Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memberi jaminan akan menangani isu dakwaan kata-kata kesat yang digunakan oleh Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) semalam.
Terdahulu Lim Guan Eng (PH - Bagan) menggesa Azhar supaya mengambil tindakan terhadap Tajuddin yang melakukan mengeluarkan kenyataan seksis dan biadap terhadap ahli Parlimen wanita.