*Patutlah menggelupur nak PRU15. Rupanya Kenyataan KULI

 *Patutlah menggelupur nak PRU15. Rupanya Kenyataan KULI,

UMNO TERIMA RM40 BILLION Setiap Tahun Dari Petronas Sejak Tahun 1970 an....


Andaikanlah UMNO terima RM40 BILLION sejak tahun 1975 lagi....manakala UMNO jatuh pda tahun 2018...

Bermakna selama 43 Tahun UMNO terima RM40 BILLION pda setiap tahun....


RM40 BILLION x 43 Tahun = +- RM1.5 TRILLION...


Jika betul ckp KULI, patut la Umno kaya...

Balun duit rakyat rupanya... Sepatutnya Petronas salurkan kpd kerajaan utk bantu rakyat....


Apa yg boleh buat dgn RM1.5 TRILLION tu..

1) Kapal Selam Scorpene - RM1.9B.

Negara dah beli 95 BUAH kapal Selam.


2) Bangunan KLCC - RM1 Bilion.

Negara boleh dapat 1500 buah KLCC...


3) Empangan Air - RM2 Billion.

Negara boleh dapat 750 Empangan.


Pelajaran percuma utk semua rakyat


Hospital dan klinik kedihatan yg lebih baik dan teratur


Balai polis yg lebih baik dan canggih 


Tpi yg dapat RM1.5 TRILLION adalah UMNO  bkn RAKYAT.. so kaya raya lah Suku sakat Umno...


Ulang Ayat Kuli,

What Happened To All The Money????


Jgn buat mcm film PRamlee sudah laa..

Satu utk ko.. Satu utk aku..

2 utk bapa ko.. 2 utk bapak aku..

3 utk bini ko... 3 utk bini aku... 


Harap2 pemimpin Umno SAMAN KULI jika kenyataan ini ada unsur Fitnah...


Bkn sikit tu RM1500000000000 ...

Skuad Siasat bleh Siasat tpi jgn tunjuk jln SESAT..



REGA LETRIK NAK NAIK LAGI KE ?




KUALA LUMPUR – Mesyuarat mingguan kabinet hari ini telah membincangkan surcaj yang akan berlaku ke atas bil elektrik pengguna domestik, dengan tarif yang disemak itu dijangka berkuat kuasa bulan depan.

 

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, kertas kabinet itu dibentangkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

 

Ini menandakan satu lagi langkah besar dalam usaha kerajaan untuk merasionalkan tarif elektrik di tengah-tengah kos bahan api yang melambung tinggi.

 

The Vibes difahamkan bahawa kertas itu disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC), sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

 

“Apa yang boleh saya katakan ialah (kertas itu) dibentangkan hari ini dan kabinet telah membincangkan perkara itu,” kata sumber itu.

 

"Tetapi itu setakat yang saya boleh dedahkan kepada anda," katanya, tanpa mengulas lanjut.

 

Percubaan untuk menghubungi Takiyuddin untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu tetap sia-sia, seperti pada masa penerbitan.

 

The Vibes sebelum ini melaporkan bahawa pengguna isi rumah dijangka akan dikenakan surcaj ke atas bil elektrik mereka bulan depan berikutan kenaikan harga bahan api yang timbul daripada konflik Rusia-Ukraine, yang bermula awal tahun ini.

 

Pengawal selia elektrik dan syarikat kuasa di seluruh dunia mengalami kesukaran untuk mengekalkan kadar pada tahap semasa, terutamanya di bawah bebanan kenaikan harga bahan api.

 

Harga arang batu, contohnya, yang menguasai hampir separuh daripada keperluan penjanaan kuasa Malaysia, telah meningkat empat kali ganda sejak perang.

 

Sebagai contoh, penanda aras harga arang batu Newcastle mencecah rekod tertinggi AS$440 (RM1,945) setan pada awal Mac, daripada AS$67.5 sebelumnya, didorong oleh kebimbangan kekurangan bekalan apabila negara Barat menguatkuasakan sekatan ke atas sistem kewangan dan produk tenaga Rusia. selepas serangan negara ke atas Ukraine.

 

Satu lagi sumber, yang bercakap dengan The Vibes dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, mendedahkan bahawa Putrajaya sedang mempertimbangkan perkara itu, terutamanya sama ada ia akan membolehkan kos itu diserahkan kepada pengguna.

 

Untuk konteks, terdapat formula Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), yang disemak setiap enam bulan, di mana kos bahan api boleh diterjemahkan ke dalam bil pengguna akhir.

 

Semakan ICPT seterusnya akan dibuat bulan depan.

 

Walaupun surcaj telah dikenakan kepada pengguna komersial, ini adalah kali pertama ia akan dilaksanakan untuk pengguna domestik. Kuantum surcaj akan diputuskan oleh SPR.

Selama ini pengguna telah mendapat rebat.

 

Kerajaan memutuskan pada Januari bahawa tarif akan kekal pada 39.45 sen/kWj, dan pengguna domestik akan terus menikmati rebat 2 sen/kWj tanpa sebarang surcaj.

 

SPR pada Januari berkata kerajaan telah menggunakan dana yang ada berjumlah RM715 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik, yang terdiri daripada sumbangan seperti cess daripada pemain kuasa, untuk mengekalkan rebat semasa untuk pengguna domestik.

 

Menurut laman web Tenaga Nasional Bhd (TNB), mekanisme ICPT di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) membolehkan TNB mencerminkan perubahan, sama ada kenaikan atau pengurangan, dalam bahan api dan kos berkaitan penjanaan lain dalam tarif elektrik setiap enam bulan.

 

Melalui mekanisme ICPT, kerajaan menetapkan sekiranya berlaku penurunan harga bahan api global dan kos penjanaan, penjimatan akan dikembalikan kepada orang ramai dalam bentuk rebat ICPT, dan sekiranya berlaku kenaikan bahan api dan penjanaan. kos kos tambahan akan disalurkan sebagai surcaj ICPT. – The Vibes, 15 Jun 2022

 

TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG DISAMBUT BAIK, TETAPI…

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah R’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini (14 Jun 2022) dilaporkan bertitah bahawa agama Islam dan semua agama di dunia mengutuk dan mencela amalan rasuah kerana ia adalah bagai sebuah barah yang boleh menghancurkan sebuah tamadun. (sila rujuk Malaysiakini edisi Bahasa Melayu 14 Jun 2022 jam 5.27 petang).

Titah diraja yang penting ini diucapkan di tempat yang penting juga iaitu di Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UITM) ke-93 di Shah Alam pada hari Selasa 14 Jun 2022.

Baginda kemudian memetik catatan Sejarah Melayu ‘Sulalatus Al-Salatin’ yang diriwayatkan oleh Tun Sri Lanang tentang bagaimana runtuhnya kerajaan Melaka akibat perbuatan rasuah Bendahara Maharaja.

Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKRM) SPRM yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, saya berpendapat apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong tersebut adalah benar.

Malaysia bernasib baik kerana ada Ketua Negara yang lantang bersuara menentang musuh utama negara, iaitu korupsi atau rasuah.

Bagi saya, korupsi musuh negara nombor satu dan inflasi musuh negara nombor dua. Jika kedua-duanya, korupsi dan inflasi bergabung serentak seperti sekarang ini di Malaysia, maka 33 juta rakyat di negara ini boleh “mati “ dibuatnya. Jadi dalam aspek ini, Titah Yang di-Pertuan Agong di UITM pada hari ini sangat relevan dan penting.

Pada hemat Penulis, Yang di-Pertuan Agong telah dibekalkan oleh Kerajaan dan Negara dengan pelbagai penasihat dan pembantu istana. Pegawai-pegawai istana tersebut yang membawa gelaran hebat-hebat seperti Datuk Bijaya Diraja, Datuk Bentara Diraja dan lain-lain.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai akses kepada Peguam Negara yang bertindak sebagai peguam kepada Kerajaan.Tidak ada sesiapa kah yang berani tampil ke depan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya jangan menjemput bekas Perdana Menteri Najib Razak (seorang pesalah rasuah) ke Istana negara?

Penulis menghormati hak peribadi seseorang termasuk Yang di-Pertuan Agong untuk menjemput sesiapa juga sebagai tetamu datang ke rumah, lebih-lebih lagi di bulan Puasa dan di hariraya. Tetapi jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah payung negara. Ia satu tugas besar negara yang lebih besar dari urusan peribadi.

Tugas Yang di-Pertuan Agong bersifat rasmi sepanjang masa kerana Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Kepada badan Eksekutif (Kerajaan), Ketua Kepada badan Perundangan (Parlimen) dan ketua kepada badan Kehakiman.

Tidak seperti Perdana Menteri atau Speaker Parlimen ataupun Ketua Hakim Negara, jawatan Yang di-Pertuan Agong memikul tiga tugas sekaligus oleh seorang diri. Tidak ada prinsip pemisahan kuasa bagi jawatan yang di-Pertuan Agong. Begitulah besar, mulia dan rasminya peranan raja atau sultan yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.

Jadi Penulis menganggap satu kesilapan telah berlaku di pihak Istana Negara apabila Najib Razak diundang ke Istana Negara untuk santapan diraja bersama Yang di-Pertuan Agong dan peristiwa itu kemudian ditular di media sosial dan dikongsi kepada khalayak ramai, tentu sekali termasuk pelajar-pelajar universiti.

Dan tentu sahaja ada anak-anak mahasiswa yang pada hari ini yang menjadi graduan di Istiadat Konvokesyen di UITM Shah Alam di kala mereka mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai bahaya rasuah akan teringat peristiwa Najib Razak diundang ke Istana Negara untuk bersantap bersama baginda.

Semua orang tahu betapa rapatnya hubungan Najib Razak dengan Yang di-Pertuan Agong sekarang. Mereka sama-sama dari Pahang. Tetapi itu soal hubungan peribadi.Tidak boleh dicampur-aduk dengan urusan rasmi negara.

Dato’ Seri Najib Razak bekas seorang Perdana Menteri dan ahli politik yang senior sepatutnya sedar dan mengambil inisiatif menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menjemput beliau ke Istana Negara bersandarkan latarbelakang bahawa beliau telah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Najib mempunyai tanggungjawab moral untuk mengingatkan Yang di-Pertuan Agong bahawa dirinya selaku bekas Perdana Menteri telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn.Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta. Fakta sebenarnya jumlah hukuman penjara ke atas Najib bagi kesemua pertuduhan yang disabitkan kesalahan ialah selama 72 tahun jika dijalankan secara berasingan (consecutive). Tetapi ia menjadi hanya 12 tahun apabila hukuman penjara itu dijalankan secara serentak (concurrent).

Sabitan bersalah dan hukuman ke atas Najib Razak itu telah disahkan oleh tiga (3) orang Hakim Mahkamah Rayuan berikutnya, apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menolak rayuan Najib Razak.

Najib Razak sepatutnya menjadi seorang negarawan dengan berani menyatakan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa prinsip undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah adalah tidak terpakai kepada dirinya.

Ini adalah kerana Najib telah dibuktikan bersalah di dua buah mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan Malaysia.

Walaupun Najib Razak telah membuat rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tetapi rayuan tidak bermakna sabitan kesahan dan hukuman dilupuskan. Sabitan kesalahan rasuah dan hukuman penjara masih kekal pada Najib Razak hingga sekarang ini.

Sayang sekali titah Yang di-Pertuan Agong yang membawa tema penting anti-rasuah dalam ucapan baginda di UITM Shah Alam pada hari ini telah dianggap sebagai “titah kosong” kerana lain yang dicakap, lain pula yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, sungguhpun baginda masih dikasihi dan dihormati rakyat.

Penulis ingin merekodkan di sini bahawa apa yang ditulis di sini bukannya fitnah atau hasutan. Tetapi ia adalah suatu pernyataan benar yang berasaskan fakta.

Tidak ada niat jahat apabila Penulis menyatakan ini semua. Sebab Penulis boleh mengambil sikap berdiam diri seperti “tikus jatuh ke beras”. Tetapi itu tentunya bukan hasrat yang di-Pertuan Agong apabila melantik Penulis sebagai seorang ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM.

Penulis mengambil pendirian berani berkata benar walaupun di hadapan raja demi kepentingan awam. Tulisan ini merupakan satu komen yang berpatutan untuk dijadikan renungan supaya institusi Raja Berperlembagaan dapat terus kekal bergandingan dengan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peristiwa raja-raja dan sultan Melayu di Sumatera contohnya Kesultanan Langkat, Kesultanan Siak dan lain-lain hilang satu demi satu dalam revolusi sosial di Indonesia ketika rakyat negara itu berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah Belanda patut menjadi contoh tauladan kepada istana-istana raja dan sultan di Malaysia, khususnya institusi Yang di-Pertuan Agong.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM

14 Jun 2022 (Selasa)

 

RAJIN DOK KELUAR FATWA SENDIRI-DEPA PUN BUAT DI KELANTAN GAMBAR MENJADI BUKTI-TAK BANYAK SIKIT.






Pesuruhjaya PAS negeri dipanggil menghadap Sultan Selangor




Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dipanggil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan Shah Alam. (Gambar Facebook Pejabat Diraja Selangor)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yunus Hairi menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dalam catatan di Facebook Pejabat Diraja Selangor, pertemuan itu berlangsung semalam kira-kira sejam.

Bagaimanapun, tidak banyak perincian dinyatakan berhubung pertemuan itu.

Sementara itu, Facebook PAS Selangor turut berkongsi hantaran Pejabat Diraja Selangor dengan mengatakan baginda sultan merupakan benteng terakhir umat Melayu Islam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bagai aur dengan tebing saling lengkap melengkapi demikianlah Tuanku dengan rakyatnya,” kata PAS Selangor.

Pertemuan itu menyusuli kenyataan Yunus pada 10 Jun lalu yang mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memberitahu umat Islam supaya tidak menghadiri Bon Odori kerana mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meneliti festival itu mempunyai unsur keagamaan lain.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun yang akan diadakan di negeri itu dan meminta Idris turun padang melihat sendiri festival berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu menteri itu menggunakan platform Jakim untuk membuat “kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasinya”.

FMT telah menghubungi Yunus bagi mendapatkan butiran lanjut berhubung pertemuan itu.



JAGA STADIUM PUN TAK RETI - TEBUK LAGI ATAP



JAMZURI ARDANI



 Stadium tak perlu banjir setiap kali perlawanan. Sekali sahaja banjir ketika perlawanan peringkat antarabangsa setelah jutaan ringgit wang pembayar cukai digunakan untuk membaikpulih stadium sudah cukup amat memalukan negara.

Menteri kerajaan tebuk atap nie ... stadium pun tak reti jaga lagi nak mendabik dada untuk jaga negara.
Tak hairanlah negara makin hancus, rakyat makin derita.

((PANAS)) MELAYU DI USIR KELUAR? KHALID SAMAD: PM SILA TURUN! MANA PAHLA...MANA PM DAN NAJIB...MANA HERO MELAYU NIH MELAYU KENA USIR NIH..WOIIII....MELAYU ISLE TERANCAM...



Jun 13, 2022 ((PANAS)) MELAYU "DI USIR" KELUAR? KHALID SAMAD: PM SILA CAMPUR TANGAN! MANA PAHLAWAN MELAYU UMNO-PAS DULU TU? SILA SUPPORT SUBCRIBE MABA CHANNEL https://www.youtube.com/MABAChannel KREDIT TO FB PARTI AMANAH NEGARA

15.06.2022 - FOKUS 4.45 | PANAS!! KELUARGA ARWAH ADIB MENARIK BALIK RAYU...


Jun 15, 2022 KELUARGA ARWAH ADIB MENARIK BALIK RAYUAN KOMITAL, HANYA MAHUKAN KEADILAN UNTUK ARWAH? “Dia individu yang bekerja dalam bidang profesional, tidak sepatutnya dimaafkan begitu sahaja namun saya tidak mahu pening kepala lagi fikir pasal dia.” Demikian luahan hati Mohd Kassim Abdul Hamid, ayah kepada Allahyarham Mohd Adib.


KAH..KAH...KAH..KAU JADI MBS KENAPA TAK AMBIL TAHU ? MABUK KOT...MAKNA KATA NAK SALAHKAN RAKYAT JUGA LA YA...

 


SYAM GHAZ


Dia ni masa jadi Menteri Besar Perak pun perangai macamni dah.

Kalini jadi Menteri Sukan buat perangai macamni pula.

Ini lah Timbalan Presiden Parti BERSATU.

Nak ambik dia duduk skali dgn PH balik? Buat Perabis Beras dan masuk gaung Pru15 nanti adalah.

5 pengundi teras PH dulu akan cabut lari awal: Celik politik, profesional, non opportunist, pengundi bandar dan pengundi multiracial.

 

Peja kata tindakan tolak air bertakung guna penyodok di SNBJ calar imej negara

Peja kata tindakan tolak air bertakung guna penyodok di SNBJ calar imej negara

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berharap agar tindakan mengalirkan air hujan di Stadium Nasional Bukit Jalil secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kadbod tidak berulang lagi.

Memetik laporan Awani, Faizal menyifatkan tindakan sedemikian akan memberi imej yang tidak baik kepada negara.

Beliau berkata, apa yang berlaku bukan disebabkan kelemahan sistem perparitan padang, tetapi, masalah paling besar ialah perubahan iklim yang ketara apabila pada petang sebelum perlawanan tersebut, hujan lebat.

“Sebelum itu, ada satu perlawanan lain iaitu di antara Bangladesh dan Turkmenistan, jadi pada 8 malam, memang seluruh padang air bertakung.

“Kita juga lihat air diserap melalui sistem ‘drainage’ yang agak berfungsi dengan baik. Pada pandangan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia), jika diberi sedikit masa (perlawanan ditangguh seketika) lagi, padang itu boleh berada dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Namun, perlawanan pasukan negara kita dan Bahrain perlu diadakan mengikut tepat pada waktunya seperti yang jadual, menyebabkan isu ini yang telah dibangkitkan,” katanya.

Semalam, PSM menjelaskan tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan itu.

Katanya, tindakan mengeluarkan air secara manual tidak sepatutnya dilakukan kerana stadium tersebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang..

PAS CUBA NASIHAT PRESIDEN UMNO. UMNO TAK MAHU PADA PAS. PAS JANGAN TUDUH UMNO...APA PUNYA PAS MASA KINI...PATUT ARWAH TOK GURU NAK LUDAH MUKA SEKOR SEKOR

 

Pemuda Pas nasihat Presiden Umno jangan jadi pengkhianat

Pemuda Pas nasihat Presiden Umno jangan jadi pengkhianat


Pemuda PAS berpendapat wajar untuk Ahmad Zahid Hamidi mencontohi sikap parti itu yang memberi keyakinan kepada Ismail Sabri Yaakob untuk terus mengemudi negara.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi, berkata langkah tersebut sangat perlu kerana ketika ini keadaan politik tidak stabil.

“Sebagai presiden Umno, Pemuda PAS menasihatkan Datuk Seri (Ahmad Zahid) agar mencontohi PAS yang memberi keyakinan kepada Ismail Sabri dan barisan kabinet mengemudi negara dalam keaadan penuh ketidakstabilan ini.

“Jangan khianati sahabat Datuk Seri sendiri yang juga Naib Presiden Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazir turut mencadangkan supaya Presiden Umno itu memberi fokus kepada kes mahkamah dihadapinya, selain membuat pertimbangan agar untuk berehat seketika.

Katanya jika Ahmad Zahid mahu membuat sebarang kenyataan adalah wajar ia dilakukan dalam keadaan “sedar”.

“Adalah lebih baik Datuk Seri memberi fokus yang lebih dalam menguruskan kes mahkamah yang sedang dihadapi.

“Pemuda PAS melihat cadangan untuk berehat seketika yang pernah dibuat dahulu wajar dipertimbangkan semula oleh Ahmad Zahid,” tambahnya.

Masa terbaik kukuh perpaduan

Pada 11 Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang gesaan agar PRU ke-15 diadakan lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Abdul Hadi sebelum itu bahawa pihak yang bertegas mahu menyegerakan PRU adalah kumpulan yang kemaruk kepada kuasa.

“Mungkin kalau pilihan raya (diadakan) cepat, dia khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi parlimen sedia ada,” kata Ahmad Zahid seperti dipetik Berita Harian.

Dalam kenyataannya, Abdul Hadi berkata pada masa ini ada isu lain yang lebih memerlukan perhatian termasuk ancaman Covid-19 yang belum bebas sepenuhnya di negara ini.

Menurut Nazir dakwaan bahawa PAS enggan mempersetujui PRU awal kerana takut kehilangan kerusi adalah kenyataan kosong dan tidak berasas.

Katanya, Pemuda PAS berpandangan semua pucuk pimpinan parti di Malaysia wajar memberi fokus dalam mengukuhkan kerjasama antara semua pihak serta menjulang prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju mendepani keadaan ekonomi domestik dan global yang masih kurang stabil.

“Maka, Pemuda PAS melihat ini lah masa yang terbaik untuk mengukuhkan semula penyatuan ummah.

“Pemuda PAS menyeru seluruh parti politik Malaysia khususnya parti Melayu Islam agar menumpukan perhatian terhadap isu rakyat seterusnya menggerakkan usaha yang ampuh untuk membantu rakyat,” katanya, memetik Malaysiakini.


GEJALA RASUAH SEMAKIN PARAH, KENAPA TIDAK BERTINDAK?


MALAYSIA MASIH BERHUTANG RM13.3 BILION ANGKARA NAJIB


 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Malaysia masih berhutang AS$3 bilion atau RM13.3 bilion hasil usaha sama (JV) antara 1MDB dan Aabar Investments.

Bekas pegawai kementerian kewangan, Siti Zauyah Md Desa, yang pernah berkhidmat di bahagian pengurusan pinjaman kementerian itu, berkata 1MDB tidak pernah melaporkan kepada bahagiannya berhubung usah sama berkenaan. (1MDB dimiliki sepenuhnya oleh MoF Inc).

Semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak, saksi pendakwaan ke-23 itu mendakwa bahawa firma pelaburan negara tersebut cenderung berurusan secara langsung dengan tertuduh dan bukannya melalui bahagiannya.

Siti Zauyah memaklumkan bahawa Najib menandatangani surat sokongan (LOS) bagi menyokong usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS, yang adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Saya mengesahkan bahawa status pinjaman AS$3 bilion yang dirujuk dalam kenyataan saksi, bahawa 1MDB sebagai peminjam AS$3 bilion, telah gagal membayar balik pinjaman itu mengikut terma yang ditetapkan.

“Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013.

“Selepas surat sokongan kepada 1MDB dikeluarkan pada 2013, menteri kewangan itu tidak lagi mengeluarkan sebarang jaminan kepada 1MDB,” kata Siti Zaudah hari ini.

Dia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sekiranya 1MDB gagal membayar balik hutangnya, bank pemberi pinjaman akan “mengejar” kerajaan Malaysia kerana LOS ditandatangani oleh Najib.

Pinjaman itu didakwa dikumpul melalui terbitan bon 1MDB oleh Bank of New York Mellon Group. Bon tersebut matang tahun depan.

MANSUH HUKUMAN MATI MANDATORI, REFORMASI PERUNDANGAN BERMULA