CUEPACS optimis ada berita gembira buat penjawat awam


ADNAN Mat sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS di Port Dickson, hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN



-ADVERTISEMENT-

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat yang berkata, pihaknya optimis sesuatu yang positif mampu dicapai hasil pertemuan pada 1 Ogos lalu terutama berkenaan tuntutan menaikkan gaji bersamaan dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam serta kenaikan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

“Beliau (Ketua Setiausaha Negara) telah memberikan pandangan positif tentang tuntutan CUEPACS dan berjanji membawa cadangan dan tuntutan yang diminta kepada pihak kerajaan. 

“Tuntutan itu biarlah kerajaan yang umumkan nanti dan kami optimis kerajaan mampu tunaikan. Kami yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan yang terbaik, insya-Allah ada berita gembira untuk penjawat awam nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS, di sini hari ini. 

Adnan dalam pada itu menjelaskan, dalam pertemuan pihaknya dengan Perdana Menteri pada 13 Jun lalu, Ismail Sabri turut menyatakan komitmen bagi mengkaji tuntutan dan berjanji akan meluluskan tuntutan CUEPACS yang munasabah berdasarkan kedudukan kewangan negara. 

“Antara perkara yang ditekankan oleh CUEPACS adalah menaikkan gaji bersamaan dua KGT secara khas kepada semua penjawat awam serta kenaikan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan selain melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, adil serta saksama. 

“Perkara ini penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 

“Permintaan CUEPACS untuk menaikkan dua KGT tersebut juga adalah munasabah memandangkan tiada pembaharuan yang begitu ketara dilakukan oleh kerajaan untuk mengkajinya sejak pilihan raya umum yang lalu,” katanya.

ANWAR KATA MAHATHIR TAK IKLAS NAK TOLONG MELAYU

 




Yesss! Kenyataan macam ini yang aku nak baca dituturkan oleh pemimpin PH. Nampaknya DS Anwar masih belum hilang taringnya.

Aku tak mahu ulas penubuhan GTA (Grand Theft Auto?) tu. Aku dah tulis tadi. Aku cuma nak ulas tentang kenyataan DS Anwar ini.

Dah lama aku suarakan yang pemimpin PH perlu bertegas bagi menjarakkan diri dengan Mahathir. Tapi setakat ini belum ada yang berani.

DS Anwar dah mulakan langkah. Aku harap lebih ramai pemimpin PH yang keluarkan kenyataan menolak Mahathir.

Sebab Mahathir dan rosakkan nama PH sewaktu jadi PM dahulu. Kalau PH biarkan terus dikaitkan dengan orang tua ini, imej PH takkan dapat dipulihkan.

So terima kasih DS Anwar. Baru nampak pegangan kami ahli akar umbi selama ini adalah selari dengan pimpinan. Guane boh?


Raja Gelap 

.

SIAPA SETUJU?

 


HANAPI JUSOH

SIAPA SETUJU?

Asyik menuding jari kepada orang lain tetapi terlupa jari lain menuding kepada diri sendiri.

Ada sesiapa tahu berapa pendapatan YB Dato' Seri Haji Hadi sekarang termasuk pencen setiap bulan? Beliau adalah mantan MB Terengganu dan mantan ADUN. Tentunya dapat pencen MB dan Pencen ADUN. Ditambah lagi dengan gaji sebagai Ahli Parlimen dan gaji sebagai Duta Khas bertaraf Menteri.

Mungkin eloklah rakyat buat homework ini dan cari fakta berikut:-

Pencen MB berapa ribu?

Pencen ADUN berapa ribu?

Gaji MP termasuk elaun dan tuntutan khabarnya mencecah RM25K

Gaji dan Elaun Duta Khas hampir mencecah RM28K

(Ini tidak termasuk bajet khas yang diperolehi setiap Parlimen untuk dibelanjakan bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing. Memandangkan Marang adalah MP KERAJAAN kerana PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan, maka bajet Parlimen Marang juga banyak).

Takkan dengan gaji dan elaun hampir ratusan ribu ini tidak boleh membantu rakyat Marang yang susah sehingga terpaksa mencuri Milo?

Kalau tidak mahu guna bajet Parlimen, maka boleh digunakan kekayaan pendapatan peribadi yang dibayar menggunakan duit rakyat untuk membantu rakyat....tak gitu?

Tok Guru selalu berceramah pasal Saidina Umar pergi ke padang pasir dan berjumpa dengan seorang ibu dan beberapa anak. Ibu tersebut terpaksa memasak batu kerana anaknya kelaparan dengan harapan anaknya tertidur sambil menunggu makanan 'masak'. Tidak boleh kah Tok Guru buat sepertimana Saidina Umar ini? Menyamar sebagai orang biasa demi mencari orang miskin dan kelaparan serta membantu mereka?

Akhirnya, pembinaan jambatan Marang tolonglah dipercepatkan sikit YB Marang. Signage dah lama naik tapi tiada kerja-kerja pembinaan lagi dibuat rasanya. Yang ada adalah kerja menyiapkan puluhan unit rumah teres di tepi muara Marang oleh satu pemaju swasta yang menyakitkan mata dan menjejaskan keaslian serta kecantikan muara Sungai Marang.

Banyak persoalan yang timbul tentang projek pembinaan rumah teres ini.

Macamana projek ini boleh diluluskan? Eloklah MP Marang dan MB tinjau keluh kesah orang kampung terhadap kesan projek ini kepada orang kampung setempat. Ada tak mereka yang tidak bersetuju dan membantah tetapi suaranya tidak diendahkan? Ada tak kajian tentang pandangan penduduk setempat dibuat? Adakah Pejabat Daerah dan PBT berkaitan bertindak telus dan segala proses mengikut prosedur? Adakah kajian terhadap kesan alam sekitar telah dibuat? Macamana tanah yang sebegini strategik boleh diperolehi oleh syarikat ini? Ada tak udang disebalik batu?

Mungkin elok #SPRM menyiasat tentang projek ini?

Kalau belum dapat CCC eloklah sesuatu dilakukan.

https://malaysiamerdeka.com/asyik-tuduh-ph-tapi-hadi-tak.../

 


BOLEHKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DIKAJI ?

 

Apa benda ler ADUN ni.. keputusan Mahkamah Persekutuan tak boleh dikaji atau di pertikaikan lagi.. itu mahkamah paling tinggi dalam system perundangan negara.. letak jawatan jer..


KAH..KAH..120 KERUSI ...AHLI BERAPA JUTA..JANGAN LUPA LETAK KHAIRUDDIN HASSAN DI PERMATANG PAUH...

 

Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir

Fareez Azman
Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir
Tambah Dr Mahathir, gerakan itu berpotensi untuk menang dalam PRU15 sekiranya 65 peratus pengundi yang tidak menyokong kerajaan memihak kepada mereka. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air dijangka bertanding di 120 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Demikian jelas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan gabungan itu pada Khamis.
Jelasnya, beliau yakin mendapat sokongan daripada rakyat terutama orang Melayu yang menolak rasuah serta penyelewengan.
"Kita nak letak calon sebanyak 120 kerusi, ada kerusi yang sudah tentu ditandingi UMNO.
"Kita berpendapat masa sudah tiba untuk orang Melayu kenal UMNO sekarang ini, kerana UMNO sekarang ini nama sahaja UMNO tapi prinsip perjuangannya ialah duit," katanya.
Mengulas lanjut, tambah Dr Mahathir, gerakan itu berpotensi untuk menang dalam PRU15 sekiranya 65 peratus pengundi yang tidak menyokong kerajaan memihak kepada mereka.
"Setakat kita tahu UMNO jadi kerajaan kerana sokongan 35 peratus sahaja, ada 65 peratus tidak sokong kerajaan, mereka ini tidak mengundi sama sekali, kerana menganggap politik ini bosan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.
"Kita yakin dengan penerangan kita lakukan menerusi gerakan ini, kita yakin mereka akan beri sokongan dengan kita bersama empat buah parti dan beratus NGO yang sudah menyatakan sokongan mereka kepada kita.
"Serta jumlah orang ramai prihatin tidak senang amalan rasuah kerajaan sekarang, kita yakin kita boleh dapat kemenangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ketika mengumumkan Gerakan Tanah Air dalam sidang media di Yayasan Albukhary di ibu negara pada Khamis.

NAJIB JANGAN MIMPI BN TADBIR SELANGOR LEBIH BAIK


MAKNA KATA PAS DAN BERSATU LAH YANG KENCING UMNO ? GITU LAH YA..PAS KAN BERSAMA BERSATU DALAM PN ?...OOOO KENCING LAGI YAK...

 

Muafakat Nasional: Jangan salahkan UMNO, Bersatu tidak ikhlas - Shahril Hamdan


Madiha Abdullah
Muafakat Nasional: Jangan salahkan UMNO, Bersatu tidak ikhlas - Shahril Hamdan
Shahril berkata, UMNO tidak melengahkan penubuhan gabungan tersebut, namun proses berkenaan tergendala disebabkan penubuhan Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin itu dilihat tidak ikhlas untuk menjayakan usaha tersebut.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, UMNO tidak melengahkan penubuhan gabungan tersebut, namun proses berkenaan tergendala disebabkan penubuhan Perikatan Nasional (PN).
“Surat jemputan untuk Bersatu menyertai MN yang ditandatangan UMNO dan Pas, kita hantar pada 13 Ogos 2020. Surat sudah dihantar, tetapi 16 hari selepas itu, PN tiba-tiba melancarkan logo dan bendera mereka.
“Jadi, tiada siapa yang tangguh. Kita hantar surat tetapi tiba-tiba PN dilancarkan. Kemudian kita selidik macam mana tiba-tiba boleh lancarkan PN, rupa-rupanya PN diam-diam didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Jadi dia daftar PN baru dia terima surat MN.
“Jadi jangan salahkan UMNO kononnya melengahkan kemasukan Bersatu dalam MN sedangkan kalau sudah buat PN nak menggantikan MN, sudah tak relevan soal surat jemputan kepada Bersatu itu,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya pada Rabu.
Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa sikap pemimpin UMNO yang menimbulkan masalah menyebabkan penubuhan MN tertangguh sehingga kini.
Dalam pada itu, Shahril menyifatkan keyakinan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN terhadap keupayaan gabungan itu untuk menang 100 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, tidak lebih daripada kata-kata pembakar semangat.
Jelasnya, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan bahawa kerajaan negeri Terengganu di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya menunaikan 100 peratus manifesto dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga boleh dipersoalkan.
Tambah Shahril, selain beberapa inisiatif telah pun dimulakan di bawah kerajaan BN sebelum ini yang hanya diteruskan di dalam manifesto Pas, kerajaan negeri itu masih belum memenuhi manifesto asli yang dirangka sendiri oleh pentadbiran di bawah pentadbiran Ahmad Samsuri.

INILAH DIA SISTEM KAPITALIS..TAK GUNA ADA AGEN DAN STOKIS....

 



ASYRAF JEFFRY


Saya meroyan isu sebegini pada 2015 lagi bilamana brand besar seperti Acer,Asus,HP,Lenovo dan lain-lain buka Official Store mereka di E-Market Place macam Shopee dan Lazada. Tapi,apa yang berlaku?

.

Mereka tetap teruskan. Bahkan,mereka lantik kedai-kedai yang mereka Favor, sudah tentu berdasarkan belian (Stock Buy In) dan jualan (Sell Out), jaga Official Store mereka. Berat sebelah bukan?

.

Tapi,ini lah realiti. Kita hidup dalam sistem kapitalis. Kalau kita tidak suka, angkat kaki dan berambus.

.

Namun,itu hanya satu pilihan. Kita ada dua pilihan yang lain samada buat seperti tiada apa-apa yang berlaku atau kita sendiri masuk ke gelanggang dan berperang dengan 'adil'. Kalau nak buang harga pun tiada masalah tapi kena atur strategi dengan baik.

.

Berdasar pengalaman saya,pelanggan lebih cenderung membeli di Official Store berbanding kedai biasa atau stokis kerana faktor kepercayaan. Lagi-lagi kalau produk mahal. Di Shopee saya, nak jual Laptop RM5k ke atas memang susah tapi kalau anda ke Official Store brand-brand ini, Laptop harga sebegini banyak terjual.

.

Sudah tentu peperangan ini tidak mudah tetapi suka atau tidak,anda ada tiga pilihan di atas. Marah,mengamuk,meroyan dan menangis tidak mampu buat stock yang anda ada sekarang terjual. Cut loss atau teruskan perjuangan. Anda pilih.

.

Cuma,sebagai seorang yang membawa imej ikon Muslimah Business, yang melaungkan slogan bantu anak bangsa dan agama, dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

.

Kalau anda faham sistem stokis dan ejen,anda mesti tahu yang ramai ejen sebenarnya bukan dari latar belakang yang senang. Ada Ibu tunggal, pelajar,orang miskin dan lain-lain. Pastinya dengan pembukaan Official Store sebegini akan mengganggu periuk nasi mereka.

.

"Baik beli di Shopee,ada diskaun. Baik beli di Shopee,ada free delivery."

.

Nur.

 

Esok bakal tentukan nasib 4 katak. Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah, berperlembagaan. Bye.bye 4 ADUN yang melompat.

 

Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah, berperlembagaan



Bernama
Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah, berperlembagaan
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Pada 12 April lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Azizan Md Arshad membenarkan permohonan DUN Pulau Pinang dan Speakernya, Datuk Law Choo Kiang untuk merujuk beberapa persoalan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mahkamah itu mendengar serta memutuskan isu perlembagaan berkaitan enakmen antilompat negeri itu.
DUN Pulau Pinang dan Speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.
Empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun berkata peguam perayu telah berhujah bahawa undang-undang tidak boleh menjejaskan hak mereka untuk berpersatuan seperti dijamin oleh Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan dalam hal ini, pergantungan ketara diletakkan ke atas keputusan Mahkamah Agung dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & satu lagi melawan Nordin Salleh & satu lagi.
Beliau berkata bagaimanapun, peguam responden pula berhujah enakmen Perkara 14A adalah bagi menangani isu berkaitan kelayakan keahlian DUN iaitu perkara yang dibincang dalam Jadual Lapan Perlembagaan Persekutuan dan setiap DUN diberi kuasa untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing untuk menangani isu tersebut.
Dalam penghakiman itu, Tengku Maimun berkata keupayaan seorang ADUN menukar keahlian parti politik atas apa jua alasan, tidak termasuk dalam hak peribadi seorang warganegara untuk berpersatuan sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
"Kami berpendapat bahawa syarat kelayakan bagi keahlian DUN adalah perkara yang berkaitan dengan demokrasi berparlimen dan tidak melibatkan hak peribadi individu yang dipilih sebagai wakil rakyat atau pilihan untuk berpersatuan dengan parti politik tertentu atau pihak di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
"Atas alasan-alasan ini, kami mendapati kes Nordin Salleh yang menyatakan bahawa wakil rakyat berhak menukar parti politik sebaik sahaja dipilih sebagai hak berpersatuan di bawah Perkara 10(1)(c) adalah tidak tepat dari segi perlembagaan. Justeru, keputusan dalam kes Nordin Salleh berkaitan isu ini adalah diketepikan," katanya.
Tengku Maimun berkata mahkamah berpandangan bahawa sebaik sahaja seorang wakil rakyat menang atas tiket parti politik yang dipilihnya, ini bermakna beliau telah menggunakan hak berpersatuan dengan bertanding atas tiket parti politik itu.
"Sebaik berada di Parlimen atau DUN, sifat berpersatuan seorang wakil rakyat adalah berbeza kerana beliau kini tertakluk kepada parti politik yang telah dipilih untuk bertanding selepas menerima mandat daripada pengundi yang mengamanahkan jawatan itu kepadanya," katanya ketika menyampaikan keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Panel itu turut mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang meneruskan perbicaraan kes tersebut selaras dengan penghakiman hari ini atau mengikut lunas undang-undang.
Perayu diwakili peguam Datuk DP Naban, Rosli Dahlan, Chetan Jethwani dan Siva Kumar Kanagasabai manakala Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan A. Surendra Ananth mewakili responden.
-- BERNAMA

BERITAHU RAKYAT LOMPAT PARTI PERBUATAN KEJI


PENYELEWENGAN PROJEK KAPAL PERANG LCS HANGUSKAN RM890 JUTA – NAJIB, ZAHID DAN H2O WAJIB JAWAB

 




Saya mengalu-alukan tumpuan masyarakat kepada nasib perajurit negara yang secara langsung berkait dengan dana awam. Isu ini lebih kritikal berbanding skandal-skandal lain kerana ia melibatkan pelbagai dimensi (“multi dimensional”), seperti:

1. Penyelewengan dana rakyat untuk membina sistem pertahanan negara yang dianugerahkan terus kepada syarikat yang dikawal tabung amanah yang sepatutnya menjaga kebajikan perajurit

2. Apabila projek dan dana diselewengkan, bukan sahaja tabung amanah mengalami kerugian, sistem pertahanan negara terdedah kepada pelbagai risiko apabila kelengkapan dan persenjataan menjadi lapuk dan ketinggalan zaman

3. Mangsa seterusnya ialah perajurit yang terus dipinggirkan dan tidak terbela, sedangkan jika berbilion ringgit yang diselewengkan melalui perolehan projek-projek pertahanan ini tidak berlaku, wang itu boleh digunakan untuk memberi elaun dan pencen yang lebih baik kepada perajurit

Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), YB Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai dapatan-dapatan PAC yang meneliti pengendalian projek Littoral Combat Ship (LCS) yang telah berlarutan sejak 2011.

Untuk makluman orang ramai, projek yang dianugerahkan secara terus dalam tahun 2011 telah menelan belanja RM6 bilion setakat 2022 tetapi satu kapal perang pun belum disiapkan. Mengikut jadual kontrak, sepatutnya lima kapal perang telah disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk beroperasi.

Sebenarnya saya telah mengumpul maklumat dan mengkaji skandal ini sejak beberapa bulan lalu atas kapasiti saya sebagai orang awam.

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diketahui oleh orang awam:

i. Pada 16 Disember 2011, Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Lantikan (“Letter of Award”atau LOA) kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam “second generation patrol vessels”(SGPV) “littoral combat ship” (LCS) dengan jumlah kontrak RM9 bilion. Menteri Pertahanan pada ketika itu yang bertanggungjawab menguruskan projek ini ialah Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden UMNO sekarang.

ii. Kerajaan Persekutuan menandatangani kontrak akhir dengan BNS bagi kontrak berjumlah RM9 bilion ini pada 17 Julai 2014. Menteri Pertahanan pada ketika itu, yang merundingkan perjanjian akhir ialah Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kanan kerajaan gabungan PAS-UMNO-Bersatu sekarang.

Perdana Menteri pada ketika LOA dan kontrak projek ini diselesaikan tidak lain dan tidak bukan adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya telah mengumpulkan maklumat berkenaan penyelewengan demi penyelewengan yang berlaku sepanjang sedekad projek ini berjalan. Saya akan kembali mendedahkan satu persatu dalam siri expose sepanjang bulan Ogos ini seperti yang saya pernah lakukan semasa skandal NFC, 1MDB, Tabung Haji dan Felda dahulu.

Saya bermula pada hari ini dengan soalan yang mudah:

Siasatan yang dilakukan secara dalaman setakat ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan dari projek ini, baik dari segi penipuan, wang yang dipindahkan kepada pihak yang bertujuan menipu kontrak, duplikasi kontrak dengan tuntutan berganda dan pelbagai penyelewengan ini.

Saya percaya siasatan dalaman ini telah sampai kepada Hishamuddin Hussein. Sebagai menteri yang menandatangani kontrak dalam tahun 2014, beliau juga menteri yang menandatangani perjanjian tambahan (“supplementary contract”) pada 31 Mei 2022 untuk menghidupkan kembali projek ini.

Sebagai menteri pertahanan yang paling lama menguruskan projek ini, beliau sudah tentu tahu tentang segala laporan dalaman mengenai penyelewengan projek ini.

Kenapa sehingga sekarang beliau tidak mengambil tindakan untuk menangani penemuan penyelewengan berjumlah RM890 juta itu kerana tidak ada satu kes pun yang dibawa terhadap pihak-pihak yang dinamakan terlibat di dalam penyelewengan tersebut?

Skandal ini bakal memerangkap UMNO menjelang PRU15 kerana ia akan membuktikan bagaimana UMNO menuduh Pakatan Harapan menjual aset negara, sedangkan di bawah pentadbiran UMNO:

i. Persenjataan dan pertahanan negara terbengkalai sehingga ketinggalan berbanding jiran kita seperti Indonesia

ii. Nasib perajurit yang kebanyakannya Melayu diabaikan apabila dana yang sepatutnya memanfaatkan mereka hangus akibat penyelewengan

Saya akan terus mendedahkan maklumat terperinci penyelewengan ini satu persatu sehinggalah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Najib Razak bersuara untuk menjawab.

Skandal kapal perang terbengkalai ini berlaku dibawah pengawasan dan pengurusan mereka, wajiblah mereka tampil menjelaskan kepada rakyat.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

4 Ogos 2022.