WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

‘Jangan mimpi PH atau PKR menang mudah di Selangor’, kata Rafizi

 

Nora Mahpar
 -
April 17, 2022 

Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor,
 gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16.

PETALING JAYA: Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli memberi peringatan kepada kepimpinan Pakatan Harapan dan PKR Selangor agar tidak mengambil mudah pilihan raya umum ke-15.

Berucap di hadapan ahli PKR sempena kempen Pemilihan PKR 2022, Rafizi berkata keadaan ketika ini sangat berbeza ketika PH menang mengejut dalam PRU14 pada 2018 lalu.

“Kalah kali pertama tidak mengapa, kali kedua (kita usaha)…ini dah sampai kalah kali keempat apa dia! Kalau kalah pula di Selangor (PRU15) kita bukan saja masuk gua tapi masuk gua tutup gua tak timbul dah.

“Dan kalau adalah pimpinan dalam PH atau PKR, yang masih bermimpi di siang hari yang kita boleh menang mudah di Selangor seperti sebelum ini, saya minta simbah air dekat muka mereka,” katanya sempena Jelajah Yakini Rakyat di sini.

PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala PH berjaya menawan 11 kerusi, PN (tiga) serta PKR dan Muda masing-masing satu kerusi.

“Kalau Johor keputusannya begini, begitulah keputusannya pada PRU15 nanti,” kata Rafizi.

Beliau berkata, sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi PRN – Sabah, Melaka dan Sarawak – kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.

Rafizi turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

“Kalau kita tak lakukan sesuatu setelah apa yang isyarat dari Johor berikan, saudara-saudara di Selangor, ada yang wakil rakyat, ada yang ahli majlis ada yang dapat elaun, saudara semua kena bersedia untuk hilang jawatan dalam tempoh tiga, empat bulan dari sekarang,” katanya sambil menambah PRU15 kemungkinan diadakan pada Ogos.

Katanya, sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor, gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16.

“Kalau kita kalah di Selangor, untuk kembali (tawan) semula ambil masa lama. Kalau kita hilang Selangor, sukar untuk kita sampai ke Putrajaya.

“…. dan untuk kita menang satu kerusi dalam PRU16, ia bukan perkara mudah yang kita fikirkan,” katanya.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

Parti perlu angkat isu pro rakyat - Akmal Nasir















 

Parti perlu angkat isu isu pro rakyat sama ada ketika kempen pemilihan mahu pun pada waktu biasa.



Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Akmal Nasir, hanya dengan mendekati rakyat dengan isu isu sedemikian maka sokongan rakyat boleh diperolehi.



"Saya dan rakan-rakan cabang Johor Bahru hadir ke Batu Pahat bagi mengikuti program Jelajah Rafizi Ramli sempena pemilihan KEADILAN.



"Calon-calon lain yang hadir bersama adalah calon Naib Presiden Chang Lih Kang, Manivannan, Ketua dan Timbalan AMK Fahmi Zainol dan Chua Wei Kiat juga Ketua Wanita Rodziah Ismail.



"Sungguhpun ini proses dalam parti, kupasan dan perbincangan oleh saudara Rafizi banyak berkisar kepada agenda rakyat.

Parti perlu mengangkat isu-isu ekonomi, melawan rasuah dan mengangkat dasar-dasar yang lebih pro-rakyat.



"Bezanya KEADILAN dengan parti-parti lain, setiap anggota satu undi, maka sebaiknya santuni setiap negeri secara bersemuka," katanya.

 

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

Pembangunan Kg Sg Baru: Pampasan sepatutnya lebih tinggi

 





Pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan pengusiran paksa di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur sepatutnya lebih tinggi memandangkan mereka perlu membeli rumah di sekitar tempat berkerja sekarang.



Setiausaha Otai Reformasi 1998, Razak Ismail berkata, dengan pampasan lingkungan RM200,000 - RM300,000 tiada rumah yang boleh dibeli di sekitar Kuala Lumpur, melainkan penduduk terpaksa berpindah ke kampung.



"Kita dimaklumkan pampasan tak standard, ada yang dapat RM198,000 hingga RM300,000. Jadi kita merasakan ada masalah di sini.



"Rumah flat ada dua jenis, satu bilik dan dua bilik. Kita rasakan pemaju atau DBKL tak berlaku adil beri pampasan. Ada yang telah mengosongkan flat, dan mereka pindah rumah transit di Kerinchi, ada pindah keluar (menyewa)," katanya dalam sidang media petang semalam.



Katanya, Otai Reformis akan terus mempertahankan penduduk apabila tarikh berpindah yang ditetapkan kerajaan telah dilepasi pada Julai ini.



"Otai dan kawan kawan akan pastikan kami berada di sini masa habis temoh 42 hari itu, kita nak tengok reaksi kerajaan. Otai akan tetap bersama penduduk Sg Baru mempertahankan hak mereka. Kecuali kerajaan beri pampasan sewajarnya kepada penduduk.



"Bukan mudah nak dapat rumah di tengah bandar," katanya.



Sementara itu, ahli jawatankuasa penduduk Kampung Sg Baru, Anwar Ahmad berkata, beliau telah mendapat cek dan perlu berpindah.



Namun, katanya pemaju tidak menawarkan rumah. Dengan harga rumah di Kuala Lumpur di atas RM500,000 beliau tidak tahu ke mana mahu pergi.



"Saya menetap di sini daripada umur 3 tahun. Sekarang saya dah ada 5 cucu. Saya bahagia di sini tak ada masalah. Kemudahan semua senang, hutang tak ada, tak kan saya kena pindah kemudian nak berhutang lagi.



"Saya dapat cek RM244,000. Bornag K (kosongkan premis) belum lagi. Tetapi tak tahu nak duduk di mana.



"Tak ada dijanji untuk dapat rumah," katanya.



Sehubungan itu, Razak berharap agar kerajaan membela penduduk dan Menteri Wilayah mengadakan sesi rundingan baharu antara penduduk dan pemaju.

 


AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

Hala tuju KEADILAN digagaskan oleh presiden - Saifuddin Nasution

 






Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 rencam dengan pelbagai isu dan gaya berkempen. Terbaharu calon calon yang bertanding ditanya mengenai ke mana hala tuju parti yang akan mereka bawa sekiranya menang.



Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertanyaan sedemikian tidak wajar ditanyakan kerana hala tuju parti biasanya di tetapkan oleh presiden.



"Hala tuju parti dalam sebuah organisasi akan digagaskan oleh presiden. Pimpinan lain, apabila keputusan telah diketahui akan ada tempat masing masing. Ada timbalan, naib, ketua wanita, AMK, MPP



"Sebelum presiden angkat gagasan hala tuju parti, presiden akan berunding dengan semua pimpinan AMK, Wanita, MPP, Biro Politik.



"Presiden kata kongres tahunan tahun ini, saya sebagai presiden akan menggagaskan hala tuju parti tahun ini dan tahun depan, tolong bagi pandangan



"Kita pun buat mesyuarat bagi saranan. Kemudian olah dan bentangkan dalam ucapan dasar presiden semasa kongres. Kemudian wakil negeri akan bahas ucapan dasar presiden. Ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antara parti, isu rakyat. Semua perwakilan negeri akan bercakap dalam kongres," katanya.



Tambah Setiausaha Agung KEADILAN itu, dalam proses mesyuarat maka pengerusi tetap akan memberi kesempatan kepada ahli ahli untuk mengundi usul ucapan dasar presdien



"Bila usul presiden diterima. Presiden kemudian buat penggulungan semua ucapan perwakilan. Presiden beri gagasan hala tuju, dibentang dalam kongres, dibahas oleh perwakilan, digulung oleh presiden. Itu akan menjadi hala tuju KEADILAN dalam setahun, dua tahun, tiga tahun.



"Hala tuju parti digagaskan oleh presiden dengan mengambil kira semua pandangan pemimpin. Ini displin parti.



"Kalau kita jadi calon, ini hala tuju, aku nak bawa parti ke sini. Naib presiden kata ini hala tuju aku. Satu kapal banyak nakhoda. Apa nak jadi KEADILAN ini?" tanyanya.



Bagi Saifuddin, hala tuju parti perlu datang dari presiden dan bukannya ditentukan secara peribadi oleh para pimpinan.



"Saya jelas hala tuju parti akan diletakkan asasnya oleh presiden, pimpinan lain tolong bagi pandangan kamu dalam mesyuarat parti, Biro Politik, AMK dan Wanita. Itu cara bergerak dalam parti yang namanya KEADILAN," katanya lagi.



AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

ADA YANG TAKUT SANGAT KAH ? ATAU TAKUT PAK LONG MAIL MENDAPAT SOKONGAN DARI PH

 

Bubar Parlimen: Umno tak mahu dikekang MoU, kata Isham




FMT Reporters
 -
April 17, 2022 
Isham Jalil berkata Umno tidak terkekang jika mahu menyarankan
 kepada perdana menteri membubarkan Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno tidak mahu perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan menjadi kekangan sekiranya PRU15 perlu disegerakan.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, berkata ia berikutan Umno tidak pernah bersetuju untuk MoU itu ditandatangani sebelum ini dan tidak mahu ia dilanjutkan.

“Jadi itu antara kerajaan dengan PH, bukannya Umno dengan PH. Umno sudah membuat keputusan tidak akan melanjutkan MoU dan tidak menyokong kerajaan jika mahu MoU dilanjutkan.

“Kita juga tidak terkekang apabila mahu menyarankan kepada perdana menteri untuk membubarkan Parlimen,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Isham turut membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang meminta Umno tidak masuk campur dalam MoU berkenaan.

Menurutnya, perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah daripada Umno.

“Beliau adalah ‘parti man’. Saya ingat ‘parti man’ biasanya akan ‘consult’ (berbincang) dengan kami (Umno) dulu.

“Saya percaya beliau akan berbuat begitu sebab dia ‘parti man’. Jadi apa yang dikatakan Loke untuk tidak masuk campur itu, saya rasa dia tidak faham mengenai MoU ini antara kerajaan dengan PH,” katanya.

Pada Sabtu, Loke memaklumkan bahawa MoU itu adalah persefahaman antara PH dengan kerajaan Persekutuan dan bukan dengan pucuk pimpinan Umno.

Katanya, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk tidak meneruskan MoU dengan PH selepas 31 Julai ini adalah urusan Ismail dengan partinya.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

ADA LAGI YANG TAK LOGIK DI SARAWAK

 

Tandas dua pintu plus tandas OKU

RM100,000 ribu..

Sarawak

Logik ke tidak??





 

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

TIGA ISU UTAMA PERDEBATAN


 

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

Netizen dedah Sajat sebenarnya bukan dapat passport tapi hanya pas pelarian di Australia

 Netizen dedah Sajat sebenarnya bukan dapat passport tapi hanya pas pelarian di Australia


April 17, 2022 

Kelmarin, kecoh di laman sosial apabila usahawan kontroversi, Nur Sajat memberitahu yang bapanya kini sedang sakit tenat.

Sungguhpun mengakui yang dia kini sudah menerima ‘pasport’ di Australia, namun Sajat berkata dia tidak boleh kembali ke Malaysia untuk melawat orang tuanya.

Apa yang mampu dilakukan adalah mengirimkan wang dan berhubung serta bertanya khabar menerusi panggilan video.

Selain itu, Sajat juga mengakui tidak sabar untuk kembali terbang bagi menguruskan bisnesnya yang sedang mekar di bumi kangaru itu.

Namun, keterujaan Sajat menarik perhatian netizen apabila ada yang mendakwa, dokumen yang diterima Sajat hanyalah sekadar pas pelarian, bukan pasport.

“Boleh tengok di Google pasport awak tu ada palang-palang di tepi passport, itu hanyalah pas documents perjalanan untuk Status Refugee. Kalau passport citizens lain Jat, jangan lah nak perbodoh kan orang,” tulis seorang netizen.

Begitupun, ada seorang netizen mengesahkan yang Sajat memang seorang pelarian dan sama seperti Malaysia, pelarian di Australia juga dilayan dengan layanan yang sama.

“Memang dia refugee pun. Sama juga macam orang orang luar yang dibantu Malaysia. Siap ada IC merah. Takda isu apa pun pasal kerakyatan ni,” katanya.

Terdahulu, Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

Rafizi akhirnya dedah niat sebenar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR

 Rafizi akhirnya dedah niat sebenar bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR


April 17, 2022 

Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menegaskan kepulangannya ke arena politik adalah untuk membantu parti memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun berdepan pelbagai halangan seperti kesuntukan masa dan membina naratif positif terhadap rakyat.

Dalam ucaptama sempena siri jelajah kempen ‘Yakini Rakyat’ yang diadakan di sebuah hotel di sini, beliau mahu anggota parti terus menumpukan fokus memperolehi sebanyak kerusi parlimen di negeri ini, seperti mana yang dilakukan pada PRU-14 lalu.

“Kemenangan besar di Johor dengan tujuh kerusi parlimen dalam keadaan kerusi-kerusi seperti Sekijang, Segamat dan Ledang amat sukar untuk dimenangi, mampu dilakukan KEADILAN berbanding parti-parti lain menunjukkan KEADILAN mampu bangkit semula selepas pemilihan parti selesai kelak,” ujarnya.

Beliau turut mengimbau kembali pengkhianatan yang dilakukan memberi pengajaran kepada parti agar lebih berhati-hati dalam soal pemilihan calon bagi menghadapi PRU-15 kelak.

Mekanisme sedia ada katanya, sudah cukup untuk parti menang besar di Johor antara tujuh malah 10 kerusi parlimen di negeri ini walaupun hanya menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu.

Ia tidak mustahil dilakukan di seluruh negara dengan meletakkan syarat bahawa calon-calon pilihan raya adalah yang teruji, setia kepada perjuangan parti dan boleh bekerja bersama rakyat sama ada sebagai aktivis parti atau sudah menjadi wakil rakyat.

Hadir pada jelajah kempen berkenaan ialah calon Naib-Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin; calon Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail; calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Zainol dan calon Timbalan Ketua AMK yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat.

Yang turut hadir mewakili pemimpin KEADILAN negeri ialah Ahli Parlimen Ledang yang juga Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Mengulas lanjut, beliau menyeru anggota parti agar segera mendaftar sebagai pengundi atas talian (PAT) bagi membolehkan anggota sendiri memilih pemimpin mereka yang benar-benar bekerja demi parti dan rakyat.

“Saya ulangi gesaan agar calon-calon yang bertanding bagi jawatan utama parti supaya menyatakan dengan jelas hala tuju dan perancangan parti memenangi PRU-15 yang mungkin diadakan dalam tempoh empat bulan dari sekarang,” tambahnya.

Terdahulu, seramai kira-kira 400 anggota parti mewakili 26 cabang keseluruhan di negeri ini hadir menyambut Rafizi dan pasukan kempennya yang tiba kira-kira jam 9.35 pagi walaupun terlewat sedikit kerana berlaku kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pagi tadi.

Bekas Naib Presiden KEADILAN bersama pasukan kempen beliau dijangka akan menyantuni anggota parti bagi Negeri Sembilan dan Melaka di Tampin sebentar pagi.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share

NAJIB JANGAN LARI YA...DAN JANGAN BERPELUH BANYAK SANGAT-Muktamad - Debat Anwar dan Najib 12 Mei ini

 

story image
mk-logo
BERITA
Muktamad - Debat Anwar dan Najib 12 Mei ini
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Apr 17, 2022 

Tarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan, iaitu pada 12 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil dalam sidang media bersama di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut mereka, debat tersebut akan berlangsung pada jam sembilan malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Ia akan merangkumi tiga segmen, iaitu isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab, kata mereka.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 17, 2022 No comments:
Share
‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.