Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PKR PERLU PERTAHAN BAWA MESEJ PELBAGAI KAUM
PKR perlu pertahan bawa mesej pelbagai kaum
on:
KEADILAN bergerak sejak dari awal penubuhannya sebagai parti berbilang kaum dan kepelbagaian itu hendaklah dipertahankan.
Perkara itu ditekankan oleh calon naib presiden, Manivanan Gowin dalam pemilihan kali ini.
Kata beliau, sekiranya seseorang pemimpin itu misalnya melakukan yang terbaik untuk masyarakat India maka mereka juga perlu melakukannya kepada kaum Melayu dan Cina.
“Parti KEADILAN ini parti berbilang kaum. Kita perlu membawa satu mesej kepelbagaian. Kalau saya boleh duduk bersama masyarakat India, memberi mereka idea dan sebagainya, saya juga mempunyai kewibawaan untuk melakukan kepada masyarakat Melayu dan Cina. Tidak boleh kita asingkan dari pandangan masyarakat. Kita wakili semua.
“Ramai anggota dari masyarakat India mereka mahu seseorang untuk luah perasaan dan duduk bincang.
“Masyakat India mereka sedang mencari pemimpin untuk bawa suara untuk didengar oleh pimpinan di peringkat pusat,” katanya dalam forum Yakini Rakyat, malam tadi.
Menyenyuh mengenai Pilihan Raya Umum pula, Manivanan berpendapat hala tuju parti perlulah jelas dan mampu mengarap semula keyakinan rakyat.
“Mana mana anggota biasa pun dia telah nampak (ada masalah) kerana beberapa waktu ini kita mengalami kekalahan yang luar biasa.
“Sepatutnya 2018 kita dah menang. Jadi seharusnya mana mana yang telah menang kena kekalkan prestasi, tetapi kita jatuh menjunam. Nak bangkit balik berbeza dengan pemilihan 2018 di mana mereka seronok jadi ketua cabang, pilih geng mereka dan sebagainya. Kali ini kita tahu risiko dalam PRU akan datangm dan anggota mahu memilih pemimpin yang boleh beri kemenangan dalam PRU,” katanya.
Bagaimanapun beliau menyimpan sedikit kecurigaan dengan strategi berunding. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu berkata, parti perlu memndapatkan pandangan ahli akar umbi apabila mahu memilih strategi berunding.
“Sejak Langkah Sheraton ini (pertukaran kerajaan secara rundingan) tak boleh berlaku. Bincang dengan Umno, Pas. Ini macam memperlekeh kebijaksanaan pengundi.
“Mandat itu diberi kepada PH (untuk memerintah). Mana ada rakyat bagi mandat bincang dengan Pas, BN?” tanyanya.
Apa pun bagi mantan Ahli Parlimen Kapar itu, beliau mempunyai visi yang jelas sekiranya diberi mandat sebagai Naib Presiden KEADILAN pada kali ini.
Terdapat tiga perkara yang akan dilakukannya bagi memantapkan parti.
“Jika saya diberi peluang menjawat jawatan, saya anggap ia satu amanah yang besar. Perkara pertama saya dengar khususnya dari akar umbi India ialah bila dah menang lupa, tak ada interaksi. Saya ada pasukan sendiri dan boleh duduk bincang selesai masalah ini.
“Dalam setahun perlu ada perjumpaan 3 – 4 kali dengan pimpinan India. Bila kita dekati mereka, saya boleh bawa idea dan masalah ke peringkat pusat.
“Kedua, saya kena lihat semula beberapa kawasan perlu kerusi parlimen ditandingi masyarakat India di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau jawatan lain yang boleh memartabatkan pemimpin masyarakat India yang lama berjuang.
“Kita juga akan mendemokrasikan pendidikan. Masyarakat India kalau nak maju 90% adalah melalui pendidikan dan perniagaan. Kami akan bawa mereka bincang dan memperolehi input bernas untuk itu. Kalau minat perniagaan kita boleh beri ruang dan peluang,” katanya lagi.
Menuju PRU 15: Kepimpinan Anwar diperlukan melakar kerangka baharu persefahaman politik
Persoalan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kewibawaan
Presiden KEADILAN dalam membawa cabaran Pakatan Harapan (PH) menuju Pilihan
Raya Umum (PRU) ke 15 seharusnya tidak dijadikan bahan perdebatan yang
berlarutan.
Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Mutaffa Kamil Ayub,
kewibawaan Anwar pada peringkat dalaman parti telah pun terbukti apabila tiada
pihak yang mencabar beliau dalam Pemilihan KEADILAN 2022
Katanya, sokongan padu yang ditunjukkan oleh 1.2 juta ahli
KEADILAN itu sudah cukup untuk mengangkat Anwar sebagai tokoh terulung PH,
apatah lagi berbekalkan pengalaman luas dalam gerakan rakyat di Malaysia.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding sebagai
Presiden KEADILAN dalam Pemilihan 2022. Ini membuktikan dukungan 100% anggota
KEADILAN terhadap kepemimpinannya bagi mengemudi parti menuju PRU 15.
"Datuk Seri Anwar punya sentuhan membina gelombang tersendiri
seperti ABIM pada suatu ketika, program-program pembelaan rakyat miskin serta
program-program Islam dalam kerajaan, pernah menyatukan pembangkang bersama
Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH.
"Justeru menjelang PRU 15, sentuhan Datuk Seri Anwar sekali
lagi amat diperlukan. Walaupun ada yang cuba memperkecilnya lewat pengalaman
Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor, namun hakikatnya PRU 15
mempunyai latarbelakang nasional, pendekatan dan isu yang berbeza," kata
Mustaffa.
Bagi mantan Naib Presiden KEADILAN itu sebaik sahaja pemilihan
kali ini selesai, pasukan baharu kepimpinan sewajarnya menyelesaikan segera isu
persefahaman politik sama ada di dalam mahupun di luar PH untuk mengembalikan
gabungan itu ke tahap kekuatannya sebelum PRU 14 lalu.
"PRU 15 hanya beberapa bulan lagi. Pengundi Melayu dan muslim
memerlukan sentuhan yang lebih daripada pasukan Datuk Seri Anwar.
"Kerangka baharu persefahaman politik perlu lebih inklusif
dan menyeluruh dalam proses membentuk Kerajaan yang lebih stabil, berintegriti
dan dinamik dengan Datuk Seri Anwar selaku terajunya.
"Oleh itu, pelan strategik yang menyeluruh Menjana Kemenangan
PRU 15 diperlukan dan dilaksanakan bersungguh-sungguh bagi mencapai
kejayaan," katanya lagi.
Selain itu, tambah mantan Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi,
Anwar adalah satu-satunya tokoh semasa yang mampu merealisasikan Agenda
Reformasi Malaysia dengan semangat Deklarasi Permatang Pauh, serta tunggak
Perlembagaan Negara Raja Berpelembagaan, Islam Agama Persekutuan, Hak Istimewa
Melayu serta pembelaan agenda rakyat disemarakkan.
Katanya, beliau yakin KEADILAN akan melakukan kebangkitan semula
selepas pemilihan ini apabila menemui formula kemenangan yang sesuai.
'Gaji minima tidak bawa erti jika harga barang terus naik' - Anwar
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa
kerajaan BN - PN bersetuju menaikkan had gaji minima pekerja kepada RM1,500
mulai 1 Mei 2022 tidak memberi banyak makna kepada golongan berpendapatan
rendah sekiranya harga barang keperluan terus mencanak naik.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Hari
Pekerjanya menegur kegagalan kerajaan meneruskan kejayaan pentadbiran Pakatan
Harapan selama 22 yang berjaya menstabilkan harga barang.
Katanya, selagi kerajaan mengutamakan kelas elit dalam tantanan
perekonomian Malaysia maka pekerja tidak akan menikmati keadilan.
"Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kelas pekerja di
Malaysia.
"Ingin ditegaskan bahawa pengumuman gaji minima yang diumum
kerajaan tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya kos sara hidup terus
mencanak naik dan tidak ada langkah tuntas dan ampuh bagi menanganinya.
"Selagi sistem sedia ada yang hanya memperkaya elit ketimbang
nasib dan hak pekerja (diteruskan), maka keadilan tidak akan tertegak,"
kata Anwar dalam kenyataan.
Selain itu, beliau juga berharap golongan pekerja akan diberi hak
hak mereka terutama dalam menubuhkan kesatuan sekerja bagi mendapatkan
persekitaran kerja yang lebih baik.
"Kelas pekerja mesti terus mendesak untuk perubahan yang
nyata, serta kesatuan mesti terus diperkuat bagi menjamin hak dan peranan
golongan pekerja," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
BANK DIGITAL: MAHU TOLONG ORANG SUSAH ATAU BERI PINJAMAN KORPORAT?
Bank digital: Mahu tolong orang susah atau beri pinjaman korporat?
Pengumuman kerajaan untuk mewujudkan bank digital mungkin dianggap usaha paling hebat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail sabri Yaakob dalam membantu rakyat marhaen yang tidak dipedulikan oleh bank bank sedia ada.
Namun bagi calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, niat itu seolah olah sukar menjadi kenyataan kerana pemberian lesen kepada pengendali bank itu sendiri telah menimbulkan kontroversi.
“Semalam kerajaan umum 5 syarikat dapat lesen bank digital. Matlamat utama bank digital ialah sediakan servis, membantu, mendidik golongan rakyat yang terpinggir dan tertinggal oleh bank konvensional.
“Bank digital tak ada cawangan. Tak ada ibu pejabat. Ianya adalah suatu teknologi kewangan dengan pelanggannya hanya guna telefon bimbit. Nombor akaun ada di tangan kita. Semua transaksi guna telefon bimbit.
“(Malangnya) dari 5 syarikat yang dapat hanya 1 milik Bumiputra. Saya yakin banyak syarikat fintech bumiputra yang terlebih layak untuk diberi lesen. Ini isu lain kita boleh syarah kemudian,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu lagi, beliau tidak merasakan konsortium yang diberi lesen tersebut akan memberi pinjaman kepada rakyat biasa sebagaimana idea penubuhan bank digital berkenaan.
Katanya, jauh sekali konsortium tersebut akan melaksanakan konsep Amanah Ikhtiar sebagaimana yang digagaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 3 dekad lalu.
“Saya tidak terfikir konsortium besar yang dapat lesen ini akan tolong rakyat biasa berniaga pasar malam, jual gorengan, buka warung tepi jalan di Baling, Padang Terap, Bachok, Hulu Terengganu.
“Apa lagi konsortium ini ada yang ofis di Singapura. Syarikat mereka tersenarai di sana dan di Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia beri mereka lesen bank digital untuk beroperasi di sini.
“Bank digital ini paling kurang (sepatutnya) mesti orientasinya ikut mainkan peranan macam Gramin Bank dan Amanah Ikhtiar. Membela golongan terpinggir dan tertinggal (tidak dapat pinjaman) oleh bank konvensional,” katanya lagi.
Semalam Bank Negara Malaysia berkata, tiga pemohon lesen bank digital dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) iaitu Konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, Konsortium diterajui GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd serta Konsortium diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
Manakala dua pemohon lain dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) iaitu Konsortium AEON Financial Service Co. Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc dan Konsortium diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd.
ISMAIL ULANG KELEMAHAN NAJIB, SAPU MASALAH BAWAH KARPET
Ismail ulang kelemahan Najib, sapu masalah bawah karpet
Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: Share
Pemerintahan BN – PN di bawah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpotensi mengulangi kelemahan era pentadbiran bekas PM Najib Razak
Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, skandal pentadbiran yang berlonggok sewajarnya ditangani segera oleh Ismail, namun beliau seolah olah berdiam diri sejak dilantik sebagai PM pada Ogos tahun lalu.
“Hari demi hari negara dikejutkan dengan pelbagai perkara yang saya kira amat mendukacitakan dan membimbangkan.
“Pertamanya isu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara terkait Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
“Kedua, isu melibatkan Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002. Malaysia mesti mendapatkan keadilan bagi negara ini sekiranya kita benar-benar melawan rasuah dan kebobrokan.
“Ketiga, pendedahan terkini di mahkamah di New York, Amerika Syarikat yang menyentuh isu skandal 1Malaysia Development Berhad (tetapi tidak disusuli tindakan),” katanya.
Anwar juga menyentuh 4 kelemahan lain yang melibatkan jumlah kewangan yang besar dan tidak seharusnya disapu ke bawah karpet sebagaimana era pentadbiran yang lalu.
“Begitu juga kes melibatkan Serba Dinamik serta Suruhanjaya Sekuriti.
“Kelima, projek mega pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dianugerahkan kepada konglomerat Digital Nasional Berhad (DNB) yang berpotensi untuk meledak seperti skandal 1MDB.
“Keenam, kejatuhan parah matawang Ringgit Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan keupayaan kerajaan dalam mengemudi ekonomi.
“Terakhir berkaitan kos sebenar projek MRT yang mencecah RM60 bilion. Hal semasa terkait inflasi dan harga barang juga mesti ditangani dengan baik agar beban kepada rakyat dapat dikurangkan,” katanya.
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, isu isu tersebut memerlukan tindakan dan langkah mahu pun penjelasan segera. Perdana Menteri, katanya tidak seharusnya berdiam diri tatkala hal-hal mendesak itu mencengkam negara dan rakyat, serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.
“Saya fikir sekiranya ia tidak ditangani dan dibetulkan, maka Malaysia akan menemui kepayahan untuk bangkit semula sebagai tatanan yang baik, berintegriti dan bertanggungjawab.
“Kelesuan ekonomi saat ini ketimbang negara jiran Indonesia dari segi pelaburan asing (FDI), serta angka-angka melibatkan KDNK negara, pertumbuhan ekonomi, kadar kemiskinan serta pengangguran mesti dicerakinkan, diperbetul dan diperkukuhkan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar menyeru rakyat supaya sedar dan menolak kebobrokan kerajaan BN – PN serta bangkit menuntut perubahan sebaik baiknya.
HANTAQ DUDUK DALAM DULU ....BAGI DA AKAI SIKIT. BUKAN JALAN BAPAK DIA....ORANG LAIN PUN BAYAR CUKAI DAN TOL....
Pemandu Alphard lagak samseng ada 56 rekod saman lampau
PETALING JAYA: Pemandu Toyota Alphard lagak samseng yang dikesan melakukan buli di jalan raya di Lebuhraya KL-Karak semalam didapati mempunyai 56 rekod saman lampau yang belum dijelaskan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
“Pihak polis meminta pemilik rakaman dashcam tampil ke IPD Gombak untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainal turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Terdahulu tular video berdurasi 2.25 minit memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain dan tular di laman sosial Facebook.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 30 April lalu di Lebuhraya KL-Karak (arah timur) dan semakan pemilik kenderaan ini telah dikenal pasti.
Sementara itu, Zainal mengingatkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan merancang perjalanan agar tidak terjebak dengan kesesakan.
DR KAYU KALAH 3 KALI KES SAMAN
LIYANA MARZUKI
Benda macam ni Harakah Daily takkan siar. Sebab memalukan geng sekolam.
Imbas kembali kes Altantuya: SD dan keterangan mahkamah
PANDUANKINI | Kes pembunuhan wanita
warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu kembali mencuri perhatian.
Ini susulan pendedahan
mengejutkan bekas polis elit Azilah Hadri yang mendakwa pembunuhan itu
diarahkan oleh Najib Abdul Razak.
ADS
Walaupun jenayah itu
berlaku 13 tahun lalu, saman sivil kes itu masih berjalan hingga ke hari ini.
Panduankini kali ini akan
menyorot kembali tiga persoalan utama: Siapa Altantuya, apa yang berlaku ketika
perbicaraan kes bunuh dan bagaimana Najib dikaitkan?
Siapa Altantuya?
Altantuya, 28, ialah
kekasih Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib.
Dalam laporan awal, dia dikatakan
seorang model.
Bagaimanapun, keterangan
dari keluarganya berkata dia bekerja sebagai penterjemah.
Dia mempunyai dua anak,
dengan dua pasangan berbeza dari Mongolia.
Kedua-dua anak Altantuya
dilahirkan sebelum dia bertemu Razak Baginda - bertentangan dengan laporan yang
mengatakan bahawa anak lelaki bongsunya sebagai anak Razak Baginda. Anak lelaki
bongsu Altantuya berumur empat tahun ketika ibunya mati.
Apa terjadi padanya?
Altantuya dilaporkan
hilang oleh sepupunya pada 19 Oktober 2006 ketika melawat Malaysia.
Pada 6 November, muncul
berita melaporkan mayatnya ditemui, selepas diletupkan di kawasan hutan di
Puncak Alam.
Pada hari berikutnya,
pihak polis dilaporkan menangkap tiga pegawainya. Razak Baginda pula dilaporkan
ditangkap pada 8 November tahun itu.
Minggu berikutnya, 15
November, anggota polis elit Azilah dan Sirul Azhar Umar dituduh membunuh
Altantuya.
Pada hari berikutnya,
Razak Baginda dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu.
Apa hubungan Razak Baginda
dengan Altantuya?
Semasa perbicaraan,
didedahkan bahawa hubungan Altantuya dan Razak Baginda bermula pada 2004, dan
berakhir pada tahun berikutnya.
Ketika dia datang ke
Malaysia pada 2006, Altantuya dilaporkan menuntut AS$500,000 daripada Razak
Baginda sebelum menghilang.
Dalam laporan polis yang
dibuatnya beberapa jam sebelum dibunuh, dia memberitahu polis untuk menyemak
dengan Razak Baginda jika sesuatu berlaku padanya.
Razak Baginda bagaimanapun
dibebaskan daripada tuduhan bersubahat, selepas mahkamah memutuskan pihak
pendakwaan gagal membuktikan kes.
Apa Azilah sebut di
mahkamah?
Sementara itu, menurut
keterangan polis, Azilah membawa penyiasat ke tapak pembunuhan dan memperincikan
di mana Altantuya ditembak dan diletupkan.
Azilah berkata dia
dihubungi oleh DSP Musa Safri, aide-de-camp Najib
ketika itu, untuk membantu Razak Baginda menangani Altantuya. Sirul,
menurutnya, dibawa untuk membantu.
Azilah pada 19 Oktober
2006 berkata, Altantuya mencetuskan kekecohan di rumah Razak Baginda. Azilah
berkata dia kemudian mengambilnya untuk dibawa ke Bukit Aman.
Dia berkata tiada niat
untuk membunuh dan hanya mahu menasihati perempuan itu.
Semasa perjalanan ke Bukit
Aman, Azilah mendakwa dia memberitahu Sirul, yang memandu kenderaan, untuk
membawa Altantuya ke Bukit Aman kerana dia mempunyai urusan lain.
Azilah berkata kali
terakhir dia nampak Altantuya ketika wanita itu masuk ke kereta Jeep Sirul.
Azilah menafikan dia
berada bersama Sirul ketika pembunuhan itu berlaku dan berkata dia tiada motif
untuk membunuh Altantuya.
Apa pula Sirul sebut di
mahkamah?
Sirul, bagaimanapun,
berkata ketika diberhentikan di tepi jalan di depan bangunan lama Amanah Raya
Bhd dekat Jalan Duta pada malam 19 November 2006, untuk bertemu Azilah, dia
pulang ke rumah.
Sirul berkata sebelum itu
Azilah memberitahunya bahawa dia berjaya menenangkan Altantuya yang pada malam
sama membuat kecoh di rumah Razak. Menurutnya, itu kali terakhir dia mendengar
tentang Altantuya.
Sirul juga mendakwa dia
diperangkap dalam kes pembunuhan itu dan diperdaya untuk bergambar bersama
bukti kes.
Kedua-dua Azilah dan Sirul
dijatuhi hukuman mati pada 9 April 2009, walaupun motif pembunuhan itu tidak
diputuskan.
Sirul kemudian meninggalkan
negara ini antara 2013 dan 2015 sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan
kesalahan mereka. Dia kini sedang ditahan oleh imigresen Australia.
Bagaimana Najib dilibatkan?
Semasa perbicaraan, sepupu
Altantuya, Burmaa Oyunchimeg berkata dia pernah ditunjukkan gambar Altantuya
bersama Razak Baginda dan Najib.
Najib menafikan pernah
bertemu Altantuya.
Bagaimanapun, semasa
perbicaraan berjalan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam - yang diupah
oleh Razak Baginda - membuat akuan berkanun (SD) mengejutkan dengan mengaitkan
Najib dengan Altantuya.
Walaupun ia tidak
mengaitkan Najib dengan pembunuhan itu, SD itu menyebut Najib - ketika itu
timbalan perdana menteri - memberitahu Razak Baginda bahawa kes itu akan
“selesai” pada hari dia ditangkap.
Sehari kemudian, pada 4
Julai 2008, Balasubramaniam membuat SD kedua yang menarik balik SD pertama
dengan berkata ia dibuat di bawah tekanan.
Balasubramaniam meninggal
dunia pada 2013.
Apa yang Sirul sebut tentang
Najib?
Sirul, dalam video dari
Australia, bersumpah dengan nama tuhan bahawa Najib tidak terlibat dalam kes
itu.
Sumber mendakwa terdapat
terdapat cubaan merasuah Sirul untuk mengaitkan Najib.
Dalam usaha mendapatkan
suaka, Sirul mendakwa dia diarahkan oleh kerajaan untuk membunuh Altantuya
kerana dia seorang perisik Rusia.
Dia juga berikrar untuk
mendedahkan segala-galanya berkaitan kes itu jika diberikan pengampunan.