SIRI 1 BOHONG DALAM BENAR (II

 


SEMUA GAMBAR GAMBAR DAN VIDEO ADA FI FB  HUSAM MUSA.



Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih

 

 

SIRI 1

 

BOHONG DALAM BENAR (II)

 

 

Kertas Putih Skandal Pembalakan Hutan Simpan Terbesar

InsyaAllah kita sambung diskusi kita.

Tuan Setiausaha Politik Dato' Ahmad Yakob MB Kelantan menulis :

3. Pada 21 Mei 2020, Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan permohonan Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis kepada Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis dan Spesis Durian. Kelulusan tersebut adalah dengan menetapkan keluasan penanaman spesis durian yang dibenarkan hanya 30% daripada 350 hektar dan 404 hektar daripada keluasan yang diluluskan kepada dua syarikat tersebut.

4. Syarikat berkenaan telah melantik kontraktor yang telah mengusaha penanaman Musang king dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor yang sama. Dengan itu, penglibatan Li Yongbo adalah tiada kaitan sama sekali dengan keputusan kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk projek tersebut.

Ulasan saya :

a. Siapakah kontraktor itu? Kontraktor berhak menanam dan menjual Ladang Musang King? Pelik tetapi benar.

Kenapa tuan tak boleh namakan kontraktor itu?

Tuan harus ingat, jawapan tuan ini akan dibaca oleh Rakyat Kelantan yang lain juga. Bukan hanya untuk saya se orang saja.

Mereka ingin dan perlu tahu nama kontraktor berkenaan supaya duduk perkara menjadi jelas.

Kenapa perlu berahsia tentangnya?

b. Adakah kontraktor mempunyai hak sebegitu rupa?

Sampai boleh mengeluarkan iklan atas nama syarikatnya sendiri menjual pokok atau bahagian dari kebunnya sampai ke luar negara?

Apakah syarat-syarat kontrak itu?

Adakah Kerajaan Negeri membenarkan amalan seperti ini?

Jawapan yang amat meragukan. Entah ya, entah tidak. Sendiri cakap, tak ada apa bukti untuk menyokong.

c. Adakah kontraktor itu ialah M7 Plantation Berhad?

Ketika tuan mengaitkan begini : 'Syarikat berkenaan telah melantik kontraktor (1) yang telah mengusaha penanaman Musang King dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor(2) tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor(3) yang sama'.

Iaitu dua kali tuan kaitkan antara 'kontraktor' dan 'Li Yongbo'.

Lalu saya cuba padankan apa yang tuan kaitkan dengan info lain seperti laporan media dan laman web- laman web yang berkenaan, termasuk laman web Durian Valley yang menyiarkan laporan akhbar Nanyang Siang Pao pada tahun 2018.

Berdasarkan dedaksi antara tulisan tuan dan carian internet, adalah selamat untuk meletakkan 'kontaktor' yang berurusan dengan Li Yongbo sehingga pemain badminton Cina itu ikut memiliki dusun Musang King di Kelantan ialah M7 Plantation Berhad.

d. Jika kontraktor yang tuan maksudkan itu adalah M7 Plantation Sdn Bhd, suka saya mengambil kesempatan di sini memperturunkan senarai pengarah dan pemegang sahamnya, mengikut semakan SSM :

i. Lee Wee Keng

Ampang

ii. Ng Lee Chin

Kuala Lumpur

(Namun dari semakan saya, walau pun alamat beliau di KL, saya percaya beliau Anak Kelantan)

iii. Eng Sia Jia

Subang Jaya

iv. Cheong Zu-Er

Seri Kembangan Selangor

 

SIRI 2 BOHONG DALAM BENAR (II)

 

SIRI 2  BOHONG DALAM BENAR (II)

 

 

Ke empat-empat mereka juga adalah pemegang saham syarikat ini.

Tujuan saya menurunkan senarai pemilik M7 Plantation Berhad ialah untuk menguatkan hujah saya bahawa Anak Kelantan sendiri agak tercicir dalam pemilikan ini, seperti tema kedua saya di atas.

Syarikat milik bukan Anak Kelantan memiliki lebih peluang.

Apa yang diusahakan oleh M7 Plantation di Kelantan?

Intro syarikat ini dilaman webnya - www.durianvalley.com.my menyebut :

'The company has a plantation site planted trees in Kuala Krai (Sungai Durian), Kelantan with a land size of 2200 acres and continue securing suitable land (> 1000 acres) for further development'.

'Syarikat mempunyai kawasan ladang sudah bertanam di Kuala Krai (Sungai Durian) Kelantan dengan saiz tanah seluas 2,200 ekar dan sedang berusaha mendapatkan tanah yang sesuai (lebih dari 1,000 ekar lagi) untuk pembangunan seterusnya'.

M7 Plantation mendakwa mereka memiliki 2,200 ekar Ladang Musang King di Sungai Durian. Bukan 559 ekar.

Tuan Sup menyebut bahawa dari keluasan dua kelulusan seluas 754 hektar atau 1,863 ekar, hanya 30 % saja boleh dimajukan sebagai kebun durian atau seluas 226 hektar/ 559 ekar saja.

M7 Plantation menyebut ladang di Sg Durian seluas seluas 2,200 ekar.

Mana satu betul?

Kalau dakwaan M7 Platation tak betul, kenapa tindakan tidak diambil?

Angka 2,200 ekar lebih mendekati kebenaran. Keluasan untuk Ladang Hutan bagi dua syarikat yg disebut oleh Tuan Sup secara keseluruhan ialah 1,863 ekar.

Maknanya, quota 30-% tidak dipatuhi. Kesemua kawasan telah bertanam Musang King!

Memang begitu pun jika kita melawat sendiri di tapak.

Hampir seratus peratus bertanam Musang King kecuali sedikit di pinggir sungai.

Ini boleh ditentukan dengan YAB MB sendiri turun memeriksa.

Ada pernah pemimpin kerajaan memeriksanya?

Di bawah laman sama di atas, syarikat ini menyebut begini : More than 3,000 acres of land size

Mereka mendakwa mereka juga mempunyai tapak ladang di Gua Musang.

Di bawah rencana bertajuk : 'Buka peluang jadi tauke D197' yang ditulis oleh Sri Ayu Kartika Amri dan disiarkan oleh Mymetro, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Ng Lee Chin berkata :

'Syarikat akan membangunkan 1,000 ekar tanah pada setiap peringkat dan memilih tapak yang paling sesuai untuk menanam pokok durian musang king.

Di samping Gua Musang, syarikat juga mempunyai pelan penanaman yang berbeza di Johor dan Pulau Pinang sebagai pengurusan risiko'.

Ketika Kerajaan Kelantan memberikan ruang begitu mudah dan luas kepada bukan Anak Kelantan, Anak kelantan sendiri diketepikan.

Ini membawa saya menulis begini dalam tulisan saya yang menjadi pertikaian tuan Sup : ' Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan linangan air mata mengirimkan saya footage yg beliau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama beberapa foto.

Untuk tatapan Rakyat Kelantan - katanya.

Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puluh tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka dimusnahkan.

Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

Untuk 'Orang Luar' - boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!'

Begitu tulisan saya.

e. Sememangnya Li Yongbo terlibat. Jadi apa masalah yang cuba dibetulkan?

Tuan menulis begini dalam para di atas : ' dan Li Yongbo hanyalah membuat pelaburan dalam kontraktor tersebut. Begitu juga sebagaimana berita tular berkaitan Li Yongbo pada tahun 2018 adalah melibatkan pelaburan yang dibuat pada ketika itu melalui kontraktor yang sama'.

Kenyataan ini hanya membenarkan apa yang saya tuliskan.

Saya menulis begini : ' Raja badminton China - Li Yongbo - mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan'.

Di mana silapnya tulisan saya? Tuan membenarkan saya atau menafikan tulisan saya?

Bah kan, tidak ada yang salah dengan usaha syarikat berkenaan memasarkan pokok duriannya untuk dilanggan kepada pembeli kaya dari Cina, Taiwan, Hong Kong dll.

Itu adalah kebijaksanaan syarikat.

Tidak juga salah untuk Li Yongbo membeli ladang atau pokok sehingga membentuk ladang Musang King beliau sendiri yang diuruskan oleh 'kontraktor' berkenaan.

Sudut yang saya ingin ketengahkan ialah - jika rakyat Benua Cina berpeluang berbuat demikian di bumi kita sendiri, di mana pula peluang untuk Anak Negeri?

Ia ada latar belakang yang agak panjang.

Terdapat rungutan Rakyat Kelantan di sana sini bagaimana kebun-kebun yang mereka usahakan sejak puluhan tahun telah dinafikan pemilikan, disodok dan dibinasakan dan lain-lain tindakan atas berbagai alasan.

Saya berikan beberapa contoh di sini.

Di sini ialah resit deposit memohon hak milik tanah yang dibuat sejak 2004 lagi. (Rujuk Gambar 2)

Penduduk ini akhirnya meninggal dunia sebelum merasai titik peluh beliau.

Maklum balas dari posting antara lain mempamirkan rungutan berikut :

V ALASAN UNTUK NAK TUTUP KESALAHAN DIRI JAH TU...

BAKPO MB TAK JAWAB YG LAIN2 NYA,,

- YG DI MERATO SEHINGGA JEREK BARU BUKA JUGA HABIS KEBUN2 ORANG KAMPUNG KENA SODAK..

- YG DI DALAM LAH KUALA STAIL SEHINGGA PERAK PUN HABIS KEBUN2 ORANG DI SODOK, HARI INI KEBUN ARWAH MAT AIL MUAALAH HABIS 500 POKOK SAWIT YG UMUR 12 TAGUN DI SODOK, YG ARWAH TU ADA RESIT POZEK TAHUN 2004 LAGI..

 

pendedahan husam musa siri 3


 

SIRI 3   BOHONG DALAM BENAR (II)

 

 

 

Kedua, kerosakan ekologi yang teruk.

Saya tak pasti amalan seperti ini boleh mendapat kelulusan Alam Sekitar atau tidak.

Keadaan bukit di tarah se akan serangan Ya'juj dan Ma'juj, sehingga kegondolan besar seluas mata memandang.

Foto ini (rujuk gambar 3&4) saya petik dari laman web Durian Valley sendiri.

Berikut sebahagian dari foto dan clip rakaman video keadaan di sana yang diambil secara persendirian : (rujuk video dan gambar 5&6)

Anak-anak sungai tercemar, sampai kebun-kebun getah penduduk kampung dinaiki pasir yang dibawa arus semasa hujan.

Saya bercakap sendiri dengan penduduk kampung yang mengadu kehilangan mata pencarian kerana kebun mereka rosak.

Ladang ini juga menanam nenas MD 24 sebagai tanaman sampingan.

Khabarnya hasil nenas mereka sudah memasuki pasaran. Terdengar juga rungutan pekebun kecil nenas di negeri ini atas murahnya nenas mereka dijual di pasaran sehingga pekebun tempatan tidak mampu bersaing.

Manakala empat foto berikut (rujuk gambar 7 hingga 10) adalah dari lensa En Hisham dari Sahabat Alam Malaysia :

Dari foto-foto ini, anda percaya kenyataan tuan Sup MB bahawa kawasan terlibat hanya ratusan ekar?

Kita bercakap tentang Hutan Simpan Kekal di sini. Kenyataan MB di Dewan Negeri semalam bahawa hal ini hanya berlaku semasa awal projek. Kemudian bila ladang sudah besar, tak nampak lagi kesan kerosakan.

Kenyataan yang sangat naif. Tak dapat bezakan antara Hutan Simpan dan tanah ladang. Tak dapat menghayati hutan bersama ekologi yang tersendiri.

Ini bukan tanah ladang YAB. Ini Hutan Simpan.

Agak panjang dan mungkin menjemukan, penjelasan balas saya hari ini.

Sebagai kesimpulan, tuan Sup MB gagal memberikan penjelasan yang saksama. Gagal mencerap apa yang sebenarnya berlaku di lapangan.

Gagal menyelami masalah rakyat berbangkit.

Jawapan yang menimbulkan lebih banyak pertanyaan dari memadamkan keraguan.

Itu semua bukan salah tuan Sup MB.

Ini semua 'misteri @ skandal' besar mengaut balak dari Hutan Simpan Kekal Kelantan atas nama Ladang Hutan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan memerlukan sebuah Kertas Putih dari badan bebas atas skandal terbesar Negeri Kelantan ini.

Jika ia gagal dibentangkan oleh Kerajaan yang ada, Rakyat Kelantan mempunyai peluang menerusi Pilihan Raya bagi mengangkat sebuah pemerintahan yang lebih jujur dan prihatin.

Husam Musa

28 SYA'BAN 1443H

31 Mac 2022

*Rakan-rakan juga boleh muat turun versi PDF di pautan telegram ini https://t.me/husammusa/197

 

BIARLAH SAIFUDDIN NASUTION TAWARKAN DIRI BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN


Saya terpanggil untuk mengulas tulisan Sdr Shahbuddin Hussin di mana beliau mencadangkan agar SUA Keadilan, Saifuddin Nasution untuk memberi laluan kepada Sdr Rafizi Ramli untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi.
Hujah yang diberi oleh Shahbuddin berkisar kepada kebolehan Rafizi di dalam beberapa aspek. Saya tidak mahu mengulas tentang kebolehan seseorang kerana bagi saya setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Atas hujah yang sama, saya juga berpendirian betapa perlunya Saifuddin Nasution masuk bertanding kerana terdapat juga ahli-ahli Keadilan yang mahu insan seperti Saifuddin yang penuh setia kepada parti, setia dan beradab dengan Presiden dan memiliki disiplin yang tinggi serta berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang sebagai menteri suatu ketika dahulu, wajar diangkat menjadi orang kedua di dalam parti. Prestasi beliau di dalam parlimen juga amat membanggakan di dalam membawa suara rakyat.
Sikap Saifuddin Nasution yang sentiasa tabah, bersabar dan istiqomah merupakan di antara ciri-ciri seorang pemimpin. Beliau pernah tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden sewaktu pertandingan tiga penjuru bersama TS Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Meskipun tewas, beliau meneruskan khidmatnya kepada parti dan menerima keputusan pemilihan. Apa jua jawatan yang diamanahkan oleh Presiden, beliau tidak pernah menolaknya dan dipikul sebaik mungkin.
Semenjak ketiadaan Timbalan Presiden selepas Azmin khianat, banyak tugas-tugas yang lazimnya dibuat oleh Timbalan Presiden telah diletakkan di atas bahu Saifuddin. Maka, bagi saya adillah bagi Saifuddin untuk menawarkan diri bagi beliau memegang jawatan tersebut.
Saya percaya dalam jiwa saifuddin masih ada jiwa politik. Kita mahu beliau bertanding kerana kita telah melihat sikap dan peranannya di dalam membantu parti. Dia tidak pernah meninggalkan parti atau cabang, jauh sekali meninggalkan Presiden waktu susah, senang dan kini susah kembali.
Biarlah demokrasi berjalan dengan baik. Apa yang penting, sesiapa pun yang dipilih, itulah pilihan ahli-ahli parti. Semoga yang menang tidak rakus dan bolot semua, dan yang kalah jangan meminggirkan diri. Bagi saya, keputusan pemilihan tetap saya hormati.
WFAUZDIN NS
May be an image of 1 person

KENAPA MENTERI SURUH MANGSA KEGANASAN BAWA LAPORAN PERUBATAN?


ADAM ADLI TANDING KETUA AMK MALAYSIA


Selepas Guan Eng, Boo kini desak Syed Saddiq letak jawatan presiden MUDA


Pemimpin Johor DAP Dr Boo Cheng Hau berkata, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mesti menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda.

PETALING JAYA: Selepas mendesak Pengerusi DAP Lim Guan Eng meletakkan jawatan sementara menunggu keputusan perbicaraan rasuahnya, pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga perlu melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata, Syed Saddiq harus berundur diri sehingga namanya dibersihkan sekiranya parti berkenaan ingin terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Syed Saddiq perlu menunjukkan contoh baik kepada generasi muda tanpa mengheret PH dan melalui proses undang-undang sewajarnya untuk membersihkan nama sebelum menyambung semula jawatan itu.

“Parti komponen PH menetapkan tahap integriti yang tinggi berbanding Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kita perlu menawarkan alternatif yang mengagumkan kepada rakyat. DAP dan PH perlu mengelak daripada menjadi Umno 2.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan berdepan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dana pilihan raya Bersatu berjumlah RM1.2 juta.

Desakan Boo kepada Syed Saddiq itu dibuat seminggu selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu menggesa Lim meletak jawatan dengan merujuk kepada perbicaraan rasuah terowong bawah laut yang sedang berjalan.

Beliau berkata, Najib Razak meletak jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden Umno selepas tewas pada pilihan raya umum (PRU) PRU14, dan seterusnya menghadapi pertuduhan rasuahnya. Penggantinya, Ahmad Zahid Hamidi, turut bercuti selama enam bulan.

Boo menggesa masyarakat sivil mendorong pemimpin politik di kedua-dua belah pihak supaya menerima pakai pendirian itu bagi memastikan tokoh awam melindungi integriti dan kredibiliti mereka.

“Adalah dikesali bahawa Lim tidak mengambil langkah tegas untuk menolak jawatan pengerusi kebangsaan DAP.

“Saya percaya beliau tidak bersalah tetapi beliau perlu melalui sendiri semua proses undang-undang yang diperlukan sebelum menuntut semula semua jawatan parti dan awam,” katanya.