah sebelum
mereka insaf dan bertaubat dan terlebih dahulu menjalani hukuman.
4. KANUN juga berasa kecewa kerana rakan politik UMNO yang
bersama dalam kerajaan iaitu PAS dan PPBM tidak tegas menyatakan pendirian
mereka terhadap jenayah terbesar dan memalukan negara di mata dunia apabila
seorang yang berjawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tergamak untuk
menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan melakukan penggubahan wang haram
sebanyak RM 42 juta. KANUN menyatakan bahawa tindakan kedua-dua parti ini
bekerjasama dengan UMNO dalam langkah tebuk atap Langkah Sheraton adalah
kesilapan politik terbesar sehingga menyebabkan institusi pentadbiran keadilan
dihina sebegini rupa pada hari ini.
5. Akhir sekali, KANUN menyeru supaya rakyat Malaysia berdiri
teguh untuk menolak UMNO-BN dalam PRU 15 akan datang. Akibat buruk akan
menunggu rakyat Malaysia sekiranya UMNO-BN sekali lagi diberikan kuasa untuk
memerintah Malaysia dengan kemusnahan pelbagai institusi penting negara dan
wang negara akan dijarah tanpa rasa malu. KANUN menyeru rakyat Malaysia untuk
bersama-sama Pakatan Harapan dalam PRU 15 untuk membersihkan negara ini
daripada kemusnahan akibat korupsi dan salah guna kuasa.
Dr. Zulqarnain Lukman
Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)
Parti Amanah Negara
28 Ogos 2022
AZALINA, PENASIHAT KHAS PM TAPI SECARA TERBUKA HENTAM PM – BILA LAGI NAK LETAK JAWATAN?
Dalam majlis taklimat Presiden UMNO semalam yang sebenarnya lebih berupa majlis solidariti kepada Najib Razak yang dipenjara atas kesalahan jenayah, pemimpin UMNO yang terlihat begitu ghairah, seronok dan bersemangat memberi ucapan ialah Azalina Othman Said.
Sasaran ucapannya adalah Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkaitan hal perlantikan Peguam Negara.
Menurut Ahli Parlimen Pengerang itu, sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri perlu melantik “orang dia” sebagai Peguam Negara untuk memudahkan urusan sebagai Perdana Menteri.
“Pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan Perdana Menteri harus melantik “orang dia” bagi jawatan tersebut untuk mudahkan segala urusan.
“Jika kuasa penukaran Peguam Negara di tangan Perdana Menteri, mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara?
“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar Peguam Negara pun tak boleh,” katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin.
Dengan menyebut perkara demikian, walaupun tidak menyebut nama, adalah jelas dan tidak diragui lagi bahawa Azalina telah menghentam Ismail Sabri secara terbuka.
Sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2020, selain terus mengekalkan Idrus Harun sebagai Peguam Negara, Ismail Sabri turut membuat beberapa perlantikan yang lain.
Antaranya ialah Azalina sendiri dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia.
Berita perlantikan beliau disiarkan dalam pelbagai media pada 2 Oktober 2021, namun difahamkan Azalia menerima surat perlantikannya daripada Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri pada 30 September 2020.
Sehingga hari ini dipercayai Azalina masih memegang jawatan tersebut kerana tidak terdengar sama sekali beliau sudah meletakkan jawatannya itu.
Dengan demikian, bagaimana seorang Penasihat Khas Perdana Menteri boleh secara terbuka di pentas UMNO mempertikai dan menghentam Perdana Menteri iaitu bossnya sendiri?
Mengapa bellau tergamak menggigit tangan orang yang memberinya jawatan?
Jika beliau mempertikaikan Perdana Menteri kerana tidak menukar Peguam Negara, bagaimana dengan dirinya sendiri sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri, tapi menghentam Perdana Menteri?
Bukankah perlakuan beliau itu adalah seburuk-buruk perangai sebagai manusia?
Dalam pada itu, jika penukaran Peguam Negara dipertikaikannya, pernahkah beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan Undang-Undang menasihati Perdana Menteri untuk menukar Idrus dan melantik orang baru sebagai Peguam Negara?
Jika tidak, apa kerja beliau selama ini sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri?
Pernahkah juga kita dengar Azalina melalui jawatannya itu melakukan sesuatu kerja yang lain yang bermanfaat untuk rakyat?
Adakah hanya makan gaji buta saja?
Dan terlanjur beliau telah menunjukkan perlakuan serta perangai sedemikian rupa – satu saja nak tanya – bila lagi nak letak jawatan? – ShahbudinHuisin 28/08/2022.
AGAK KELAKAR
Berita ni kelakar wei!
Aku ni bukan penyokong Mahathir. Malah aku amat membencinya.
Dialah pengkhianat nombor 1. Demi kuasa, dia belakangkan kepentingan rakyat.
Dia juga yang runtuhkan kerajaan sendiri.
Tapi kalau nak tuduh Mahathir pengaruhi keputusan hakim dalam
perbicaraan dan rayuan Najib, aku rasa sangat-sangat-sangat tak logik. Jelas
tuduhan itu direka oleh mereka yang terdesak.
Baca artikel di sini: https://bit.ly/3Cypm1N
Pertama, Mahathir bukan punya kuasa sekarang. Dia cuma
pembangkang. Malah pembangkang yang sangat lemah. Partinya pun hidup segan mati
tak mahu. Apa kuasanya nak pengaruhi hakim?
Keduanya, kerajaan hari ini dipimpin oleh BN. PM pun daripada
UMNO. Orang yang mungkin boleh pengaruhi hakim mestilah yang punya kuasa
seperti Isnail. Kenapa tak tuduh Isnail yang buat?
Ketiga, tuduhan ini merendahkan intelek hakim. Kita pun tahu,
orang paling jahil undang-undang pun boleh kata Najib bersalah kerana kuatnya
bukti dan lemahnya Najib dalam pembelaan.
Tak perlu Mahathir nak pengaruhi hakim. Setiap manusia yang
waras, yang ikuti perbicaraan boleh faham setiap pertuduhan dan akan bersetuju
yang Najib memang telah lakukan jenayah itu.
Kenapa UMNO macam tak boleh terima hakikat? Sampai nak suruh
Isnail pecat Ketua Hakim? Bagi aku jawapannya mudah. Ini adalah bukti selama
ini memang UMNO biasa campur tangan dalam badan kehakiman.
Disebabkan dia pernah buat, sebab itu dia ingat semua orang tak
jujur macam dia. Tapi nak buat macamana. Dulu pun Mahathir juga yang ajar UMNO
untuk curang seperti ini.
Yang menuduh ni mungkin pernah lihat Mahathir buat begitu masa
dia berkuasa dulu. Mungkin Mahathir pernah campuri urusan mahkamah dulu. Tapi
tidak hari ini. Kerana hari ini, yang memerintah adalah UMNO manakala Mahathir
bukan lagi dalam UMNO. Guane boh?
MAIL SABRI KE MESYUARAT MKT UMNO DIRINGI KENDERAAN POLIS BERAT
Mesyuarat MKT Umno tadi di Ibupejabat Umno Paklong Mail di iringi oleh Kereta perisai dan Unit Khas yang luar biasa ramai kehadiran nya untuk escort …
Mesyuarat Parti sendiri dalam Bangunan sendiri pun dah tak selamat ka Paklong Mail ini. Luarbiasa.... ingat kan Mesyuarat di Palestin ..
ZAHID TAKUT KE PENJARA
ZAHI HAMIDI - GAMBAR SEMALAM NAMPAK ADA JANGGUT
HAMDAN TAHA
Saya yakin antara zahid dan najib keberanian dan berjiwa besar
adalah najib razak
Zahid sebenarnya penakut yang amat sangat bila dia tengok najib
masuk penjara dia cukup takut tak lelap tidur dia tu
Itu yang dia buat macam macam cara dan saya sangat percaya dia
memang ada buat sesuatu untuk meminta tun dr m dan muhidden membantu dia supaya
di selamatkan dari mahkamah Allah tahu itu
Najib pula saya yakin dia tidak begitu dia lebih bersifat
kelakian dan punya keyakinan diri yang tinggi tidak menangis
Saya tulis ni berdasarkan pengalaman bersama zahid agak lama dia
memang penakut lagi pula umur 70 tahun sekarang ni lagi keberanian dia sangat
rendah,ketika umur 40 an pun takut dan nangis dan tak tahan masa di tahan isa
Kena lokap dah letak jawatan ketua pemuda inikan pulak penjara
Itu sebab nak pru cepat bukan kerana sayang rakyat tapi kerana
nak selamat diri,tapi Allah kan ada kenapa perlu minta tolong pada
manusia,minta lah pertolongan Allah
Penjara bukan penamat kehidupan boleh jadi pemulaan
Hamka memulakan tulisan tafsir al quran dalam penjara
Ramai Hamba Allah memulakan kehidupan baru ketika dalam penjara
Ada manusia penjara itu lebih baik dari luar penjara
Bukan semua orang ada peluang masuk penjara tetapi di pandang
mulia oleh penyokong
Hanya beberapa orang saja ada peluang itu
1. Anwar
2. Najib
Dan ke
3. Tak tahu lagi siapa
Apa pun penjara adalah pusat ilmu kesabaran dan keinsafan bagi
orang yang beruntung,tapi ramai juga keluar masuk penjara menjadi manusia lebih
teruk
Itu tak ada hidayah namanya
USTAZ, USTAZAH JANGAN KELIRUKAN RAKYAT SOKONG NAJIB
Ustaz, ustazah jangan kelirukan rakyat sokong Najib
Tindakan segelintir agamawan pro Najib Razak dan Umno yang berkuliah membela bekas Perdana Menteri yang dihukum penjara, Najib Razak amat dikesalkan.
Bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, tindakan menggunakan agama mensucikan kesalahan Najib dengan ungkapan pemimpin itu telah berjasa kepada umat Islam mengelirukan umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
“AMK Kemaman mengecam sekeras-kerasnya sikap sesetengah agamawan yang menggunakan dalil agama membela bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung hukuman penjara ke atas beliau bersabitan kes SRC International.
“Sesetengah agamawan dilihat cuba untuk mensucikan kesalahan-kesalahan bekas PM itu melalui ceramah-ceramah yang tular di media sosial. Sesetengah agamawan berhujah atas jasa yang telah diberi oleh Najib semasa era kepimpinannya maka tidak seharusnya kita mengecam bekas PM itu dan tidak seharusnya gembira dengan penghakiman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Tindakan agamawan ini tidak dapat diterima oleh masyarakat yang cintakan keadilan atau Islam. Tindakan ini hanya memperalat agama untuk meraih laba bagi diri sendiri dan menyokong kezaliman yang berleluasa berlaku pada waktu ini,” kata AMK Kemaman dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK itu lagi, jasa dan tanggungjawab bukanlah satu tiket untuk memadamkan segala salahguna kuasa, rasuah atau korupsi yang telah dilakukan oleh Najib.
Malah menggunakan kayu ukur jasa untuk mensucikan peribadi pemimpin amat bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“AMK Kemaman menyeru segenap lapisan masyarakat memboikot golongan agamawan yang menyeleweng itu. Kita tidak boleh membiarkan golongan ini berleluasa kerana mereka akan membawa lebih banyak kerosakan pada negara di masa hadapan,” katanya lagi.
Justeru, kata AMK Kemaman, KEADILAN sentiasa konsisten menjunjung dan mempertahankan kesucian agama Islam daripada dirosakkan oleh golongan agamawan berkepentingan dan juga ahli politik korup, zalim serta rakus kuasa.
AMK Kemaman, kata kenyataan itu, sekali lagi menyeru segenap lapisan masyarakat supaya bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam.
PENGANALISIS : ISMAIL DITEKAN ..SEBAB PRESIDEN UMNO TAK ADA APA APA JAWATAN INI SATU LIPATAN SEJARAH BAGI UMNO
Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis
PETALING JAYA: Tindakan melengahkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh “memakan diri” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, penganalisis politik memberi amaran.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun ia mampu melemahkan pengaruh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam parti, namun taktik itu juga mempunyai kesan baik dan buruk.
Katanya, Zahid kini satu-satunya pencabar Ahli Parlimen Bera itu untuk jawatan perdana menteri, selepas Najib dipenjara atas kesalahan rasuah pada Selasa lalu.
“Tetapi parti itu boleh kehilangan populariti dan goyah kerana Najib kekal berpengaruh terutama di media sosial,” katanya kepada FMT.
Ads by
Ahad lalu, Ismail berkata PRU berkemungkinan “dilewatkan” susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS).
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti lawan memperalatkan isu terbabit seperti mana mereka menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Ismail juga dilaporkan berkata PRU hanya akan diadakan apabila negara ini “sudah bersedia”.
Awang Azman menyifatkan projek LCS itu hanya “alasan”.
Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan pula berpendapat, tindakan menangguhkan pilihan raya adalah strategi kumpulan tertentu di Perikatan Nasional (PN) dan BN yang ingin kekal berkuasa dalam kerajaan pusat.
Namun seperti Awang Azman, Iskandar juga berkata taktik itu boleh menghantui BN.
Ini kerana, kini lebih ramai pengundi muda yang arif menggunakan media sosial dan “rasional” dalam kecenderungan politiknya. Kumpulan ini, katanya, tidak gemar dengan “cara politik lama”.
“Ia boleh menyaksikan BN kehilangan sokongan pengundi muda.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat, BN bakal berdepan dengan dua situasi jika melambatkan PRU15.
Satu, lebih banyak kontroversi lain akan timbul selain LCS yang boleh dimanfaatkan pembangkang.
“Tetapi BN dan kerajaan juga boleh mempertahankan diri berdepan dengan isu itu,” katanya.