TERUK DAH UMNO NI...SAMPAI AHLI UMNO DAN PM UMNO PUN NAK PECAT LAGI...BETAPA SERABUTNYA UMNO- JADI UNDILAH PH

 

'Keputusan pecat Ismail Sabri bergantung pandangan akar umbi'


Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki




KUALA LUMPUR - Keputusan untuk memecat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam UMNO adalah bergantung kepada suara dan pandangan akar umbi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa kerana parti tersebut ada sistem dan proses tertentu.

"Perkara itu bergantung kepada pandangan akar umbi. UMNO bukan boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa.

"Kita harus berpegang kepada keputusan parti dan jangan ada sebarang komen yang cuba menunjukkan seolah-olah keputusan parti itu dibuat oleh individu.

"UMNO tidak seperti sesebuah parti yang mana keputusan itu dibuat oleh satu atau dua individu," katanya kepada pemberita selepas sesi Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Pada Sabtu, sesi taklimat khas itu dianjurkan sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun penjara dalam kes SRC International Bhd.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO menuduh Ismail Sabri sebagai tidak bersungguh-sungguh dalam kes membabitkan Najib.

Ulas Asyraf Wajdi, keputusan parti itu dibuat secara kolektif Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).