peostrdoSng7d5Y1y10723a2e ttthtsr :efa53f2t9igut7 ·
POLEMIK KETINGGIAN MENARA FIRAUN 15KM
Persoalan paling dasar :
Apakah benar ketinggiannya mencapai 15km atau cuma setinggi
2.25km?
Pertamanya plot penulisan ini lebih kepada pencarian dan
penelitian khusus untuk diri saya sendiri disamping secara umumnya memang ada
pertanyaan dan persoalan daripada beberapa orang follower terkait dengan isu
diatas.
Secara jujurnya penulisan ini adalah cuma berkisar kepada
dapatan hasil dari pencarian dan penelitian peribadi semata mata. Tidak
dipengaruhi oleh mana mana pihak atau bias kepada sesiapa.
Lebih jauh untuk menghukum atau mencari kesalahan
sesiapa.sekadar mencari tahu mungkin kedapatan ilmu dan pengetahuan baru dari
hasil pencarian ini.
Perbahasan ini saya tumpu dan tekankan kepada tafsir surah al
qasas ( merujuk ayat 38 )
1. Saya telah mencari dan meneliti hampir 15 buah kitab tafsir
yang berbeza dan saya berhenti pada kitab tafsir yang ke 15.
Antara tafsir yang dirujuk:
1. Tafsir at thabari
2. Tafsir AL Qurtubi
3. Tafsir ibnu Kathir
4. Tafsir Baghawi
5. Tafsir ruhul Maani Al Alusi
6. Tafsir mafatihul ghaib Ar razi
7. Tafsir durrul Mansur as suyuthi
8. Tafsir ibnu Abi Hatim
9. Tafsir baidhawi
10. Tafsir an nasafi
11. Tafsir Fathul Qadir as syaukani
12. Tafsir Bahrul muhit Ibni Abi Hayyan
13. Tafsir as tsa'labi
14. Tafsir Tahrir wa tanwir ibnu Asyur
15. Tafsir As samarqandi
Secara keseluruhan kebanyakkan tafsir diatas hanya memperihalkan
ketinggian menara yang dibina Haman itu secara umum sebagai bangunan atau
menara tinggi yang tidak pernah dibangunkan oleh manusia lain sebelum itu.
Tanpa memperincikan dan memberi spesifikasi secara jelas tentang ukuran baik
berupa ketinggian atau lebarnya.
2. Sebelum kita pergi keperbahasan lebih lanjut tentang
ketinggian ada baiknya saya nukilkan dahulu perbezaan pandangan dan pendapat
dari ulama tafsir berkaitan isu :
Adakah binaan dan menara ini memang pernah dibina oleh Haman
atau pun tidak?
Ada ulama berpendapat pernah dibina...dan pandangan yang kedua
adalah kontra daripada yang pertama iaitu tidak pernah dibina ( tanpa menafikan
adanya perintah pembinaan daripada Firaun kepada Haman ) cuma tidak dapat
dilaksanakan.
3. Sekiranya anda selesa memilih pandangan ke2 iaitu tidak
pernah dibina.maka ini merupakan titik penamat.tiada guna membahaskan soal
ukuran tinggi atau lebar kepada sesuatu yang anda kira ianya tidak wujud atau
tidak pernah dibangunkan...simple
4. Kalau anda selesa dengan pandangan pertama yang ianya pernah
dibina dan dibangunkan maka ini yang nak kita bicarakan..
Hasil carian saya ada 2 buah kitab tafsir yang memperihalkan
tentang jumlah pembina/ pekerja yang diriwayatkan berjumlah 50000 orang.Dalam
Qurtubi disebut qiila...manakala dalam tafsir nasafi disebut ruwiya...
Tetapi jumlah pekerja bukan perbahasan kita walau saya nyatakan
disini sumbernya tetapi bukan untuk mentashihkan atau mengiyakannya.sekadar
menaqalkan kembali sahaja.
5. Manakala tentang ukuran baik sudut ketinggian atau lebarnya
...sayai hanya temui didalam tafsir ke15...iaitu tafsir samarqandi.
Tafsir ini adalah karya imam Abu laith as samarqandi ( wafat 373
h ) yang diberi judul Bahrul ulum.
Mungkin ramai yang tidak mengenali tafsir ini berbanding karya
beliau Tanbihul Ghafilin.
Didalam menafsirkan surah Al qasas ayat 38
Beliau memperihalkan lewat karyanya ini dengan memberikan
spesifikasi ukuran ketinggian dan lebarnya binaan tersebut.
IAITU:
Ketinggian : 5000 hasta
Lebarnya : 3000 hasta
( Rujuk screenshot garis merah ) gambar
Jadi .dalam kiraan congakan saya yang tak berapa pandai
matematik ini...kalau ditukarkan ukuran tinggi 5000 hasta tadi dalam nilai
km...maka jawapan yang terhasil adalah lebih kurang 2.25km. ( betulkan saya
kalau ada khilaf pada dapatan congakan saya )
Maka 5000 hasta = 2.25km
Tetapi saya masih mengandaikan satu perkara...iaitu adakah
kiraan hasta orang zaman itu mempunyai nilai yang sama dengan ukuran hasta kita
sekarang?
Kalau saya perlebihkanlah sedikit katakan...atas andaian mereka
mungkin lebih besar dari size kita pun ...anggaran yang mampu diberi masih
bertakuk pada antara:
2.25km - 2.5km
Sama seperti pegangan tentang jumlah pekerja ...riwayat ini pun
cuma saya sekadar menaqalkan sumber bukan untuk mentashihkan atau mengiyakan.
Saya tidak berani untuk memperkatakan lebih jauh memandang
sumber saya hanya setakat 15 tafsir dan banyak lagi koleksi tafsir yang tidak
diperhalusi.bimbang dan takut adanya kemungkinan ada periwayatan lain yang
menceritakan sebaliknya... Wallahua'lam.
Sekadar perkongsian sederhana dari saya.
23/6/2022