Mahathir bimbang jurang kekayaan. Dan dia juga kecewa TIADA
KUASA nak perbetulkan keadaan. Dasar air mata buaya (crocodile tears)!
Dia dulu berkuasa selama 22 tahun. Pada masa itu lebih dari
kuasa dia ada. Tapi tak pula dia cerita tentang jurang kekayaan ini.
Masa tu, dia gila nak swastakan segala agensi dan perkhidmatan
awam. Walaupun dia tahu rakyat akan dikenakan caj tinggi. Ada dia kisah?
Masa Mahathir berdedai kroni wujud. Wang negara habis untuk bail
out syarikat kroni. Bukan dia nak lawan jurang kekayaan pun tapi dia nak
kayakan kroni dia je.
Sekarang konon sedih tak ada kuasa nak lawan jurang kekayaan.
Sedangkan bila ada kuasa, lupa rakyat. Bila menteri belakangkan kroni dia,
disuruh menteri letak jawatan.
Masa 22 bulan jadi PM atas ihsan PH, dia lebih sibuk nak
kekalkan kuasa dan sabotaj PH. Mujur masa tu dengan PH. Kalau dengan UMNO,
mungkin lagi teruk keadaan.
Mahathir ni cakap 10 perkara, 11 tak boleh percaya. Dengan dia,
dia sekali tak boleh pakai. Sementara ada saki baki hormat, berundurlah. Guane
boh?