Berita ni kelakar wei!
Aku ni bukan penyokong Mahathir. Malah aku amat membencinya.
Dialah pengkhianat nombor 1. Demi kuasa, dia belakangkan kepentingan rakyat.
Dia juga yang runtuhkan kerajaan sendiri.
Tapi kalau nak tuduh Mahathir pengaruhi keputusan hakim dalam
perbicaraan dan rayuan Najib, aku rasa sangat-sangat-sangat tak logik. Jelas
tuduhan itu direka oleh mereka yang terdesak.
Baca artikel di sini: https://bit.ly/3Cypm1N
Pertama, Mahathir bukan punya kuasa sekarang. Dia cuma
pembangkang. Malah pembangkang yang sangat lemah. Partinya pun hidup segan mati
tak mahu. Apa kuasanya nak pengaruhi hakim?
Keduanya, kerajaan hari ini dipimpin oleh BN. PM pun daripada
UMNO. Orang yang mungkin boleh pengaruhi hakim mestilah yang punya kuasa
seperti Isnail. Kenapa tak tuduh Isnail yang buat?
Ketiga, tuduhan ini merendahkan intelek hakim. Kita pun tahu,
orang paling jahil undang-undang pun boleh kata Najib bersalah kerana kuatnya
bukti dan lemahnya Najib dalam pembelaan.
Tak perlu Mahathir nak pengaruhi hakim. Setiap manusia yang
waras, yang ikuti perbicaraan boleh faham setiap pertuduhan dan akan bersetuju
yang Najib memang telah lakukan jenayah itu.
Kenapa UMNO macam tak boleh terima hakikat? Sampai nak suruh
Isnail pecat Ketua Hakim? Bagi aku jawapannya mudah. Ini adalah bukti selama
ini memang UMNO biasa campur tangan dalam badan kehakiman.
Disebabkan dia pernah buat, sebab itu dia ingat semua orang tak
jujur macam dia. Tapi nak buat macamana. Dulu pun Mahathir juga yang ajar UMNO
untuk curang seperti ini.
Yang menuduh ni mungkin pernah lihat Mahathir buat begitu masa
dia berkuasa dulu. Mungkin Mahathir pernah campuri urusan mahkamah dulu. Tapi
tidak hari ini. Kerana hari ini, yang memerintah adalah UMNO manakala Mahathir
bukan lagi dalam UMNO. Guane boh?