GST BAIK UNTUK SIAPA ?

 


GST baik untuk dilaksanakan, kata pensyarah ekonomi. Sudah tentu berkata begitu kerana dia seorang pensyarah ekonomi. Tetapi bukanlah saja kerana dia pandai hal ekonomi, tapi kerana gajinya puluhan ribu ringgit sebulan.

Kalau gajinya cuma RM1,200 sebulan, walaupun dia pensyarah ekonomi, aku amat yakin cakapnya akan berubah nada. Kerana dia pasti tahu berapa banyak kenaikan harga barangan akan berlaku sekiranya GST dilaksanakan semula.

Aku simpati dengan rakyat Malaysia. Dalam negara kita ini terdapat ramai pakar. Sayangnya pakar yang utamakan hal rakyat miskin tak pula ramai. Rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang. Tapi siapa yang kisah? Guane boh?


Raja Gelap