POSTED BY AMIR WRLR
Dua wakil pencarum juga berucap dalam sidang media itu. Amirudin
dari Sabak Bernam, Selangor merayu agar kerajaan menimbang untuk membenarkan
pengeluaran RM10,000 bagi peniaga kecil seperti beliau yang tidak lagi berkerja
dan memerlukan modal
"Saya salah seoang pencarum, baru lepas kerja (berhenti),
berniaga kecil kecilan. Saya ada mohon bantuan pejabat YB, bulan 5 hantar
borang bulan 8 datang siasat. Saya ada mohon pinjaman Hijrah tak lulus, mohon
pinjaman Tekun, pun belum dapat. Jadi one off ini perlu untuk saya buat lesen
perniagaan dan sebagainya. Sekarang saya hanya buat perniagaan dari rumah dan
berniaga online.
"Kita perlu hak kita sendiri, itu sahaja. Kami amat
memerlukan wang ini untuk kelangsungan hidup," katanya.
Seorang lagi, Puan Zila, merupakan antara mangsa banjir besar yang
melanda Sri Muda, Shah Alam pada Disember tahun lalu.
Katanya, beliau dan rakan rakan memerlukan wang RM10,000 KWSP
untuk membeli perabot dan kelengkapan rumahtangga yang musnah akibat bah besar
itu.
"Saya Zila dari Shah Alam. Saya dan sahabat terkena banjir di
Sri Muda. Saya tengok keadaan mereka amat menyedihkan, kereta, motor habis tak
boleh pakai. Seolah oleh kita baru masuk rumah baru. Kena beli semua. Dari mana
nak dapat sumber kewangan?
"Diharap permohonan ini dapat perhatian dari pihak Yang
di-Pertuan Agong untuk membenarkan permintaan rakyat RM10,000
one off. Yang berniaga di kawasan Sri
Muda barang kedai semua habis. Macam mana nak bertahan hidup.
"Mengapa kita perlu meminjam sedangkan kita ada duit
sendiri," katanya.