Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
*Bursa catat kejatuhan terbesar RM126 bilion*https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/bursa-catat-kejatuhan-terbesar-rm126-bilion/
Bursa catat kejatuhan terbesar RM126 bilion
PETALING JAYA: Jumlah permodalan pasaran (mod pasaran) syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada akhir Jun berjumlah RM1.648 trilion, lebih rendah berbanding RM1.774 trilion bulan lalu. Prestasi itu di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan pengetatan dasar monetari global atau kenaikan kadar faedah untuk melawan inflasi. Bursa Digital Research berkata, paras pasaran syarikat tersenarai
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata timbalannya yang baru, Rafizi Ramli akan mengetuai "pasukan pilihan raya" dalam persediaan parti itu untuk menghadapi PRU15.
Dia berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi.
"Kita yakin insya-Allah dapat mengangkat martabat dan kedudukan PKR dan PH. Untuk itu, saya telah mencadangkan agar Rafizi selaku timbalan presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini.
"Dia akan diberikan wewenang untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuat jentera pilihan raya parti," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.
Anwar berkata Rafizi juga akan dibantu naib-naib presiden serta Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.
Bekas ahli parlimen Pandan itu menjadi timbalan presiden setelah menewaskan Saifuddin Nasution Ismail dengan perbezaan 16,688 undi.
Berbeza dengan Saifuddin, Rafizi jelas menolak strategi "khemah besar" yang merangkumi parti pembangkang di luar PH - termasuk Bersatu dan Pejuang - bagi menghadapi BN dalam PRU akan datang.
Sepanjang kempen pemilihan, dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang akan mengambil kedudukan lebih tegas di tengah-tengah tekanan daripada sekutu PKR berhubung strategi itu.
Mengapa saya menentang usul Menteri Dalam Negeri pada petang ini 20 Julai 2022 yang akan mencadangkan kepada Dewan Rakyat suatu usul berbunyi :
“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat 23 Mac 2022 berkenaan dengan usul menurut subseksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 31 Julai 2022.”
Sebelum saya nyatakan alasan-alasan mengapa saya menentang usul Menteri Dalam Negeri tersebut adalah elok untuk saya menjelaskan apa itu subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012 ringkasnya disebut Sosma.
Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis menahan sesiapa tahanan Sosma bagi tempoh 28 hari untuk tujuan melengkapkan penyiasatan.
Manakala subseksyen 4(11) Sosma menyatakan bahawa subseksyen 4(5) hendaklah disemak setiap 5 tahun dan akan terhenti berkuatkuasa jika tidak diluluskan oleh kedua-dua Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Mengapa kita perlu membantah subseksyen 4(5) Sosma ini? Hujah saya seperti berikut:-
Pertama, kuasa yang diberi kepada polis di bawah subseksyen 4(5) Sosma itu adalah zalim dan menindas.
Mengapa saya berkata begitu?
Tempoh 28 hari tahanan tanpa bicara itu adalah satu tempoh yang panjang.
Cuba kita bandingkan dengan kesalahan jenayah yang lain.
Seseorang suspek hanya boleh ditahan reman selama 14 hari sahaja seperti yang ditetapkan oleh Kanun Acara Jenayah (Criminal Prosedure Code, CPC)
Di bawah CPC, pihak polis tidak boleh tahan seorang suspek itu tanpa bicara.
CPC menetapkan bahawa suspek mesti dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Suspek boleh diwakili oleh seorang Peguam dalam prosiding permohonan perintah reman oleh polis di Mahkamah.
Selain itu, Majistret tidak dengan mudah-mudah memberi perintah reman 14 hari sekaligus.Majistret ada kuasa budi bicara.
Suspek yang dituduh membunuh sekalipun diberi hak oleh undang-undang di bawah CPC untuk diwakili oleh Peguam dan tahanan reman ke atasnya dibuat atas pertimbangan dan keputusan Mahkamah oleh seorang Majistret.
Tetapi di bawah subseksyen 4(5) Sosma, hak-hak tersebut dinafikan.Sebab itu saya katakan Akta Sosma ini zalim.
Kedua, subseksyen 4(5) Sosma tersebut bertentangan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tubuh Malaysia yang merupakan Undang-undang tertinggi di Negara kita ini.
Di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikuti undang-undang.
Kemudian di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan disebut pula bahawa jika seorang ditangkap maka dia hendaklah dibenarkan dibela oleh seorang Peguam pilihannya.
Hak untuk mendapatkan khidmat Peguam dan dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan bagi tujuan siasatan polis dinafikan di bawah subseksyen 4(5) Sosma.
Pada 23 Mac 2022 Usul yang sama dibawa oleh Menteri Dalam Negeri telah ditolak oleh Dewan Rakyat.
Empat bulan kemudian iaitu pada petang 20 Julai 2022 ini, Menteri Dalam Negeri membawa usul ini sekali lagi ke Dewan Rakyat.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi dan Hak-Hak di bawah Perlembagaan
20 Julai 2022
Keperitan ekonomi rakyat Malaysia seharusnya menjadi fokus utama untuk diatasi, bukan menaikkan gaji kalangan ahli politik yang mentadbir negeri.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta anggota pentadbiran negeri yang akan berkuatkuasa dalam beberapa waktu mendatang.
“Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.
“Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya waktu yang sangat memprihatinkan saat ini,” katanya.
Justeru itu, Anwar mahu kenaikan tersebut ditarik balik dan dana seharusnya digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat sehingga ekonomi pulih.
“Saya menggesa keputusan ini tidak diteruskan dengan mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat,” katanya lagi.
Persidangan DUN Sabah semalam meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
Usul Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 itu dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan telah diluluskan dengan suara terbanyak.
Berikutan itu saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).
Dua agensi yang terbabit dengan kontroversi kebelakangan ini -
Jabatan Hutan Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd - mengalami kekosongan pemegang
jawatan tertinggi.
Pengarah Hutan - Tuan Hj Abdul Khalim bin Abu Samah tamat
perkhidmatan pada 14 Julai baru lalu.
Walau pun ada memo sokongan dari beberapa pegawai tinggi Jabatan
Hutan Kelantan untuk menyambung jawatan Tuan Hj Khalim, ia nampaknya tidak
berjaya.
Jabatan Perhutanan berada di bawah YB Dato Takiyudin Hassan di
peringkat Persekutuan selaku Menteri Sumber Asli.
Menteri Sumber Asli biasanya akan menamakan kepada Menteri Besar
calon pilihan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Menteri Besar seterusnya memanjangkan cadangan itu untuk
perkenan Ke Bawah DYMM Al Sultan.
Menjadi kelaziman, Pengarah Hutan Negeri adalah pegawai
Perhutanan Semenanjung dan bukannya dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri atau
PTN.
Namun kali ini dikatakan berlaku sedikit kelainan.
Sumber tertentu mengatakan YB Menteri telah menamakan se orang
pegawai PTN untuk menjawat jawatan Pengarah Hutan Kelantan yg baru.
Sama ada pilihan lain dari kebiasaan ini ada kaitan dengan
kontroversi kecurian hutan bersebelahan konsensi anak syarikat Kerajaan Negeri
iaitu Daulah Najah atau tidak, masih menjadi tanda tanya.
Sehingga kini, belum ada pemakluman mengenai identiti pencuri
balak tersebut hasil siasatan oleh Jabatan Hutan Negeri dan Semenanjung.
Adakah pilihan Menteri yang disenangi oleh Menteri Besar itu
akan terlantik?
Kesan segera ialah, rasa kurang senang pegawai hutan Persekutuan
yang mungkin lebih berkelayakan dalam profesion mereka.
Kesan kedua segera ialah integriti Jabatan Hutan di mata awam.
Ia bergantung kepada bagai mana Pengarah yang baru tadi
mengendalikan isu-isu yang masih belum terjawab.
Jawatan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd yang disandang oleh
Datuk Dr Azuhan Mohamed juga dikatakan akan bertukar.
Bagi pelantikan di bawah Aksb, ia sepenuhnya di bawah kuasa
Kerajaan Negeri.
Secara kebetulan, Menteri Air Kerajaan Persekutuan juga dari Pas
- Dato Tuan Ibrahim.
Kontrak asal Dr Azuhan sebagai Pengurus Besar AKSB juga telah
berakhir.
Dikatakan, sementara menunggu kepulangan bakal pengganti beliau
yang sedang mengerjakan haji, kontrak Dr Azuhan disambung selama dua bulan
sampai akhir Ogos tahun ini.
Sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya.
Husam Musa
19 Dzulhijjah 1443H
19 Julai 2022
ASYRAF JEFFRY
Baca dengan hati yang terbuka.
Buat apa bandingkan
ekonomi negara dengan negara Sri Lanka yang tenat? Cuba banding dengan
indonesia, singapura dan Thailand jiran kita. Jangan banding dengan yang nak
bangkrap