4-1. Malaysia mengalahkan Bangladesh 4-1. Penjaga gol poyo tak beraksi malam ini. Tak ada jaringan poyo dari pihak lawan.
4-1. Malaysia mengalahkan Bangladesh 4-1. Penjaga gol poyo tak beraksi malam ini. Tak ada jaringan poyo dari pihak lawan.
Ribut-ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan.
Yang peliknya, bukan saja parti-parti dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang seharusnya mereka itu bersatu hati tapi nampak terus berbalah tanpa henti-henti mengenainya, malah dalam UMNO sendiri juga tiada kata sepakat berkenaan dengannya.
Sementara UMNO sebagai sebuah parti dalam kerajaan telah membuat keretapan mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh, tetapi parti lain yang sama-sama dalam kerajaan, terutamanya Bersatu dan Pas, berpendirian sebaliknya.
Bersatu dan Pas berpendirian tiada keperluan Parlimen dibubarkan sekarang dan ia seeloknya dilakukan bila penggal Parlimen ini tamat tempoh iaitu Julai 2023.
Selain itu, walau diketahui UMNO telah membuat ketetapan mahu PRU15 disegerakan dan ia hendaklah diadakan lebih dahulu sebelum pemilihan parti melalui keputusan sebulat suara dalam PAU2021, kemudian disusuli dengan pindaan perlembagaan yang menetapkan perkara yang sama, seterusnya disemarakkan lagi dengan BN mengadakan konvensyennya, ketetapan itu bagaimanapun ternampak tidak dipatuhi oleh sebahagian pimpinannya sendiri.
Pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet dan diketahui tidak sebulu dengan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, secara umumnya menentang PRU awal serta mahu ia dilewatkan sehingga habis penggal.
Mereka juga sedang bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk meyakinkan Perdana Menteri supaya sependirian dan tidak goyah hati.
Pimpinan utama UMNO atau dikaitkan dengan gelaran kluster mahkamah pula terus menekan dan mengasak Ismail Sabri agar akur kepada ketetapan parti, dengan sandaran utama yang dicanangkan ialah mood rakyat didakwa sedang memihak kepada BN ketika ini.
Kebelakangan ini pula, perdebatan antara UMNO dengan Pas mengenai sama ada PRU perlu diawalkan atau dilewatkan tambah hangat memenuhi dada media dan dinding media sosial.
Selain UMNO berbalah sesama sendiri dan UMNO juga berbalah dengan parti-parti yang sama-sama menyokong kerajaan, tetapi perbalahan dengan Pas akhir-akhir ini nampaknya begitu serius, termasuk ada yang mendakwa Zahid Hamidi mahu PRU segera kerana dikatakan takut masuk penjara serta UMNO juga sebagai gila kuasa.
Perbalahan yang berterusan dan sehingga menyentuh hal-hal sensitif itu memberi petunjuk bahawa UMNO dan Pas memang tidak boleh berbaik dan seperti ditakdirkan akan berkelahi sampai ke mati.
Seperti mana kita sedia maklum, sama ada PRU mahu diawal atau dilewatkan, ia adalah hak Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Sedemikian itu, berterusan berbalah mengenai tarikh PRU yang mana ia sebenarnya bukan bidang kuasa mana-mana pihak yang berbalah itu untuk masuk campur, selain Perdana Menteri yang ada hak mengenainya, tetapi tidak pula dinafikan yang akhirnya menerima kesan dan dipandang tidak cantik di sebalik perdebatan yang berpanjangan ialah Perdana Menteri sendiri.
Selama ini banyak, sama ada di dalam UMNO atau di luar UMNO melihat Ismail Sabri tiada pendirian yang benar-benar jitu berkenaan penentuan tarikh PRU.
Kenyataan beliau dilihat sering berubah mengikut pentas di mana beliau berdiri dan ia sudah tentu menjadi satu sebab polemik itu terus berpanjangan sehingga sekarang.
Di atas pentas UMNO, selaku Naib Presiden parti, antara kata-katanya sebelum ini ialah beliau akan berbincang segera dengan “Top Five” kepimpinan UMNO berkenaan tarikh PRU15 serta tidak akan melewatkan walau sesaat pun jika jentera parti telah bersiap sedia.
Kenyataan seperti di atas memperlihatkan beliau benar-benar akur dengan kehendak parti dan sedia memenuhinya, cuma sudahkah ada perbincangan dengan “Top Five” dan kenapa setelah beribu minit berlalu, masih tiada juga ternampak bayang Parlimen akan dibubarkan?
Tetapi, di luar UMNO beliau menyebut, kuasa menentukan pembubaran Parlimen bukan hanya terletak di tangan Perdana Menteri secara individu, tetapi secara kolektif melalui persetujuan kabinet.
Kemudian, beliau juga menyatakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan PRU15 kerana rakyat sedang susah, harga barang mahal dan inflasi kian meninggi.
Minggu lalu pula, beliau berkata, di sebalik mandat ada padanya untuk menasihati Agong, kuasa sebenar berkenaan pembubaran Parlimen adalah di tangan baginda.
Ini kerana katanya, Agong boleh tidak bersetuju berkenaan pembubaran Parlimen yang dicadangkannya.
Kenyataan-kenyataan yang berbeza nada itu dengan sendirinya merangsang polemik terus berpanjangan dengan masing-masing jadi kreafif mengeluarkan kenyataan dan memberi alasan.
Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sebenarnya boleh bertindak menamatkan polemik berkenaan tarikh PRU15 ini daripada terus diperkata, apalagi berpanjangan tanpa kesudahan.
Meski Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan memegang jawatan Presiden UMNO sebagaimana semua Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini, tambahan lagi fokus kerajaan ketika ini ialah untuk memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, inilah masa yang sesuai untuk beliau segera menunjukkan ketegasannya.
Dalam hal ini, kalau pun tidak cukup berani mengatakan Parlimen hanya akan dibubar tahun depan atau sehingga tarikh penggal Parlimen berakhir, memadai dengan berpendirian tegas bahawa PRU15 tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini selagi isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak berjaya diatasi sebaiknya serta dalam masa yang sama meminta UMNO iaitu partinya sendiri, menghentikan segera desakan agar Parlimen dibubarkan secepat mungkin.
Kalau sebelum ini beliau pernah mengatakan, PRU15 tidak akan dilewatkan walau sesaat sekali pun, apa salahnya pula jika beliau berpendirian lebih baik ia dilewatkan berdasarkan situasi semasa negara sambil menggesa semua pihak melupakan hal-hal politik, sebaliknya menumpukan kepada masa depan rakyat dan negara terlebih dahulu?
Tidak perlu lagi untuk beliau menunjukkan nada keinginan yang tidak sama ketika di pentas yang berbeza.
Jika ini dapat dilakukan, percayalah, Ismail Sabri mampu mendapat lebih kepercayaan daripada rakyat kerana beliau akan dilihat sebagai ketua kerajaan yang tidak tunduk kepada nafsu pemimpin dan kehendak partinya sendiri, tetapi benar-benar mengutamakan kehendak rakyat yang belum begitu gembira untuk keluar mengundi dalam PRU.
Beranikah Ismail Sabri?. – ShahbudinHusin 14/06/2022.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Umno membatalkan saman difailkan SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya untuk menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti itu.
Panel tiga hakim terdiri Hadhariah Syed Ismail, Abu Bakar Jais dan Mariana Yahya, mendapati tiada merit dalam rayuan Umno.“Ini bukanlah suatu kes yang jelas serta sesuai untuk diputuskan melalui permohonan pembatalan,” kata Hadhariah yang mengetuai panel itu.
Beliau mengatakan, bahawa terdapat beberapa isu ditimbulkan dalam pliding yang difailkan termasuk isu pelanggaran tanggungjawab fidisuari, pelanggaran amanah, penyalahgunaan duit amanah dan tindakan frod terhadap duit amanah yang hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh di mahkamah.
“Kesemua responden (SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd) memohon hak mereka untuk didengar,” katanya sambil menambah jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan, pasti ada cara untuk membetulkannya semula.
Hadhariah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, pada 10 Nov tahun lalu, yang menolak permohonan Umno membatalkan saman itu.
Panel itu juga membatalkan rayuan Umno terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan SRC International dan anak syarikatnya untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan mereka selepas peguam yang mewakili Umno, Shahrul Fazli Kamaruzaman, memberitahu mahkamah mengenai penarikan balik rayuan berhubung keputusan itu.
Panel hakim itu mendengar rayuan tersebut melalui dalam talian.
Dalam writ samannya, SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.
Syarikat itu pada mulanya memfailkan saman itu dengan menamakan Umno yang disaman melalui presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, selaku defendan.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan syarikat itu untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan menggantikan Zahid dan Ahmad dengan Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan.
Pada 10 Mei 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.
Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei 2021 iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Peguam Nur Syafinaz Vani Abdullah mewakili SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berkata, tindakan Bersatu yang mahu menjatuhkan kerajaan sekali lagi walaupun parti itu kini tinggal “nyawa-nyawa ikan” bukan sesuatu mengejutkan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii juga menyifatkan Bersatu sebagai “licik” dengan beberapa gerakan mahu menjadikan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekali lagi.
Razlan berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu boleh menafikan gerakan tukar perdana menteri, tetapi apa dibangkitkan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin berjumpa beliau dan meminta sokongan untuk menjadi perdana menteri, tidak boleh disangkal lagi.
Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Presiden Warisan Shafie Apdal, membongkarkan perjumpaan dan permintaan Muhyiddin untuk mendapat sokongan Warisan supaya beliau dilantik semula menjadi perdana menteri.
“Gerakan licik Bersatu ini menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik yang tidak stabil, pertembungan keputusan dan sekali lagi akan memaksa istana campur tangan.
“Dalam kalangan pimpinan Bersatu kononnya mereka menempelak tidak mahu pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat dan meletakkan sasaran kepada Umno, tetapi mereka mencatur untuk merampas kuasa sekali lagi. Sungguh licik permainan politik mereka,” katanya kepada FMT.
Semalam, Faizal berkata soal kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ada 8 Jun lalu.
Faizal berkata, perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, parti itu masih kekal menyokong Ismail sebagai perdana menteri dan sedia membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
Terdahulu, laporan media yang memetik sumber mendakwa bahawa mesyuarat MPT Bersatu pada 8 Jun lalu antara lain membincangkan mengenai kedudukan Ismail sebagai perdana menteri sekiranya parti itu mendapat sokongan daripada Pejuang, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) tanpa melalui pilihan raya.
"Arts speaks the soul of it's culture" - Abby willowroot.
Bodoh punya alasan menteri sukan. Sorakan penonton yg menyokong
jadi punca kita kalah kepada Bahrain ? Kalau mcm tu, suruh pemain main dlm
stadium kosong. Ini bukan menyaksikan pengkebumian, ini sukan bola sepak.
Pemain lagi mahu lebih ramai penonton utk berikan semangat, tapi menteri kaki
bangku ini lain pulak difikirnya. Sebelum ini, ramai penonton yang hadir
memenuhi stadium dan kita boleh menang bahkan berhadapan puluhan ribu penyokong
di tempat lawan, contohnya di Indonesia dan kita mampu menang.
Mungkin dia mahu alih perhatian orang ramai yg mengecam tentang
mutu padang stadium nasional bukit jalil yg amat memalukan. Ini masalah
melantik menteri yang tidak tahu buat kerja, asyik salahkan orang lain.
GST baik untuk
dilaksanakan, kata pensyarah ekonomi. Sudah tentu berkata begitu kerana dia
seorang pensyarah ekonomi. Tetapi bukanlah saja kerana dia pandai hal ekonomi,
tapi kerana gajinya puluhan ribu ringgit sebulan.
Kalau gajinya cuma RM1,200 sebulan, walaupun dia
pensyarah ekonomi, aku amat yakin cakapnya akan berubah nada. Kerana dia pasti
tahu berapa banyak kenaikan harga barangan akan berlaku sekiranya GST
dilaksanakan semula.
Aku simpati dengan rakyat Malaysia. Dalam negara
kita ini terdapat ramai pakar. Sayangnya pakar yang utamakan hal rakyat miskin
tak pula ramai. Rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang. Tapi siapa
yang kisah? Guane boh?
Raja Gelap
Warga kota Kuala Lumpur tertanya tanya apakah sebenarnya berlaku antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) yang didakwa mendapat kontrak menggantikan 200 tiang lampu di ibu negara dengan nilai RM30.75 juta melalui Ennova Sdn Bhd.
Hal itu bertambah rumit apabila DBKL semalam menafikan mereka mengeluarkan kontrak kepada SCIB sebagaimana dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kelmarin.
Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, DBKL sepatutnya memberi penjelasan menyeluruh dalam hal itu dan tidak membiarkan rakyat berteka teki mengenai urusan kontrak dan tender mereka.
“Lima hari lalu, timbul berita kontrak RM30 juta diberi kepada syarikat SCIB oleh untuk ganti 200 tiang lampu DBKL.
“Kemudian Lim Lip Eng bangkitkan persoalan bagaimana kontrak ini diberi pada harga RM153,000 untuk satu tiang lampu.
“Tapi DBKL semalam menafikan pemberian apa-apa kontrak kepada syarikat SCIB.
“Jadi apa yang sebenarnya berlaku? Adakah syarikat Ennova (syarikat yang diberi kontrak) dibenarkan subcon kerja ganti tiang lampu DBKL kepada SCIB, berdasarkan syarat-syarat kontrak Ennova-DBKL?” tanya Fahmi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggesa DBKL menjelaskan kos sebenar yang ditetapkan dalam dokumen kontrak yang dikeluarkan kepada syarikat Ennova Sdn Bhd sebelum ini.
Katanya, mengapakah DBKL tidak terus membayar kepada syarikat yang membuat kerja dan mungkinkah penyerahan kontrak kepada syarikat lain menyebabkan peningkatan kos.
“Berapa jumlah sebenar yang dibayar DBKL kepada Ennova untuk tukar 200 tiang lampu ini?
“Kalau bukan Ennova yang buat kerja ni, kenapa DBKL tidak bayar terus kepada SCIB? Kenapa beri kontrak kepada Ennova kalau bukan Ennova yang buat kerja?
“Adakah dengan membayar terus kepada syarikat yang benar-benar buat kerja akan mengurangkan kos dan beri penjimatan kepada rakyat dan pembayar cukai Kuala Lumpur?” katanya lagi.
Sebelum ini, dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, dilaporkan media tempatan bahawa SCIB memberitahu kontrak yang diperoleh pihaknya adalah untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian 200 unit tiang lampu di Kuala Lumpur.
Hal itu menjadi tular kerana kos sebatang tiang lampu mencecah RM153,750 seunit.
Seruan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan utama parti itu agar diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 segera tidak lebih daripada sekadar modal politik untuk memastikan kerajaan BN kukuh menghadapi ketidaktentuan yang mungkin ditimbulkan sekutunya.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, secara umum rakyat tidak melihat wujud ‘kestabilan politik’ sekiranya diadakan PRU segera.
Malah, katanya rakyat Johor yang dipaksakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) awal tahun ini juga tidak melihat sebarang perubahan besar setelah BN diberi mandat 2/3.
Oleh itu, katanya, rakyat Malaysia juga tidak akan mendapat nikmat yang lebih baik sekiranya PRU 15 diadakan lebih awal berbanding menunggu sehingga tamat penggal pada Mei 2023.
“Dalam hal PRU, BN sedar bahawa suasana sekarang amat sesuai untuk memastikan kemenangan mereka. Suasana di mana rakyat kurang berminat untuk keluar mengundi akibat kelesuan gelagat politik dan keperitan hidup.
“Dalam keadaan begini, dengan pengundi tegar mereka, BNlah yang paling untung. Tiada kaitan dengan kestabilan politik sama sekali. Malah perebutan kuasa antara parti pemerintahlah yang menyebabkan ketidakstabilan politik.
“Bolehkah kita percaya jika BN mendapat mandat dalam PRU-15 ini maka politik akan stabil?” tanya Syed Ibrahim.
Bagi Ahli Parlimen Ledang itu, selepas PRU 14 keadaan politik Malaysia tidak lagi sama.
Keengganan pengundi Atas Pagar keluar membuang undi pada PRN Johor baru baru ini, menurut beliau, menyebabkan situasi politik tidak boleh disamakan lagi di peringkat nasional.
Ditambah pandemik Covid 19 bukan lagi ancaman, katanya, terdapat kemungkinan pengundi lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan BN tidak boleh mengharapkan kemenangan mudah.
Katanya, lebih baik BN bersedia menghadapi kematangan politik rakyat daripada mendesak diadakan PRU segera
“Saya percaya lanskap politik negara telah berubah sejak PRU-14. Tiada mana-mana blok yang besar mudah mendapat 2/3 jika padang sama rata.
“Justeru, soalnya bukan kestabilan politik tetapi kematangan politik. Tidak mengamalkan politik sempit dan perkauman yang melampau,” katanya.
Terdahulu, Zahid Hamidi berkata sinis minggu lalu kononnya pembangkang takut menghadapi PRU 15 dan mencari pelbagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya
Namun tanggapan itu dinafikan pembangkang dengan hujah kerajaan perlu memperbaiki ekonomi rakyat terlebih dahulu sebelum sibuk untuk merebut kuasa.
Insan yang berusaha hingga terciptanya ITM dan kini dikenali sebagai UiTM dengan izin Allah.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ