ALAMAK PAS..

 







ALAMAK PAS

Ada member2 di sini forward, satu artikel dalam Harakah Daily, yang menjawab posting saya mengenai “Kerajaan Melayu Islam”.

Katanya PAS tidak bersalah dalam ini gambar, kerana PAS parti yang paling “BERINTEGRITI” dalam Malaysia. Tersedak saya dibuatnya.

Berintegriti ke PAS bilamana:

1. Skandal RM90 juta

- Menerima wang RM90juta daripada penyamun negara yang terbukti bersalah di mahkamah. Bukan oleh seorang hakim, sampai 4 orang.

- Mereka juga menuduh Sarawak Report menfitnah mengenainya, tetapi dalam diam buat penyelesaian luar mahkamah pulak.

- Sampai sekarang, berdolak dalih dengan kita, kalau betul di pihak yang benar, kenapa tak teruskan kes sahaja? Kenapa dihentikan? Katanya berani kerana benar. Ini jelas nampak ketakutan.

- Makanya, adakah ini menepati sifat “SIDDIQ” yang dituntut Rasulullah?

2. Mercedes Gate

- Zaman BN terima RM90juta. Zaman PH dapat lagi RM400 juta. Tapi apa yang pemimpin PAS buat dengannya? Antara benda pertama, beli Mercedes berjuta, bukan untuk Menteri Besar sahaja, untuk seluruh ahli EXCO-nya.

- Bukan itu saja, dapat naik gaji dan bayaran sedepuk RM50 ribu pula.

- Di kala negeri dalam keadaan defisit, banyak berhutang lagi, negeri paling miskin di Malaya, mereka tergamak berbelanja mewah?

- Adakah ini sifat AMANAH yang dituntut Rasulullah?

3. Menteri Cap Ayam

- Kita cringe setiap kali Menteri PAS bersuara. Masa banjir disalahkan cuaca. Masa rakyat terkandas, disalahkan rakyat lambat berpindah. Buat kita berang jua.

- Ada satu lagi Menteri, pergi ke persidangan antarabangsa macam kena paksa. Nak berucap dalam omputih atau Arab, khabarnya Menteri PAS ni tak reti. Makanya cakap jelah Melayu. Memandangkan tiada terjemahan secara langsung masa itu, dah ucapan tu tak bermakna.

- Yang kita banyak dengar pasal mereka, gossip2 dengan retis, cerita tambah bini dan tayang Alphard merata. Ini sahajakah level intektualiti yang ada?

- Makanya, adakah ini sifat FATHONAH yang dituntut Rasulullah?

4. Buat kerja kah?

- Tak payah nak ulas lanjut prestasi PAS memerintah. Serambi Mekah sekarang direkodkan punya kes dadah dan jenayah seksual tertinggi dalam Malaysia. Bila terpampang di dada akhbar, mereka sekadar salahkan bawang rangers. In-denial tak sudah.

- Bila memerintah di Putrajaya, apa yang mereka dah capai? Cabutan judi naik dari 8 kali ke 22 kali setahun. Arak masih bersepah, October Fest masih lagu tu.

- Laungan hudud dan RUU355 dah sunyi sepi, lautan ungu di Padang Merbuk pun dah jadi memori. Susah nak bangkit kembali.

- Makanya, adakah ini sifat TABLIGH yang dituntut Rasulullah?

Takkanlah Harakah Daily tak tahu, figura paling berpengaruh sepanjang zaman adalah Rasullullah. Bukan saja diiktiraf oleh orang Muslim tetapi juga orang Barat. Kenapa agaknya? Kerana Baginda memenuhi sifat integriti itu: Siddiq, Amanah, Fathonah dan Tabligh (SAFT).

La ni ada pulak ilmuwan PAS cakap, dia rela bersekongkol dengan pemimpin tidak berintegriti asalkan mereka beriman. Dia nak backhand DAP rasanya. Masalahnya masa mereka geng dengan DAP masa PRU12 adakah DAP beriman masa tu? Adakah sekarang geng mereka, MCA itu beriman juga?

Yang paling kita tak boleh lupa, bagaimana satu ketika ketika Malaysia diboikot oleh India kerana kenyataan PM7 yang menentang penindasan orang Islam di Kashmir. Apa yang PAS buat? Mereka menyokong MCA pula. Memenangkan Kerajaan India. Mana PAS ketika umat Islam India memerlukan pembelaan?

Saya banyak nak tulis sebab banyak sangat bola tanggung diberi. Tapi cukup lah itu untuk kita pikir2kan. PAS yang dulu bukan PAS yang sekarang.

Kalau dulu PAS di bawah TG Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Nor, kita semua boleh angkat songkok/ kopiah/ topi. Punya bangga dapat level Ulamak sebegini. Sampai orang bukan Melayu pun sanjungi.

Tapi la ni, bila terbaca kenyataan orang PAS dan antik mereka mengenai politik, kita dah seram nak ngaku ulamak.

Yang mampu keluar dari mulut kita hanyalah…. “Alamak…”

Walllahu a’alam.

Salam hormat,

 LIYANA MARZUKI

GAMBAR GAMBAR KAMPUNG IBOI SEMASA DAN SELEPAS BANJIR MENGEJUT


MOHD MOKHTAR CHE MAN


Alhamdulillah..

Kami dah terima kesan dari pembalakan lama dan tadahan musang king,

Musnah harta benda dan 3 terkorban..

Minta di majukan lagi dan di besarkan lagi tadahan air..kami sedia menanti...

Description: 👉19 Nov 2019 berjaya cerah kan bukit..

Description: 👉23 April 2020 penduduk baru terima banjir lumpur 2 kali dalam sebulan

Description: 👉04 July 2022 Terima hasil kesan lama usaha pembalakan/musang king...terima kasih

 


















 

KERTAS 15 PELAJAR SULTAN ALAM SHAH DIBATAL KERANA MEMBAWA HP

 

MOHD FADLI SALLEH





Kertas peperiksaan 15 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dibatalkan kerana kesalahan membawa telefon bimbit secara tidak sengaja ke dalam dewan peperiksaan.

Punca berlaku katanya kerana masa exam tu, Peperiksaan kertas Sejarah 2 telah bermula lewat di sekolah ini. Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sidang peperiksaan dengan kelam kabut.

Pelajar pun kelam kabut masuk dewan. Kata pelajar, Ketua Pengawas telah gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan.

Ini menyebabkan 15 pelajar terbawa telefon ke dalam dewan dan lupa keluarkan. Dah tabiat letak phone dalam poket kan, namun jika ada peringatan sebelum exam bermula, mesti mereka ingat dan terus keluarkan.

Semasa peperiksaan berlangsung baru Ketua Pengawas telah membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa phone agar menyerahkan telefon kepada pengawas dengan janji tidak akan mengambil tindakan terhadap pelajar.

Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon mereka. Namun janji itu tidak ditepati. Kesemua pelajar yang serah telefon diambil nombor giliran exam mereka dan kertas sejarah mereka 'DIBATALKAN'.

Kesan kepada pelajar:

1. Keputusan SPM untuk subjek sejarah adalah dibatalkan.

2. Mereka tidak layak mendapat sijil SPM.

3. Perlu menduduki peperiksaan ulangan SPM.

4. Tidak layak memohon UPU dan biasiswa.

5. Tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti.

Rayuan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dibuat bagi menyemak semula keputusan mereka namun ia telah ditolak sebanyak 2 kali.

Kesemua pelajar terlibat adalah pelajar cemerlang. Ada diantaranya mendapat 7A+...

Kegagalan Ketua Pengawas mematuhi SOP peperiksaan menyebabkan 15 pelajar cemerlang Sekolah Sultan Alam Shah gagal peroleh sijil SPM.

Beberapa aduan rasmi dan perbincangan telah diadakan namun pihak LPM berlepas tangan dan kekal dengan keputusan muktamad mereka.

*******

Adoi, kalau benar seperti yang diceritakan di atas, pelajar ini telah dianiaya. Salah utama dari Ketua Pengawas yang mulakan exam dengan terburu-buru, tidak ikut SOP exam, menipu pelajar kata tiada tindakan jika serah phone, rupanya yang teraniaya adalah pelajar tu juga.

Harap ada siasatan lanjutan demi keadilan adik-adik ini.

Kepada parent yang terlibat, saya syorkan bawa kes ke mahkamah. Ada unsur kecuaian pihak lain hingga masa depan anak-anak kalian tergadai ni. Naya.

Semoga semuanya selesai dengan baik.

#MFS

 

AIR MATA BUAYA MAHATHIR

 








Mahathir bimbang jurang kekayaan. Dan dia juga kecewa TIADA KUASA nak perbetulkan keadaan. Dasar air mata buaya (crocodile tears)!

Dia dulu berkuasa selama 22 tahun. Pada masa itu lebih dari kuasa dia ada. Tapi tak pula dia cerita tentang jurang kekayaan ini.

Masa tu, dia gila nak swastakan segala agensi dan perkhidmatan awam. Walaupun dia tahu rakyat akan dikenakan caj tinggi. Ada dia kisah?

Masa Mahathir berdedai kroni wujud. Wang negara habis untuk bail out syarikat kroni. Bukan dia nak lawan jurang kekayaan pun tapi dia nak kayakan kroni dia je.

Sekarang konon sedih tak ada kuasa nak lawan jurang kekayaan. Sedangkan bila ada kuasa, lupa rakyat. Bila menteri belakangkan kroni dia, disuruh menteri letak jawatan.

Masa 22 bulan jadi PM atas ihsan PH, dia lebih sibuk nak kekalkan kuasa dan sabotaj PH. Mujur masa tu dengan PH. Kalau dengan UMNO, mungkin lagi teruk keadaan.

Mahathir ni cakap 10 perkara, 11 tak boleh percaya. Dengan dia, dia sekali tak boleh pakai. Sementara ada saki baki hormat, berundurlah. Guane boh?

Raja Gelap

 

PULAK DAH


 

Isu Betina Hina Diri Sendiri.

Ntah kenapa Mamat nih mengeletar satu badan.... ini baru betul stand up comedy.

Spesies Lebai liwat budak2 Tahfiz/Madrasah takda siapa pulak nak mengeletar satu badan.

Spesies Scammer Penunggang Agama menipu dengan derma/sumbangan itu ini tak mau pulak badan mengeletar menahan marah.

Wayang populist jer..... ni.... sembanggggg.... hahaha....

 

TAK JADI DUTA - KESIAN KE DIA....DIA LA HERO UMNO SELAMA INI- DAH KENA SAILANG PULAK TAK JADI DUTA.....KECIANNYA.BARU PADAN MUKA KAU...

 

Tajuddin digugur sebagai duta Indonesia, kata sumber kerajaan



Tajuddin Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

PAYAH PAYAH AYAH HADI JA LAH BAGI JADI TPM....DOK SAJA JA JADI DUTA..JADI TPM BOLEH UBAH BANYAK BENDA...5 HARI SELESAI MASAALAH NEGARA...PTPTN PUN HAPUS...TAK GITU ?

 

Rujuk Takiyuddin, dia draf perjanjian jawatan TPM’, Muhyiddin beritahu Hadi




Muhyiddin Yassin berkata Abdul Hadi Awang boleh memeriksa dengan
 Takiyuddin Hassan kerana beliau individu bertanggungjawab
 menggubal draf perjanjian jawatan timbalan perdana menteri.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi Awang merujuk kepada Takiyuddin Hassan berhubung kewujudan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri sebagaimana heboh diperkatakan kini..

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS adalah individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian itu.

Katanya, selain Takiyuddin, saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dan Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa.

“Tandatangan diturunkan oleh perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob), disaksikan oleh Annuar Musa dan saya bagi PN disaksikan oleh Hamzah serta ramai lagi pimpinan parti yang hadir.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi, mungkin tok guru (Hadi) boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri sebenarnya adalah ‘draftman’ kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Semua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri program Kenduri Rakyat PN Perak di Manjoi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menjawab soalan pemberita mengenai keperluan untuk jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan semula ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir dan rakyat dibelenggu kos sara hidup yang tinggi.

Terdahulu, Hadi yang juga presiden PAS berkata tidak wujud perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan antara PN dengan Ismail dan tiada keputusan dicapai.

Perkara mengenai jawatan itu turut dibangkitkan bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang mendakwa perjanjian antara PN dengan Ismail memang wujud.

Marzuki mendakwa, beliau terbabit secara langsung dalam penyediaan perjanjian antara PN dengan Ismail, selain mendedahkan perjanjian itu ditandatangani Muhyiddin dan Ismail pada 17 Ogos 2021 dengan disaksikan seorang menteri daripada Bersatu dan Umno.

Muhyiddin berkata, selain jawatan timbalan perdana menteri, kandungan perjanjian itu antara lain menyentuh bilangan jawatan dalam Jemaah Menteri, khususnya kuota parti.

“Itu sebahagian daripada perjanjian dan sebab itu apabila Zuraida Kamaruddin (menteri perusahaan perladangan dan komoditi) keluar Bersatu, maka wajarlah kuota itu diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu.

“Jadi, kita tidak tuntut lebih. Yang kita kemukakan kepada perdana menteri adalah apa yang termaktub dalam perjanjian,” katanya.

ALAA BANGKHAI- PEDULI LA DENGAN SUMPAH BA"IIAH BAGAI...JANJI PERUT KENYANG DULU.

 


‘Masuk Umno atau tidak, itu nombor 2’, kata Khairuddin




Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali masih
 mengambil sikap ‘kunci mulut’ berhubung percaturan politik termasuk
 perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.

KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali masih mengambil sikap “kunci mulut” berhubung percaturan politik beliau termasuk perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Meskipun dilihat “mesra Umno” selepas mengumumkan keluar daripada PAS pada Mac lepas, beliau masih berteka-teki mengenai haluan perjuangan politiknya.

“Masuk Umno atau tidak, itu jatuh nombor dua…yang penting sekarang, fokus saya untuk rakyat di Kuala Nerus.

“Saya sentiasa membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan, macam hari ini saya berterima kasih kepada Umno Terengganu dan Bahagian Kuala Nerus kerana mahu menghulur tangan bersama dalam melaksanakan program untuk rakyat,” katanya kepada pemberita pada Program Korban Perdana #Keluarga Malaysia Kuala Nerus yang turut dihadiri Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Ahmad pula berkata, program itu adalah manifestasi konsep penyatuan ummah demi kebaikan rakyat yang melangkau ideologi politik.

“Umno Terengganu berharap lebih banyak program kerjasama sebegini akan dibuat di kawasan lain selepas ini. Kita nak berpolitik masa pilihan raya tak apalah, lepas tu kena utamakan rakyat,” katanya.

Khairuddin menyumbangkan 12 ekor lembu manakala Umno Kuala Nerus menyumbangkan 10 ekor dalam program korban perdana itu.

Siapa Tuntut Jawatan TPM, Tambah Menteri? Asyraf Bidas Wan Fayhsal #MGFlash


Siapa Tuntut Jawatan TPM, Tambah Menteri? Asyraf Bidas Wan Fayhsal #MGFlash Siapa yang menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mahu menambah jawatan Menteri walaupun Kabinet sudah melebihi 70 orang? Itu soalan yang dilontarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bagi membidas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menuduh pemimpin UMNO rakus kuasa.