Fion Yap
Diterbitkan: Jan 26, 2022PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam
pilihan raya negeri (PRN) Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo
Pakatan Harapan (PH).
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat
majlis presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Berhubung dengan logo, kita bersetuju
PH atau logo yang dipilih oleh parti, kita dah umum tadi kedua-dua (logo) PH
untuk calon DAP dan Amanah dan PKR (guna) logo PKR," kata Pengerusi PH
Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR, kepada wartawan selepas mesyuarat itu.
Perbezaan pendapat mengenai logo bersama
berterusan sejak PRN Melaka.
ADS
Semasa PRN Melaka November lalu, PKR telah
mendesak semua parti PH menggunakan logonya tetapi mengalah selepas Amanah dan
DAP berkeras untuk menggunakan gabungan mereka.
PKR mengambil pendirian yang sama dalam PRN
Johor akan datang dan nampaknya parti komponen PH tidak dapat memecahkan
kebuntuan kali ini.
Pada PRU 2018, parti komponen PH bertanding
di bawah logo PKR kerana gabungan itu belum didaftarkan secara rasmi.
Sejak pendaftaran rasmi gabungan pada tahun
yang sama, komponen itu telah bertanding di bawah logo bersama PH di
semenanjung Malaysia.
Rundingan kerusi selesai
Anwar mendedahkan bahawa PH juga telah
menyelesaikan rundingan kerusi antara tiga komponen parti yang akan bertanding
dalam PRN Johor.
Tambahnya, rundingan lanjut akan diperlukan
untuk parti pembangkang bukan PH.
"PH sudah selesaikan kesemua 56 kerusi.
Kemudian kita boleh berbincang dengan parti pembangkang lain," katanya.
Anwar menjawab soalan mengenai berapa banyak
kerusi yang dicadangkan PH untuk diserahkan kepada Ikatan Demokratik Bersatu
Malaysia (Muda) bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah semasa PRN
Johor.
Ditanya mengenai Warisan tidak berminat
untuk bekerjasama dengan PH, Anwar menegaskan bahawa pintu tetap terbuka.
"Kita beri ruang kepada mereka. Di
pihak pembangkang, kita mahu pembangkang bersatu menggalakkan kerjasama,"
katanya.
Mengenai calon menteri besar Johor bagi PH,
Anwar tidak mendedahkan apa-apa, dengan menyatakan bahawa rundingan kerusi itu
baru sahaja selesai.
Dalam kenyataan bersama PH kemudian, majlis
presiden mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Johor mereka kerana
menyempurnakan rundingan kerusi di peringkat gabungan.
Perunding tersebut ialah; dari PKR - Syed
Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tze, Naim Jusri dan Akmal Nasir dari PKR; dari
DAP - Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali, Andrew Chen, Kah
Eng; dari Amanah - Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul
Hamid Jamah.
“Majlis presiden PH mengulangi pendirian
bahawa ia akan terus merundingkan kerjasama dan peruntukan kerusi dalam
kalangan semua parti pembangkang termasuk Muda.
"Ini akan menguatkan blok pembangkang
dalam menghadapi PRN Johor," kata mereka.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh
Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan
Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Mereka juga mengesahkan PKR akan menggunakan
logo sendiri manakala komponen PH lain akan menggunakan logo gabungan itu.