KISAH AIR KELANTAN

 


Asraf Jefry


Isu air Kelantan,rasanya kalau anda selalu ikuti FB saya,anda sudah tahu teknologi 'Boring Air'. Senang cerita macam buat air telaga tapi lubangnya lebih kecil.

.


Boring air boleh dikatakan penyelesaian untuk isu air di Kelantan tetapi kosnya agak tinggi untuk sesetengah orang. Kedalaman 100 kaki lebih kurang RM1.5k. Untuk orang yang berduit macam saya,Insya Allah boleh bayar lagi tapi bayangkan kalau pendapatan keluarga hanya RM2.5k sebulan?

.


Baiklah,katakan keluarga itu mampu. Masalah belum selesai lagi sebab tidak semua air boring bersih. Macam di rumah saya,tidaklah sekotor air di dalam gambar tetapi boleh bela ikan keli di dalamnya. Bahagian bawah berlumpur. 

.


Jadi,apa yang perlu saya buat?

.


Guna dua filter,dua tangki air dan tiga enjin. Enjin pertama dari tanah ke tangki yang pertama. Dari tangki pertama,guna enjin,tolak ke filter pertama dan masuk ke dalam tangki kedua. Dari tangki kedua pula,guna enjin,tolak ke filter kedua dan air bersih masuk.ke rumah. Total saya habis sekitar RM8k dan sepanjang saya duduk di rumah ini, 4 kali saya sudah tukar enjin baru.

.


Bayangkan kalau orang yang tidak berkemampuan?

.


Bagaimana nak mandi,bagaimana nak kencing,bagaimana nak berak?

Kerajaan Islam,laung terpekik Allahuakbar tetapi rakyat nak berwudhuk pun bermasalah.

Pemimpin pakai Vellfire plate P45,ikut sunnah Nabi berkuda mahal untuk keselamatan. Tetapi dalam bab hal ehwal rakyat? Tolak tepi. Tin Milo infaq harta untuk perjuangan jangan dilupakan.

.


Sampai sekarang kedai saya di Berek 12 tiada air dan pihak AKSB tidak dapat selesaikan. 

Masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab juga tidak selesai. 

 Benar,UMNO yang buat masalah pada satu ketika dahulu tetapi tiada orang paksa anda untuk jadi pemimpin sekarang. Kalau anda tidak mampu selesaikan,bagi kepada yang mampu.

.


Nak jadi pemimpin,satu kaki di Syurga dan satu kaki di Neraka.

Ianya satu tugas yang besar. Muhasabah diri sendiri.



BAIK DUDUK DIAM DIAM SEBELUM ORANG BENCI BERTAMBAH LAGI



 

Banyak sangat pulak berita pasal dia ni. Tadi aku dah tulis ni aku nak tambah sikit.

Pejuang takkan sertai Khemah Besar jika diketuai oleh DS Anwar. Bagus! Memang kami penyokong PH pun tak mahu tengok ada Pejuang.

Cuma nak tambah, Pejuang ni macam kucing yang tengok cermin tapi nampak diri macam singa. Tak sedar parti dia cinonet tapi nak kawal semua.

Awak tu bertanding di PRN Johor hilang deposit di semua kerusi. Tiba-tiba pandai nak letak syarat macam-macam ek?

Kalau PH kerjasama dengan Pejuang pun tak ada untungnya. Parti yang lemah, carca marba. Tiada akar umbi, tiada jentera, tiada penyokong. Ada pun tak menambah, tiada pula tak mengurang. Jadi untuk apa PH nak cemarkan nama dengan jalinkan kerjasama dengan Pejuang?

Bodohlah kalau ada pemimpin PH yang termakan cakap orang tua ni. Orang yang bodoh sebegitu, tak layak kekal sebagai pemimpin PH.

Mahathir cuma dalam usaha nak pecahkan PH. Dan satu lagi, dia nak buat kononnya Khemah Besar gagal sebab DS Anwar tak mahu mengalah.

Supaya kononnya nanti, kalau BN menang, rakyat akan salahkan DS Anwar. Itu trick lapuk. Tahun 80an dulu bolehlah main trick macam tu.

Memang tak nafikan ada lagi orang bodoh yang terpedaya dengan helah Mahathir. Ahli Pejuang sebagai contohnya. Tapi ramai dah cerdik.

Ungkapan begini dah tak laku. Orang cuma nampak kebodohan Pejuang je. Macamana tikus berangan nak masuk perang gantikan gajah?

Inilah tandanya Mahathir sudah tidak relevan lagi. Mahathir sama macam Najib. Kehadirannya dalam politik Malaysia hanya mencemarkan.

Rehatlah. Lupakanlah politik. Zamanmu telah pun berakhir. Usah fikirkan kuasa lagi. Cukuplah dengan kerosakan yang telah kau buat dulu... Guane boh?

Raja Gelap

 

“JANJI PH KEPADA MAHATHIR IALAH SEBAGAI PM7, BUKAN PM7 DAN PM8”


Dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kejatuhannya, bukan saja tidak tepat, malah jauh tersasar daripada fakta yang sebenar.

Itu adalah kesimpulan yang mudah boleh difahami daripada jawapan balas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail terhadap rengekan terbaru bekas Perdana Menteri itu.

Dalam interbiu dengan sebuah akhbar, Tun Mahathir berkata, kalau bukan kerana Anwar, beliau masih lagi Perdana Menteri sekarang ini.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini masih Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih.

“Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62,” katanya dalam interbiu tersebut.

Di sebalik Tun Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan tanpa berunding dengan PH, tetapi kemudian menyalahkan Anwar, Saifuddin berkata, tidak benar sama sekali bahawa PKR dan PH tidak berpegang kepada janji.

Katanya, janji untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai PM7 sudah pun dipenuhi, tetapi PKR dan PH tidak pernah berjanji menjadikannya PM8 selepas meletak jawatan sebagai PM7.

Sebaliknya, tegas Saifuddin lagi, Tun Mahathirlah yang mungkir janji kepada Anwar, PKR dan PH.

Berikut ialah jawapan Saifuddin itu sebagaimana diberikannya kepada Malaysiakini:-

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, tidak timbul isu Presiden PKR, Anwar tidak cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Dr Mahathir Mohamad berpegang kepada janjinya.

Beliau juga menafikan kenyataan Mahathir yang mendakwa bahawa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Anwar.

“Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum PRU14 ialah Dr Mahathir jadi perdana menteri ketujuh.

“Anwar, PKR dan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji. PH menang PRU14 dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh negara.

“Saya sendiri yang mewakili PKR di samping pimpinan DAP dan Amanah yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai interim PM.

“Dia tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai ‘lame duck’ atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji,” katanya lagi.

Saifuddin mengulas dakwaan Mahathir semasa wawancara bersama Utusan Malaysia bahawa dia masih lagi perdana menteri dan bahawa Anwar sebagai ‘tidak lurus’.

Untuk rekod, sebelum PRU14, pimpinan PH bersetuju meletakkan Mahathir sebagai calon PM berikutan Anwar ketika itu masih berada di penjara.

Namun, susulan ‘Langkah Sheraton’ yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali kerajaan PH tumbang dan Mahathir meletak jawatan pada Feb 2020.

Seterusnya, Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan selepas mendapat sokongan daripada ahli parlimen BN, PAS dan GPS sementara Anwar gagal mendapat sokongan ahli parlimen di kalangan bekas sekutu PH.

Menjelaskan krisis politik negara pada 2020, Saifuddin yang juga ahli parliman Kulim Bandar-Baharu berkata Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa membuat perbincangan dengan pimpinan PH.

“Dia hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika dia mengakui kesilapannya dia akan lebih dihormati.

“Janji PKR dan PH untuk menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh telah ditunaikan.

“Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar.

“PKR tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.

“Jika Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti,” katanya. – ShahbudinHusin 03/06/2022.



Kebetulan Kontraktor Balak Daulah Ada Kaitan Keluarga Dengan YB Hanifa?

 









Husam Musa 

57 m  · 

Kebetulan Kontraktor Balak Daulah Ada Kaitan Keluarga

Dengan YB Hanifa?

Kontraktor balak Daulah Najah adalah Al Dar Resourcess Sdn Bhd. Luas kawasan - 700 ekar.

Hasilnya mungkin mencecah lebih RM 10 juta.

Pemilik tunggal Al Dar Resourcess Sdn Bhd adalah Encik Hafiz dari Salor.

Secara kebetulan, beliau bersepupu dengan isteri anak saudara kandung YB Hanifa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan yg amat rapat.

Anak YB Hanifa yg umurnya lebih muda dari Encik Hafiz dilihat selalu berfoto bersama.

Secara kebetulan pula, Encik Hafiz adalah anak saudara YB Adun Salor.

Secara kebetulan pula, kompartmen 25 HSK Nenggiri yg disyaki berlaku kecurian balak berharga mahal, berada bersebelahan konsensi balak yg diusahakan oleh Al Dar Resourcess.

Secara kebetulan juga, kompartmen 26 HSK Nenggiri sebagai hutan perlindungan yg dipanggil Hutan Dara Perlindungan termasuk dalam kawasan yg diluluskan untuk diusahakan oleh Al Dar Resourcess.

Tak pasti Daulah Najah memberikan konsensinya utk dibalak oleh Al Dar Resourcess secara tender terbuka, tender runding atau apa.

Kalau tak ada bunyi tender dibuka, mungkin boleh kita fahami ia diberikan secara rundingan senyap.

Bila badan sudah bertuah, akan banyak berlaku kebetulan-kebetulan.

Amalan demokratik lazimnya memerlukan ketelusan, penjelasan dan tanggung jawab awam.

Pihak pemegang amanah awam wajib memberikan penjelasan.

Antara penjelasan itu ialah, berapakah hasil balak dari konsensi ini diperolehi oleh Daulah Najah?

Namun, saya dok agak akan ada kambing hitam dipaksa mengaku perbuatan curang ini.

Bunyi khabar, sedang diatur.

Husam Musa

3 June 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

BIAR BETUL WAK ZAHID




PH MALAYSIA

Awang Henry  · topnodsrSe913288gh93f951u1085626i2cia19544  · 

Nama:

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi

ID Baru:

530104-08-6055

Alamat:

389, Jalan Bayu Nyaman, Country Heights 43000 Kajang, Selangor

No Syarikat Nama Syarikat

098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd

352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd

358454 Innovation Wood Sdn Bhd

284688 Eksekutif Kualiti Sdn Bhd

153388 YGP Holdings Sdn Bhd

118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan

017892 Federal Power Sdn Bhd

272712 Kelana Impian Sdn Bhd

235313 Excellent Sempuria (M) Sdn Bhd

413100 Rainbow Bay Sdn Bhd

064775 Measurement (Malaysia) Sdn Bhd

377274 Dutaace Industries Sdn Bhd

283239 Poliperkasa Sdn Bhd

128885 Airod Sdn Bhd

395240 Esprimax Sdn Bhd

273972 BCM Electronics Corporation Sdn Bhd

159826 Page Development Sdn Bhd

159407 Sabahmas Plantations Sdn Bhd

159414 Red Logging Sdn Bhd

159408 Gepa Lumber Sdn Bhd

159413 Logmerc Sdn Bhd

319744 Permodalan BSN Berhad

312664 Yadim Equities Sdn Bhd

312661 Yadim Holdings Sdn Bhd

133400 Kod Harta Sdn Bhd

317861 KHB-Jeffa Project Management Sdn Bhd

325617 Halmont Consultancy Sdn Bhd

003707 Seng Hup Corporation Berhad

450719 Comlenia Sdn Bhd

447252 Bank Simpanan Nasional Berhad

048937 Syarikat Kretam Ladang Sdn Bhd

372672 Ramatex Berhad

357125 Tekala Corporation Berhad

377435 Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd

168285 Kretam Holdings Berhad

155095 Kretam Management Sdn Bhd

048881 Syarikat Kretam Mill Sdn Bhd

278196 Nilai Tamaddun Sdn Bhd

352042 Poliperkasa Corporation Sdn Bhd

281627 KHB Nanyang (Malaysia) Sdn Bhd

286028 Red Palm Oil Industries Sdn Bhd

261397 KHB Project Management Sdn Bhd

114724 Translab (M)Sdn Bhd

281431 Pantai Dalam Development Sdn Bhd

119031 N.H. Holdings Sdn Bhd

285544 Rising Resources Sdn Bhd

111606 E-Channel Sdn Bhd

282224 KHB Power Sdn Bhd

118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan Sdn Bhd

258033 KHB Telecommunications Sdn Bhd

065099 Newcon Machinery Sdn Bhd

297195 KHB Nusantara Sdn Bhd

260309 KHB Construction Sdn Bhd

162659 YGPH Property Development Sdn Bhd

111795 Amaz Bina Sdn Bhd

265365 Luminous Square Sdn Bhd

122073 Jeffa Construction Sdn Bhd

323717 Wilahriang Sdn Bhd

316255 Tri-Man Corporation Sdn Bhd

304767 Yadim Development (Selangor) Sdn Bhd

315977 KHB Foodlinks Sdn Bhd

322827 Alglobe Progress Sdn Bhd

316256 DST Citra (M) Sdn Bhd

268052 KHB Foodchain Sdn Bhd

167994 KM Plantations Sdn Bhd

317863 KHB Project Management Holdings Sdn Bhd

271736 Top-Mech Cranes & Hoists (M)Sdn Bhd

261396 KHB Development Sdn Bhd

264151 KHB Realty Sdn Bhd

310479 KHB Management Sdn Bhd

343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd

216824 White Horse Ceramic Industries Sdn Bhd


Biar rakyat buka mata

C&P

Credit to Tie Arif

 

ATOK BOLEH JA AJAK WARISAN,UMNO BN DANMUDA...AJAK SEKALI KHALID SAMAD...KAH...

 



Tiada ruang kerjasama PH-Pejuang jika Mahathir tolak Anwar, tegas DAP





Lim Guan Eng berkata, PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang PRU15 namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang sekiranya Dr Mahathir Mohamad berkeras enggan menerima “bos” mereka, Anwar Ibrahim dalam kerangka kerjasama “khemah besar”.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU1%) namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Mahathir itu.

“Pimpinan PH sekarang ialah Anwar, kami bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir, tapi dia tolak kerjasama dengan PH disebabkan Anwar pengerusi (PH), jadi tak perlu kerjasama lagi. Begitu…mudah sahaja,” katanya kepada FMT.

Mengenai dakwaan Mahathir bahawa kejatuhan PH pada 2020 adalah susulan kesilapan Anwar, Guan Eng berkata, dakwaan sedemikian adalah salah dan tidak adil.

“Punca utama kejatuhan PH disebabkan Langkah Sheraton dengan dalang utamanya adalah (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

“Dia sepatutnya salahkan pengkhianat tersebut, bukan salahkan orang yang berpegang teguh pada jawatan partinya,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menegaskan partinya enggan bekerjasama dengan Anwar dan Muhyiddin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep “khemah besar”.

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan PH pada 2020 yang didakwanya adalah susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.


"TUN M BUNUH KARIER POLITIKNYA SENDIRI", MENGAPA SALAHKAN ANWAR?




Merujuk kepada kenyataan Mahathir di dalam Malaysiakini hari ini, saya memikirkan sesuatu perlu dilakukan terhadap pemikiran beliau.  Saya khuatir sesuatu penyakit yang serius telah melanda pemikiran beliau sehinggakan beliau lupa dan mengeluarkan kenyataan bodoh yang menjadi bahan ketawa orang ramai.



Satu dunia tahu, kerajaan PH mula tumbang sebaik sahaja Tun M meletakkan jawatannya sebagai PM.  Meskipun beliau telah dinasihati oleh Agong, beliau tetap berkeras dan mahu meletak jawatan.  Sebelum itu, di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pun, Anwar Ibrahim telah bertolak ansur dan memberikan peluang kepadanya untuk terus menjadi PM sehingga beliau rasa perlu berundur.


Malangnya, Mahathir memang mahu menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan salah satu caranya adalah dengan menghancurkan PH.  Memberi ruang kepada pengkhianat adalah satu cara terbaik untuk musnahkan PH, sekaligus memusnahkan harapan rakyat untuk melihat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.


Mahathir mahu kembali menjadi PM tetapi bukan di bawah kerajaan PH.  Beliau mahu menjadi PM di bawah kerajaan perpaduan, dan tidak timbul lagi isu janji melepaskan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim.  Mahathir merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Mahathir kini meroyan umpama hantu tidak bertuan.


Rakyat harus sedar, tipu muslihat Mahathir yang menjadi punca negara ini hancur dan rakyat menderita.  Mahathir adalah pembuka pintu untuk para pengkhianat masuk sekaligus merampas mandat rakyat.


Mahathir "membunuh karier politik"nya sendiri dan kini menyalahkan Anwar Ibrahim.  


NORAZIAH BINTI MOHD RAZIT

Calon MPWP



ADAKAH PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN KELANTAN PATUH SYARIAH?




Beliau berkongsi maklumat daripada seorang yang memakai nama Ana Gomo, yang menunjukkan foto papan tanda di Matau yang dirakam sekitar jam 5 petang ini - 1 Jun 2022 - yang menunjukkan dengan jelas nama Daulah Najah. “Kalau dah maklumat kerja tak baik Kerajaan Negeri lebih besar dari saiz balak biasa, susah juga untuk ditutup,” tegas Husam.

GST BUKAN HASIL TAMBAHAN NEGARA, TETAPI HASIL DERITA RAKYAT



Cadangan memperkenalkan semula GST sebagai kaedah menambah pendapatan negara adalah cerminan kegagalan Kerajaan untuk menjana tambahan pendapatan menerusi input baharu sama ada daripada industri tempatan mahupun antarabangsa melalui pelaburan luar asing (FDI). Malah GST merupakan cukai yang akan mengurangkan daya beli pengguna, kerana harga barang dijangka akan meningkat.

Raja Kamarul Bahrin! RAFIZI RAMLI BAWA HARAPAN BARU!



Kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mampu memberi harapan baharu kepada parti itu dan komponen Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, perkembangan itu juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap PKR dan PH menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

ISLAM SEMAKIN TERANCAM DI ZAMAN PN-BN MEMERINTAH



Sebagai negara berpegang kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan, yang menerapkan nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama, maka, LGBT adalah bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen PAS kemaman, Che Alias Hamid pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada 10 Mac lalu. Beliau juga mengaku bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019-2025, bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat, terutama permasalahan sosial dihadapi masyarakat Islam yang semakin meruncing.

HUSAM MUSA : Liputan Berita :

 Liputan Berita :

KUALA KRAI - Seminggu sudah berlalu namun tidur malam kira-kira 147 keluarga dari dua kampung di Tok Uban dan Kubang Kerian, Lata Rek, di sini, masih dibelenggu kerisauan dan ketakutan kerana beberapa ekor gajah liar masih menceroboh kampung mereka.
Tinjauan Bernama di Kampung Tok Uban yang terkesan akibat serangan gajah liar, mendapati banyak tanaman telah musnah, pagar rosak akibat rempuhan mamalia itu selain terdapat beberapa kesan tapak kaki dan tompokan najis di kebun pisang seorang penduduk di kampung terbabit.
Wakil penduduk Kampung Tok Uban, Mohd Ridzuman Hanapi, 37, yang juga peniaga kedai runcit berkata gangguan gajah liar itu bukan sahaja menyebabkan penduduk ketakutan tetapi banyak hasil tanaman mereka rosak dan musnah dimakan haiwan tersebut seperti kelapa sawit, pokok kelapa dan pisang.
"Semalam, (1 Jun) kami nampak tiga ekor gajah termasuk anaknya telah ceroboh masuk ke kampung kami sebanyak tiga kali sekitar 7 hingga 11 malam.
"Kami terpaksa halau dengan cara kami supaya gajah tersebut tidak serang orang lain dan tanaman di sekitar," katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

TAHNIAH HARAKAH SIAR BERITA TEPUNG TAK ADA-KERJA KERAJAAN PAS JUGA LA YA


 

MOHD SHAH RIM

Tahniah HARAKAH kerana melaporkan berita

TEPUNG TIADA..
KENAPA BEKALAN BERKURANGAN..??
🙄🙄

Calon MPP Otai Reformis: Bela kebajikan aktivis veteran, pantau pentadbiran Kerajaan Negeri




 Pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN kali ini lebih rencam apabila Otai Reformis 1998, NGO penggerak awal Reformasi menghantar dua calon bagi mewakili kepentingan reformis di seluruh negara.


Salah seorang calon, Abdul Razak Ismail berkata, tujuan Otai Reformis mewakilkan calon adalah bagi memperbaiki pentadbiran parti dan memastikan agar dasar dasar yang dibuat menguntungkan aktivis atau anggota parti.


"Kami memperjuangkan agar parti menubuhkan ‘one stop centre’ bagi menjaga kebajikan aktivis veteran yang telah berjuang sejak era Reformasi 1998.


"Parti wajar mewujudkan satu dana khas untuk membantu mereka ini yang miskin, tidak bekerja atau berpendapatan rendah.


"Otai sedih kerana ada dalam kalangan aktivis itu berdaftar sebagai asnaf dan mendapat bantuan Lembaga Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada juga yang mendapat bekalan ‘food bank’ secara bulanan dari NGO Kemanusian INSAF," katanya.


Sebagai parti yang memiliki sejuta keanggotaan, katanya, peranan reformis awal tersebut perlulah dihargai kerana mereka telah berkorban tenaga dan kesihatan melawan kezaliman BN menyebabkan rakyat membuka mata kepada KEADILAN


Di samping itu, Razak yang juga Setiausaha Otai Reformis 1998 turut mencadangkan diwujudkan satu badan pemantau atau Ombudsman terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan supaya semak dan imbang dapat dilaksanakan.


"Ombudsman ini penting untuk ‘check and balance’ terutama perkara-perkara melibatkan alam sekitar, hutan simpan dan isu-isu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


"Apa yang berlaku sekarang, parti seumpama ‘tiada kuasa’ untuk menasihati Kerajaan Negeri dalam isu-isu melibatkan alam sekitar, projek-projek pembangunan yang melibatkan hutan simpan, kegagalan mengatasi isu putus bekalan air yang berpanjangan serta isu-isu PBT yang seolah olah memperlihatkan sikap ‘berlengah-lengah’ memperbaiki kerosakan kemudahan awam.


"Otai berpandangan Ahli-ahli Majlis (AM) lantikan politik haruslah mempunyai satu kaedah penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI) kerana kelihatannya AM sekarang ini ‘bekerja’ untuk PBT ‘bukan bekerja untuk rakyat setempat’," katanya lagi.


Justeru, Razak mahu melihat parti mempunyai kuasa menasihatkan Ahli Majlis agar berkhidmat sebaik baik mungkin kepada rakyat.


Katanya, tidak wajar mereka dibayar elaun tetapi rakyat terpaksa menggunakan jalan raya berlubang-lubang yang merosakkan kenderaan mereka ekoran PBT gagal memperbaiki dalam kadar segera.


Razak bertanding sebagai calon nombor 7.