AKU RASA KAUNI MEMANG TERUK LAH RINA HARUN...

 

Mereka layan kita macam haiwan, kata kumpulan OKU

Gabungan persatuan orang kelainan upaya (OKU) telah menggelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sebagai “tidak berhati perut” susulan pelaksanaan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Secara Tanpa Tunai (Cashless) atau JKMPay.

Jurucakap persatuan OKU, Francis Siva, berkata pihaknya mahu program JKMPay yang bermula Februari tahun lalu itu dimansuhkan kerana membabitkan pemotongan 50 peratus bantuan sehingga membebankan golongan terbabit.

Tegasnya, pelaksanaan JKMPay itu menindas golongan OKU kerana menyekat kebebasan mereka untuk berbelanja melalui wang bantuan yang diterima.

“Sekurang-kurangnya ada sedikit ihsan untuk bertanya kepada kami apa keperluan kami. Mereka melayan kami seperti haiwan,” katanya yang juga Presiden Pusat Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) itu.

Kritikan terhadap program yang diadakan secara rintis selama enam bulan itu termasuk mengehadkan kedai yang boleh dibeli oleh pengguna, yang akan membebankan orang kurang upaya, serta tidak melibatkan masyarakat sebelum ia dilaksanakan.

“JKM Tanpa Tunai menyusahkan, menteri tidak ada hati perut dengan kami,” dipetik Malaysiakini.

Melalui JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam penerima bantuan terbabit dan ia boleh dikeluarkan dengan kad juruwang automatik (ATM)/Debit Bank Islam.

Semalam, kira-kira 50 ahli mewakili Gabungan Persatuan OKU dari seluruh negara berkumpul di lobi Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Rina.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menerima memorandum terbabit.

Menurutnya, terdapat kekeliruan dalam kalangan penerima bantuan JKM mengatakan, program JKMPay itu membabitkan semua penerima termasuk OKU.

Pemimpin Pas itu berkata pelaksanaan program itu bukanlah secara paksaan serta terdapat proses temuduga terlebih dahulu.

“Dakwaan mengatakan ia membabitkan semua penerima OKU adalah salah faham dan ia hanya membabitkan penerima baharu sahaja,” katanya kepada media selepas menerima memorandum tersebut.

Siti Zailah menerima memorandum daripada Gabungan Persatuan OKU di lobi KPWK semalam.


Sudah lebih 21 tahun tak makan nasi, akhirnya gadis melayu ini dedah perkara yang mengejutkan

 Sudah lebih 21 tahun tak makan nasi, akhirnya gadis melayu ini dedah perkara yang mengejutkan


Kebiasaanya dalam sehari kita mesti akan ada makan nasi sama ada untuk sarapan, makan petang ataupun makan malam.

Tapi, tahukah anda bahawa ada juga orang yang tidak boleh makan dan menelan nasi? Tak dinafikan memang ada orang seperti ini dan baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Asyikin mendedahkan dirinya sudah 21 tahun tak makan nasi.

Berkongsikan kisahnya, Farah memberitahu sebab dia tidak makan nasi selama 21 tahun dan punca agak mengejutkan. Menurutnya, dia tidak makan nasi sejak kecil kerana apabila dia melihat nasi dia melihatnya kelihatan seakan ulat!

Tambahnya lagi, dia akan muntah jika diberi makan nasi.

Perdendahan wanita ini pantas menjadi tular kerana ianya adalah sesuatu yang agak ‘jarang’ berlaku di masyarakat kita yang rata-ratanya makan nasi hari-hari.

Menurut wanita ini, makanan lain yang berasaskan beras dia masih boleh makan asalkan tidak menyerupai nasi.

Kalau admin la, sehari tak makan nasi, badan rasa lain semacam je, haha.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

 KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
26 Januari 2022
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini 26 Januari, 2022 membincangkan khusus mengenai persediaan menghadapi pilihanraya Negeri Johor.
2. Mesyuarat telah bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN, DAP dan Amanah. Majlis Presiden Pakatan Harapan juga memberikan penghargaan kepada pasukan rundingan kerusi yang masing-masing diwakili Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tse, Naim Jusri dan Akmal Nasir (KEADILAN), Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Andrew Chen Kah Eng (DAP) dan Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah (AMANAH).
3. Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengulangi pendirian akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani pilihanraya Negeri Johor yang akan datang.
4. Sungguhpun ada pandangan berbeza berkaitan dengan permintaan Parti Keadilan Rakyat mengenai penggunaan logo, Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk menghormati hasrat Parti Keadilan Rakyat bahawa logo Pakatan Harapan akan digunakan dan KEADILAN pula akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat untuk pilihanraya Negeri Johor. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menulis kepada SPR agar kuasa surat watikah penamaan calon Pakatan Harapan diserahkan kepada Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohamad bin Sabu.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad bin Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Wilfred Madius Tangau
United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)


Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa, Kurang-Kurang Melayu Juga



Dato Seri Anwar Ibrahim bersama anak-anak muda di PD mendengar dan bertukar pandangan di dalam program #TemuAnwar Bersama Anak Muda PD. "Anak-anak muda mesti di depan dalam menyikapi isu-isu besar demi masa depan negara. " - Anwar Ibrahim #SuaraKEADILAN #KEADILAN #AnwarIbrahim



NAJIB SUKA LENGGAHKAN KES DIA..

 NOOR AZLIDA ALIMIN.

25 JAN 2022
1. 🤣😂👉KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memohon kepada Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, agar diberikan lebih masa untuk membekalkan rekod rayuan kepada Queen's Counsel (QC) di London, selepas menerimanya daripada Mahkamah Rayuan.
2. 😂🤣👉Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu berkata, ia susulan hasrat anak guamnya untuk menggunakan khidmat QC bagi mewakilinya dalam rayuan akhir sabitan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd kelak.
3. 👉Untuk rekod, QC ialah peguam kanan senior dan berpengalaman dari United Kingdom (UK).
4.😂🤣👉Muhammad Shafee berkata, penggunaan khidmat QS dalam rayuan itu diperlukan kerana ia membabitkan isu serta persoalan perundangan yang kompleks.
5. 👉"Memandangkan kebanyakan dokumen disediakan dalam bahasa Melayu, maka kami memerlukan dokumen-dokumen itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris, sebelum taklimat kepada QC dapat dibuat secara fizikal.
6.👉"Maka, kami memohon pertimbangan baik Yang Arif (Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat) bagi suatu tempoh wajar untuk mendengar rayuan utama dan rayuan bukti tambahan dengan jurang masa yang lebih panjang.
7.👉Muhammad Shafee berkata demikian dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Tengku Maimun pada Selasa, bagi memohon pertimbangan supaya diberikan suatu tempoh masa yang wajar untuk mendengar rayuan akhir Najib.
8. 👉Selain itu, Muhammad Shafee berkata, tidak mungkin bagi pihaknya dapat membuat persediaan kerana masa yang diberi kurang daripada dua bulan selepas Mahkamah Rayuan memberikan keputusan.
9.👉Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi, mengenepikan pihak pendakwaan menerima salinan surat itu melalui emel, pada jam 5.33 petang Selasa.
10. 👉Dalam surat berkenaan, Mohd Ashrof berkata, peguam utama Najib memaklumkan mereka tidak merasakan bahawa tarikh pendengaran boleh dijalankan pada April, Mei atau Jun.
11.👉Bagaimanapun katanya, pihak pembelaan tidak membantah, tarikh pendengaran rayuan bagi memasukkan bukti tambahan, dipersetujui pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 15 dan 16 Mac depan.

PENGECEK MENGECEK DARI SI HALOBA

 



Bila pengecek mengecek dari si haloba. Pengecek ini orang yang suka meminta-minta. Aku tak pasti jika semua negeri gunakan perkataan ini tapi orang Johor pasti tahu.

Baca Mokhtar Senik yang meroyan di media sosial kerana PAS hanya diberi 4 kerusi sahaja jika mahu bekerjasama dengan UMNO dalam PRN Johor buat aku melekek ketawa.
Hujah UMNO mudah. PAS menang satu kerusi saja ketika PRU14. Kenapa nak banyak kerusi? Sedang UMNO mampu menang 14. Nampak PAS macam nak gunakan UMNO saja.
Tapi itulah PAS. Dia tahu di Johor UMNO memang besar pengaruh, sanggup dia gadai maruah dan merayu simpati UMNO. Tiba-tiba hilang semangat Perikatan Nasional dia.
Tapi silapnya PAS mengecek dengan sang haloba. Hahaha... Silaplah. Siapa tak kenal UMNO punya tamak? Kalau UMNO bagi 4 tu dah cukup banyak. Ikutkan satu pun tak nak bagi.
PAS takkan tak tahu, UMNO nak kepada PAS cuma untuk dapatkan undi tambahan daripada walaun je. Sebab UMNO tahu waktu itu pengundi atas pagar tak memihak mereka.
Selepas PRN Sabah dan Melaka, UMNO dah mula merasakan kedudukan mereka sudah jadi kuat semula. Jika sudah begitu, nak buat apa harapkan kepada PAS lagi?
Mungkin sekarang PAS boleh rasa macamana rasanya masa dia khianat PR dulu. Tapi entahlah. Pemimpin PAS ni semua acah maksum. Mana dia sedar dia pernah buat dosa.
Cuba dalam PRN ni UMNO kalah teruk. Aku yakin lepas ni UMNO akan rujuk semula dengan PAS. Nanti kenyataan-kenyataan yang menghina PAS semua akan jadi kenyataan peribadi.
Pokoknya, PAS dengan UMNO pun sama. Dua-dua gila kuasa. Dua-dua gila harta. Cuma satu tunggang bangsa, satu lagi tunggang agama. Yang nyatanya, dua-dua tak berguna.

BN tak kuat tapi kita yang lemah...




NORMAN RADZUAN


BN tak kuat tapi kita yang lemah...

BN MAKIN MENGEMBANG PH MAKIN MENGUNCUP
BN itu tidak kuat mana... mereka kuat sb mereka tahu kelemahan org Melayu. Isu mereka Melayu (takutkan dgn Dap ) atau isu2 populis seperti KWSP tetapi kita memilih akademik.
BN kuat sb PH tiada strategi yg ampuh. Kelemahan pertama kita... kita tidak bersatu hati. Bila menang MP2 atau ADUN2 kita sibuk nak berbini 2 dan memiliki Velfire. Hingga pelbagai isu politik mereka diam membisu bukan sekadar sebagai YB pembangkang tetapi dgn jawatan masing2 dlm parti.
Lihat PAS si Mothar Senik apa sahaja isu dia antara yg ke depan berhujah malah statement Ulama yg sering diejek oleh org PH itu sering mendapat tempat di Malaysiakini iaitu media yg dibaca seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai fahaman parti. Mana 'panglima2' PH atau dari parti saya sendiri? Tak rasa malu dgn Mothar Senik...???
Kelemahan kedua media kita sgt lemah. BN bila dpt kuasa mereka gunakan media kerajaan dan media sosial (cybertrooper) mereka menyerang PH 16 jam sehari tetapi kita menyerang atau menjawab serangan sesekali. Semakin hari sikit demi sedikit mereka tinggalkan kita utk lahirkan persepsi masyarakat melalui media.
BN sebenarnya tidak kuat. Mereka pergi laju dan semakin mengembang tetapi kita pula semakin menguncup. Kita masih bicara soal khemah besar tetapi BN bicara mahu sendirian. BN dgn puluhan juta dana perkuatkan parti kita tiada media yg ampuh atau sehebat Malaysiakini.
Tak banyak kelemahan kita dan kelebihan mereka tapi kita tak lakukan sesuatu. YB2 PH sendiri terkhayal dgn nikmat gaji dan elaun mereka. Yg rajin pertahankan parti saban hari kebanyakkan ahli2 bawahan dan penyokong2 PH... apa nak jadi!
Bila PRU atau PRN pula nama2 mereka yg buat kerja di DUN masing2 diketepikan. Tapi nama2 yg senyap berjuang utk parti dan terkhayal dgn gaji elaun ini dinamakan sebagai calon... mana la tak lemah semangat akar umbi.
Ada sesetengah YB pula ada jawatan gunakan utk mencari pengaruh hingga lupa tanggungjawab utk parti dan rakyat... semua itu punca kenapa kita lemah. Lihat UMNO dari Shahidan Kassim ( dari Utara ) hingga Bung Mothar ( hingga ke Sabah ) bak singa kelaparan.
Saya sedikit emosi melihat sesetengah sikap YB2 PH...lembab, sombong dan malas. Maaflah teguran saya ini agak keras...bagi saya YB dtg dan pergi. Kalau tak mati kerana ajalnya, ia ditolak rakyat suruh pergi. Tapi parti mesti relevan kerana ia harapan rakyat. Saya bercakap atas kapasiti harapan rakyat.




Pentas anak muda, pelapis KEADILAN berbicara pendapat di Port Dickson


 Pentas anak muda KEADILAN menyuarakan pendapat dan daya intelektual masing masing berlangsung di Port Dickson, semalam.


Menurut ikon anak muda KEADILAN, Adam Adli, pentas itu sengaja dibuka dengan bicara anak muda sebagai menu utama sebelum ditutup dengan bicara Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Jadi tetamu acara berkala Temu Anwar di kawasan Ketua Pembangkang.


"Bezanya kali ini saudara Anwar jadi pengucap terakhir sebagai tuan rumah. Pentas hari ini bawa suara kaum muda, pemimpin pelapis dari pelbagai sektor.


"Anwar sentuh teori kitaran Ibnu Khaldun; saudara Hafiz ulas bagaimana urus tadbir negeri dibentuk sejak KEADILAN bertapak di Negeri Sembilan; saudara Farhan sentuh kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah terkini, saudara Farzana sentuh soal pengalaman kaum muda dalam politik pilihan raya, saudara Raimi angkat isu hubungan dan jaringan politik dunia Islam dengan ABIM manakala saudara Syamil sentuh budaya politik lapuk yang tak patut jadi panduan kaum muda," katanya.


Turut hadir dalam majlis Temu Anwar itu adalah Hafiz Mohamad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan; Farzana Nasir, Srikandi Keadilan, saudara Raimi, mantan Presiden ABIM dan banyak lagi pemimpin pertubuhan NGO anak muda.

PH capai konsensus pembahagian kerusi PRN Johor


 

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini telah mencapai kata sepakat dan menyelesaikan mengenai pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor



Menurut Majlis Presiden, kerusi kerusi tersebut muktamad diagih agihkan sesama komponen PH.



"Mesyuarat bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAN, DAP dan Amanah.



"Majlis Presiden PH juga memberikan penghargaan kepada pasukan rundingan kerusi yang diwakili Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tse, Naim Jusri dan Akmal Nasir (KEADILAN), Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Andrew Chen Kah Eng (DAP) dan Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah (AMANAH)," kata kenyataan tersebut.



Kenyataan Majlis Presiden juga menegaskan mengenai rundingan yang akan dilakukan dengan parti parti pembangkang lain yang berminat untuk ikut serta sebagai sekutu PH dalam PRN berkenaan.



"Majlis Presiden PH mengulangi pendirian meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani PRN Johor yang akan datang," kata mereka.



Manakala mengenai logo, Majlis Presiden bersetuju untuk menghormati pendirian KEADILAN bahawa logo PH akan digunakan dan KEADILAN menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat untuk PRN Johor.



"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya agar kuasa surat watikah penamaan calon Pakatan Harapan diserahkan kepada Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mohamad Sabu," kata kenyataan itu lagi.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.



PRN Johor: Logo KEADILAN untuk KEADILAN, logo PH untuk DAP, Amanah






Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang ini telah memutuskan isu mengenai penggunaan logo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan akan diadakan pada bulan hadapan.


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsensus dipersetujui bahawa KEADILAN akan menggunakan logo parti berkenaan dalam PRN tersebut. Sementara pembahagian kerusi juga telah diselesaikan dalam mesyuarat selama hampir 3 jam itu.


"Keputusan kerusi PH selesai, kita bertanding semua 56 kerusi oleh ketiga tiga parti PH tetapi kita masih buka ruang untuk bincang dengan parti pembangkanag lain termasuk Muda.


"Logo kita putuskan persetujuan bersama untuk gunakan PH dan untuk KEADILAN logo KEADILAN.


"(Maknanya) PH untuk DAP dan Amanah manakala KEADILAN guna logo KEADILAN," katanya selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya.


Mengenai pertanyaan wartawan parti pembangkang lain yang akan ikut serta sebagai sekutu PH dalam PRN, menurut Anwar, keputusan muktamad belum dibuat namun katanya pintu rundingan masih dibuka kepada semua parti pembangkang.


"Sedang bincang, kita bincang dengan lain parti, semuanya. Kita buka ruang. Kita dari segi pembangkang mahu bersatu mengalahkan (BN)," katanya.

PRN Johor: PKR guna logo sendiri, Amanah dan DAP guna logo PH

  

Fion Yap

Diterbitkan:  Jan 26, 2022

 

PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Berhubung dengan logo, kita bersetuju PH atau logo yang dipilih oleh parti, kita dah umum tadi kedua-dua (logo) PH untuk calon DAP dan Amanah dan PKR (guna) logo PKR," kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR, kepada wartawan selepas mesyuarat itu.

Perbezaan pendapat mengenai logo bersama berterusan sejak PRN Melaka.

ADS

Semasa PRN Melaka November lalu, PKR telah mendesak semua parti PH menggunakan logonya tetapi mengalah selepas Amanah dan DAP berkeras untuk menggunakan gabungan mereka.

PKR mengambil pendirian yang sama dalam PRN Johor akan datang dan nampaknya parti komponen PH tidak dapat memecahkan kebuntuan kali ini.

Pada PRU 2018, parti komponen PH bertanding di bawah logo PKR kerana gabungan itu belum didaftarkan secara rasmi.

Sejak pendaftaran rasmi gabungan pada tahun yang sama, komponen itu telah bertanding di bawah logo bersama PH di semenanjung Malaysia.

Rundingan kerusi selesai

Anwar mendedahkan bahawa PH juga telah menyelesaikan rundingan kerusi antara tiga komponen parti yang akan bertanding dalam PRN Johor.

Tambahnya, rundingan lanjut akan diperlukan untuk parti pembangkang bukan PH.

"PH sudah selesaikan kesemua 56 kerusi. Kemudian kita boleh berbincang dengan parti pembangkang lain," katanya.

Anwar menjawab soalan mengenai berapa banyak kerusi yang dicadangkan PH untuk diserahkan kepada Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah semasa PRN Johor.

Ditanya mengenai Warisan tidak berminat untuk bekerjasama dengan PH, Anwar menegaskan bahawa pintu tetap terbuka.

"Kita beri ruang kepada mereka. Di pihak pembangkang, kita mahu pembangkang bersatu menggalakkan kerjasama," katanya.

Mengenai calon menteri besar Johor bagi PH, Anwar tidak mendedahkan apa-apa, dengan menyatakan bahawa rundingan kerusi itu baru sahaja selesai.

Dalam kenyataan bersama PH kemudian, majlis presiden mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Johor mereka kerana menyempurnakan rundingan kerusi di peringkat gabungan.

Perunding tersebut ialah; dari PKR - Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tze, Naim Jusri dan Akmal Nasir dari PKR; dari DAP - Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali, Andrew Chen, Kah Eng; dari Amanah - Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah.

“Majlis presiden PH mengulangi pendirian bahawa ia akan terus merundingkan kerjasama dan peruntukan kerusi dalam kalangan semua parti pembangkang termasuk Muda.

"Ini akan menguatkan blok pembangkang dalam menghadapi PRN Johor," kata mereka.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.

Mereka juga mengesahkan PKR akan menggunakan logo sendiri manakala komponen PH lain akan menggunakan logo gabungan itu.