KISAH JANDA TAK TAHU MALU


 Hm... Betul punya tak malu ni. Orang dah reject tapi dia siap boleh cerita macam tengah couple. Ehhh aku cerita pasal orang lain. Bukan politik ni. Gambar sekadar hiasan je... Guane boh?


UNIVERSITI TEMPAT BERCAMBAH ILMU KENAPA HALANG DEBAT ANWAR – NAJIB?

 Universiti tempat bercambah ilmu kenapa halang debat Anwar - Najib?

Giliran Yi Wei-Zie Liang hadiahkan emas kedua Malaysia

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina. (Gambar Bernama)

HANOI: Seperti dijangka, pasangan negara, Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3m papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.

Pada saingan hari ini, gandingan negara berjaya mengumpul 395.79 mata dalam enam terjunan untuk mengatasi pasangan tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengutip 305.64 mata.

Tiada pemenang pingat gangsa apabila hanya dua negara bertanding dalam acara itu.

Pingat emas dimenangi Yi Wei-Tze Liang adalah emas kedua Malaysia pada temasya sukan dwitahunan itu berikutan kejayaan penerjun Nur Dhabitah Sabri merangkul emas acara 1m papan anjal individu wanita pada satu lagi final hari ini.

Esok, Tze Liang akan meneruskan cabaran kem terjun negara apabila bakal turun beraksi dalam acara 1m papan anjal individu lelaki di venue sama.

Sukan SEA ke-31 dijadual bermula dari 12 hingga 23 Mei ini dengan beberapa jenis sukan antaranya bola sepak dan terjun memulakan saingan lebih awal.


RINGGIT JATUH: RAKYAT SINGAPURA YANG UNTUNG?

\

‘Tsunami’ PKR di Sabah pada PRU16, ramal Rafizi

 



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Lima tahun diperlukan PKR Sabah untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi Ramli. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sabah akan dilanda “tsunami” PKR pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16), kata naib presidennya, Rafizi Ramli, sambil merujuk kepada dirinya sebagai “pemimpin politik terbaik membuat ramalan”.

Beliau yang juga calon timbalan presiden itu, berkata PKR akan menang besar di negeri berkenaan, sekali gus menjadi parti terbesar di Sabah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peluang untuk perkara berkenaan menjadi kenyataan pada PRU15 agak sukar memandangkan “gelombang” yang bakal dijelmakan PKR Sabah memerlukan masa sehingga lima tahun lagi.

“Lima tahun satu masa yang panjang dalam politik tapi percayalah, PKR Sabah akan menang besar dan menjadi parti terbesar pada PRU16.

“Mana-mana kerusi di Sabah yang kita telah menang, kita perlu pertahankan dan dalam masa sama kita perlu bertanding sebanyak mana kerusi yang boleh.

“PRU15 ini kita bertahan dulu, kalau kita menang itu satu bonus tapi kalau tidak menang, percayalah “tsunami” akan berlaku pada PRU16,” katanya dalam program yakini rakyat, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, setakat ini beliau masih pemimpin politik terbaik dalam meramalkan keputusan pilihan raya.

“Saya seorang ‘businessman’, politik ini macam kita melabur dalam saham, masa harganya jatuh, itulah masa terbaik kita membuat pelaburan kerana apabila harganya melambung kita akan mendapat hasilnya, sikit-sikit lama jadi bukit.

“Kalau orang tanya saya macam mana kita boleh menang di Selangor, inilah caranya…kita bermula daripada bawah, sedikit demi sedikit,” katanya.

Pada pemilihan PKR akan datang, Rafizi berdepan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bagi merebut jawatan nombor dua parti itu.

AHLI PKR JANGAN SILAP LANGKAH


 Bila geng Kartel macam Tian Chua pun takut dekat Rafizi, jadi kita tahu Rafizi yang perlu dipilih. Jangan lupa dulu Tian Chua bersama Azmin dan lihat apa Azmin dah buat. Ahli Keadilan jangan silap langkah kali ini. Guane boh?

JANGAN TAKUT DENGAN RAFIZI, BELIAU BUKAN ANCAMAN KEPADA ANWAR

 

Entah dirasuk jembalang apa, ada segelintir pihak yang rapat dengan Anwar Ibrahim dilihat telah terseleweng pemikiran mereka sehingga melihat keputusan Rafizi Ramli bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah dua tahun bercuti sebagai ancaman kepada Presiden PKR itu.

Dengan itu, meskipun Rafizi secara realitinya sedang berlawan dengan Saifuddin Nasution Ismail yang memang adat bertanding cuba mengalahkannya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga sebenarnya turut sama cuba dikalahkan oleh “inner circle” Anwar sendiri.

Melalui pelbagai maklumat yang diterima, mereka dikesan memang tidak selesa jika Rafizi akhirnya berjaya memenangi jawatan nombor dua dalam PKR itu.

Sejak awal lagi, ada kalangan mereka itu mencadangkan agar lebih baik Rafizi bertanding jawatan Naib Presiden saja dan memberi laluan percuma kepada Saifuddin menduduki kerusi Timbalan Presiden, meski hakikatnya beliau telah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Azmin Ali pada pemilihan 2018 yang lalu.

Takkan dah pernah ambil STPM, nak disuruh ambil SPM pula?

Apabila Rafizi kemudiannya mengesahkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden dan mula menggerakkan kempennya, ada kelompok tersebut dengan yakin mengatakan “Rafizi akan kalah” kepada Saifuddin.

Hari ini, melihat bagaimana kempen-kempen dan jamuan hari raya diadakan yang menampakkan ia seperti kebetulan yang disengajakan, kesungguhan untuk memastikan kekalahan Rafizi bukan lagi rahsia yang boleh diteka dalam gelap semata-mata.

Ia tidak saja boleh dilihat dengan nyata dan menjadi perbualan dalam PKR sendiri, malah tidak kurang yang kecewa dengan perkembangan yang berlaku itu.

Soalnya kenapa Rafizi begitu ditakuti dan benarkah beliau merupakan ancaman kepada Anwar?

Pertamanya, haruslah disedari bahawa kembalinya Rafizi dalam dunia politik dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR telah berjaya meniupkan angin segar dalam parti itu yang agak lesu sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bukan saja ramai ahli PKR yang tambah bersemangat, bahkan masyarakat umum yang kebetulan ditemui juga teruja dengan kembalinya beliau itu.

Maka itu, kembalinya Rafizi bukan saja seharusnya diraikan, malah patut disokong kerana ia jelas memberi nilai tambah dan semangat kebangkitan kepada masa depan PKR dan PH, lebih penting turut sama mencerahkan lagi peluang Anwar menuju singsahsana Seri Perdana.

Tepuk dada dan tanya selera, adakah Saifuddin Nasution memiliki ciri-ciri seperti itu?

Sejak Langkah Sheraton atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang mana beliau juga dilihat orang paling kanan kepada Anwar, apakah angin segar dan nilai tambah yang berjaya ditiupnya?

Atau adakah mereka yang rapat dengan Anwar itu lebih selesa beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri asalkan tidak tergugat memegang jawatan Presiden PKR sehingga mati?

Keduanya, tidaklah susah untuk kita memikirkan dari segi rasional bahawa Rafizi sama sekali bukan ancaman kepada Anwar kerana bersamanya ada Nurul Izzah, anak Presiden PKR itu sendiri yang mengelola Ayuh Malaysia bagi memastikan ada sinar lebih cerah untuk memenangi PRU15 akan datang.

Tentulah mustahil Nurul Izzah sanggup memilih untuk bersama Rafizi jika tujuannya untuk mengenepikan bapanya sendiri yang merupakan obor reformasi dan tonggak kebangkitan politik pembangkang yang tiada tandingnya di negara ini.

Lebih daripada itu, Rafizi juga tidak pernah menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi PH untuk PRU15 akan datang ini.

Jadi, melalui lorong mana Rafizi begitu ditakuti dan dianggap mengancam Anwar?

Kesediaannya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR bersama Nurul Izzah melalui Ayuh Malaysianya hanyalah untuk menawarkan pilihan pelapis untuk masa depan buat PKR memandangkan Anwar sendiri sudah berusia 75 tahun ketika ini.

Dalam hal ini, walaupun Anwar masih boleh diletakkan sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15, tetapi tentulah tidak munasabah jika namanya terus dicalonkan lagi untu jawatan tersebut dalam PRU16 nanti.

Anwar hanya boleh dikekalkan lagi sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU16 jika beliau berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri melalui PRU15.

Persoalan yang harus dicari jawapan ialah mampukah Anwar jadi Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang ini jika Saifuddin Nasution dan pasukannya yang akan memenangi pertandingan nanti? – ShahbudinHusin 08/05/2022.




SELAGI NAMA UMNO- KUAT SAJA SAPU SANA SINI.

 

STEVEN SIM

Sudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada Menteri/Timbalan Menteri/wakil rakyat.

Menteri/Timbalan Menteri/wakil rakyat, jauh lagi kaum kerabat mereka, semuanya bukan Raja.
Menteri/Timbalan Menteri dah ada pilot, dah ada polis pengiring, jangan bazir tenaga kerja PDRM buat kerja outrider.
Tak kira siapa kerajaan, mansuhkan khidmat outrider polis kepada wakil rakyat!
You nak kejar masa, you keluar awal, kalo tak, you selesaikan masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa. Tak perlu outrider.
May be an image of 1 person, sky, road and text that says "MALAYSIA Police outriders for son of Baling MP in Penang? Cops to probe into social media recordings showing Mohamed Khairul Anwar with motorcycle escort Updated 6 hours ago Published on 07 May 202210:09PM 0Comments 2.5k Shares f ©PENAD ©PENANGSLAND In one of the videos posted as an Instagram story, an outrider appears to stop an oncoming car, allowing Mohamed Khairul Anwar to run a red light. Instagram pic, May 7, 2022"