Lebih baik PKR, PH jadi pembangkang bermaruah, daripada yakin menang PRU15, kata Rafizi

 





Rafizi Ramli berkata PH dan PKR perlu membanci semula kekuatan jentera, memperkuat dan memulihkan semangat berbanding bercita-cita tinggi untuk menang PRU15.

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpandangan adalah lebih realistik partinya dan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi untuk menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sambil menyifatkan pandangan itu tidak popular dalam kalangan pemimpin PH, Rafizi bagaimanapun menegaskan koalisi itu tidak boleh bersikap “in denial” pada saat rakyat sendiri tidak meyakini keupayaan mereka memenangi PRU15 yang semakin hampir.

PH kini berada di kedudukan ketiga di belakang Umno-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada tiga pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, satu strategi ampuh bagi menaikkan semula peratusan keluar mengundi serta peratusan sokongan pengundi atas pagar sebanyak tiga atau empat peratus kepada PH dan PKR amat diperlukan, kata Rafizi.

“Hakikatnya, ia bukan soal PH atau PKR menang. Saya sebenarnya agak realistik, kita agak sukar untuk menang PRU15. Tetapi kita kena pastikan supaya imbangan blok-blok politik tidak terlalu berat sebelah.

“Kita kena pastikan kalau Umno-BN mungkin menang PRU15, ada blok pembangkang yang boleh buat kerja dengan baik dan memastikan tidak ada skandal besar bakal diciptakan Umno-BN.

“Saya ingat dua, tiga bulan itu (sebelum PRU15), walaupun masanya pendek, tetapi kalau kita ada strategi betul, mungkin kita boleh capai anjakan tiga hingga empat peratus itu (meraih sokongan pengundi atas pagar),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan menegaskan adalah lebih realistik untuk PH dan PKR membanci semula kekuatan jentera mereka, memperkuat dan memulihkan semangat berbanding bercita-cita tinggi untuk menang PRU15.

Katanya, cara paling baik adalah dengan bersikap realistik untuk PH dan PKR menjadi pembangkang yang baik dan bermaruah.

“Sebenarnya, kalau kita main bola sepak. Kita sedar kita berdepan pasukan yang sudah menang empat perlawanan berturut-turut selain menjaringkan gol banyak dalam setiap perlawanan dimenangi itu.

“Kita pun kena tahu pasukan kita dalam keadaan moral rendah, ada pemain sakit kaki, jadi lebih realistik untuk kita bawa persiapan pasukan ke satu tahap yang tidak terlalu luar biasa.

“Bila sasaran realistik sebegitu dibuat, rakyat pun boleh menerimanya setelah berfikir secara logik. Kalau mereka rasa pembangkang mustahil menang, tetapi kita terlalu yakin boleh menang, kekalahan empat PRN tidak menunjukkan sebarang isyarat yang kita boleh menang, itu mungkin akan menyebabkan orang rasa kita bermimpi di siang hari,” katanya.

Pandangan radikal

Rafizi juga mengakui pandangan radikal beliau pastinya kurang dipersetujui pemimpin PH mahupun PKR dan kalau ada bersetuju pun, mereka mungkin berpandangan sikap berterus-terang seperti itu tidak membantu kempen parti.

Namun, Rafizi mengajak semua pemimpin PH mengimbas semula pengalaman Umno-BN pada 2018 di mana kekalahan teruk mereka pada PRU14 adalah disebabkan bersikap “in denial”.

“Rakyat tidak suka ahli politik berpura-pura dan tidak dapat menerima keadaan semasa. Lebih kita bersikap realistik, berterus-terang akan lebih meyakinkan lebih ramai pengundi bahawa kita bukan semata-mata syok sendiri untuk menang kerajaan.

“Saya faham pandangan saya kemungkinan sangat minoriti dan tidak popular dalam kalangan penyokong parti dan PH. Tetapi bagi saya, gerak kerja politik ke arah PRU15 bukan libat anggota parti semata-mata.

“Yang kita perlu yakinlah adalah pengundi biasa kerana mandat mereka yang kita perlukan. Lebih baik kita jujur dan berterus-terang kepada mereka berbanding menawarkan tawaran yang dianggap tidak masuk akal bagi kelompok itu,” katanya.


LINTAS CURI MINYAK SUBSIDI

 Lagu lama yang didendangkan semula. Yang ikut page aku pasti tahu dah berapa kali aku sentuh isu ini. Petanda yang subsidi RON95 akan dikurangkan.

Bila dah buka sempadan, apa yang nak dihairankan lagi? Benda ini biasa berlaku. Aku tinggal di JB dari lahir sampai beranak pinak. Tak pelik pun.
Bagi aku, kalau Singaporeans isi minyak untuk melancong dalam negara, tak ada hal. Minyak itu masih digunakan dalam negara lagi. Dan ia dapat boost industri pelancongan.
Yang kita tak nak, dia isi minyak lepas tu terus balik ke pulau. Macam tu kita rugi. Jadi kerajaan kenalah buat sesuatu. Buat peraturan kereta Singapura yang nak balik ke Singapura, minyak mesti kurang suku tangki.
Macam Singapura sendiri buat peraturan pada kereta yang nak keluar daripada pulau itu. Tak salah aku tak boleh kurang 75% ataupun setengah dari kapasiti tangki. Kita pun boleh buat peraturan yang sama.
Atau lebih berkesan, kenakan caj kepada setiap kereta Singapura yang nak masuk ke sini. Mungkin RM150 untuk setiap kereta sehari, macam yang dia buat pada kereta Malaysia nak masuk ke sana.
Setidaknya duit itu boleh disalurkan kepada subsidi petrol. Orang Singapura kaya. Setakat RM150 tu celah gigi dorang je. Kerajaan je yang bodoh, takut nak laksanakan.
Singaporeans tetap akan masuk Malaysia. Mereka cari makanan halal, mereka nak cari barangan yang murah. Mereka cari hiburan yang murah di sini.
Kalau caj masuk mahal, mereka boleh sewa kereta. Itu pun dah bagus sebab boleh hidupkan satu lagi industri di Johor. Jadi apa masalahnya?
Ada banyak cara nak selesaikan isu Singaporeans isi minyak di Malaysia. Tapi iyalah. Dah seluruh kabinet bodoh. Macamana nak fikir.
Yang dia tahu nanti, kurangkan subsidi je la. Rakyat susah dia peduli apa. Asalkan gaji dia tak terjejas. Palinh bodoh machai, tetap sokong. Guane boh?
May be an image of 1 person, car and text that says "K! DIGITAL Kosmo Online 5h Patutlah ramai bersesak di Tambak Johor dua hari lepas, ini 'kerja' mereka Lancar Responsif Efisien ht:/oom/2/0/alang -lb Gerakmu i SJT KOSMO.COM.MY Datang 'curi' minyak bersubsidi selepas sempadan dibuka"

π™‚π˜Όπ™‰π™…π˜Ό π™‹π™Šπ™‰π™π™„π˜Όπ™‰ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™π™€π™π˜½π˜Όπ™„π™† π˜Ώπ™„ π˜Ώπ™π™‰π™„π˜Ό.

 π™‚π˜Όπ™‰π™…π˜Ό π™‹π™Šπ™‰π™π™„π˜Όπ™‰ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™π™€π™π˜½π˜Όπ™„π™† π˜Ώπ™„ π˜Ώπ™π™‰π™„π˜Ό.

𝐆𝐀𝐍𝐉𝐀, nama Inggerisnya; Marijuana berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis Sativa.
Perkataan “Ganja” berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut".
Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan.
Jika anda minum di warung area Benut, kalau jumpa pakcik-pakcik di sana boleh la tanya-tanya.
Masa penanaman ganja di Pontian, hasilnya amat lumayan.
Boleh dikatakan dulu ramai orang kaya di Pontian.
Sebahagian bukti dimana proses penanaman Ganja di Pontian, Johor merupakan antara yang terawal di negara kita.
Ketika itu sekitar tahun 1967-1980 terdapat ladang-ladang besar Ganja di sekitar Pontian Besar sampai ke Benut.
Sehingga pada tahun 1973, penanaman ganja ini di bawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan tidak lama kemudian ganja termasuk di dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 iaitu Seksyen 709.
May be an image of 1 person and text that says "Pokok ganja di Pontian yang terbaik di dunia ganja yang poKoKpoKoK dita- nam di Pontian meru- pakan yang terbaik kali di dunia, menye- babkan minat penge- dar-pengedar datang membelinya dan mudian menyeludup- kan ke luarnegeri mela- lui ejen-ejen tertentu. "Bagaimanapun pengedaran ganja itu telah dapat dikawal telah beberapa orang pengedar yang terbesar termasuk dari luar- negeri diberkas," kata Peguam Negara Sri Kadir Yusof, dalam satu sidang akhbar di Pusat Biro Narkotik sini hari ini. Tan Sri Kadir Yusof 5 Sept. 1973"

NAJIB KURANG TELOR


 Rafizi cabar Najib debat. Najib kita tahu mana pernah ada telor, maka dia pun cari alasan untuk elak berdebat. Maka, dia kaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Aku rasa, Rafizi tak perlu layan Najib. Urusan kamu berdua tak perlu babitkan Anwar. Jika betul Najib bertelor besar nak berdebat dengan Anwar, biar dia sendiri 'melamar' Anwar. Rafizi tak pyh lah rendahkan diri jadi posmen kpd Najib. Nak tengok Najib berani tak direct cabar Anwar. Kompom tak berani!!

W.FAUDZIN

May be a Twitter screenshot of text that says "9:34 KAΟ„Δ±ZΔ± kamΔ± @rafiziramli @NajibRazak Razak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sbb dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dgn dia. In Sha Allah saya sampaikan kpd @anwaribrahim & kita sama2 tengok alasan & syarat baru apa pulak Najib nak bg Translate Tweet SinarOnline 3h "Dua lawan satu, tiada masalah" -Najib bit.ly/3NCX9u1 am 03/04/2022 Twitter for iPhone 173 Retweets 21 Quote Tweets 444 Likes Nur Syawana IniNegaraKita 3h Tweet your reply"


TIGA ANAK MELAYU KINI BERJAYA DI UK 'BISNES GANJA'...KALAU KAT MALAYSIA CONFIRM KENA GANTUNG!

 

GANJA atau mat saleh panggil kannabis ni ada banyak spesis, antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Protonlah...ada Wira, ada Perdana, ada Pesona.

Yang Hemp ni satu dunia tengah perkatakan kerana mempunyai kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan.

Hemp ni kau nak hisap sekilo pun tak akan mendatangkan khayal, euphoria, lalok dan sebagainya.

Tak seperti marijuana yang ada bahan kimia THC (Tretrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang pengamalnya ngalahkan Bob Marley bila menghisapnya.

Sayangnya di Malaysia ia masih dikategorikan sebagai dadah berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja.

Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri. Hemp mengambil masa 3bulan untuk 'harvest' dan marijuana pula mengambil masa 7-8bulan untuk bunganya matang.

Ketinggi Hemp boleh mencecah sehingga 15kaki tinggi manakala marijuana amat jarang yang boleh sampai 5kaki tinggi, kedua2 tidak boleh coexits.

Alhamdulillah, salah seorang dalam grup friendlist abam, saudara Maszeli Mohammad Wee adalah seorang sarjana dari Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam tesisnya. Beliau sendiri sering ulang-alik ke Bukit Aman mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah 'sekelumit' ilmu mengenai Hemp yang abam 'korek' dari tulisannya.

Baik tu satu hal.

Yang ni lagi rare. Tahukah anda, di UK sekarang ada tiga orang anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam 'bisnes ganja' ini?

Tetapi macam abam tulis awal-awal tadilah, depa bukan jual marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu.

Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK).

Menurut beberapa portal yang abam baca, syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia ini iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, kini antara 300 buah syarikat besar di Eropah yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.

Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa.

Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.

Abam taknak cerita lebih-lebih pasal perniagaan diaorang tu kang tak pasal-pasal kena tuduh dibayar taukeh ganja nak promote barang depa kat FB abam.

Kesimpulannya, dah tiba masanya semua pihak, daripada yang membuat dan menggubal undang-undang, Kementerian Kesihatan, pihak enforcement, saintis-saintis dan semua yang berkenaan SEGERA DUDUK dan buat satu ketetapan dengan segera berhubung status Hemp ini agar dipenghujungnya kita dapat membuat rumusan mengenai hal ini.

Ingat, hukuman mengenai dadah di negara kita sangat ketat hingga boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Jangan sampai ada nyawa yang tak berdosa melayang hanya disebabkan kegagalan kita membezakan mana intan mana permata, mana ganja yang lalok dan mana ganja yang berguna!

Wallahualam.

 

TURUNKAN HARGA IKAN KEMBUNG

 

MAN TOBA


Aku ingat lagi masa himpunan bersih pada 2011 HKL aku bawak banner gambar ikan kembung dengan tulisan bertajuk " TURUNKAN HARGA IKAN KEMBUNG" Masa tu harga krmbung dari RM2.30 naik jadi RM4.80 tak silap aku.

Sebab cadangan aku takde sapa peduli. Hari ini, ikan yg bukan diberi dedak pun. Takde sapa bela, tinggal g jaring cuma bermodal minyak dan gaji kru awak awak je.. siapa sangka harga kembung pada 2022 dah naik sampai RM20. Lagi 5 tahun kalau BN masih memerintah, tak mustahil harga naik jadi RM28 ke 30 sekilo..
Inilah Malaysia yg kita wariskan pada anak cucu kita esok. Disebabkan kealpaan, sanggup terima duit rasuah untuk undi BN. Kita nak hadap kos sara idop masa sekarang pon sukar, apalagi esok anak cucu kita nak idop bila kita dah tak ada nanti.
Masa depan negara kita, ditentukan kita hari ini. AYUH MALAYSIA. Kita ubah.
May be an image of food

Tokan dadah kena tangkap bawak masuk ganja berkilo-kilo nilai RM3.3 juta tak ulak tunjuk muka – Fadzil

 


Tokan dadah kena tangkap bawak masuk ganja berkilo-kilo nilai RM3.3 juta tak pulak tunjuk muka – Fadzil


Isu penahanan bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara masih menjadi bualan serta perdebatan panas dikalangan orang ramai.

Pertikai Wajah Artis Terpampang Di Media

Hal ini juga mendapat perhatian pelakon Fadzil Zahari, di mana suami kepada Yana Samsudin ini berkongsi pandangannya dengan memberi komen berkaitan kes Yasin diruangan komen posting milik portal media hiburan tempatan.

“Malaysia ku.. Tokan dadah kena tangkap bawa masuk ganja berkilo-kilo nilai RM3.3 Juta tak pula tunjuk muka, depa ni hat sehelai dua daun ganja muka terpampang merata-rata..” komen Fadzil

via Instagram @rotikaya

Netizen Setuju Dengan Komen Fadzil

Membaca komen Fadzil diruangan komen posting di Instagram portal media hiburan tempatan itu, menarik perhatian orang ramai dan rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.

“@fadzilzahari Bila kau bukan siapa-siapa bang”

“@fadzilzahari Biasa lah bang tokan ada bos besar kat belakang dok salut dana kena tahan hari ni, esok lusa lepas lah”

 “@fadzilzahari Tu beza nya orang kaya dan B40”

“@fadzilzahari Duit adalah raja.. Faham-faham je lah.. Ini lah Malaysia” komen mereka

via Instagram @rotikaya

Untuk rekod, Mahkamah Seksyen dan Majistret menetapkan kes Yasin akan disebut semula pada 18 Mei ini nanti. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

Najib tempelak Asmuni isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar

 


Najib tempelak Asmuni isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar


Najib Razak mempertahankan kenyataan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad yang mendedahkan bahawa tanah tapak lapangan terbang baharu Ipoh di Seri Iskandar telah dijual ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga 2019.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengumuman pembinaan lapangan terbang baharu itu diumumkan sendiri olehnya sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan Seri Iskandar dikenal pasti sebagai lokasi baharu pembinaan lapangan terbang berkenaan.

“Tapak tanah bagi pembinaan lapangan terbang baharu Ipoh pun dirizabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak oleh kerajaan negeri BN dahulu.

“Namun MB Perak ketika ini dedahkan bahawa tapak tanah tersebut telah dijual ketika pemerintahan kerajaan PH antara tahun 2018 hingga 2019,” katanya di Facebook.

Ia susulan kenyataan dibuat Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi bahawa isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar, Ipoh, Perak, adalah di luar pengetahuan mereka ketika bawah pentadbiran gabungan itu.

Asmuni berkata, ketika menjadi Exco kerajaan PH ketika itu, penjualan tanah tersebut tidak pernah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk diluluskan.

Bagaimanapun, Najib berkata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming juga mendakwa tidak tahu tanah itu telah dijual masa mereka memerintah.

“…dan dakwa ianya “tindakan tidak bertanggungjawab individu-individu tertentu”.

“Lawak. Warga Perak bukan sahaja tak dapat lapangan terbang baharu yang dinanti-nantikan seperti diumum dan dijanji kerajaan BN dahulu jika menang PRU14 malah tapaknya turut dijual masa PH,” katanya.