9 ORANG DAH DILEPASKAN... 7 lagi mereka ini bakal dibebaskan jika UMNO-BN kembali berkuasa.???


MOHD AFENDI ABAS






9 ORANG DAH DILEPASKAN... 7 lagi mereka ini bakal dibebaskan jika UMNO-BN kembali berkuasa.

10) Najib Razak

11) Rosmah mansor

12) Zahid Hamidi

13) Shafee Abdullah

14) Bung Moktar

15) Rizal Mansor

16) Mahzir Khalid

Inilah sebabnya kenapa UMNO bermati-matian mahu kembali berkuasa.

#UmnoBNgsat

 

HUSAM MUSA DI RANTAU PANJANG DA TUMPAT

 






Rakyat Rantau Panjang dan Tumpat tambah menderita terkait banjir luar musim. Ditambah benteng yang belum berkesudahan.

Sangat perlu Kerajaan Negeri atau Pusat membayar pampasan atau sagu hati bencana yang bersesuaian.

Segala kerugian dinilai dan pampasan sesuai dengan nilai kerugian dibayar sesegera utk meringankan beban rakyat yg rata rata terkesan.

Selain sagu hati untuk semua yg terkesan dengan banjir di jajahan lain di Kelantan, Terengganu dan berkaitan.

Husam Musa

Rabu

2 Mac 2022

 

(APA MACIAM BOSSLU) Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu


 

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC. - Gambar fail/ Astro AWANI

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara berkenaan berkata permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.

"Sehubungan itu tarikh pendengaran dikekalkan sebagaimana yang dijadualkan," katanya kepada Bernama menerusi teks pesanan ringkas WhatsApp.

Dua hari lepas peguam Najib menulis surat kepada mahkamah memohon supaya tarikh pendengaran itu dilapangkan kerana mereka masih mengumpulkan semua nota, bukti, dan dokumen yang berkaitan dengan perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, bagi menyediakan hujah bertulis sebagai tambahan bukti untuk rayuan.

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Pada hari berikutnya mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan

-- BERNAMA

 

Anwar kupas 'corak politik lama', ideologi penjajah


Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pihak kerajaan dapat mencapai kesepakatan dalam melaksanakan agenda memartabatkan rakyat. Jelasnya, kepimpinan silih berganti masih gagal membawa perubahan dan terdapat pemimpin yang masih terpalit dengan rasuah serta salah guna kuasa. Tambahnya, pemerintah masih terperangkap dengan pemikiran 'menyalahkan rakyat', iaitu ideologi yang dibawa penjajah.

Kes 1MDB: Bawa keluar RM50,000 kena isi pelbagai dokumen, berbilion boleh pula bolos?





Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tiba tiba 'meletup' semula apabila didedahkan oleh bekas pegawai perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan penjanaan kewangan melalui bon, komisyen dan mudahnya pemindahan wang melepasi kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) amat mengejutkan rakyat.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan titah Yang diPertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi mempersoalkan cakap cakap politik yang tidak mahu isu 1MDB diteruskan atau dibahaskan.

Katanya, isu 1MDB itu belum lagi menjadi teks sejarah, masih ada perbicaraan dan juga pendedahan fakta baharu di mahkamah luar negara yang perlu diketahui atau diambil tindakan oleh pemerintah Malaysia.

"Ada rakan di sebelah sana kata Pakatan Harapan (PH) tak ada modal lain asyik 1MDB sahaja. Tetapi 1MDB ini bukan cerita sejarah ia berterusan, sebab ini fakta baru dikemukakan di mahkamah New York (Amerika Syarikat (AS)). Bila kita teliti pembongkaran itu maka harus mencuit perasaan kita dan menggesa rakyat menolak.

"Mustahil isu 1MDB ini berlaku jika tidak ada kerusakan dalam seluruh sistem.

"Kementerian Kewangan ikut pengalaman saya amat teliti dan selalu memberi nasihat tidak bersetuju kalau dianggap pelanggaran hukum," katanya tetapi mendakwa kali ini pegawai tinggi di kementerian itu 'bersekongkol' pula dengan pemerintah untuk memudahkan berlakunya skandal 1MDB.

Menurut Anwar lagi, 3 bon yang didedahkan oleh Leissner diterbitkan oleh pentadbiran Najib Razak, bon projek Magnolia, bon projek Maximus, bon projek Catalaise yang jumlah anggaran aliran dana 1MDB disahkan sekitar AS$4.5 atau RM18.88 bilion belum pernah didengar sebelum ini.

Begitu juga pertemuan Pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Craig Blankfein dan bekas PM Najib Razak untuk urusan penerbitan bon berkenaan tidak diketahui dalam perbicaraan di Malaysia.

Anwar juga mempersoalkan, bagaimana urusan berkaitan kewangan 1MDB dan membawa wang keluar negara tidak diawasi oleh BNM dan diambil tindakan pada waktu ianya berlaku.

Begitu juga dakwaan ke atas suami bekas Gabenor BNM yang didakwa melakukan urusan kewangan rentas Malaysia - Singapura dalam jumlah yang besar tetapi gagal diambil tindakan.

"Orang bawa keluar wang RM50,000 kena isi pelbagai borang untuk Bank Negara. Orang keluar berbilion ringgit terpadam pula dari pengetahun Gabenor dan pegawai BNM. Dia kena jawab soal ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu seterusnya mendedahkan wang negara yang diselewengkan melalui 1MDB ada yang digunakan untuk membayar bil perjudian di Los Angelas juga membeli lukisan karya Monet, membeli bangunan dan harta lainnya.

"Jadi sekarang dikatakan perkara ini sudah berlalu. Bagaimana berlalu tetapi kita kena bayar (hutang) puluhan bilion? Saya perlu penjelasan. Bingung, kalau sikap begini berterusan.

"Sekarang (ada ahli politik kata) jangan bimbang kes rasuah. Kalau kita menang pilihan raya dan berkuasa semula semua ini terpadam dengan sendirinya.

"Bukankah ini bermakna institusi itu dikompromi? Sebab itu saya minta SPRM, BNM, LHDN, PDRM benar benar bermaruah dan berintegriti (dalam menjalankan siasatan)," katanya.

Selain itu, Anwar juga hairan dengan ketidakmampuan pasukan penguatkuasaan Malaysia menyiasat secara keseluruhan kes 1MDB.

Katanya, sekiranya Leissner tidak mendedahkan beliau telah menghadiahkan kekasihkannya, bekas CEO Astro sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London, maka hal itu akan terus terpendam.

"Isu yang dibongkar oleh Leissner, soalannya bagaimana agensi penguatkuasaan keselamatan tidak mampu membongkar kes ini?

"Walaupun ada siri pendakwaan di mahkamah tetapi bahan bahan ini kita harus tunggu sehingga ada, yang pertama DOJ (Jabatan Kehakiman) AS dan keduanya di mahkamah AS.

"Saya tekankan walau SPRM ada menjawab, sebahagian kes disiasat Jabatan Jenayah PDRM dan SPRM telah memanggil wanita berkenaan mengenai rumah, tetapi saya cadangkan mesti ada pasukan khas sekurang kurangnya 4 agensi ini untuk menyeleraskan tindakan.

"Kes ini besar, berpuluh bilion dan ada orang cuba memadamkan. Dia ingat ini wang siapa. Wang negara hilang dan tak ada apa apa (yang dipertanggungjawabkan).

"Saya tak faham, apatah lagi orang itu (yang terlibat) orang Islam," katanya lagi.

 

MoU wujudkan politik matang, bukan sokongan penuh PH kepada PM - Anwar


 

Memorandum kerjasama (MoU) di antara Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Persekutuan tidak wajar terus diputarbelitkan oleh pihak pihak tertentu sebagai sokongan penuh PH kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, MoU berkenaan ditandatangani adalah bertujuan mewujudkan politik matang dan mengutamakan pembelaan terhadap rakyat, bukannya memberi sokongan tanpa syarat kepada PM.

"Memorandum ini bermaksud untuk mematangkan suasana politik tetapi soal bantah (hal tidak baik) kita terus. Tak ada tolak ansur dalam soal pengurusan kerajaan, penyalahguaan kuasa, rasuah. Kita tanya terus kepada PM tanpa selindung sama ada di dewan, di luar dewan atau pun bersama dalam rundingan dengan PM dan rakan rakan lain.

Oleh itu saya tegaskan, kita perlu faham maksud memorandum ini bukan memberi laluan mudah kepada PM kekal berkuasa. Bukan perjanjian beri syarat nyata kepada PM akan kekal tanpa dicabar. Tidak ada peruntukan larang cabaran, bantahan atau penolakan kedudukan PM

"Tetapi selagi ada persefahaman dan perundingan, seperti mana yang diketahui Yang Dipertua Dewan, ada kemajuan besar dalam reformasi Parlimen. Jawatankuasa pilihan khas dan perundingan diteruskan (tambahbaik)," katanya.

Justeru, Anwar mengecam sikap ahli politik tertentu yang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Johor memberi gambaran seolah olah PH adalah sebahagian daripada kerajaan dengan termeterainya MoU berkenaan.

Katanya, dengan MoU pemimpin PH tetap mempersoalkan isu isu salah guna kuasa dan tidak pernah mengurangkan tahap desakan politik dalam hal berkenaan.

"Petang semalam saya, Kota Raja dan Bagan telah menemui PM. Apa yang dibincangkan? Pelan ketegasan melawan rasuah. Kepastian meluluskan Akta Anti Lompat Parti dan tanpa MoU ini adakah Undi 18 akan diluluskan?

"Ramai boleh claim mereka berjasa, saya tak nafikan. Tetapi kepastian dalam MoU ini yang menetapkan tanpa tolak ansur mesti diluluskan (dilaksanakan) sebelum hujung tahun lalu.

"Begitu juga pakej ransangan menangani masalah ekonomi dan Covid 19, RM45 bilion, RM10 bilion untuk rakyat miskin. Semua itu diluluskan dalam Belanjawan kerana ada rundingan. Politik kita harus matang. Tidak boleh sistem yang lama, bila orang tak bersetuju tempatnya di penjara. Kalau bersetuju diangkat dan diberi anugerah tambahan.

"Sikap dendam kesumat nafsu serakah politik ini harus dihentikan," katanya.

Oleh yang demikian, menurut Anwar lagi, pihak yang menerbitkan tohmahan harus sedar kebaikan MoU yang pertama kali terjadi dalam sejarah politik Malaysia itu.

Namun katanya, bukan semua yang tercatat dalam MoU dapat direalisasikan tetapi sebahagian besarnya telah pun tercapai dan PH tidak perlu dipersoalkan kerana terbukti kerjasama itu telah membawa kebaikan kepada rakyat.

 

ELIT POLITIK YANG BERFIKRAH PENJAJAH

 

Saya sebut bahawa ada beberapa kelompok di dalam elit politik negara yang masih berfikiran seperti penjajah tatkala para penjajah melihat subjek (rakyat yang terjajah) mereka melalui pelbagai sisi yang buruk dan negatif.
Sikap begini hanya merosak kerukunan yang ingin kita perkukuhkan sambil menutup kebobrokan dan rompakan yang berlaku secara terang-terangan.
0:00 / 1:03

RAPTOR PUNYA HAL...TAPI RASANYA KALAU MAI PENANG KENA PUNGGAI KOT...

 Oghang Penang dan oghang Kedah kita bersaudara. Ok je.

Masalahnya ialah orang politik yang duk probok probok pasal Kedah nak tuntut Penang.
Francis Light dah mati lebih seratus tahun. Kita dah merdeka 65 tahun. Malaysia dah ada 59 tahun. Kita dah ada Perlembagaan Persekutuan, kenapa nak rujuk lagi kepada undang-undang penjajah?
Utagha United!
0:00 / 1:06