LAIN KALI MENIKAH LAH MACAM NI. BUKAN MENIKAH ONLINE...KAH...KAH LEBAI LEBAI SEMUA HANGPA BETOI
ابو عاريف ال ماليزي
Hoi pak lebai, ni baru betul cara nikah, bukannya nikah online, atau kat thailand, apa lagi pulak dok usung anak orang yg sudah diketahui JANDA kehulu kehilir, nak bawak anak org kena dgn cara halal, dan selesaikan tanggungjawab dgn isteri pertama, barulah dihormati…
Tahniah YB KHALID SAMAD, buat walaun,entey buat cara betul macamni pon WALAUN tetap akan maki enta punya, tapi enta jgn risau, diorang semua dah minum air kaki HADI, tu pasallah sikap dorang macamtu, benak tak boleh dibendung…
Sekali lagi SELAMAT PENGANTIN BARU buat YB KHALID SAMAD….
Moga kekal ke jannah…
Hoi pak lebai, len kali nak menikah no 2 ikut cara macam ni bodooo!!!
Puihhh…
CERITA AIR EVIAN
Cerita air Evian
Aku pertama kali dengar air Evian yang diimport dari pergunungan Alps pada sekitar tahun 2005. Ketika itu aku mengajar di sebuah sekolah di Jempol N. Sembilan apabila tiba-tiba pengetua memaklumkan esoknya sebuah helikopter yang membawa Menteri Pelajaran ketika itu akan mendarat di padang sekolah itu untuk pergi ke pusat kokurikulum di Sg. Jelutong, pedalaman Batu Kikir.
Oleh kerana Menteri Pelajaran dijadualkan makan tengah hari di bilik VVIP kantin sekolah, maka pihak sekolah pun bertanya SUS Menteri akan menu santapannya. SUS cakap tak kisah makanan Nogori Semilan pun, tapi air ey mosti air Evian. Ontah tak taulah SUS tu orang Nismilan atau bukan, sobab cakap nogori eh kurang monjadi..
Maka tuan pengetua pun menitahkan seorang guru pergi ke Giant Senawang yang jaraknya 50km dari sekolah untuk membeli air Evian teristimewa untuk bapak menteri bersantap.
Nah, sekarang korang baru nak heboh menteri minum air Evian dalam mesyuarat nak turunkan harga ayam RM0.20? Aku dah tahu lama menteri Be End bergaya macam tu..
Gambar di bawah: Kalau ditutup awal2 jenama air tu kan lebih baik.. teknologi viral tahun 2022 tak sama dengan tahun 2005 kann..
HAKIM YANG MENJATUHKAN HUKUMAN BERSALAH TERHADAP NAJIB DINAIKKAN PANGKAT
February 4, 2022
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada hakim yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib Razak berhubung kes melibatkan dana SRC International, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Selain itu, Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan kepada Mohamad Zabidin Mohd Diah, pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Nazlan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman bermula 10 April 2015 sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017.
Beliau mempengerusikan panel hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Najib membabitkan kes SRC International.
Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International pada 28 Julai 2020.
Sementara itu, Zabidin pula sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.
DI PERSILAKAN BERAMBUS KALAU NAK BERAMBUS- PEMIMPIN SILIH BERGANTI-PENYOKONG SEMAKIN MNDEKATI.KITA TAK PAKSA JIKA MAHU PERGI
Tian Chua, Maria, Ambiga, nafi spekulasi sertai PBM
PETALING JAYA: Tian Chua, Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenavasan, menafikan khabar angin mereka akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain senada menggambarkan perkara berkenaan sebagai mengarut dan tidak berasas.
Tian yang juga Naib Presiden PKR, berkata dakwaan seperti itu sengaja dihebahkan.
“Bagi saya, tidak logik untuk sertai PBM sekarang. Saya tidak ikut semasa ‘Gerakan Sheraton’ dan sehingga sekarang masih memihak kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga, berkata desas-desus itu palsu dan tidak berasas sama sekali.
“Saya tidak dapat bayangkan dari mana desas-desus ini timbul. Saya langsung tidak berminat untuk masuk mana-mana parti politik dan sangat terkejut dengan berita ini,” katanya.
Menurut laporan sebelum ini, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, berkata ramai yang menyatakan minat untuk menjadi ahli termasuk dari parti lain.
Menurutnya, ada nama-nama besar yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai parti tersebut namun tidak dapat didedahkan ketika ini.
Pada masa ini, Presiden PBM ialah Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.
Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamarudin, turut dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut.
Sementara itu, dalam laporan sama, berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria, menegaskan dakwaan kemasukan ke PBM mengarut.
“Tidak betul, saya rasa lebih bagus hentikan sahaja berita palsu seperti ini kerana saya tidak akan sertai mana-mana parti.
“Mereka hendak saya ‘react’ sahaja, jangan harap berita palsu ini akan berhenti,” katanya.
KAH..KAH..KAH...ELOK LAH BELAH
Zuraida dijangka keluar Bersatu April ini, sertai PBM, kata sumber
PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin, dijangka keluar Bersatu pada April ini dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum PRU15, sumber memberitahu FMT.
Menurut sumber, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkongsi rancangannya itu dengan pimpinan PBM baru-baru ini.
Tindakan Zuraida keluar parti April depan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan rang undang-undang antilompat parti ketika itu.
“Antara sebab lain mengapa bulan empat (ialah) kerana Zuraida mahu keluar Bersatu sebelum akta antilompat parti diluluskan,” kata sumber itu.
Pagi tadi, FMT mengesahkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pimpinan tertinggi Bersatu yang turut dianggotai Presiden parti itu Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, pimpinan Bersatu juga dilaporkan menyiasat dakwaan bahawa Zuraida dikaitkan dengan PBM.
Beberapa penyokong dan “orang kuat” Zuraida dilaporkan sudah menyertai PBM, namun parti itu menegaskan Zuraida tidak memohon menjadi ahli.
NGO Penggerak Komuniti Negara, yang pernah dikaitkan dengan Zuraida, dalam kenyataan Disember lepas mendakwa ramai ahlinya telah menyertai PBM.
Pengerusi NGO itu, Nor Hizwan Ahmad berkata, mereka memilih PBM bagi menjayakan agenda “The Great Reset 2030”.
PBM diketuai bekas Ahli Parlimen PKR, Larry Sng, selaku Presiden dan Timbalannya, Haniza Talha, yang juga bekas ahli PKR.
Starbucks bakal naikkan lagi harga minuman?
February 4, 2022
Starbucks Corp, syarikat multinasional rantaian jenama kopi global kini menjangkakan harga jualan akan terus meningkat susulan dihimpit bebanan inflasi serta kenaikan kos tenaga kerja.
Jangkaan ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Apabila sepanjang 4 bulan lalu, kenaikan harga jualan telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2021 dan Januari 2022 oleh pengurusan disebabkan gangguan rantaian kopi serta penambahbaikan semula operasi rentetan kerugian COVID-19 sebelum ini.
Buat pengetahuan umum, Brazil selaku pengeluar biji kopi mentah terbesar dunia telah mengalami penurunan jumlah pengeluaran biji kopi sebanyak 22.6% pada 2021 tahun-ke-tahun. Ini secara langsung telah menyebabkan biji kopi Arabica didagangkan pada harga AS$2.50 setiap paun di pasaran New York, ia adalah harga tertinggi dalam tempoh 10 tahun dan meningkat dua kali ganda dalam masa setahun sahaja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kevin Johnson, langkah kenaikan harga adalah seiring dengan situasi semasa. Ini memerlukan tuntutan syarikat untuk mengimbangi semula tekanan kos yang sedang didepani operasi.
Meskipun hanya menggariskan jangkaan peningkatan secara am, kenyataan ini turut berupaya mempengaruhi penetapan harga pada jualan tempatan di Malaysia.
Ketika ini, Starbucks Korea telah memaklumkan peningkatan harga kopi pada pasaran mereka bermula Januari lalu – sementara cawangan lain pula masih tidak mendedahkan sebarang kenaikan harga termasuklah Malaysia.
Setakat ini, bagi suku keempat tahun lalu – Starbucks memaparkan lonjakan keuntungan 31% kepada AS$816 juta, manakala hasil pula meningkat 19% kepada AS$8.1 bilion, lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.
7234 KES MININGKAT- JANGAN GADAI NYAWA ANAK ANAK SEKOLAH-KLUSTER SEKOLAH SEMAKIN MENINGGI
Baru masuk 2
rejab kes dah jadi macam ni pulak....adoiii kita nak solat terawih dan penuh dengan aktiviti bulan ramadhan ni...
Bila tarikh baharu Jawatankuasa Khas Parlimen akan panggil Azam Baki? - Manivannan
Skandal pemilikan saham Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki
seolah olah telah 'dilupakan'.
Bukan sahaja pihak polis tidak mengumumkan status terbaharu siasatan ke atas kes Ketua Pesuruhjaya itu, malah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Bagi Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pas juga senyap sunyi mengenai tarikh baharu untuk menghadapkan Azam ke PSC.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivannan Gowin, Ahli Parlimen Kuala Krai yang mempengerusikan PSC, Abdul Latiff Abdul Rahman seharusnya segera mengumumkan tarikh baharu memanggil Azam selepas menangguhkannya pada 19 Januari lalu atau lebih baik beliau menyerahkan kuasa kepada Ahli Parlimen lain bagi mengetuai jawatankuasa itu.
"PSC ini satu badan berintegriti jadi kita nak tahu bila Azam akan dipanggil untuk beri kenyataan. Ramai orang nak tahu kebenaran dalam kes ini. Bagi saya siapa yang diberi tanggungjawab sebagai ketua PSC perlu berintegriti dan tidak kira dari parti mana sekali pun.
"Apa yang jelas ketua PSC ini telah hilang integriti kerana dia tidak tahu membezakan tanggungjawab dan juga ahli parti. Kalau dia memilih untuk tidak melakukan tanggungjawabnya, ia perlu diberikan kepada orang lain sebagai ketua supaya kebenaran akan ditegakkan
"Saya nampak SPRM, PDRM, PSC atau mana-mana badan tertinggi, perangai mereka tidak dapat membezakan tanggungjawab dan kuasa yang dimiliki bagi menyiasat dan membongkarkan perkara sebenar," katanya.
Penangguhan PSC pada 19 Januari lalu dibuat kononnya isu Azam Baki agak rumit.
Pengerusi PSC berkata pihaknya perlu merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen berikutan terdapat beberapa hal perundangan yang memerlukan penelitian.
Bagaimanapun keputusan itu dibantah oleh empat ahli PSC lain seperti Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.
Kata mereka, antara isu yang dibangkitkan Azam ialah beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap seorang pemberita dan tiada sesiapa dibenarkan membincangkan fakta kes atau memberikan komen terhadap perkara itu, bagi mereka tidak menjejaskan pendengaran di hadapan PSC.
Dongeng itik patah kaki dengan berudu
MOHD SAYUTI OMAR
RENUNGAN
APABILA rintisan tahlul
syiasi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas ditularkan, ramai yang terkejut
antara yakin dengan tidak. Tidak kurang juga yang tersenyum membaca laporan itu
dengan pesimis dan menganggap ia suatu lelucon. Majlis yang berlangsung di PWTC
dengan menanda tangani piagama Muafakat Nasional (MN) pun dijadikan persendaan,
tetapi membawa isyarat seperti mahu jadi kenyataan.
Kenapa ada yang pesimis
kerana mengingati apa yang pernah dilakukan dan berlaku kedua buah parti itu.
Mereka pernah bersama tahun 1970-an, kemudian tidak sampai setengah hari
bergaduh dan berpecah semula.
Hinggalah apabila berlaku
pilihan raya kecil di beberapa kawasan, tahlul syiasi itu dipraktikan dan
menjadi kenyataan. Kedua parti tidak bertanding menentang dan lawan antara satu
sama lain. Kedua-duanya berpakat menghadapi PH. Hasilnya mereka menang.
Ada yang bimbang dengan
perkembangan itu dan ada yang seronok. Yang bimbang adalah pembangkang kerana
ia boleh mencabar mereka. Yang seronok ialah mereka nyang sejak lama ingin
melihat berlaku pertautan ukhwah keMelayuan dan keIslaman antara kedua parti
itu. Tetapi yang memahami sifat politik dan game politik, melihat dan
menerimanya biasa-biasa sahaja.
Kenapa begitu kerana
memahami keadaan hidup manusia. Selalunya manusia akan mencari teman bila
kesunyian. Akan ingat kepada sahabat apabila susah memerlukan bantuan. Berada
di mana sekalipun akan dicari dengan harapan dapat membantunya. Tetapi apabila
ia sudah senang, maka kawan tidak lagi diperlukan, waima kawan baik sekali pun
yang tinggal di sebelah rumah tidak akan dipedulikan, melainkan bertemu secara
tidak sengaja di jalanan. Ini nisbah.
Demikian apa berlaku
kepada Pas dan Umno, Umno dan Pas. Mereka sedia merintis kerjasama saling lupa
melupai sengketa lama dan membuka episod baru untuk kejayaan masa depan.
Seperti perangai manusia tadi saat mereka bersatu dan menyatu itu ketika mereka
lemah, terutamanya Umno. Umno baru menerima takdir kalah dalam pilihan raya
umum ke-14 dan hilang kerajaan yang dibanggakan. Selepas itulah Najib dan Hadi
Awang berpelukan dan menyucuh rokok bersama. Memnyedari mereka serumpun.
Pada masa Umno lemah dan
bersedih, Pas juga sedang dirundang rasa sedih dan terkilan apabila kekawannya
yang lari kemudian tubuh parti kuping, menang besar dalam pilihan raya.
Sembilan daripada ahli parlimen parti kuping itu dilantik memegang jawatan
penting, hingga jawatan menteri dan timbalan menteri dan ahli lain dilantik
mengisi jawatan dalam agensi kerajaan. Pencapaian cemerlang itu menjadikan Pas
malu dan nekad untuk mengatasinya. Pas jadi benar-benar terpukul malu
kemalu-maluan.
Demi untuk membalas
dendam kepada rakan-rakan Pas mencari peluang apa sahaja. Ini termasuk
kerjasama dengan Bersatu selepas dengan Umno. Apabila Pas melihat Bersatu dapat
memberi keuntungan besar kepadanya, ia memeluk dan kerabat Bersatu walaupun
tidak disenangi Umno. Umno marah tetapi kena faham apa yang dikehendaki Pas
sebenarnya.
Pas gunakan alasan untuk
perpaduan ummah, menguatkan Melayu dan agama, itu hanya lebong semata-mata, apa
yang dimaksudkan jawatan dan kedudukan untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya
mereka juga hebat.
Jika difahami situasi itu
maka mudah untuk memahami keadaan hari ini kenapa Pas jadi macam motor bot
kehabisan minyak dan ketiadaan pendayung. Hanyut dibawa angin ke mana-mana
sahaja. Pemimpin mereka tidak peduli ke mana bot itu akan terdampar yang
penting mereka berada di atasnya. Berasa seronok meskipun seketika. Yang
penting dendam sudah terbalas.
Ramai orang kecewa dan
marah dengan sikap Pas itu. Itu tidak mustahak dan perlu diambil kira oleh
mereka. Untuk menghalal dan justifikasi tindakan Pas meninggalkan Umno, dituduh
Umno dengan berbagai cara dan tuduhan. Di gelar atau diibaratkan Umno sebagai
itik kaki patah yang sembuh kerana diubati Pas. Itik itu setetah kaki sembuh
hendak melawan bomoh pula. Tok bomoh dan dukunnya ialah Pas.
Sindiran itu pedih buat
Umno dan suatu penghinaan dan ia sengaja cari gaduh. Kerana merasa pedih
dibalas pula oleh Umno menggelarkan Pas sebagai berudu yang bermain dalam kolam
yang ada ikan. Selepas berudu itu tumbuh kaki dan ekor ia akan melompat ke
kolam lain untuk mendapat makanan.
Menyimpulkan apa yang
berlaku dan terjadi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas, itulah rupa bentuk
dan warna politik kita bangsa Malaysia sebenarnya. Prinsip dalam politik hanya
setakat di bibir mulut sahaja bukan dalam perbuatan. Cakap politik kononnya
untuk membela bangsa dan negeri, padahal politik untuk diri sendiri. Cerita
itik patah kaki dan berudu adalah dongeng politik orang Melayu yang terus
menjadi penghibur rakyat Malaysia. [wm.kl. 12:49 pm 31/01/2021]
10K KWSP: Pencarum desak Menteri Kewangan Tengku Zafrul ditukar
POSTED BY AMIR WRLR
Dua wakil pencarum juga berucap dalam sidang media itu. Amirudin
dari Sabak Bernam, Selangor merayu agar kerajaan menimbang untuk membenarkan
pengeluaran RM10,000 bagi peniaga kecil seperti beliau yang tidak lagi berkerja
dan memerlukan modal
"Saya salah seoang pencarum, baru lepas kerja (berhenti),
berniaga kecil kecilan. Saya ada mohon bantuan pejabat YB, bulan 5 hantar
borang bulan 8 datang siasat. Saya ada mohon pinjaman Hijrah tak lulus, mohon
pinjaman Tekun, pun belum dapat. Jadi one off ini perlu untuk saya buat lesen
perniagaan dan sebagainya. Sekarang saya hanya buat perniagaan dari rumah dan
berniaga online.
"Kita perlu hak kita sendiri, itu sahaja. Kami amat
memerlukan wang ini untuk kelangsungan hidup," katanya.
Seorang lagi, Puan Zila, merupakan antara mangsa banjir besar yang
melanda Sri Muda, Shah Alam pada Disember tahun lalu.
Katanya, beliau dan rakan rakan memerlukan wang RM10,000 KWSP
untuk membeli perabot dan kelengkapan rumahtangga yang musnah akibat bah besar
itu.
"Saya Zila dari Shah Alam. Saya dan sahabat terkena banjir di
Sri Muda. Saya tengok keadaan mereka amat menyedihkan, kereta, motor habis tak
boleh pakai. Seolah oleh kita baru masuk rumah baru. Kena beli semua. Dari mana
nak dapat sumber kewangan?
"Diharap permohonan ini dapat perhatian dari pihak Yang
di-Pertuan Agong untuk membenarkan permintaan rakyat RM10,000
one off. Yang berniaga di kawasan Sri
Muda barang kedai semua habis. Macam mana nak bertahan hidup.
"Mengapa kita perlu meminjam sedangkan kita ada duit
sendiri," katanya.
POLITIK MUNGKIR JANJI: MUHYIDIN, MAHATHIR DIBAKUL SAMPAHKAN
Politik mungkir janji: Muhyidin, Mahathir dibakul sampahkan
Politik Malaysia dalam 4 tahun kebelakangan ini diwarnai oleh pengkhianatan, mungkir janji dan berakhir dengan dua tokoh politik dijatuhkan serta dilupakan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh pertama memungkiri janji dalam penggal 2018 – 2023 dengan menolak untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Hassan, sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 hampir seluruh rakyat Malaysia telah maklum janji bahawa sekiranya PH menang maka Dr Mahathir akan menjadi PM sementara. Malangnya politikus veteran itu enggan menunaikan perjanjian yang disepakati.
“Janji ini telah dimungkiri oleh Mahathir sendiri. Maka, apakah balasannya?
“Orang kanan Mahathir ketika itu, Muhyiddin Yassin telah membawa Parti Bersatu keluar daripada PH dan kemudian Muhyiddin Yassin memecat Mahathir dari Bersatu. Muhyiddin tumbangkan Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh,” katanya.
Namun menurut Hassan, perjalanan sumpahan mungkir janji itu tidak terhenti
Katanya, Muhyiddin yang menjadi Presiden Bersatu dan bersama PH menumbangkan Umno dan BN dalam PRU-14 adalah pihak yang terlibat serta bersetuju dalam janji Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara
Bagaimanapun setelah Mahathir tumbang, Muhyiddin juga memungkiri janji.
“Muhyiddin rampas jawatan Perdana Menteri dari Mahathir untuk dirinya sendiri jadi Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.
“Apakah balasan perbuatan Muhyiddin ini? Muhyiddin tidak kekal lama sebagai Perdana Menteri. Hanya setahun lebih sahaja, iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, di mana rakyat terkurung, Parlimen digantung dan Darurat diisytiharkan di seluruh negara.
“Kemudian sampai masa giliran Muhyiddin pula ditumbangkan. Kini giliran Umno menggulingkan Muhyiddin. 15 orang Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin di Parlimen
“Muhyiddin dipaksa meletak jawatan setelah pengkhianatan dan kerajaan PN menyembah bumi selepas itu,” katanya..
Menurut Hassan lagi, demikianlah pengajaran kepada Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang rakus kuasa.
Kedua duanya telah memungkiri janji kepada rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Akibatnya tindakan politik mereka yang tidak beretika dan tidak setia kepada janji itu telah menyebabkan legasi politik keduanya dihumban ke bakul sampah sejarah dan tidak akan dikenang sebagai negarawan terbilang sebagaimana layaknya bekas Perdana Menteri.
KERJAYA POLITIK ZURAIDA TAK KEMANA - JIKA KHIANAT PADA RAKYAT- AKHIRNYA RAKYAT JUGA AKAN JATUHKAN ENGKAU
Tiada
keputusan rasmi daripada Bersatu, kata Zuraida
Oleh FAZLI RADZI / February
4, 2022
Ahli Parlimen Ampang,
Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu tiada sebarang keputusan rasmi daripada
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kedudukannya dalam parti
itu.
Ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi (MPT) Bersatu tersebut berkata, beliau akan menjalankan tugasnya
seperti biasa walaupun khabar angin tersebar mendakwa dia dipecat.
“Tidak ada apa-apa
(keputusan) rasmi daripada parti.
“Banyak sumber berkata
sebaliknya, tetapi tiada apa yang dimaklumkan kepada saya, secara rasmi atau
tidak.
“Saya memerhati semua laporan itu,” kata bekas Naib Presiden PKR
berkenaan dipetik TheVibes hari ini.
Dalam masa sama, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi itu memaklumkan hubungannya dengan Mahiaddin baik-baik sahaja.
Sebelum ini dilaporkan kedudukan Zuraida sebagai Ahli MPT Bersatu
sejak September 2020 sedang diputuskan susulan didakwa terlibat dengan Parti
Bangsa Malaysia (PBM).
Hal tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat parti itu pada 25
Januari lalu tetapi setakat kelmarin dilapor tiada sebarang keputusan dibuat.
PBM yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) diluluskan
pertukaran namanya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada PBM dan
perlembagaan baharunya pada 27 Oktober 2020.
Parti politik baharu yang dikaitkan dengan
bekas pemimpin PKR kini diterajui Larry Sng Wei Shien yang juga Ahli Parlimen
Julau, Sarawak.
Keengganan Zuraida sebelum ini
mengisytihar sokongan kepada PBM mengundang persoalan banyak pihak memandangkan
Larry Sng sudah mengesahkan 53,000 ahli partinya dianggotai Penggerak Komuniti
Negara (PKN) yang dinaungi Zuraida.
Untuk rekod, Larry merupakan bekas
Pengerusi PKR Sarawak.
Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta kumpulannya mengumumkan penyertaan ke dalam
Bersatu pada Ogos 2020.
Kedua-duanya dikatakan menjadi watak
penting dalam peristiwa keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah
Langkah Sheraton.