Ketua Pemuda Pas Tak Mahu Jawab Isu Royalti, Jeming Hassan Bertegas Roya...KAH..KAH..KAH....WOII DAH TAHU PAK LEBAI KAKI PENIPU
Dah 2022 x leh tunai le tu..sbb tu x nak jawab padan d tipu lgi umno msuk lubang 2x tak cerdik betul la pas ni....umno nak bgabung tu nak jdi kjaan balik skrg ha..adan uke..
TERKINi! SITI AISHAH MENTERI HILANG & AYAM JADI MAKANAN KAYANGAN!
Jun 19, 2022 SATU LAGI KENYATAAN PADU DAN PEDAS DARI SITI AISHAH BAGI MEREKA YANG HILANG DARI RADAR DAN KELIHATANNYA SATU KERUGIAN DAN PEMBAZIRAN!
MENTERI PERGI PASAR, BUKAN PERGI LUAR NEGARA!
Jun 19, 2022 Kerajaan harus bangun daripada tidur dengan mewujudkan Dana Penstabilan Harga dan Stok Penampan bagi komoditi penting untuk mengurangkan kadar kenaikan dan pergerakan harga,” kata Guan Eng.
Beliau juga menyelar karenah birokrasi yang memperlahankan pemerosesan impot makanan setelah AP import bahan tersebut dimansuhkan.
MACAM BAGUS SANGAT LA KEHIDUPAN KAU....
MOHD SHAH RIM
Ni sikap Melayu yang aku benci..nak tegur hormatilah sikit perasaan ahli keluarga,
tapi yang menyedihkan ramai anggap ni normal..pasal tu mereka membiak macam
parasit....ni la spesisi walaun...
KEH..KEH..KEH..KEBULOR JUGA YA JAWATAN MENTERI- MACAM SATU PARTI AGAMA NI LA YA...SONDOL DAN TAK BERANI MACAM DULU DULU BERTANDING SOLO...
Zuraida harap kekal sebagai menteri
PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin berharap dapat mengekalkan jawatannya walaupun pada 26 Mei lalu menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu berkata akan membincangkan peletakan jawatan dengan perdana menteri, selepas mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Mengakui mengharapkan “khabar yang baik” dalam perjumpaan dijadualkan dengan Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lagi, Ahli Parlimen Ampang itu, berkata harapannya adalah untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.
Zuraida dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri, pada 27 Ogos 2021, ketika bersama Bersatu sebelum mengumumkan keluar parti itu, pada 26 Mei, untuk menyertai PBM dan kemudian diumumkan sebagai “pengganti presiden” atau bakal presiden PBM, pada 8 Jun.
“Perdana menteri sudah umumkan, satu dunia sudah tahu (mengenai perjumpaan), saya mengharapkan berita baik. Ya, kekal jawatan itu (menteri) untuk habiskan program atau perancangan yang telah saya mulakan dan untuk stabilkan negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ads by
Khamis lalu, media melaporkan Ismail akan bertemu Zuraida, minggu ini, bagi membincangkan kedudukan bekas ketua wanita PKR itu dalam Jemaah Menteri.
Menyusul kemudian, kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang beliau sudah berhubung dengan perdana menteri untuk membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Ampang berkenaan sebagai anggota Jemaah Menteri.
Muhyiddin berpandangan menteri berkenaan perlu diganti kerana jawatan disandangnya kini adalah atas kuota Bersatu, namun menyerahkan kepada Ismail untuk membuat keputusan kerana itu hak perdana menteri.
Terdahulu, Presiden PBM Larry Sng, meminta Ismail menimbang mengekalkan Zuraida memegang portfolionya kerana Ahli Parlimen Ampang itu menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai menteri.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida yang juga pengasas dan presiden majlis pimpinan politik wanita (Comwel), berkata, agenda pemberdayaan wanita dalam arena politik negara, khususnya di peringkat akar umbi sememangnya antara satu daripada enam tunjang perjuangan PBM.
“Secara keseluruhan kini, semua pihak yang berkecimpung dalam politik mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan, semua ada peluang. Ia berkaitan bagaimana kita merancang pendekatan politik kita dalam mendapatkan sokongan pengundi.
“Ia (politik) sekarang sudah menjadi pasaran terbuka, tinggal bagaimana kita menjual produknya sahaja,” katanya.
PENYATUAN UMMAH APA KEBENDANYA ...HARAPKAN PAS....PAS PUN MELEPAS
PAS tolak ‘khemah besar’, utama penyatuan ummah, kata naib presiden.
PETALING JAYA: PAS mengutamakan agenda penyatuan ummah, sekali gus menolak idea “khemah besar” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata naib presidennya Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, prinsip parti itu dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas kerana mahu menguatkan dulu umat Islam.
“PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dulu umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik Umno dan Bersatu untuk bersama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ads by
Amar berkata, prinsip PAS sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya juga jelas bahawa Islam yang paling utama.
Justeru, beliau berkata bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) ketika 2018 hingga 2019 lalu, PAS menggerakkan usaha muafakat ummah.
“Usaha itu dilaksanakan dengan parti Melayu seperti Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.
“Namun, pada masa sama PAS menggerakkan usaha undi percaya kepada perdana menteri ketujuh di saat kedudukan beliau diganggu gugat. Semua ini tidak lain dan tidak bukan demi Islam dan prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, PAS menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran dari segenap aspek sejak kebelakangan ini.
Katanya, parti itu dengan segenap kemampuan yang ada menggerakkan usaha memperkenalkan budaya politik matang dan sejahtera.
“Terkini, PAS akan meneruskan agenda ini menerusi seruan penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik. Rakyat negara ini pasti tidak lupa dengan sejarah hitam 22 bulan negara di bawah pentadbiran PH yang menzahirkan realiti golongan yang cuba menggugat status quo negara serta prinsip asas tunjang negara,” katanya.
Waspada iklan sewa akaun bank
PETALING JAYA: Polis menasihatkan orang ramai lebih berwaspada terhadap sindiket penipuan yang secara terbuka memuat naik iklan menyewa akaun bank milik individu untuk kegiatan jenayah mereka.
Golongan muda atau individu terdesak dikatakan sering terjerat dengan cara mudah mendapatkan wang tanpa menyedari mereka menjadi keldai akaun dan terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Aibee Ab Ghani, sindiket terbabit mencari mangsa bagi menyewa akaun bank mereka untuk digunakan sebagai transit.
“Kebiasaannya, golongan yang berusia dari 20 hingga 40-an yang terjebak dengan sindiket ini kerana tiada kerja tetap selepas dijanjikan wang dengan cara mudah,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Ads by
Walaupun hukuman terhadap keldai akaun mungkin ringan, tetapi katanya, ia akan memberi kesan dalam jangka panjang.
“Keldai akaun juga boleh ditahan serta dituduh kerana terlibat dengan sindiket penipuan dan hukumannya mungkin dianggap ringan, namun sebaik keluar penjara, mereka tetap mempunyai rekod lampau.
“Ini menyukarkan mereka mendapatkan pekerjaan dan difahamkan juga akaun bank mereka akan dibekukan, selain tidak dibenarkan membuka akaun baharu.
“Namun, ramai masih tidak sedar dan ada juga kes di mana akaun digunakan selepas diserahkan kepada along ketika membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berlesen itu.”
Beliau berkata, polis sukar membuktikan penglibatan pemilik akaun media sosial dengan sindiket penipuan hanya berdasarkan iklan, kecuali laporan polis dibuat terhadap pengendali media sosial terbabit.
Sejak Januari hingga Mei lalu, JSJK Negeri Sembilan menahan 565 suspek terbabit jenayah komersial, dengan 343 atau 60% terdiri daripada keldai akaun.
ULTRA KIRANA, BESTINET – ANWAR GESA PM BERTINDAK PANTAS
Saya mengikuti perkembangan melibatkan isu dua syarikat iaitu Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet mutakhir ini.
Ini setelah sebuah agensi buruh di Dhaka menuduh pengasas Bestinet Mohd Amin Abdul Nor menpengaruhi kerajaan untuk hanya menghadkan bilangan agensi yang membekalkan buruh kepada 25 syarikat sahaja.
Perkara ini ternyata terus menggugat kepercayaan dan menanam curiga di kalangan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus isu-isu penyelewengan dan kepincangan.
Isu sebesar ini semestinya menuntut tindakan yang tuntas dan pantas, terutamanya dari Perdana Menteri kerana ia melibatkan nama menteri dan mantan menteri yang berkaitan, dari PM dan juga Menteri Sumber Manusia.
Ini juga mustahak kerana ia turut melibatkan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta tekad dan iltizam kita dalam menghentikan kebobrokan.
Pernah saya suarakan di Parlimen sebagai perhambaan moden di mana pekerja diperas sementara pedagang dan agen bertindak sebagai penindas yang mengaut keuntungan besar.
Saya menuntut siasatan penuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua syarikat tersebut terkait urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang.
WOWWW… SAKSI SAHKAN AKAUN BANK NAJIB TERIMA HAMPIR AS$670 JUTA
Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS$20 juta daripada
Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al-Saud pada 2011, menurut keterangan
pengurus Unit Swift (pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata) bank
perdagangan itu.
Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang
tadi bahawa akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan 694 juga
menerima hampir AS$650 juta antara 2012 dan 2013.
Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib,
Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata tertuduh menerima jumlah
wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya.
Dia berkata pemindahan daripada Putera Turki dalam dua peringkat
daripada Bank Riyad melalui JPMorgan Chase Bank yang berpangkalan di Amerika
Syarikat berlaku antara 24 Feb dan 14 Jun 2011.
Wedani memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah
bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners memindahkan hampir AS$30 juta ke
dalam akaun berakhir 694 antara 30 Okt dan 19 Nov 2012.
Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Najwa
Bistamam, Wedani memberi keterangan bahawa AS$620 juta mengalir daripada Tanore
Finance Corporation ke dalam akaun AmPrivate Banking-MR pada 22 Mac 2013.
Menurut pendakwaan sebelum ini, Blackstone dan Tanore adalah dua
entiti British Virgin Islands (BVI) yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan buruan
Low Taek Jho atau Jho Low untuk memudahkan penyelewengan dana daripada 1MDB.
Wedani menjelaskan bahawa sejumlah 12 transaksi wang masuk ke
dalam dua akaun Najib – yang berakhir 694 serta akaun AmPrivate Banking-1MY
yang berakhir dengan 880 – direkodkan antara 2011 dan 2014 melalui sistem
kiriman wang Swift antarabangsa.
Perbicaraan di hadapan Sequerah akan disambung semula pada Isnin
minggu depan, dengan saksi dijangka menyambung semula keterangannya berhubung
urus niaga yang lain.
Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah
di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala
Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Berkenaan dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib
dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30
Ogos 2013.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB dilakukan
oleh Jho Low dengan restu Najib.
Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bahawa Najib
tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya
didalangi oleh Jho Low dan ahli pengurusan 1MDB yang lain.
Mahu kereta hebat sanggup ‘skip’ duit bagi orang tua, kisah ini elok anak muda ambil peringata
By ADAM FAHMI GHAZALI / June 19, 2022
Biasa dengar orang gaji RM5,000, tapi pandu kereta yang installment RM1,300 hingga RM1,500? Biasa dengar, ‘kan? Gaji baru RM4,000 dah berani beli kereta RM1,000 sebulan pun biasa dengar, ‘kan?
Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yang downpayment paling rendah, pinjaman yang paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama.
Dalam fikiran graduan yang baru dapat kerja cepat saja ternampak kereta-kereta seperti Honda Civic, Elantra, Forte, Cerato, Golf, Accord, Sonata, Jetta dan lain-lain kereta yang nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata orang sekeliling.
Tetapi apa yang ramai tak nampak bahawa RM1,500 instalment itu tak habis di situ saja. Angka yang sebenar dia akan spent setiap bulan ialah lebih RM2,000 sebulan. Maksudnya, separuh daripada gaji dia jadi habuan untuk kereta, aksesori kereta dan segala pakej lain yang datang dengan kereta itu.
Instalment memanglah RM1,300 tapi petrol? Katalah petrol RM400 sebulan (melainkan dia pakai kereta hebat tapi kereta lebih banyak tersadai di parking kereta, jarang-jarang memandu tak cukup duit untuk petrol.
Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai sintetik sepenuhnya, brand elok. Takkan nak pakai minyak enjin yang murah? Sayanglah enjin kereta tu.
Ada yang beli kereta cuma tekan kalkulator untuk kira installment, terlupa nak masukkan spending on insurance dan road tax.
Lupa nak kira kos insurans untuk kereta berharga RM90,000 hingga RM150,000? Tak tahu menahu kos road tax untuk kereta 2.0 liter. Ada yang lupa nak masukkan semua itu dalam kira-kira.
Kesudahannya, tertunggu-tunggu bonus untuk selesaikan semua hutang. Kad kredit swipe dulu. Bila tak dapat bonus, dia paling kuat mengata majikan dan kerajaan. Payment kad kredit postpone lagi.
Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah, ‘kan? Kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah.
Gamak ke nak pakai brand tayar yang teksi pakai? Jatuhlah standard atau takkan memandu Camry tapi pakai tayar second hand? Malulah kat budak-budak kedai tayar.
Kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar saja dah RM350 hingga RM400 ikut jenama.
Jadi, banyaklah ‘kebocoran’ sana-sini angkara kereta nak hebat dan nak maintain pakej yang datang bersamanya.
Kebocoran tanpa sedar kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya tiga ringgit letak dalam sampul ye tak? Malulah kaum kereta mewah. Malulah kat kawan yang pakai kereta Perodua bagi duit raya sama macam yang memandu Civic/Accord.
Jadi, bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara automatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yang meminta supaya keluar duit lebih untuk sustain gaya, mutu dan keunggulan.
Kereta mahal kena hantar car wash selalu. Kereta dah lah mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service kereta mesti kat designated service centre kereta tu. Mana boleh service kedai sebarangan. Jadi, bayaran pun mestilah mahal sedikit daripada kedai biasa.
Apabila keluar dengan kawan atau ipar duai takkan yang pakai Proton nak kena belanja makan ye tak? Malulah sikit. Maka banyaklah perkara yang menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta lantaran nak jaga gaya, mutu dan keunggulan.
Ramai orang suka kereta sebab utamanya ialah keperluan untuk bawa dari titik A ke titik B. Sebab-sebab yang lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorang, imej dan hobi.
Namun, untuk keadaan hari ini, jenis kereta boleh mengelakkan dari dipandang rendah oleh orang sekeliling, terutama masa balik Hari Raya dan masa nak hadir reunion dengan kawan-kawan sekolah atau universiti.
Walau macam mana sekali pun kita nafi, kereta tetap first impression nak bagi orang tengok kita sampai naik apa.
Bila attend reunion sekolah contohnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorang itu sampai dengan brand new Accord berbanding sampai dengan Pesona.
Wang tunai banyak, saham banyak, emas banyak, rumah banyak, hartanah banyak orang tak nampak. Cerita pun orang tak percaya. Malah, sikap segelintir masyarakat, ada rasa hormat bila sembang dengan mereka yang berkereta besar berbanding mamat berkereta saga BLM.
Lazimnya, kalau dah pakai kereta D segment tu terpaksalah jaga penampilan yang lain tu… which is very costly.
Cuba tanya mana-mana orang muda, majoritinya target nak pakai kereta hebat bila dah bergraduan, bila dapat kerja kerajaan atau swasta. Buat hutang sembilan tahun sudah pasti, jadi terperangkaplah untuk sembilan tahun.
Kereta tu selepas sembilan tahun akan jadi besi buruk, susut nilai 90 peratus, hilanglah potensi pelaburan sepanjang sembilan tahun tu kerana cashflow habis ke instalment kereta dan ‘pakejnya’.
Banyaklah investment opportunity lost for the next nine years. Lepas tujuh atau sembilan tahun mesti nak tukar kereta lagi sebab kereta lama dah hilang gempaknya. Maka, berhutang lagi 9 tahun.
Kalau dulu mula-mula beli kereta umur 28 tahun, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun.
Masa itu baru terfikir berapa lama lagi nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup untuk tanggung keluarga.
Tak cukup untuk sustain life style yang ada. Orang lain dah boleh fikir untuk relaks di umur 50-an, dia masih fikir terpaksa kerja untuk tanggung hutang.
Paling malang, banyak kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kawan-kawan pejabat. Yang itu tak pula rasa malu.
Pakai Pesona terpakai malu, pinjam duit merata tak malu. Sanggup skip duit yang sepatutnya bagi orang tua tiap-tiap bulan. Malah, pinjam pula duit orang tua. Pinjaman yang liat bayar balik. Selalunya buat lupa nak bayar balik.
Ramai sanggup spend beribu ringgit sebulan untuk kereta, tapi tak sanggup bagi orang tua hatta RM500 sebulan. Rupa-rupanya kereta hebat lagi penting.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25 peratus orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu antara tertinggi dari semua jenis hutang yang lain.
Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai dan keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.
NAFAS, ANGKASA TERNAK AYAM, PENTERNAK KECIL GULUNG TIKAR?
Nafas, Angkasa ternak ayam, penternak kecil gulung tikar?
Penglibatan koperasi besar seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam industri penternakan ayam sebagaimana diumumkan kerajaan baru baru ini perlu dikaji secara teliti kesan sampingannya.
Jurucakap Parlimen bagi Pertanian dan Komoditi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata dengan modal ratusan juta ringgit yang dimiliki oleh dua koperasi itu maka penternakan bidang besar boleh diusahakan.
Bagaimanapun, katanya, terdapat risiko kepada dua koperasi berkenaan sekiranya memilih bidang penternakan ayam.
“Saya berpandangan sektor penternakan ayam ini agak berisiko kepada ahli-ahli Nafas dan Angkasa.
“Pertama, sektor penternakan ayam adalah Lautan Merah (red ocean). Sektor ini telah wujud pemain-pemain industri yang ramai dan sesak (crowded).
“Kedua, margin keuntungan agak tipis kerana harga ayam kekal rendah selama puluhan tahun. Rakyat berkehendakkan harga ayam rendah, maka kawalan harga oleh kerajaan selalunya menyebabkan kerugian kepada para penternak.
“Ketiga, bekalan domestik telah mencecah 105% SSR (Self Sufficient Rate). Hal ini bermaksud pasaran telah tepu. Tidak wujud pasaran baharu.
“Atas faktor inilah, kemasukan Nafas dan Angkasa tidak semestinya membawa keuntungan yang dijangkakan, malah mungkin menghadapi kerugian,” kata Sim dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian itu, penglibatan koperasi yang rapat dengan kerajaan akan pastinya menerima bantuan pada skala besar. Sama ada tanah kerajaan percuma, geran atau pinjaman faedah rendah.
Pelbagai subsidi juga, katanya akan dipertimbangkan. Permohonan lesen di semua peringkat mungkin dipermudahkan. Hal itu, tambah Sim, tentunya memberi masalah persaingan harga kepada penternak ayam yang lebih kecil.
“Mereka (koperasi) akan mencapai skala ekonomi. Kos pengeluaran sudah tentu lebih murah.
“Penternak-penternak kecil yang sedia ada tentunya tidak dapat bantuan sebegini. Mereka masih perlu membayar pinjaman bank. Membayar sewa tanah. Ini mewujudkan ketidakadilan (uneven level playing field). Mereka sudah tentu akan kalah kepada koperasi gergasi.
“Apakah nasib mereka selepas ini? Mereka mungkin akan tutup kedai kerana tidak berupaya untuk bersaing. Kehilangan petani adalah satu kehilangan sumber makanan kita kerana “No farmers No food”.
“Penternak harus dilihat sebagai benteng sekuriti makanan negara. Kita harus menjaga mereka,” katanya.
Tambah Sim, ada beberapa sekor pertanian lain yang kurang risiko yang lebih relevan diceburi Nafas atau Angkasa dan boleh menjamin keuntungan.
Justeru, beliau meminta agar kerajaan mengkaji semula penglibatan dua koperasi berkenaan dalam industri penternakan ayam.
“Ada banyak sektor pertanian lain memerlukan perhatian kerajaan. Antaranya tanaman padi (SSR 70%), penternakan ruminan (SSR 20%), lembu tenusu (SSR 50%) sektor penanaman sayur-sayuran (SSR 60%), Akuakultur dan banyak lagi.
“Penglibatan Nafas dan Angkasa dalam Lautan Biru tersebut sangat dialu-alukan. Mereka akan membantu mengurangkan kebergantungan import makanan dari luar negara.
“Bukankah itu strategi yang lebih bijak?” tanyanya.
Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan bahawa Nafas dan Angkasa akan menceburi bidang penternakan ayam. Mereka dikatakan mensasarkan 20% pasaran ayam domestik.
Biar pun dialu alukan dalam usaha merendahkan harga ayam bulat di pasaran, namun sesetengah pihak mempertikaikan penglibatan dua koperasi besar itu akan memberi kesan sampingan kepada industri penternakan ayam sedia ada.