KERAJAAN BN MESTI TUNAIKAN TUNTUTAN TENTERA – NIK NAZMI


MASALAH BEKALAN AIR KELANTAN KELEMAHAN KERAJAAN PAS


GUNA TANAH GLC, BUKAN HUTAN SIMPAN UNTUK TANAM JAGUNG


DAH TAK SELESAI ISU MABUK BAWA KERETA...KES LAIN PULAK..MENTERI AGAMA TAK KAN DIAM SAJA,,

 


Umpan wanita seksi untuk pemasaran, premis gunting rambut diserbu




Premis gunting rambut di Puchong tular di media sosial baru-baru ini kerana memperagakan tukang gunting rambut berpakaian seksi kepada pelanggan lelaki. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah premis gunting rambut yang baharu dibuka semalam dengan menggunakan wanita seksi sebagai gimik pemasaran, diserbu pihak berkuasa.

Premis gunting rambut yang terletak di Puchong itu tular di media sosial baru-baru ini selepas gambar tukang gunting rambut digunakan dengan berpakaian seksi kepada pelanggan lelaki.

Namun, lawatan mengejut penguat kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) mendedahkan premis itu tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, premis tersebut telah menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah daripada MBSJ.

“Susulan itu, MPSJ telah mengeluarkan dua kompaun kerana mengendalikan pusat kecantikan dan kesihatan tanpa Lesen dan mempamerkan iklan tanpa lesen,” menurut MPSJ dalam kenyataan.

Selepas gambar kontroversi itu tersebar di media sosial, premis gunting rambut itu menjelaskan bahawa “gambar itu diambil untuk tujuan promosi, dan bukan untuk perkhidmatan urut.

Salinan laporan polis dimuat naik di laman Facebooknya.

Ia menjelaskan bahawa pendandan rambut dalam gambar itu sebenarnya adalah model yang diupah untuk acara pembukaan besar di premis itu dan bahawa tiada “perkhidmatan istimewa” yang ditawarkan kepada pelanggan.

Majlis Pimpinan Pusat PKR: ‘Nama besar’ antara 70 calon bertanding

 

(Dari kiri) Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, R Sivarasa (Sungai Buloh), dan Maszlee Malik (Simpang Renggam) antara calon yang bertanding.

PETALING JAYA: Tujuh puluh ahli PKR akan bertanding untuk merebut 20 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti penggal 2022-2024, menurut senarai calon yang dinaikkan ke laman web pemilihannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Subang Wong Chen (Subang), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), R Sivarasa (Sungai Buloh) dan Maszlee Malik (Simpang Renggam) – yang menyertai parti itu pada November lalu – antara “nama besar” yang bakal bertanding.

Antara calon lain termasuk aktivis pelajar Fahmi Zainol, pelakon dan penerbit Hans Isaac, serta pelakon Afdlin Shauki.

Hasil keputusan undian akan diumumkan pada kongres nasional PKR pada 25 Jun ini.

keh...keh...Isham Jalil dilucut jawatan ketua penerangan BN Selangor


Isham Jalil memberitahu perkhidmatannya sebagai ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Anwar seharusnya diletakkan sebagai induk, bukan di pinggiran


Penganalisis berpendapat tindakan Dr Mahathir Mohamad meminggirkan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan strategi khemah besar pembangkang sebagai langkah sumbang kerana ketua pembangkang itu seharusnya diletakkan sebagai “induk” dan bukan sekadar di pinggiran.



BLAHLAH TUN!! - PKR & PH DAH ADA RAFIZI RAMLI DAN ANWAR IBRAHIM | PRU15



Perdebatan mengenai kenyataan Tun Mahathir beberapa hari lalu, mengenai kerjasama khemah besar pembangkang, dalam PRU 15 nanti, belum lagi selesai! Mahathir berkata, beliau tidak mahu melihat Anwar dan Muhyiddin bersamanya! Dan ini ulasan saya pula mengenai kenyataan Tun Mahathir itu!

Malaysia perlu kepimpinan kukuh, tinggalkan gaya pemerintahan lapuk - Anwar



Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih kukuh dan tidak terikat kepada gaya lama dan idea lapuk pemerintahan.


Visi itu dibawa oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dijemput menghadiri dialog Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC), semalam.


"Untuk berdaya saing, Malaysia memerlukan kepimpinan yang kukuh dan visi untuk melepaskan diri daripada pendekatan lapuk pada masa lalu.


"Inilah mesej yang saya bawa kepada delegasi Majlis Perniagaan EU-ASEAN," katanya


Lawatan deligasi EU-ABC yang mempromosikan kepentingan perniagaan Eropah di rantau ASEAN itu adalah yang pertama sejak 2019 dan menurut Anwar, beliau berpeluang mendengar pengalaman mereka berniaga di Malaysia serta seluruh Asia Tenggara.


Delegasi EU-ABC yang melawat Malaysia pada minggu ini mengadakan pertemuan dengan beberapa kementerian dan agensi agensi kerajaan.


Pandangan ekonomi - politik Anwar begitu dihargai delegasi perdagangan Eropah

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, perwakilan yang beliau temui mewakili syarikat Eropah yang menyokong lebih 10,000 pekerjaan di Malaysia.


"Sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia mesti bekerja keras untuk membangkitkan keyakinan terhadap ekonomi dan dasar ekonomi kita untuk menarik pelaburan asing.


"Ini termasuk mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan percanggahan pendapat mengenai dasar perdagangan.


"Ini juga memerlukan kita mendengar pemimpin perniagaan, memahami masalah mereka dan melakukan apa yang mungkin untuk menangani keperluan mereka dengan cepat sambil memastikan kita melindungi kepentingan pekerja kita," katanya lagi.


Tegas Anwar, sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1990-an pendekatan seumpama itulah yang beliau ambil sehingga ekonomi negara berkembang menjadi Harimau Asia.

Sindiket scam hilangkan simpanan pendeposit: Bank Negara perlu beri penjelasan segera

 




Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya memberi penjelasan serta sokongan kepada mangsa-mangsa yang simpanan bank mereka “dihilangkan” oleh sindiket pemancing scam.


Bagi Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, tindakan BNM yang kurang responsif ketika ini amat tidak membantu kerana kes-kes wang simpanan bank “dihilangkan” telah naik mendadak.


Juga, katanya, terdapat kes deposit simpanan tetap bank juga dilesapkan.


"Tindakan berleluasa kelompok sindiket ini seolah-olah sedang mencabar keupayaan institusi penguatkuasaan dan perundangan negara kita.


"Namun, apa yang dialami oleh mangsa-mangsa bank-bank komersil sering kali mengalihkan tanggungjawab kepada pihak polis dan mahkamah.


"Pembisuan BNM waktu ini hanya akan mewujudkan persepsi bahawa badan pengawal-selia lebih memihak kepada bank dan bukan rakyat," katanya.


Sehubungan itu, ADUN Semambu itu tidak menyembunyikan kebimbangannya pada masa hadapan sindiket terbabit akan lebih berleluasa sekiranya tiada tindakan serius diambil oleh BNM.


"Saya bimbang sekiranya BNM masih tidak tampil memberikan penjelasan sindiket akan menjadi lebih berani dan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan makin terhakis.


"Turut diperingatkan perniagaan bank-bank komersil ini bergantung kepada para penyimpan, maka tidak boleh dilepaskan kesemua tanggungjawab apabila wang simpanan pencarum “dihilangkan”.


"BNM sebagai badan tertinggi yang mengawal-selia sektor bank juga tidak boleh mendiamkan diri. Jangan sesekali menghantar isyarat bahawa mangsa-mangsa tersebut, dan bukan si penipu yang harus dipersalahkan," katanya.


Oleh itu, Chean Chung menggesa BNM, polis dan bank-bank komersil supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bersama untuk mempercepatkan dan mengumumkan perkembangan proses siasatan.


"Dalam pada itu, satu talian panas harus diwujudkan untuk memberi panduan dan bimbingan kepada rakyat dalam menangani kes-kes tersebut.


"Pada jangka masa panjang pula, BNM wajar menerajui penambahbaikan keselamatan maya (cyber security), umpamanya mengemaskini kerangka pengurusan risiko teknologi (Risk Management in Technology).


"Dengan ini, barulah kes-kes penipuan atas talian dapat dikawal dan keyakinan rakyat dapat dipulihkan," katanya lagi.