SUMBANGAN KILAT BUAT KELUARGA LEMAN RAJA LAWAK

 

HASMEON


Assalamualaikum.

Sumbangan kilat untuk keluarga Leman RL yang hilang punca pendapatan seharian disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya. Hanya beliau yang bekerja bagi menampung keluarga. Bagi meringankan beban keluarganya , rakan2 yang mengenalinya bolehlah membuat sumbangan sekadar mampu.

Leman RL berada di wad 3A , katil no 29 di Hospital kepala batas pulau pinang. Rakan2 nya yg ingin melawat boleh dtg waktu melawat setiap hari. Leman RL sedang menunggu tarikh pembedahan .Boleh berhubung terus dengan isterinya Pn Juhaida untuk pertanyaan lanjut. *01110628033*

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun isterinya

*JUHAIDA BT ABU BAKAR*

*157410110664*

*MAYBANK*

Saya panjangkan berita ini dengan maksud kita sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita Leman Raja Lawak atau Bang Danny .

 




May be an image of 1 person and indoor

BETOI KA TAK DA RASUAH? POOOODAH HABIS BALAK TEBANG ?? APA CER"Sekurang-kurangnya Kerajaan PAS Kelantan Juruh, Tidak Makan Rasuah" - D...


JAMZURI ARDANI

Saya pernah bagi tau kawan saya bahawa lebai-lebai songsang ni boleh jadi lebih jahat dari pelacur.

Dia tanya sebab apa?

Saya jawab, para pelacur merosakkan orang-orang yang sememangnya telah jauh dari agama, kaki zina, kaki maksiat dan seumpamanya.

Ada pun lebai-lebai songsang ini merosakkan orang-orang yang baik, orang masjid, orang yang ada kecintaan pada agama. Mereka boleh menukarkan perwatakan orang yang baik ini menjadi seorang pembunuh yang membunuh kononnya atas nama agama. Mencela kononnya atas nama agama. Membenci kononnya atas nama agama. Memfitnah kononnya atas nama agama. Memaki hamun kononnya atas nama agama. Berbohong kononnya atas nama agama. Menyalahguna kuasa kononnya atas nama agama. Korupsi kononnya atas nama agama.

Bukan itu lebih besar mudharatnya?

Kawan saya tu pun bersetuju.


BUDI SEORANG ANWAR


MSO







Kelebihan dan budaya yang ada kepada Anwar yang jarang dimiliki orang lain bernama pemimpin, sering mengadakan lawatan dan ziarah teman-temannya keuzuran baik seperjuangan atau teman sesekolah.

Bila ada kesempatan terulang beliau akan menziarah sesiapa sahaja. Ramai tidak tahu Anwar akan mengambil berat dengan menyediakan waktu khas untuk tujuan itu. Menziarahi rakan uzur termasuk dalam jadual kehidupannya.

Semalam beliau ziarah cikgu Ishak Surin, sdr Rozan dan seorang kawan sekolahnya di MCKK. Sudah tentu sikap mahabbahnya itu sedikit sebanyak menjadi penawar kbagi rakan yang sakit itu dan terlepas rindu yang tersimpul.

Saya sendiri merasai akan kehebatan budi Anwar ini. Semasa saya sakit, beliau dalam penjara, tidak mungkin untuk menziarahi saya. Tetapi bila beliau diberitahu, semasa hadir perbicaraan di mahkamah beliau cari ruang untuk bertanya hal saya. Beliau minta sdr Syed Nazli menelefon saya dan beliau bertanya tentang saya.

Begitulah budi seorang Anwar. Trims.

 

BILA ADA MENTERI SAMPAI 70 ORANG- MASALAH AYAM PUN TAK DAPAT SELESAIKAN??? IANYA AMAT MEMALUKAN

 


Harga siling baharu ayam diumum tak lama lagi, kata PM

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga memutuskan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

“Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited untuk menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain,” katanya.

MASA JADI PM NAJIB HAPUS SUBSIDI, SEKARANG NAK JADI JUARA?

  

RAFIZI RAMLI! AMARAN AWAL WANG MASUK AKAUN BOSSCOW! MACHAI CAKAP FITNAH!



RAMAI YANG TIDAK PERCAYA DENGAN PENDEDAHAN RAFIZI!! ADA YANG MENGATAKAN SEMUANYA ITU HANYA FITNAH SEMATA!! BENAR ATAU RAMAI SENGAJA MENUTUP MATA!!

UMNO | Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan MKT



Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.

POLEMIK BANGGUNAN FIRAUN SAMPAI SINI SAHAJA




Ustaz Au'ni B.Mohamed

peostrdoSng7d5Y1y10723a2e ttthtsr :efa53f2t9igut7  · 

POLEMIK KETINGGIAN MENARA FIRAUN 15KM

Persoalan paling dasar :

Apakah benar ketinggiannya mencapai 15km atau cuma setinggi 2.25km?

Pertamanya plot penulisan ini lebih kepada pencarian dan penelitian khusus untuk diri saya sendiri disamping secara umumnya memang ada pertanyaan dan persoalan daripada beberapa orang follower terkait dengan isu diatas.

Secara jujurnya penulisan ini adalah cuma berkisar kepada dapatan hasil dari pencarian dan penelitian peribadi semata mata. Tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak atau bias kepada sesiapa.

Lebih jauh untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa.sekadar mencari tahu mungkin kedapatan ilmu dan pengetahuan baru dari hasil pencarian ini.

Perbahasan ini saya tumpu dan tekankan kepada tafsir surah al qasas ( merujuk ayat 38 )

1. Saya telah mencari dan meneliti hampir 15 buah kitab tafsir yang berbeza dan saya berhenti pada kitab tafsir yang ke 15.

Antara tafsir yang dirujuk:

1. Tafsir at thabari

2. Tafsir AL Qurtubi

3. Tafsir ibnu Kathir

4. Tafsir Baghawi

5. Tafsir ruhul Maani Al Alusi

6. Tafsir mafatihul ghaib Ar razi

7. Tafsir durrul Mansur as suyuthi

8. Tafsir ibnu Abi Hatim

9. Tafsir baidhawi

10. Tafsir an nasafi

11. Tafsir Fathul Qadir as syaukani

12. Tafsir Bahrul muhit Ibni Abi Hayyan

13. Tafsir as tsa'labi

14. Tafsir Tahrir wa tanwir ibnu Asyur

15. Tafsir As samarqandi

Secara keseluruhan kebanyakkan tafsir diatas hanya memperihalkan ketinggian menara yang dibina Haman itu secara umum sebagai bangunan atau menara tinggi yang tidak pernah dibangunkan oleh manusia lain sebelum itu. Tanpa memperincikan dan memberi spesifikasi secara jelas tentang ukuran baik berupa ketinggian atau lebarnya.

2. Sebelum kita pergi keperbahasan lebih lanjut tentang ketinggian ada baiknya saya nukilkan dahulu perbezaan pandangan dan pendapat dari ulama tafsir berkaitan isu :

Adakah binaan dan menara ini memang pernah dibina oleh Haman atau pun tidak?

Ada ulama berpendapat pernah dibina...dan pandangan yang kedua adalah kontra daripada yang pertama iaitu tidak pernah dibina ( tanpa menafikan adanya perintah pembinaan daripada Firaun kepada Haman ) cuma tidak dapat dilaksanakan.

3. Sekiranya anda selesa memilih pandangan ke2 iaitu tidak pernah dibina.maka ini merupakan titik penamat.tiada guna membahaskan soal ukuran tinggi atau lebar kepada sesuatu yang anda kira ianya tidak wujud atau tidak pernah dibangunkan...simple

4. Kalau anda selesa dengan pandangan pertama yang ianya pernah dibina dan dibangunkan maka ini yang nak kita bicarakan..

Hasil carian saya ada 2 buah kitab tafsir yang memperihalkan tentang jumlah pembina/ pekerja yang diriwayatkan berjumlah 50000 orang.Dalam Qurtubi disebut qiila...manakala dalam tafsir nasafi disebut ruwiya...

Tetapi jumlah pekerja bukan perbahasan kita walau saya nyatakan disini sumbernya tetapi bukan untuk mentashihkan atau mengiyakannya.sekadar menaqalkan kembali sahaja.

5. Manakala tentang ukuran baik sudut ketinggian atau lebarnya ...sayai hanya temui didalam tafsir ke15...iaitu tafsir samarqandi.

Tafsir ini adalah karya imam Abu laith as samarqandi ( wafat 373 h ) yang diberi judul Bahrul ulum.

Mungkin ramai yang tidak mengenali tafsir ini berbanding karya beliau Tanbihul Ghafilin.

Didalam menafsirkan surah Al qasas ayat 38

Beliau memperihalkan lewat karyanya ini dengan memberikan spesifikasi ukuran ketinggian dan lebarnya binaan tersebut.

IAITU:

Ketinggian : 5000 hasta

Lebarnya : 3000 hasta

( Rujuk screenshot garis merah ) gambar

Jadi .dalam kiraan congakan saya yang tak berapa pandai matematik ini...kalau ditukarkan ukuran tinggi 5000 hasta tadi dalam nilai km...maka jawapan yang terhasil adalah lebih kurang 2.25km. ( betulkan saya kalau ada khilaf pada dapatan congakan saya )

Maka 5000 hasta = 2.25km

Tetapi saya masih mengandaikan satu perkara...iaitu adakah kiraan hasta orang zaman itu mempunyai nilai yang sama dengan ukuran hasta kita sekarang?

Kalau saya perlebihkanlah sedikit katakan...atas andaian mereka mungkin lebih besar dari size kita pun ...anggaran yang mampu diberi masih bertakuk pada antara:

2.25km - 2.5km

Sama seperti pegangan tentang jumlah pekerja ...riwayat ini pun cuma saya sekadar menaqalkan sumber bukan untuk mentashihkan atau mengiyakan.

Saya tidak berani untuk memperkatakan lebih jauh memandang sumber saya hanya setakat 15 tafsir dan banyak lagi koleksi tafsir yang tidak diperhalusi.bimbang dan takut adanya kemungkinan ada periwayatan lain yang menceritakan sebaliknya... Wallahua'lam.

Sekadar perkongsian sederhana dari saya.

23/6/2022

 

MANA NAK DENGAR....MELAYU ISLE KAN.....MEREKA DENGAN KRONI KRONI MEREKA SAHAJA...SEDANGKAN MP PEMBANGKANG JUGA TAK MELALAK SAKAN...

 

Beku kenaikan gaji, elaun di GLC dan GLIC, kata Kit Siang



Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Jemaah Menteri dan Parlimen mesti menyampaikan mesej yang jelas bahawa sekarang adalah masa untuk mengikat perut, bukan ‘membazir’.

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Jemaah Menteri supaya membekukan semua kenaikan gaji dan elaun bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Beliau menggesa Jemaah Menteri agar mengeluarkan arahan berhubung perkara itu dan membentangkannya dalam sesi Parlimen pada 18 Julai depan bagi mendapatkan kelulusan.

Katanya, mereka yang melanggar arahan itu harus dipecat.

Ini susulan keputusan FGV Holdings Bhd, iaitu entiti yang dimiliki 80% oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), untuk menaikkan elaun tahunan pengerusinya daripada RM300,000 kepada RM480,000 pada mesyuarat agung tahunannya semalam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Elaun enam ahli lembaga pengarahnya turut dinaikkan daripada RM120,000 kepada RM150,000, berkuat kuasa semalam.

“(Kenaikan) ini bukan sahaja berlebihan pada waktu negara sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi, tetapi terlampau tidak masuk akal dan perlu disekat oleh Jemaah Menteri dan Parlimen,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Beliau berkata, Jemaah Menteri dan Parlimen mesti menyampaikan mesej yang jelas bahawa sekarang adalah masa untuk mengikat perut, bukan “membazir”.

Tambahnya, keputusan FGV itu dibuat hanya sehari selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 untuk keluarga dan RM50 untuk penerima bujang.

Pada mesyuarat agung tahunan FGC itu, peruntukan mengenai penggunaan kereta syarikat oleh pengerusi turut diluluskan dengan elaun kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 untuk minyak, tol dan penyelenggaraan.

Elaun urusan rasmi sebanyak RM1,000 sehari turut diberikan kepada pengerusi dan pengarah bukan eksekutif syarikat untuk menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, pegawai bank dan penasihat.

FGV adalah antara pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia dan menyumbang kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tahunan Malaysia.


DANA POLITIK: GUBAL SEGERA AKTA KAWAL SUMBER DANA