Kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mampu memberi harapan baharu kepada parti itu dan komponen Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, perkembangan itu juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap PKR dan PH menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.