Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
*Ultra KIRANA Sdn Bhd*, UKSB dapat kontrak mengeluarkan visa kpd rakyat asing China, India & Nepal...
*FAKTA:*
*Ultra KIRANA Sdn Bhd*, UKSB dapat kontrak mengeluarkan visa kpd rakyat asing China, India & Nepal...
Konon2 akan bekerja di Malaysia iaitu rakyat China, India, Myanmar, dan Nepal.
*LIHAT:*
Siapakah pemimpin-pemimpin Melayu yang terlibat mengambil duit rasuah dari UKSB yang dapat kontrak urus visa masuk ke Malaysia.
CEO UKSB adalah David Tan Siong Sun yang mengaku telah membayar rasuah kepada ahli politik berikut...
(mengikut rekod lejer Syarikat UKSB) :
1. Tun M
2. Mahyudin Yasin
3. Zahid Hamidi (terima RM 43 million)
4. KJ
5. HISHAMUDDIN HUSSEIN a.k.a H2O a.k.a MENHAN 1.0 a.k.a MENHAN 2.0
*FIKIR:*
Berapa ribu orang warga asing kah yang sudah masuk ke Malaysia dengan mengunakan khidmat UKSB?
Adakah nama mereka di rekod oleh Jabatan Imigresen Malaysia?
Berapa (puluh/ratus?) RIBU kah yang telah terlepas dan duduk di Malaysia secara haram dan tunggu dapat IC Malaysia?
*FIKIR-FIKIRKAN:*
SIAPAKAH sebenarnya yang KHIANAT MENJUAL MARUAH NEGARA?
INI KAH PEMIMPIN MALAYSIA yang patut KITA PILIH untuk memimpin dan menjaga keselamatan rakyat dan negara yang kita dicintai?
*TAK LAMA LAGI:*
LIMA (5) orang ini akan duduk satu meja dan buat keputusan supaya mereka berlima boleh bertanding PRU-15 untuk MENIPU ORANG MELAYU SEKALI LAGI?JANGAN MUDAH TERTIPU.
*BANGUNLAH MELAYU DARI TIDUR KAMU...*
BN AKAN TERUS PENAT DI SELANGOR…
Berkatalah Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak bahawa gabungan itu sudah penat menjadi pembangkang di Selangor.
Katanya lagi, siri kekalahan BN di Selangor yang dialami sejak 2008 lalu boleh ditamatkan jika merekq sedia menggunakan pendekatan yang fleksibel.
Berucap pada Konvensyen BN Selangor yang berlangsung di Shah Alam hari ini, Najib berkata, beliau kecewa kerana negeri itu – yang diterajui UMNO sehingga 2008 – diperintah oleh pentadbiran parti lain.
Untuk itu, tegas beliau, UMNO dan BN dari akar umbi hinggalah kepada pucuk pimpinan, semua perlu bersedia dengan jentera untuk melawan parti lawan.
“Ada cara yang fleksibel supaya kita boleh menang di Selangor,” ujarnya.
Bekas Perdana Menteri yang sudah disabitkan bersalah dalam kes SRC International itu mendakwa, pertumbuhan ekonomi di Selangor sejak PH mengambil alih kerajaan negeri adalah lebih perlahan berbanding negeri lain.
Dalam pada itu, beberapa puak dalam UMNO dan PAS dikatakan mendesak agar BN dan PN bekerjasama di Selangor di sebalik hubungan tegang di antara kedua-dua gabungan tersebut di peringkat pusat dan negeri-negeri lain.
Bekerjasama dengan Pas dianggap langkah yang akan memudahkan untuk mengetepikan PH.
Dengan Najib mengatakan UMNO dan BN sudah penat jadi pembangkang, bermakna mereka mahu benar kepada kemenangan dalam PRU15 akan datang nanti.
Soalnya, mampukah mencapai impian itu?
Untuk makluman Najib dan semua pembesar UMNO, dalam soal untuk menawan semula Selangor ini, isu yang paling kritikal ialah siapakah pemimpin yang ditawarkan oleh UMNO dan BN untuk menerajui Selangor jika berjaya menjadi kerajaan?
Mampukah pemimpin yang ditampilkan itu menandingi Menteri Besar Selangor sedia ada, Amiruddin Shari dan barisan kepimpinan muda khususnya yang ada dalam PKR?
Yang nyata, selagi UMNO dan BN Selangor memiliki pemimpin seperti Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain yang seangkatan dengannya, malah jika pemimpin pelapis yang cuba ditonjolkan pula adalah seperti Isham Jalil, jauh panggang daripada api untuk mereka berangan-angan dapat menjatuhkan PH.
Semua mereka itu hanya meletakkan UMNO dan BN terus penat sebagai pembangkang di Selangor.
Namun, dengan jadi pembangkang di Selangor, hanya pemimpin UMNO dan BN yang rasa penat, tetapi bagi rakyat secara umumnya, itulah nikmat. – ShahbudinHusin 31/07/2022..
PEKERJA SYARIKAT TELCO DISIASAT
ADAKAH CELCOM??
Beberapa orang staf telco sedang disiasat atas tuduhan menerima
rasuah dari satu sindiket.
Sindiket tersebut membayar mereka untuk memberikan data peribadi
pengguna.
Mereka telah mengaut keuntungan berjuta Ringgit setelah
mengenakan caj yang tidak diketahui kepada pelanggan. Sasaran utama ialah
kebanyakan pengguna prabayar kerana caj tersebut tidak dipapar pada bil.
Suspek disiasat kerana terlibat dengan tiga syarikat yang
merupakan penyedia perkhidmatan kandungan SMS dengan menghantar SMS berbayar
kepada pengguna telefon bimbit di seluruh negara.
Setiap kali SMS dihantar, pengguna akan dicaj antara 50 sen
hingga RM4.
Bagaimanapun pengguna tidak sedar yang mereka dicaj untuk
'servis' tersebut.
Sindiket itu juga dipercayai membuat tuntutan kepada syarikat
telekomunikasi sebagai bayaran perkhidmatan. Ini bererti mereka memperoleh
keuntungan dari kedua-dua pihak, iaitu pengguna telefon dan syarikat
telekomunikasi.
Update:
Sesiapa yg dah kena scam dgn pihak telco. Ini link utk korang
buat repot on9. Repot jerr.. jgn bagi muka sangat.
2. https://www.mcmc.gov.my/ms/make-a-complaint/make-a-complaint
ISLAM SEMARAK DIBAWAH PANJI PAS DI KEDAH -MAHFUZ OMAR
Islam semarak mekar mewangi dibawah pimpinan kerajaan PAS Kedah lanie
INI KALAU ZAMAN PH DULU...PADANG MANA PULAK LA NAK P BERHIMPUN..ALMAKLUM ISLE TERANCAM. TAPI KINI APA YANG PH DIKUTUK DULU DAN RASANYA TAK ADA FESYEN FESYEN DIBUAT DI KEDAH WAKTU TU...WALAUN DIAM MEMBISU...ADAKAH RAKYAT TAK TAHU ATAU TAK FAHAM ? ATAU ADAKAH WALAUN TAK TERASA SEDIKIT PUN NAK TEGUR PIMPINAN MEREKA YANG KINI DAH ADA KUASA ?...
JOM BANTU MEREKA MENENTANG PENSYARAH YANG JELEK DEMI MENEGAK KEBENARAN.AKU RASA RAMAI KENAI PENSYARAH TU.
LIYANA MARZUKI
Hari ni melepak dengan Otai Mohd Mukhlis Mohd Sharif…
Dia jadi influencer politik sejak PRU14. Masih kekal berpengaruh hingga
sekarang. Kalau geng pembangkang nak tahu isu, kena singgah profile beliau.
He says things as is. Straight from his heart. Dalam sosmed atau
jumpa berdepan. Sama saja. Kita tahu dia tak simpan dalam.
Banyak benda juga kami bertelagah dulu. Dia selalu ingat saya
pentaksub Tun M dan penyokong kuat MUDA dan Warisan.
Dua tiga menjak ni dan setelah jumpa berdepan, dia dah tahu
siapa saya sebenarnya. Saya whack semua orang. Dan puji mana yang patut dipuji.
Loyalty to the party, saya tolak tepi. Kepentingan negara itu lebih penting.
Walau apapun prinsip kami, satu saja yang saya tahu. Kami berdua
nakkan Malaysia yang bermaruah, progresif dan berdaya maju. Kami tentang
penunggang agama dan kaum. Tu pada kami musuh nombor satu negara, selain
perompak dan penyamun.
*****************************************************
Tahun lepas, ada seorang pensyarah ni, keluar kenyataan merapu.
Bermula dari kisah seorang YB bagi motor kepada seorang brader foodpanda. Dia
kaitkan pulak isu kaum.
Maka kami berdua, keluarkan posting menentang pensyarah ini.
Pada kami, bukan semua benda kena dilihat dari lensa politik.
Dah dia YB, bukan kah kerja dia nak berkhidmat untuk masyarakat?
Takkan la dia tak boleh nak bantu kaum lain? Bukankah kita negara majmuk?
Posting kami dikongsikan beribu2 kali oleh warga net kerana kami
percaya mereka juga mendokong prinsip yang sama.
Makanya, apa yang pensyarah ni buat? Dia saman kami berdua!
Tuntut pampasan berjuta.
Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kes ini akan kami lawan habis2an. Suara demokrasi rakyat
majoriti yang cintakan perpaduan dan keamanan akan kami angkat.
Untuk itu, kami berdua telah memutuskan untuk melancarkan kempen
GoFundMe untuk membiayai kos perundangan ini nanti.
Besar hasrat kami, agar tuan/ puan dapat mendokong kempen ini.
Mari kita kembalikan Malaysia yang harmoni!
#manabaikkitasokong
#manasalahkitabantah
SCAM ONLINE: RAKYAT RUGI RM2 BILION
Scam online: Rakyat rugi RM2 bilion
on:
Bank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih bertanggungjawab terhadap jenayah penipuan atas talian yang melibatkan akaun pelanggan bank bank komersial.
Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, beliau kecewa dengan respons terkini Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam Persidangan Penipuan Kewangan dan Tajaan Terrorisme baru-baru ini.
Katanya, BNM seharusnya menyatakan pendirian yang jelas dan tegas tentang peranan bank-bank komersil untuk menanggung sebahagian tanggungjawab dalam kes penipuan atas talian, dan bukan sekadar membuat kenyataan yang separuh masak.
“Sebagai badan penyeliaan dan pengawalan tertinggi kepada institusi kewangan, BNM sedar akan kerugian sebanyak RM2.23 bilion dalam jenayah atas talian dari tahun 2017 hingga Julai 2021. Namun saya kesal ianya mengambil masa lima tahun untuk BNM betul-betul menyedari betapa kritikal isu ini dalam menjejaskan dan memusnahkan kehidupan puluhan ribu rakyat.
“Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online yang saya berikan khidmat nasihat menerima perkongsian kes-kes daripada rakyat hampir setiap hari.
“Jumlah kerugian tercatat daripada anggota kumpulan ini sudah mencecah RM2 juta. Terdapat mangsa yang hilang kesemua simpanan seumur hidup mereka, sehinggakan ada yang mengalami masalah kemurungan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, tidak cukup Nor Shamsiah menyatakan tindakan mengubah prosedur penghantaran (OTP) melalui (SMS) kepada kaedah pengesahan pelbagai faktor yang lebih selamat sahaja.
Ujarnya, BNM sepatutnya menempatkan bank-bank komersil di satu kedudukan yang lebih adil kepada pengguna dan para pencarum.
“BNM perlu wajibkan bank-bank komersil merangka kod industri supaya mereka wajib memberikan pampasan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa tersebut.
“Jikalau Bank OCBC Singapura di bawah penyeliaan Money Authority of Singapore (MAS) boleh membayar ganti rugi “kemurahan hati” sebanyak RM44.4 juta kepada 790 pelanggan mereka yang dijadikan mangsa, mengapa tidak Malaysia?
“Saya juga kurang bersetuju dengan kenyaatan Nor Shamsiah yang hanya menyeru mangsa melaporkan kepada bank dan polis sahaja. Sangat jauhnya tanggapan pihak atasan berbanding dengan apa yang berlaku di bawah,” katanya.
Situasi sekarang, menurut Chean Chung, kebanyakan mangsa-mangsa dijadikan bola antara agensi PDRM dan bank, dan ramai telah hilang keyakinan terhadap keupayaan agensi penguatkuasaan untuk bertindak.
“Adakah BNM bersedia mengumumkan bilangan mangsa berjaya mendapatkan semula wang tersebut daripada RM2.23 bilion kerugian tersebut? Berapakah orang dalaman bank-bank komersil yang berjaya didakwa dan dihadap ke mahkamah?
“Atas jumlah mangsa yang bertambah setiap hari dan kesemua kekecewaan yang ada, saya berpendapat hanya BNM yang boleh mempertanggungjawabkan bank-bank komersil untuk mengatasi kemelut ini.
“Ini juga merupakan pegangan dan kepercayaan pihak kumpulan sokongan yang menghantar memorandum kepada ahli-ahli parlimen dan Kementerian Kewangan pada 26 Julai lepas. Saya menggesa BNM di bawah pimpinan Nor Shamsiah agar segera bertindak,” katanya lagi.
NAJIB TIDAK PERNAH KECAM JHO LOW, KENAPA ZAID IBRAHIM BERUBAH?
Najib tidak pernah kecam Jho Low, kenapa Zaid Ibrahim berubah?
Perubahan fikiran bekas Menteri Undang undang, Datuk Zaid Ibrahim daripada menghentam bekas Perdana Menteri Najib Razak suatu ketika sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 kepada membelanya hari ini mengejutkan banyak pihak.
Supremo DAP, Lim Kit Siang, masih kehairanan bagaimanakah Zaid dengan pengetahuan undang undang yang baik boleh berubah fikiran.
Kit Siang yang juga berpendidikan undang undang berkata, sama ada Zaid telah membaca penghakiman Hakim Azimah dalam saman bekas Peguam Negara Apandi Ali ke atasnya berkenaan kes 1Malaysia Development Berhad.
“Saya terkejut dengan pemikiran baharu Zaid Ibrahim tetapi bolehkah dia mempengaruhi sekurang-kurangnya seorang untuk menukar fikiran mereka untuk percaya yang Najib Razak tidak bersalah dalam skandal mega 1MDB yang melibatkan berbilion dolar?
“Saya amat terkejut dengan perubahan pendirian Zaid, terutamanya selepas penerbitan lebih daripada 100 muka surat penghakiman Azimah mengenai kes saman bekas Peguam Negara, Mohamad Apandi terhadap saya pada minggu lepas.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah bagaimana Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri Kabinet, boleh berubah fikirannya mengenai Najib dan skandal 1MDB selepas membaca penghakiman Azimah ini? Atau adakah dia belum membaca penghakiman ini?” tanyanya.
Kit Siang juga memuat naik petikan catatan Zaid di Facebook yang percaya Najib ditipu oleh Jho Low dan bukannya terlibat merancang korupsi berbilion ringgit sebagaimana yang didakwa.
“Adakah Najib yang memberitahu Zaid mengenai semua perkara ini, termasuklah juga versi di mana dia sebagai Perdana Menteri tidak merancang skandal 1MDB dan jika bukan, bagaimanakah Zaid mencapai kepada kesimpulan sebegini?
“Salah satu perkara terpenting dalam skandal 1MDB yang telah diketahui umum selama lebih daripada satu dekad adalah Najib tidak pernah mengecam Jho Low atau sesiapa pun mengenai skandal 1MDB ini.
“Malah, tidak ada mana-mana pemimpin Umno atau BN yang telah mengecam skandal 1MDB ini walaupun bekas Peguam Negara Amerika Syarikat telah menggambar skandal ini sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”,” katanya.
Justeru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bertanya satu soalan mudah kepada sesiapa yang mahu berubah fikiran, bolehkah Najib dan para pemimpin Umno sekarang mahu pun dalam pemerintahan Najib menjelaskan mengapa mereka tidak pernah mengutuk skandal 1MDB, walaupun skandal tersebut telah menyebabkan seluruh dunia melihat Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi.
Pada 26 Julai lalu, Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd
Beliau kemudian melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.
PENJELASAN SULU SIRI 1- TOMMY THOMAS
PENJELASAN SULU SIRI 1
Nota ini untuk merekodkan pengalaman saya dalam menangani
pertikaian tersebut selepas saya ditaklimatkan mengenainya pada Ogos/September
2019 semasa enam bulan terakhir saya sebagai peguam negara. Pada permulaannya,
saya harus nyatakan bahawa saya tidak lagi mempunyai akses kepada dokumen,
melainkan dokumen yang berada dalam domain awam. Saya berharap artikel ini akan
mendorong mereka yang memiliki fakta yang penuh untuk turut menyertai
perbincangan umum.
2. Perjanjian Pemberian 1878 merupakan asas tunggal dan
eksklusif bagi tuntutan waris Sultan Sulu. Pemberian itu menyerahkan pemunyaan
dan kedaulatan sebahagian daripada Sabah pada masa kini kepada Syarikat Borneo
Utara British untuk selama-lamanya. Ia merupakan peninggalan sebuah empayar. Ia
mirip pemberian Bombay oleh Portugis kepada British pada 1661 dan penyerahan
New York (New Amsterdam) oleh Belanda kepada British pada 1664. Di tanah air,
pemberian Pulau Pinang pada 1786 oleh Kesultanan Kedah dan Singapura pada 1819
oleh Kesultanan Johor; kedua-duanya kepada British dalam hal ini. Namun, tidak
timbul dalam mana-mana pemberian tersebut suatu tuntutan yang serupa ini dalam
abad ke-21 yang berbangkit daripada pemberian untuk selama-lamanya.
Oleh itu, tuntutan Sulu mesti dilihat dalam konteks empayar dan penjajahan. Pemberian tanah milik bangsa lain oleh sebuah empayar kepada empayar yang lain adalah lazim pada abad-abad yang lalu; tuntutan undang-undang melalui proses timbang tara (seperti yang berlaku kini) berabad-abad kemudian adalah suatu perkara baharu.
A) Persetujuan di bawah Perjanjian Pemberian 1878
Tiga bahagian penting dalam perjanjian tersebut berbunyi
seperti berikut:
“Grant by Sultan of Sulu of
Territories and Lands on the Mainland of the Island of Borneo. Dated 22nd
January, 1878.
“We…Sultan of Sulu…hereby grant and cede of our own free
and sovereign will to Gustavus Baron de Overbeck of Hong Kong and
Alfred Dent Esquire of London as representatives of a British Company…forever
and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the
territories and lands…
“In consideration of this grant…to pay
as compensation to the Sultan the sum of five thousand dollars per
annum.
“In case any dispute shall arise between His
Highness the Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de
Overbeck or his Company it is hereby agreed that the matter shall be
submitted to Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo.”
(penekanan saya)
3. Tiada apa-apa dalam bahagian-bahagian penting tersebut
yang tidak jelas. Ianya digubal menggunakan istilah dan implikasi undang-undang
yang jelas, dan dengan itu, menunjukkan hasrat pihak-pihak. Ia bertujuan untuk
mempunyai kuatkuasa undang-undang.
Perenggan pertama dalam Perjanjian 1878 dengan jelas, terang,
dan nyata memberikan tanah-tanah yang diperihalkan dalam dokumen tersebut
“untuk selama-lamanya dan berkekalan” (for ever and in perpetuity) kepada
dua orang ejen dan wakil Syarikat Borneo Utara British. Dalam apa jua cara
sekalipun, perenggan tersebut tidak dapat ditafsirkan selain sebagai sebuah
pemberian yang dengan jelasnya mempunyai kesan undang-undang bagi memindahkan
pemunyaan tanah tersebut daripada Sultan Sulu kepada syarikat British.
Ia bukannya pajakan, dan tidak pernah dihasratkan untuk suatu
tempoh yang sementara. “Balasan” (consideration) untuk
penyerahan itu ialah pampasan sejumlah 5,000 dolar setahun, yang secara
tersirat juga adalah untuk selama-lamanya. Ianya suatu jumlah yang tetap, dan
tidak tertakluk kepada sebarang kenaikan atau semakan.
4. Kesan undang-undang Perjanjian 1878 telah diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1939 dalam kes Dayang Dayang Haji
Piandao Kiram (f) lwn Kerajaan Borneo Utara. Berikut kenyataan Ketua Hakim
Macaskie dalam kes tersebut:
“The deed of Cession was a complete and irrevocable grant of
territory and the right reserved was only the right to an annual payment, a
right which is in the nature of movable property.”
B) Kesan Surat Ikatan Pengesahan 1903
5. Pada 22 April 1903, Sultan Sulu menandatangani surat
ikatan pengesahan yang menyatakan bahawa beberapa pulau yang tidak dinamakan
dalam Perjanjian Pemberian 1878 juga diserahkan kepada kerajaan Borneo Utara
British. Selanjutnya, jumlah “wang serahan” (cession money) dinaikkan
sebanyak 300 dolar setahun. Surat ikatan 1903 ini turut ditandatangani Gabenor
Borneo Utara British, EW Birch. Sejak 1903, jumlah pampasan tahunan ditetapkan
sebanyak 5,300 dolar.
C) Keberertian penghakiman Macaskie 1939
6. Kes yang dirujuk dalam perenggan 4 di atas difailkan di
Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1939 oleh keturunan Sultan Sulu untuk
menentukan siapa di antara mereka yang berhak untuk menerima pampasan tahunan
sebanyak 5,300 dolar. Ia tidak melibatkan Borneo Utara British mahupun Kerajaan
British, yang mana kedua-duanya tidak mempersoalkan kewajipan di sisi
undang-undang untuk terus membayar pampasan sebanyak 5,300 dolar setiap tahun.
Dalam hal itu, pihak menuntut Sulu yang mempunyai pertikaian
sesama mereka dan mereka telah memilih untuk memulakan tindakan undang-undang
di mahkamah Borneo Utara. Pilihan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang
di Borneo Utara (dan bukannya proses timbang tara ataupun di mana-mana forum
lain) adalah sangat penting dari segi undang-undang, dan relevan dengan
pertikaian sekarang. Ia satu lagi faktor yang menunjukkan bahawa Borneo Utara
(atau sekarangnya Sabah) merupakan forum yang natural dan wajar (natural
and proper forum) untuk penyelesaian pertikaian yang berkaitan atau
timbul daripada Perjanjian 1878, dan dengan itu mengetepikan sebarang forum
lain.
D) Kesan penubuhan Malaysia pada 1963
7. Kerajaan British menjadi pengganti dalam hak milik (successor
in title) Syarikat Borneo Utara British pada 1946 apabila Borneo Utara
menjadi tanah jajahan United Kingdom. Oleh itu kerajaan British lah yang
membayar pampasan tahunan sebanyak 5300 dolar kepada pihak menuntut Sulu semasa
1946 hingga 1963.
8. Pembentukan Malaysia pada 1963 memberikan peluang untuk
Malaysia menamatkan pembayaran tahunan kepada pihak menuntut Sulu. Bapa
pengasas kita boleh secara mudahnya mempertikaikan bahawa Perjanjian Pemberian
1878 adalah peninggalan penjajah yang tidak mengikat persekutuan yang baharu
ditubuhkan dan British hendaklah kekal melaksanakan kewajipan tahunan untuk
membayar pampasan tersebut.
Malangnya, persekutuan yang baharu sebaliknya memikul
kewajipan undang-undang untuk membayar pampasan tahunan daripada penjajah
British yang ketika itu berundur, tanpa keraguan atau bantahan. Malaysia
membuat pembayaran tersebut setiap tahun dan tanpa gangguan sehingga 2013.
Pembayaran berterusan oleh Malaysia selama 50 tahun adalah bukti kukuh ̶ yang
tidak dapat dipertikaikan ̶ bahawa Malaysia telah mengambil alih kedudukan
Kerajaan British sebagai pengganti dalam hak milik, dan terhalang dari segi
undang-undang untuk mengambil kedudukan yang sebaliknya.
Demikianlah dalam setengah abad itu, kewajipan undang-undang Malaysia untuk membayar pampasan tahunan kepada pihak menuntut Sulu tidak pernah dipersoalkan oleh kerajaan Malaysia.
PENJELASAN SULU SIRI 2
PENJELASAN SULU SIRI 2
E) Mengapakah Malaysia menghentikan pembayaran pada 2013?
9. Sepanjang pengetahuan saya, kerajaan Malaysia tidak
pernah membuat penjelasan secara umum pada 2013 berkenaan sebab-sebab mengapa
pembayaran pampasan tahunan kepada pihak menuntut Sulu dihentikan. Ini berlaku
semasa pentadbiran Najib Razak. Perdana menteri, menteri luar negeri atau
pertahanan mahupun peguam negara seharusnya mengeluarkan suatu kenyataan awam
untuk memperjelaskan keputusan mereka.
Malah, sehingga hari ini, sedekad kemudian, anggota
pentadbiran tersebut masih berdiam diri, yang mana telah membawa kepada
spekulasi dan kekeliruan yang tak perlu.
10. Penjelasan tidak rasmi yang sering diberikan adalah
bahawa Malaysia menghentikan pembayaran kerana pencerobohan bersenjata pada
2013 ke atas Lahad Datu di Sabah. Bagaimanapun, tiada bukti jelas yang boleh
mengaitkan pihak menuntut Sulu yang menerima pampasan tahunan daripada Malaysia
dengan penceroboh bersenjata Lahad Datu.
Sekiranya kerajaan Malaysia mempunyai bukti sedemikian,
langkah yang hemat seharusnya adalah untuk memfailkan tindakan undang-undang di
Mahkamah Tinggi Sabah di Kota Kinabalu terhadap pihak menuntut Sulu (yang mana
kesemua identiti mereka diketahui oleh kedutaan kita di Filipina, di mana
bayaran tahunan dibuat kepada mereka), bagi memohon suatu perintah dari
mahkamah Sabah bahawa oleh kerana pihak menuntut Sulu terlibat secara peribadi
dan secara langsung dalam pencerobohan Lahad Datu, mereka kehilangan hak mereka
untuk menerima bayaran pada masa hadapan dan bahawa Perjanjian 1878 telah
berhenti berkuatkuasa.
Sekiranya itu berlaku, tindakan kerajaan untuk menghentikan
pembayaran akan menerima “judicial imprimatur” (kebenaran
secara rasmi oleh mahkamah). Malangnya, opsyen ini tidak diambil oleh mereka
yang bertanggungjawab pada 2013.
11. Tanpa memberikan sebarang sebab untuk menghentikan
pembayaran selepas 50 tahun kepada pihak menuntut Sulu, dan tanpa pernah
memohon kebenaran secara kehakiman untuk penamatan pembayaran, Malaysia telah
memungkiri Perjanjian 1878. Akibatnya, pihak menuntut Sulu berhak kepada pelaksanaan
spesifik (specific performance) kontrak, iaitu Perjanjian
1878, yang secara praktikalnya bermaksud bahawa Malaysia mesti memulihkan
tunggakan pampasan tahunan sebanyak RM5,300 setahun dari 2013 hingga 2022, dan
seterusnya berjanji untuk membayar jumlah tahunan tersebut.
12. Dari segi praktikal, pelaksanaan spesifik kontrak 1878
bermaksud pembayaran wang secara tahunan, yang mana jumlahnya telah ditetapkan
pada 1878 dan 1903. Satu-satunya kerugian yang dialami pihak menuntut Sulu
ialah kehilangan wang pampasan tahunan sebanyak RM5,300; tidak lebih dan tidak
kurang.
Undang-undang asas bagi ganti rugi atau pampasan yang perlu
dibayar untuk kerugian yang disebabkan oleh kemungkiran kontrak ialah, apabila
sesebuah kontrak itu dimungkiri, pihak yang tidak bersalah berhak untuk
menerima, daripada pihak yang memungkiri kontrak, pampasan untuk sebarang
kerugian atau kerosakan yang dialaminya, yang timbul secara lazim kesan
daripada kemungkiran tersebut.
Dalam erti kata lain, pihak yang dipersalahkan hendaklah,
setakat yang mampu dilakukan dari segi kewangan, memulihkan kedudukan pihak
yang tidak bersalah agar kembali kepada kedudukan yang sepatutnya jika kontrak
itu tidak dimungkiri.
13. Melalui surat bertarikh 19 September 2019, saya menulis
kepada peguam yang mewakili pihak menuntut Sulu, dengan tawaran untuk membayar
tunggakan berjumlah RM37,100.00 dari 2013 hingga 2019, berserta faedah mudah
10% berjumlah RM11,130.00. Oleh itu tawaran yang dibuat kepada mereka adalah
sejumlah RM48,230.00.
Dari segi undang-undang, ini merupakan kerugian yang mereka
alami dalam tempoh 7 tahun. Selanjutnya, sekiranya tawaran sejumlah RM48,230.00
itu diterima, ia bermakna tiada lagi pertikaian antara pihak-pihak. Jaminan
juga diberikan kepada mereka bahawa Malaysia akan terus membayar jumlah tahunan
tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.
Surat saya dengan jelas menyatakan bahawa kes itu telah
dibawa secara salah dalam bidang kuasa Sepanyol dan bahawa Malaysia tidak
mengiktiraf mahupun patuh kepada bidang kuasa Sepanyol, sama ada bidang kuasa
yang dilaksanakan oleh mahkamahnya, tribunal timbang tara atau sebaliknya.
F) Apakah asas timbang tara pada 2018 oleh mahkamah Sepanyol
dalam pelantikan penimbang tara tunggal?
14. Perlu diingati bahawa Perjanjian Pemberian 1878 mengandungi
ayat ini:
“In case any dispute shall arise between His Highness the
Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de Overbeck or his
Company it is hereby agreed that the matter shall be submitted to Her Britannic
Majesty’s Consul-General for Borneo.”
15. Pembacaan yang nyata dan biasa bagi ayat ini
menghasilkan kesimpulan berikut:
(i) perkataan “timbang tara” tidak disebut,
walaupun semasa 1878 timbang tara telah berkembang matang, terutamanya di bawah
undang-undang Inggeris;
(ii) tempat bagi tribunal timbang tara tidak disebut;
(iii) undang-undang kontrak yang sepatutnya diguna pakai
oleh tribunal timbang tara tidak disebut;
(iv) pihak berkuasa untuk melantik penimbang tara tidak
disebut;
(v) sama ada tribunal timbang tara harus terdiri daripada
penimbang tara tunggal atau tiga orang penimbang tara tidak disebut; dan
(vi) Sepanyol tidak disebut; begitu juga dengan Perancis.
16. Oleh itu, ayat ini contoh klasik suatu percubaan
yang “pathologically flawed” untuk merujuk kepada timbang tara. Ia
tidak mungkin dapat dituruti, sebahagiannya kerana pejabat “Konsul
Besar Baginda Queen Britain di Borneo” (Her Brittanic Majesty’s Consular
General for Borneo) tidak lagi wujud dan sebahagiannya atas sebab enam
kecacatan yang disenaraikan di atas. Itu mungkin menjelaskan sebab mengapa
Kementerian Luar Negeri United Kingdom menolak permintaan, yang tampaknya
dibuat pada 2017, untuk menggunakan UK sebagai forum yang sesuai.
Sekiranya kerajaan British telah dengan tepat memutuskan
bahawa rujukan kepada pejabat “Her Brittanic Majesty’s Consular General
for Borneo” yang tidak lagi wujud, tidak memberikan bidang kuasa
kepada mahkamah di UK untuk melantik penimbang tara yang “bertempat di
British”, adalah amat sukar untuk dipercayai bagaimanakah mahkamah Sepanyol dan
Perancis boleh bertindak seperti yang telah mereka lakukan. Ianya langsung
bertentangan dengan undang-undang dan amalan timbang tara antarabangsa.
G) Keberertian keputusan Mahkamah Tinggi Sabah pada 2020
17. Selepas notis sewajarnya diberikan kepada penimbangtara
tunggal, Stampa, dan peguam British yang bertindak bagi pihak menuntut Sulu,
kerajaan Malaysia memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah
pada Disember 2019, seperti mana yang dilakukan oleh pihak menuntut Sulu pada
1939. Oleh kerana tidak wujud klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878, dan
pejabat “Her Brittanic Majesty’s Consular General for Borneo” telah
lama pupus, satu-satunya forum untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul
daripada Perjanjian 1878 tersebut adalah mahkamah Sabah.
Keputusan mana-mana forum lain yang kononnya mempunyai
bidang kuasa ke atas perkara ini adalah tidak sah dan seharusnya tidak
diendahkan langsung oleh kerajaan Malaysia.
18. Dalam penghakiman yang dilaporkan dalam kes Kerajaan
Malaysia lwn Nurhima Kiram Fornan [2020] 6 CLJ 429 Hakim Mairin Idang
memutuskan empat isu yang sangat relevan, iaitu:
(i) tiada perjanjian timbang tara yang sah atau mengikat;
(ii) tiada penepian kekebalan kedaulatan Malaysia yang boleh
memberikan bidang kuasa bagi prosiding di hadapan mahkamah di Sepanyol yang
melantik penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa;
(iii) Mahkamah Tinggi Sabah adalah forum semula jadi dan
wajar untuk memutuskan semua pertikaian; dan
(iv) wujudnya “forum shopping” oleh pihak
menuntut.
19. Walaupun penghakiman ini tidak mempunyai kesan luar
wilayah, ia menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sabah merupakan forum untuk
menyelesaikan pertikaian. Malangnya, penimbangtara tunggal, Stampa, tidak
menghiraukan penghakiman itu.
H) Tingkah laku Stampa
20. Kewajipan utama sesiapa yang dipinta untuk menjadi
penimbang tara bagi sesuatu pertikaian adalah untuk membaca perjanjian timbang
tara dengan teliti. Penimbang tara yang mungkin dilantik hendaklah, sebelum
menerima lantikan tersebut, yakin bahawa mereka mempunyai bidang kuasa untuk
bersidang dan memutuskan pertikaian.
Lazimnya, perjanjian timbang tara dalam bentuk suatu klausa
di dalam kontrak antara pihak-pihak yang bertikai. Ianya tidak sama seperti
mahkamah domestik, yang mana kuasa dan bidang kuasa untuk menyelesaikan
pertikaian sivil antara individu-individu (termasuk syarikat dan korporat)
dalam had wilayahnya adalah diperuntukkan oleh undang-undang domestik; ini
membawa maksud bahawa tidak akan wujudnya persoalan sama ada suatu pihak boleh
menolak atau tidak bersetuju terhadap bidang kuasa mahkamah terhadap sesuatu
pertikaian.
Sebaliknya, prosiding timbang tara memerlukan persetujuan.
Secara definisinya, ia hendaklah secara kerelaan (kedua-dua pihak). Pihak-pihak
hendaklah, dengan bebas dan sukarela, bersetuju secara bertulis dalam terma
yang jelas untuk mengemukakan pertikaian mereka kepada timbang tara. Sekiranya
tiada perjanjian timbang tara secara bertulis, maka proses untuk merujuk kepada
timbang tara adalah tidak tersedia. Ia tidak boleh dikenakan secara paksa. Oleh
itu, bagaimana Stampa boleh mentafsirkan ayat dalam Perjanjian 1878 (iaitu
kontrak yang relevan dan berkuatkuasa dalam hal ini) sebagai sebuah klausa
timbang tara adalah amat sukar untuk dipercayai.
21. Dalam artikel bertajuk “The Sultan of Sulu
Award: Is it enforceable in the US under the New York Convention?” yang
diterbitkan dalam ITA in Review [2022] Vol 4, Isu 1, pakar timbang tara Gary J
Shaw dan Rafael T Boza membuat pemerhatian berikut:
“The Award against Malaysia is one of the largest awards
ever issued against a state, surpassed only by the Yukos Award. It arises out
of a 150-year-old contract with very ambiguous terms. It was issued in the
context of a highly disputed ad hoc arbitration, in which neither the alleged
arbitration clause, nor the conduct of the proceedings was accepted by the
parties or the courts of the seat, Spain. The Arbitrator took actions
which may be considered unreasonable, extreme, or even defiant, such as
relocating the seat of arbitration, to ultimately issue a polarizing Award.
Any enforcement effort, in any jurisdiction will likely be met with substantial
resistance.”
(penekanan saya)
PENJELASAN SULU SIRI 3-
PENJELASAN SULU SIRI 3
M) Tindakan terhadap Stampa dan Cohen
34. Kelakuan penimbang tara, Stampa, dan peguam Amerika
Syarikat bagi pihak menuntut Sulu, Paul Cohen, yang menyalahi undang-undang
adalah tidak boleh diterima sama sekali dan tidak boleh dibiarkan berterusan
tanpa Malaysia mengambil tindakan terhadap mereka secara peribadi di negara
mereka masing-masing. Pihak yang menuntut Sulu itu sendiri tidak mempunyai
kepakaran undang-undang untuk terlibat dalam perang litigasi ini.
Pembiaya litigasi, Therium, nampaknya telah menanggung kos
melebihi USD10 juta termasuk award kos yang amat besar berjumlah USD2.79 juta
kepada Cohen dan USD2.33 juta kepada Stampa. Tetapi dalang perundangan yang
bertanggungjawab secara peribadi dan langsung dalam menyerang Malaysia adalah
Cohen dan Stampa. Oleh itu, Malaysia harus membuat aduan terhadap Cohen kepada
badan tatatertib untuk peguam di England di mana beliau beramal, iaitu, “the
Bar Standards Board” di England.
Pengamal profesion undang-undang yang berpengalaman di
England tertakluk kepada standard integriti dan profesionalisme yang tinggi;
Cohen pastinya telah melanggar standard ini. Berhubung Stampa, Malaysia harus
membuat aduan terhadapnya kepada pihak berkuasa yang mengawal selia penimbang
tara di Sepanyol. Sekiranya tiada pihak berkuasa sedemikian, Malaysia perlu
mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam terkemuka yang beramal di
Sepanyol berhubung hak Malaysia di bawah undang-undang Sepanyol terhadap
penimbang tara penyangak ini.
35. Selain itu, Malaysia mestilah mendapatkan perintah
injunksi “secara peribadi” (in personam) terhadap Stampa dan
Cohen di kedua-dua mahkamah Sepanyol dan Perancis bagi menghalang setiap satu
daripada mereka, daripada bertindak secara langsung atau tidak langsung, berdasarkan
timbang tara tersebut di mana-mana bahagian di seluruh dunia. Di Sepanyol, saya
percaya Stampa telahpun dihalang; perintah serupa mesti diperolehi di Perancis
berhubung tindakannya dalam memindahkan timbang tara yang salah di sisi
undang-undang. Begitu juga Cohen.
36. Malaysia mesti menyiasat bagaimana pembiaya insurans,
Therium, bersetuju untuk membiayai kes yang langsung tidak berpeluang dari segi
undang-undang setakat mana ia berkenaan dengan kuantum pampasan yang perlu
dibayar secara sah kepada pihak menuntut Sulu.
Kita mesti mendapatkan nasihat daripada peguam terbaik di
London (atas andaian Therium menjalankan perniagaan di United Kingdom) sama ada
Malaysia boleh mendapatkan injunksi terhadap Therium untuk menghalangnya
daripada terus membiayai timbang tara tuntutan tersebut. Sebaik sahaja aliran
wang terhenti, maka aktiviti timbang tara penyangak juga akan dengan ajaibnya
terhenti.
37. Saya gembira bahawa Malaysia telah memulakan prosiding
jenayah terhadap Stampa; ini mesti juga diteruskan secara serentak, sambil kita
mendalami strategi baharu yang telah saya gariskan. Kita harus akui bahawa ini
adalah imperialisme undang-undang oleh kuasa dan personaliti Eropah tertentu;
oleh itu kita mestilah mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah
negara dengan seluruh kekuatan kita. Serangan adalah bentuk pertahanan yang
terbaik; dan Malaysia mesti melancarkan serangan terhadap Stampa, Cohen, dan
Therium. Permohonan untuk mengetepikan award timbang tara Stampa yang menyalahi
undang-undang semata-mata adalah tidak mencukupi. Langkah-langkah punitif yang
lain mesti diambil oleh Malaysia dengan kadar segera.
38. Perlu diingat bahawa pihak yang berkaitan dengan
Perjanjian Pemberian 1878 adalah kerajaan Malaysia, sebagai pengganti dalam hak
milik. Pihak yang dibawa, walaupun secara salah, ke timbang tara oleh pihak
menuntut Sulu juga adalah kerajaan Malaysia, yang dibawa pada mulanya di
Sepanyol dan kemudiannya di Perancis. Award USD14.9 bilion itu dibuat terhadap
Kerajaan Malaysia.
Adalah undang-undang yang matan, dan pastinya sesuatu yang
Cohen seharusnya tahu, bahawa hanya aset Malaysia boleh menjadi subjek
penahanan atau pelaksanaan untuk memenuhi award tersebut. Cohen seharusnya tahu
bahawa Malaysia menikmati “kekebalan kedaulatan” di semua
mahkamah domestik di setiap negara di mana aset Malaysia berada. Untuk melepasi
halangan yang tidak dapat diatasi ini, Cohen terus menyalahgunakan
undang-undang dengan menahan aset anak syarikat milik Petronas di Luxemburg.
Tetapi, Petronas adalah entiti yang berasingan daripada
Malaysia. Award tersebut tidak mengikat Petronas, dan tidak boleh
dikuatkuasakan terhadap aset Petronas. Ketamakan Cohen tidak mengenal batas;
peguam AS yang bereputasi buruk ini nampaknya tidak teragak-agak dalam
menyalahgunakan prinsip undang-undang yang matan dan digunapakai sejagat.
N) Penguatkuasaan award timbang tara di bawah Konvensyen New
York
39. Dalam Dallah lwn Government of Pakistan [2011]
1 AC 763, sebuah pihak persendirian, dengan bersandarkan pada Konvensyen New
York, berusaha di mahkamah England untuk menguatkuasakan suatu award timbang
tara yang dibuat di Perancis oleh panel tiga orang penimbang tara, yang memberi
hak kepada pihak plaintif untuk mengambil tindakan pelaksanaan terhadap harta
kepunyaan Pakistan di England.
Kerajaan Pakistan enggan mengambil bahagian dalam prosiding
timbang tara di Perancis kerana mengatakan bahawa tiada perjanjian timbang tara
yang sah antara Pakistan dan Plaintif, yang membawa maksud bahawa penimbang
tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan pertikaian tersebut.
Tribunal bagaimanapun memutuskan bahawa ianya mempunyai bidang kuasa, dan
seterusnya mengeluarkan award terhadap Pakistan.
40. Pakistan cuma menentang di mahkamah Inggeris buat
pertama kalinya apabila plaintif cuba untuk menguatkuasakan award tersebut di
England. Lord Mance, dalam menyampaikan penghakiman mahkamah tertinggi di UK,
iaitu mahkamah agung, menyatakan bahawa:
“…it is well established, and indeed was common ground, that
a person against whom an award has been made is not bound to challenge it
before the supervisory court in order to challenge its enforcement in another
jurisdiction.
“An arbitral tribunal’s decision as to the existence of its
own jurisdiction cannot therefore bind a party who has not submitted the question
of arbitrability to the tribunal…a party who has not submitted to the
arbitrator’s jurisdiction is entitled to a full judicial determination…before
the English Court.
“The very issue is whether the person resisting enforcement
had agreed to submit to arbitration in that country. Such a person has…no
obligation to recognise the tribunal’s activity or the country where the
tribunal conceives itself to be entitled to carry on its activity…”
41. Mahkamah agung memutuskan bahawa sebenarnya tidak wujud
sebarang perjanjian timbang tara, dan enggan untuk menguatkuasakan award yang
tidak sah terhadap Pakistan.
42. Oleh itu, keputusan Malaysia untuk tidak mengambil
bahagian dalam prosiding timbang tara di hadapan Stampa adalah berdasarkan
otoriti undang-undang yang unggul. Malah, penyertaan boleh dianggap sebagai
mengakui kewujudan perjanjian untuk merujuk ke timbang tara dan memberikan
kesahan kepada sebuah tribunal yang tidak sah.
Walau apa pun, mengambil kira keputusan keterlaluan yang
dibuat oleh Stampa, meskipun Malaysia berhujah di hadapannya bahawa tidak wujud
perjanjian timbang tara, beliau pasti akan membuat keputusan yang tidak memihak
kepada Malaysia. Dan Malaysia akan perlu menanggung kos yang besar untuk
membayar beliau dan peguam kita di Sepanyol. Yang paling mustahak, mahkamah
Sepanyol mahupun Perancis jua tidak menghalang Malaysia mencabar tindakan
penguatkuasaan berdasarkan alasan bahawa Malaysia sebelum ini tidak mengambil
bahagian di hadapan Stampa.
O) Adakah pasukan petugas khas perlu?
43. Prosiding timbang tara yang dimulakan oleh Cohen dan
disokong sepenuhnya oleh Stampa di Sepanyol dan Perancis bukan sahaja suatu
salah laku undang-undang yang paling teruk, bahkan ia sebahagian daripada litar
timbang tara antarabangsa yang menjadi bobrok. Ia mencemarkan nama baik sebuah
sistem, seperti Mafia, dikawal oleh peguam Eropah yang menyalahgunakan sistem
perundangan negara mereka, dan dunia timbang tara sehingga memudaratkan negara
Dunia Ketiga, seperti Malaysia.
Ini merupakan bidang amalan perundangan yang sangat khusus
dan teknikal. Oleh itu, bagi mengendalikan perkara ini, saya telah dibantu oleh
peguam-peguam dari Pejabat Peguam Negara, dari Badan Peguam di Malaysia dan
peguam Sepanyol yang hadir di mahkamah Madrid. Saya tidak ragu-ragu bahawa
peguam yang dilantik oleh Malaysia apabila pertikaian itu dipindahkan ke
Perancis juga adalah peguam yang kerap hadir di mahkamah Paris.
44. Oleh itu, sesiapa yang mewakili Malaysia seharusnya
telah dilatih dalam bidang undang-undang di pelbagai bidang kuasa bagi memerangi
strategi dan taktik multinasional yang diguna pakai oleh Cohen dan Stampa.
Mereka semua telah dilantik, dan sudah pastinya melaksanakan tugas profesional
mereka secara profesional dan cekap bagi pihak Malaysia.
Oleh kerana ini adalah pertikaian undang-undang, peguam
negara, sebagai ketua penasihat undang-undang negara, harus diberikan ruang
untuk mempertahankan kepentingan Malaysia. Ia kini berada dalam tangan yang
selamat. Tiada keperluan untuk menubuhkan apa-apa pasukan petugas khas atau
mana-mana jawatankuasa lain.
Tambahan lagi, ketika saya menulis nota ini, pertikaian ini
telah mencapai suatu peringkat yang sudah lanjut. Jawatankuasa hanyalah alasan
birokrasi bagi tidak membuat sebarang keputusan. Tolong biarkan peguam negara
putuskan sama ada beliau perlu untuk berunding dengan sesiapa; jangan libatkan
secara paksa orang yang tidak berkelayakan, kononnya untuk membantu, tetapi
sebenarnya hanya mengeruhkan proses membuat keputusan.
P) Kesimpulan
45. Apabila Stampa memutuskan bahawa klausa “Her Brittanic
Majesty’s Consular General for Borneo” mampu di sisi undang-undang untuk
memberikan kuasa kepada mahkamah di Sepanyol untuk melantik penimbang tara
tunggal Sepanyol bagi memutuskan pertikaian di Sepanyol, dan untuk
memerintahkan suatu pampasan sebanyak USD14.9 bilion sedangkan kerugian sebenar
bagi kemungkiran kontrak ialah RM60,000, beliau telah dengan jeleknya menulis
semula terma-terma Perjanjian Pemberian 1878.
Tidak ada sebarang sistem undang-undang, domestik atau
antarabangsa, yang membenarkan pengubahan radikal sedemikian oleh seorang pihak
ketiga terhadap persetujuan asal pihak-pihak. Award Stampa adalah
“per-incuriam”; dan oleh yang demikian, ianya tidak sah dan tidak boleh
dikuatkuasakan. Award tersebut adalah tidak jujur dan suatu bentuk penipuan
kerana perbuatan Stampa yang memindahkan tempat timbang tara ke Perancis
apabila mahkamah Sepanyol telah mengarahkannya untuk menghentikan prosiding
timbang tara.
Stampa dan Cohen adalah musuh Malaysia dalam perang litigasi
yang mereka lancarkan terhadap Malaysia. Kita mesti bersatu untuk menangkis
serangan ini.
Tommy Thomas adalah peguam negara antara 2018 dan 2020.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya
mewakili FMT.
Top of Form