KALI INI JATUHNYA UMNO ADALAH YANG PALING SAKIT

 Hamdan Taha.


Saya tengok sendiri jentera umno bergaduh sesama sendiri sekarang


2016 najib pecat muhidden dan membawa kepada kekalahan umno dan bn


Sekarang jelas ada usaha yang kuat untuk mengajak memecat ismail sabri


Pwtc adalah pentas unno tapi di gunakan untuk mengejek perdana menteri umno


Sayang umno cepat lupa dan kertelaluan taksub kepada pemimpin yang dah ada dalam penjara dan bakal masuk penjara


Umno adalah parti melayu dan pemimpin boleh datang dan boleh pergi,tapi perjuangan parti yang sepatutnya di pertahankan bukan perjuang individu yang jadi pemimpin parti


Najib dan zahid adalah dua tokoh yang telah membawa kekalahan kepada umno dan bn tidakkah ahli umno menyedari hakikat itu


Buat sedih dan menangis atas pentas untuk tarik simpati adalah bersifat lakunan 


Jika sayang agama parti dan negara masa menjadi pemimpin wajib lah amanah


Tak kan lah ahli umno tak ikut langsung perbicaraan najib,rosmah,zahid,anak najib 


Butakah kita ini sampai tak dapat menilai siapa yang benar dan yang salah


Pentas di pwtc hari ni ucapan pemimpin menjauhkan simpati umno dan penyokong umno yang bukan ahli umno kepada umno


Ucapan berdegar degar hari ni meninggikan tempat jatuh BN untuk jatuh lebih sakit


Hilang akal



PKR dan PH siap sedia hadapi PRU15 seawal Oktober

 

Sinar Harian
PKR siap sedia hadapi PRU15 seawal Oktober
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin PKR bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kekuatan penuh seawal Oktober. - Gambar BERNAMA
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin parti itu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kekuatan penuh seawal Oktober.
“Seperti mana yang disebut oleh Pengarah Pilihan Raya (Rafizi Ramli tadi, (kita) siap sedia (gerak kerja) sehingga akhir September.
"Maknanya Oktober itu kita dah bersedia penuh,” katanya pada sidang media pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2022, di sini, pada Sabtu.
Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR sebelum itu ketika berucap pada konvensyen tersebut berkata, pembahagian kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) akan diselesaikan dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, senarai pendek awal calon PRU15 parti itu juga dijangka dikeluarkan dalam tempoh yang sama.
Dalam pada itu, Anwar berkata, PKR dan PH sudah merangka strategi untuk menangani beberapa kelemahan yang berlaku dalam dua pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini di Johor dan Melaka.
“Jadi akui kita ini juga adalah sebahagian besar terpalit dengan penguasaan 22 bulan kerajaan PH. Sebab itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH lalu keputusan kita adalah satu logo.
“Kita buat beberapa penyesuaian supaya rakyat tidak dibebankan dengan anggapan atau andaian kita guna pendekatan yang sama,” ujarnya.

TERUK DAH UMNO NI...SAMPAI AHLI UMNO DAN PM UMNO PUN NAK PECAT LAGI...BETAPA SERABUTNYA UMNO- JADI UNDILAH PH

 

'Keputusan pecat Ismail Sabri bergantung pandangan akar umbi'


Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki




KUALA LUMPUR - Keputusan untuk memecat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam UMNO adalah bergantung kepada suara dan pandangan akar umbi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa kerana parti tersebut ada sistem dan proses tertentu.

"Perkara itu bergantung kepada pandangan akar umbi. UMNO bukan boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa.

"Kita harus berpegang kepada keputusan parti dan jangan ada sebarang komen yang cuba menunjukkan seolah-olah keputusan parti itu dibuat oleh individu.

"UMNO tidak seperti sesebuah parti yang mana keputusan itu dibuat oleh satu atau dua individu," katanya kepada pemberita selepas sesi Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Pada Sabtu, sesi taklimat khas itu dianjurkan sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun penjara dalam kes SRC International Bhd.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO menuduh Ismail Sabri sebagai tidak bersungguh-sungguh dalam kes membabitkan Najib.

Ulas Asyraf Wajdi, keputusan parti itu dibuat secara kolektif Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).


CUEPACS hantar cadangan kepada PM berkaitan pengumuman 30 Ogos ini

 

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

ALOR SETAR: Pengenalan gaji minimum dan kenaikan imbuhan tetap khidmat awam antara cadangan penambahbaikan dalam perkhidmatan awam yang sudah dikemukakan CUEPACS kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diumumkan 30 Ogos ini.

Presidennya, Adnan Mat, berkata cadangan itu dilihat dapat memberikan kelegaan kepada penjawat awam khususnya dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"Hari ini (semalam) CUEPACS telahpun mengutuskan satu surat cadangan balas tentang apakah yang sesuai untuk kerajaan umum pada 30 Ogos nanti. Sepatutnya memang ada pertemuan dengan perdana menteri hari ini (semalam) tapi beliau agak sibuk, justeru itu kami telahpun mengutus emel kepada perdana menteri.

"Sebenarnya kami tidak begitu ekstrem dalam membuat tuntutan ini kerana kami juga tahu kerajaan juga ada kekangan dan rakyat juga di luar sana agak terkesan dengan COVID-19 yang telah melanda lebih daripada dua tahun ini, maka kami telah mengambil kira dari segi kesan kepada kewangan negara, kesan kepada pencen yang akan datang, kesan kepada kerajaan sendiri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia.

Adnan berkata setakat ini CUEPACS tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perkara yang akan diumumkan perdana menteri, namun pihaknya akan menyambut baik sebarang pengumuman, terutama jika sebahagian tuntutan yang dikemukakan sebelum ini ditunaikan.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan dapat memperkenalkan sistem saraan baharu bagi menggantikan sistem saraan sedia ada yang telah digunakan sejak 2002 dan dilihat tidak lagi relevan dan komprehensif dengan keadaan semasa.

"Kalau bukan dilaksanakan sekarang, sekurang-kurangnya kerangka perlu diumum dengan mengadakan libat urus bersama CEUPACS ke arah membentuk sistem saraan yang baharu, itulah harapan kami menjelang 30 Ogos yang akan datang," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Ismail Sabri memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam dijadualkan Selasa ini. – BERNAMA


‘Selamat maju jaya’ kepada Ismail jika dipecat Umno, kata Anwar

 

Samuel Chua
 -

Anwar Ibrahim berkata PKR sedang merangka strategi dan mencari pendekatan baharu untuk PRU15. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Ismail Sabri Yaakob jika Umno memilih untuk memecatnya.

“Jika Umno putuskan untuk memecat perdana menteri, selamat maju jaya kepada Ismail. Saya tidak dimaklumkan dan tiada perbincangan mengenai isu ini,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Nasional PKR.

Anwar, yang merupakan presiden PKR, membuat komennya berikutan laporan bahawa “panglima perang” Umno menuntut Ismail memecat Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk Najib Razak, dan mengadakan pilihan raya umum awal.

Tuntutan itu dilaporkan dibuat pada mesyuarat biro politik Umno pada Rabu, yang dihadiri Ismail.

Strategi pemilihan PKR

Anwar berkata, PKR dijangka menyelesaikan persiapannya untuk pilihan raya menjelang akhir bulan depan. Pengarah Pilihan Raya PKR Rafizi Ramli telah merangka strategi untuk parti itu yang akan diterangkan kepada ahli parti tidak lama lagi.

“Kita akui kekalahan kita pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor telah mendedahkan beberapa kelemahan. Kami telah menyusun strategi dan dapat melihat bahawa keadaannya berbeza sekarang.

“Kami akui sebahagian besarnya ada kaitan dengan pentadbiran 22 bulan (Pakatan Harapan) yang mempunyai kelemahan dan sumbangannya,” katanya pada sidang media itu, lapor Bernama.

Dalam ucapannya di konvensyen itu, Anwar berkata PKR sedang mencari pendekatan baharu untuk pilihan raya umum, dan berkata kemenangan boleh dicapai melalui jentera yang berkesan.

“Pada masa sama, saya berbangga PKR mempunyai dua generasi kepimpinan. Orang ramai bertanya kepada saya apa yang akan berlaku jika saya ‘pergi’, saya kata parti akan kekal dalam tangan yang baik,” katanya.

Kegagalan Barisan Nasional

Beliau mengkritik Barisan Nasional kerana telah mengecewakan orang Melayu semasa pakatan itu berkuasa selama 60 tahun.

“Di mana tanah rizab Melayu? Apa dah jadi dengan Felda? Apa khabar semua veteran tentera kita? Bagaimana pula dengan belia terpelajar yang tidak mempunyai pekerjaan?

“Majoriti mereka yang terlibat adalah orang Melayu. Bagaimanapun, mereka mudah dibeli oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk orang ramai menyokong masyarakat berbilang kaum, sambil menambah masa depan Malaysia bergantung kepada Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan kumpulan etnik lain.

‘Tiada perkara peribadi’ terhadap Najib

Anwar turut bercakap mengenai bekas perdana menteri Najib Razak, yang telah menjalani hukuman penjara 12 tahun, dan berkata kes terhadapnya bukan peribadi tetapi hanya sebahagian daripada perjuangan pembangkang untuk memerangi rasuah.

“Kami benci penyalahgunaan kuasa (daripada ahli politik), dan mereka yang menjadikan orang lebih miskin sambil memperkayakan diri dan keluarga mereka. Sebab itu kita lawan,” katanya.

Najib dibicarakan dalam kes lain, melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Dia dihantar ke penjara Kajang pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.


DEMI NAK ADAKAN PILIHANRAYA AWAL. AWAL PUN UMNO AKAN KALAH..LAMBAT PUN UMNO AKAN KALAH...

 

Pembentangan belanjawan awal terburu-buru, tiada perbincangan, kata Anwar




Anwar Ibrahim berkata pembentangan belanjawan awal bukan di luar kelaziman, namun ia jelas menunjukkan Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan daripada Umno.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kerajaan mempercepatkan pembentangan Belanjawan 2023 sebagai terburu-buru dan dibuat tanpa berbincang dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Port Dickson berkata tindakan itu juga dilakukan bagi memberi ruang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menentukan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, biarpun tindakan kerajaan menjadualkan semula pembentangan Belanjawan 2023 bukan sesuatu yang luar kelaziman, namun dakwanya, ia jelas menunjukkan Ismail berdepan tekanan dari dalam partinya.

“Proses penyediaan belanjawan kali ini juga tidak seperti tahun sebelum ini yang turut membabitkan Pakatan Harapan bagi membincangkan isu pokok seperti percukaian.

“Umumnya dalam praktik kita dalam satu dua tahun ini, ada perundingan PH berdasarkan memorandum persefahaman, umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, pertanggungjawaban dalam beberapa isu pokok yang mahu dibentangkan

“Ini (rundingan) belum bermula, bermakna mereka terburu-buru melaksanakan (pembentangan belanjawan),” katanya menerusi video dimuat naik di Facebooknya.

Beliau berkata, bukan lagi rahsia apabila perdana menteri menghadapi tekanan yang kuat oleh pimpinan Umno.

“Jadi kita ada perdana menteri yang tidak punyai kekuatan untuk menentukan, tetapi di bawah telunjuk pimpinan Umno,” katanya.

Kata Anwar lagi, rakyat memerlukan mandat lebih kuat dan bukannya perdana menteri yang terpaksa bertindak mengikut “selera” pimpinan kelompok dalam partinya.

Beliau berkata, rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dengan mandat yang jelas supaya pemerintahan baharu boleh menumpukan perhatian.

“Pertama memastikan tatakelola kerajaan yang baik, menghapus rasuah bukan cara terpilih kerana sementara ada yang dimasukkan ke penjara tetapi ia tidak menjadi pengajaran, soal ketirisan dan rompakan itu berterusan,” katanya.

Anwar berkata, selain itu isu besar lain perlu ditangani termasuk peningkatan kos sara hidup, pembaharuan pendidikan, kemudahan kesihatan, menghadapi pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) serta perubahan iklim, dengan banjir berlaku beberapa kali dalam setahun.

“Malangnya satu pentadbiran yang lemah seperti yang ada sekarang di bawah telunjuk beberapa tokoh yang takut hadapi pendakwaan di mahkamah, tidak mungkin membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama kos sara hidup yang meningkat.

“Jadi kita harap rakyat akan diberi pencerahan bersama untuk bangkit bertindak menuntut perubahan dan pembaharuan yang menyeluruh,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Okt ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini, selepas diputuskan dalam mesyuarat Kabinet. Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Okt hingga 15 Dis 2022.

Keputusan awalkan pembentangan belanjawan itu susulan desas-desus pembubaran Parlimen akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRU15.


[LANGSUNG] Taklimat Khas Presiden UMNO Mengenai Isu Semasa | 27 Ogos 2022


Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan Taklimat Khas Mengenai Isu Semasa bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan parti

MINIT 2.43- MAIL KENA BOO
MINIT 2.46- ZAHID DESAK PILIHANRAYA KATA INI ADALAH KERANA KEHENDAK MAJLIS TERTINGGI.
MINIT AKHIR- UMNO KERIAU HIDUP RAKYAT- MACAM TIRU PH JA DALAM CERAMAH...KEH..KEH




TLDM BERPERANG DENGAN PUTIK KAPAS?


“Most of the procurements were made through Alizes Marine, but there were few accounts in the name of Alizes Marine. These were created to impersonate Alizes Marine France, so that payments could be made to third party.” Maksudnya: “Kebanyakan perolehan dibuat melalui Alizes Marine, tetapi terdapat beberapa akaun atas nama Alizes Marine. Ini [Alizes Marine Limited, Malta dan Alizes Marine Labuan], dicipta supaya pembayaran boleh dibuat kepada pihak ketiga.”


KESIAN PAK LONG MAIL...ADA AHLI AMENO NAK MEMBERONTAK GAMAKNYA...UMENO NI PARTI MELAYU ATAU PARTI NAK KUASA NAK TIPU MELAYU ?

 

Teriakan ‘boo’ bergema di Dewan Merdeka bila Zahid sebut PM



KUALA LUMPUR: Dewan Merdeka bergema dengan teriakan ‘boo’ apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam taklimat khasnya kepada perwakilan parti.

Teriakan ‘boo’ itu dilontar kalangan ribuan perwakilan parti apabila Zahid berkata sungguhpun Ismail adalah naib presiden Umno, kerajaan hari ini bukan kerajaan Barisan Nasional.

Zahid berhenti berucap seketika, dengan teriakan boo mengisi dewan, sebelum beliau sambung berucap.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ismail tidak hadir pada taklimat khas presiden Umno kerana dilaporkan mempunyai aturcara lain di Pahang.

Bagaimanapun beliau dijangka hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti malam ini.

Kerajaan pimpinan Ismail antara lain merangkumi BN, PN serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Umno tidak sehaluan dengan Bersatu yang menjadi tonggak PN, manakala hubungan Umno dengan PAS – sebuah lagi parti komponen PN – juga dingin.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim semalam menyifatkan kerajaan Ismail sebagai dikongkong oleh musuh Umno dan mendesak PRU15 disegerakan.

WAHAI UMNO DAN AHLINYA

 


HAMDAN TAHA


Wahai umno dan ahlinya

 

Umno ni bukan Najib dan keluarga dia punya

 

Tapi KEADILAN ye anwar yang punya masa awal tubuh tapi sekarang pun bukan dia punya

 

Apa pulak umno buat majlis yang sama macam anwar ibrahim buat tahun 98

 

98 jutaan ahli umno mengkritik cara anwar dan penyokongnya menyerang kehakiman dan peguam anwar juga di panggil berucap,maka berapi api lah ucapan,tapi anwar kekal dalam penjara

 

Apakah umno cuba guna najib untuk menarik undi rakyat supaya BN menang,siapa kah punya pemikir...gila

 

Najib di ambil duit negara

 

Rakyat menjoriti tahu najib itu bersalah hanya 2 ke 3 peratus dari rakyat sahaja yang tak tahu apa tentang kes najib

 

Segerakan Bajet 2023, PM Ismail ditekan pemimpin Umno, pemerintahan lemah - Anwar






 Penyegeraan pembentangan bajet atau Belanjawan 2023 oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperlihatkan kelemahan kerajaan BN - PN dalam menghadapi kelompok elit Umno.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2023 tidak akan diawalkan tanpa tekanan dalaman Umno yang berkemungkinan untuk menyegerakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 pada tahun ini.


"PM Ismial Sabri telah menetapkan supaya belanjawan diawalkan 3 minggu ke 7 Oktober. Dia ada wewenang untuk melakukannya. Tetapi yang nyata menjadi rahsia umum, dia menghadapi tekanan yang kuat oleh pimpinan Umno.


"Jadi kita lihat PM yang tidak punya kekuatan untuk menentukan (tarikh belanjawan) tetapi di bawah telunjuk pimpinan Umno," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, belanjawan yang dibetang secara tergesa gesa ini akan mempunyai banyak kelemahan terutamanya berkemungkinan tiada lagi perundingan bersama PH, sebagaimana dilakukan sejak 2 tahun lalu bagi memberi tumpuan yang lebih terhadap isu isu rakyat dan ketelusan pengagihan peruntukan.


"Dalam proses penyediaan belanjawan umumnya dalam praktik setahun dua yang lalu, ada perundingan dengan PH berdasarkan memorandum persefahaman. Umpamanya aspek percukaian, perbelanjaan, ketelusan, pertanggungjawaban dalam beberapa isu ppkok yang mahu dibentangkan.


"Ini belum bermula, bermakna mereka itu terburu buru melaksanakan. Maka diandaikan hal ini dilakukan supaya memberikan sekali lagi ruang kepada PM menentukan tarikh pilihan raya," katanya.


Bagaimanapun, desakan mempercepat Belanjawan 2023 itu, kata Anwar, seharusnya memberi kesedaran kepada rakyat betapa lemahnya pentadbiran PM Ismail Sabri.


Justeru, tegas beliau, rakyat perlu menukar mandat kepada kerajaan yang kuat dalam PRU 15 untuk memastikan negara diurus dengan lebih bijaksana dan berhemah.


"PM sekarang yang terhoyong hayang bertindak mengikut selera kelompok dalam parti beliau membuktikan kepada kita bahawa kita perlukan mandat yang kuat.


"Kerajaan yang stabil dengan mandat yang jelas supaya pemerintahan baharu ini boleh menumpukan perhatian terutama dalam memastikan tatakelola kerajaan yang baik, menghapuskan rasuah yang bukan secara terpilih," katanya.


Anwar berharap rakyat akan membuat perubahan dan mengetepikan kerajaan lemah pada waktu ini yang mengikut telunjuk tokoh yang takut hadapi pendakwaan di mahkamah, serta tidak berminat menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat.