WARGANET PUJI DR ZALIHA BUAT LAWATAN MENGEJUT KE HOSPITAL


AMBIL TINDAKAN SEGERA BANJIR KILAT KL


4 STRATEGI BENDUNG COVID 19 DI MALAYSIA


AGAKNYA DR. MASZLEE NAK BERITAHU DIA YANG PATUT JADI MENTERI PENDIDIKAN…

 

Dr. Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan yang diminta meletakkan jawatan ketika era pentadbiran Tun Mahathir Mohamad selepas PRU 2018 dan kemudian tidak menang bertanding di Simpang Renggam pada PRU15 lalu, secara tiba-tiba menyarankan agar golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan dilantik sebagai Menteri Pendidilan dan Menteri Pengajian Tinggi setelah PRU16 akan datang.

Tindakan itu, kata beliau adalah bagi membolehkan kebebasan akademik dipertahankan.

“Kita harap bila PRU16 nanti, kita letakkan, buat duluan, iaitu yang menjadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi, bukan daripada orang politik.

“Biar orang dalam (bidang) pendidikan sendiri, orang yang tahu isi hati dan hala tuju,” kata beliau lagi.

Dr. Maszlee yang juga bekas pensyarah sebelum menceburi bidang politik turut mengungkit bagaimana Hadi Awang, Presiden Pas pun tidak dilarang datang ke universiti ketika beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan sebelum ini.

“Saya ingat sebelum PRU, Fahmi Rehza tak boleh masuk, zaman saya Haji Hadi pun boleh masuk,” tambahnya.

Dengan melontarkan saranan sedemikian, agaknya Dr. Maszlee ingin menyampaikan isyarat atau mesej kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan atau Menteri Pengajian Tinggi dalam susunan kabinet baru-baru ini.

Namun, oleh kerana kedua-dua jawatan itu tidak jatuh kepadanya, nampaknya harapan beliau masih menggunung tinggi untuk dicapai lagi selepas PRU16 akan datang.

Tetapi, sebagai peringatan mesra buat Dr. Maszlee, jika ingin dilantik jadi menteri, setidak-tidaknya cubalah menang di Simpang Renggam dulu dalam PRU16 nanti.

Berkaitan saranan beliau itu, persoalannya ialah benarkah ahli akademik saja sesuai untuk jadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi?

Adakah beliau sendiri begitu berjaya sebagai Menteri Pendidikan sebelum ini?

Sebelum Dr. Maszler, ada seorang lagi ahli akademik yang pernah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1999 iaitu Musa Mohamed, masihkah kita ingat apa-apa rekod kejayaannya?

Berdasarkan dua contoh duluan ahli akademik yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan sebelum ini, saranan itu boleh dikata tidak terpakai sama sekali.

Sebaliknya, Anwar dan Najib Razak adalah dua contoh bekas Menteri Pendidikan yang banyak jasa serta melakukan banyak perubahan dan keduanya bukan pun dalam bidang pendidikan, kecuali Anwar yang pernah mengusahakan Yayasan Anda.

Lagi pun, memberi kebebasan akademik dan membenarkan Hadi Awang masuk ke universiti bukan satu-satunya asas yang boleh dibanggakan kerana ada berpuluh kepentingan lain lagi perlu diutamakan sebagai Menteri Pendidikan atau Menteri Pengajian Tinggi.

Yang penting, seorang menteri itu harus mempunyai keazaman politik untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan sesuai dengan keadaan, punya komitmen tinggi dan idea yang bernas sesuai dengan portfolio yang dipegangnya.

Orang yang sedemikian tidak semestinya daripada ahli akademik atau mereka dalam bidang tertentu saja.

Tetapi, jika ikut logik Dr. Maszlee bahawa hanya orang dalam bidang pendidikan saja, misalnya bekas pensyarah sepertinya yang sesuai memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian, ini turut bermakna hanya kalangan doktor layak jadi Menteri Kesihatan, ahli sukan dan tokoh belia untuk jawatan Menteri Belia dan Sukan, ahli bank untuk Menteri Kewangan dan portfolio lain seterusnya.

Kalau Musa Mohamad tidak pernah diingati sebagai bekas Menteri Pendidikan yang berjaya, begitu juga dengan Tengku Zafrul sebagai ahli bank ternampak tidak ternampak berjaya sebagai Menteri Kewangan, apakah sejarah kegagalan lagi yang mahu dicipta? – ShahbudinHusin 31/12/2022.


NAZRI BALUN LAGI TUN MAHATHIR, ELOK TERUS JAGA CUCU

 

Melantik seseorang yang sedang berdepan kes mahkamah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bukan satu perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan, kata Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mohamed Nazri, seorang TPM tidak boleh membantu Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas yang berlandaskan Perlembagaan negara.

Beliau berkata, jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan negara, sebaliknya, ia amalan politik yang bermula ketika negara ini mencapai kemerdekaan.

“Jika ada kecacatan di sebalik pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanyalah dari segi moral semata-mata, tetapi moral tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
“Untuk menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet, TPM perlu memegang satu portfolio sebagai menteri. Tidak ada jawatan TPM tanpa portfolio seperti Perdana Menteri.
“TPM tidak boleh menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri yang termaktub dalam Perlembagaan seperti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan 44 daripada 70 anggota Dewan Negara, pelantikan Peguam Negara dan beberapa jawatan lain.
“TPM juga tidak boleh mengambil alih tugas PM dalam melantik pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia adalah tugas PM yang ditetapkan dalam Perlembagaan.
“Sekiranya apa-apa berlaku ke atas PM ia tidak bermakna TPM akan terus menggantikannya kerana ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Astro AWANI.
Sehubungan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu pelik apabila seorang yang berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohammad membangkitkan mengenai pelantikan seorang TPM.
Katanya, sebagai seorang yang sudah berpengalaman, Dr Mahathir tentunya lebih memahami fungsi dan tugas-tugas TPM berbanding pihak lain.
“Dr Mahathir sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, kali pertama 22 tahun dan kali kedua 22 bulan, beliau sepatutnya lebih memahami perkara ini.
“Dalam usia yang sudah lanjut tidak perlulah ada dendam yang mendalam. Hiduplah dengan tenang.
“Sekiranya mahkamah mendapati Zahid bersalah dalam kes yang sedang dibicarakan, beliau tentunya akan digugurkan dari Kabinet.
“Dr Mahathir berkata beliau mahu menjaga cucu buat masa ini dan saya rasa itulah sepatutnya beliau lakukan, bukan lagi mencampuri urusan kerajaan,” katanya lagi.
Awal hari ini, Dr Mahathir mempersoalkan pelantikan TPM yang masih berdepan pendakwaan mahkamah.
Menerusi entri terbaharu di akaun Twitter peribadinya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat, perlu satu bentuk reformasi terhadap jawatan tersebut.

BARU SEBULAN JADI KERAJAAN DAH KENA HENTAM?


TUBUH SEKRETARIAT 2 KEMENTERIAN TANGANI HARGA

 

JADI PEMBANGKANG KUAT PULA KRITIK, JADI KERAJAAN SENYAP

 

SIASATAN AWAL BERKAITAN KES RASUAH MELIBATKAN PEGAWAI DBKL & PENIAGA LIMAU MANDARIN DI KUCHAI LAMA WPKL*

 🍊🍊🍊🍊🍊*SIASATAN AWAL BERKAITAN KES RASUAH MELIBATKAN PEGAWAI DBKL & PENIAGA LIMAU MANDARIN DI KUCHAI LAMA WPKL*


Pegawai Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama pegawai Pengurusan Aduan DBKL dan Jabatan Penguatkuasan DBKL telah turun padang pada 29 Disember 2022 (Khamis) jam 12.30 tengah Hari ke lokasi aduan berdekatan NSK Kuchai Lama, WP Kuala Lumpur.


Siasatan telah dilaksanakan di dua premis (kedai buah-buahan). *Hasil siasatan awal mendapati, tuduhan/aduan adalah benar* dimana terdapat seorang pegawai penguatkuasa DBKL yang bertugas di lapangan telah meminta duit ‘angpow’/hadiah sebanyak RM1,000. Siasatan juga mendapati, pegawai terbabit telah menerima wang dari peniaga yang sama pada tahun 2022 dan telah meminta duit angpow bagi perayaan Tahun Baru Cina 2023. 


Pegawai Jabatan Integriti DBKL telah mengenalpasti pegawai yang telah terlibat. Dan laporan lengkap berkaitan kes ini akan dikemukakan oleh Jabatan Integriti DBKL pada tempoh tiga hari berkerja.



HISHAMMUDDIN TAK MUNGKIN BERANI LAWAN ZAHID HAMIDI



Terdapat dua persoalan utama di sebalik riuh rendah yang kian memuncak tentang pertandingan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan sebelum Ramadan akan datang.


Pertama, siapa yang mahu bertanding merebut jawatan Presiden UMNO yang kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi?


Walaupun kecoh-kecoh kononnya UMNO perlu perubahan kepimpinan dan tidak mahu parti menerima nasib lebih buruk dalam PRU16 nanti, namun sehingga kini belum ada yang muncul menawarkan diri.


Bila lagi dan mahu tunggu apa lagi?


Kedua, meski Hishammuddin Hussein disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Zahid Hamidi, tetapi beliau juga sehingga hari ini masih berteka-teki mengenainya.


Selain tiada petunjuk yang betul-betul jelas bekas Menteri Pertahanan itu benar-benar mahu menawarkan diri untuk mencabar Zahid Hamidi, yang sedikit malang ialah beberapa pimpinan UMNO bahagian dan aktivis parti yang ditanya pendepat mereka mengenainya, rata-rata mengatakan anak Tun Hussein itu tidak mungkin berani berbuat demikian.


Kata mereka, Hishammuddin terkenal dalam sejarah politiknya sebagai pemimpin “play safe” yang tidak pernah berani untuk menentang arus.


Jelas mereka, pada pemilihan UMNO 2018 dulu misalnya, Hishammuddin tidak sedia untuk bertanding sebarang jawatan semata-mata kerana BN sudah kehilangan kuasa sebagai kerajaan.


Mereka berhujah, di tambah dengan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang ini dan dirinya pula tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan, lagilah beliau tidak berani untuk menawarkan diri.


Untuk itu, mereka tidak yakin sama sekali anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn itu ada sedia untuk menentang Zahid Hamidi.


Malah kata mereka lagi, untuk menentang Mohamad Hasan yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO juga tidak mungkin Hishammuddin berani melakukannya.


Dalam keadaan sekarang, ujar mereka, jawatan yang paling mungkin Hishammuddin berani menawarkan diri hanyalah sekadar Naib Presiden UMNO saja.


Oleh kerana jawatan itu perlu tiga pengisian, ia lebih mudah untuk beliau memenangi salah satu daripadanya, tambah mereka lagi.


Yang penting, kata mereka, dengan jawatan Naib Presiden itu sudah memadai untuk Hishammuddin memastikan survival politiknya terus terjamin dalam PRU16 akan datang, bahkan sesuai dengan imej “play safe” yang dimilikinya.


Bagi kebanyakan pemimpin dan aktivis UMNO, mereka lebih meyakini bahawa Zahid Hamidi sangat berpotensi besar untuk terus kekal memimpin parti tersebut sehingga PRU16 akan datang.


Jawatan dalam kerajaan yang dipegangnya adalah tunjang kekuatan untuk Presiden itu dapat terus mengekalkan jawatannya yang sekaligus membuatkan lawannya jadi “kecut telur” dibuatnya, demikian kesimpulan mereka mengenai ura-ura pertembungan Zahid Hamidi dengan Hishammuddin. – ShahbudinHusin 30/12/2022.

BAHAGIAN 2: MENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP-SENYAP



Bahagian 1 di sini -> https://www.facebook.com/100044138604267/posts/701894031291877/?mibextid=cr9u03


Bahagian kedua akan memberi gambaran kasar tentang apakah yang telah berlaku di antara hujung tahun 2021 sehingga 31 Oktober 2022.


Pada hujung tahun 2021, Telekom Malaysia Berhad (Telekom) telah menyatakan hasrat mengundur diri daripada sektor-sektor lain seperti hartanah dan pelancongan kerana Telekom mahu memberi tumpuan kepada core business seperti dalam selfie telekomunikasi.


Maka pada hujung tahun 2021 juga, Request For Proposal (RFP) telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang berminat mengambil alih 100% kepentingan Telekom dalam Menara KL Sdn Bhd (MKLSB).


Bukan open tender, tetapi RFP. Permintaan untuk cadangan. Maka hanya beberapa pihak sahaja mengetahui perkara ini.


Pada bulan Julai 2022, sejumlah 5 syarikat Bumiputera dan syarikat majoriti-Bumiputera telah membalas RFP Telekom dan menyatakan minat melalui penyerahan proposal masing-masing.


Lima syarikat tersebut ialah syarikat A, syarikat B, syarikat C, syarikat D dan Hydroshoppe Sdn Bhd (Hydroshoppe).


(Nota: Syarikat A, B, C dan D ialah nama samaran)


Seterusnya, proses tender, pembentangan, temu duga, perbincangan dan rundingan pun bermula.


Menurut prosedur yang betul, peringkat awal melibatkan pembentangan pelan pengurusan Menara KL kepada penjawat-penjawat awam tertinggi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Kelima-lima syarikat berkenaan telah membuat pembentangan.


Kemudian, shortlisting akan dibuat untuk memilih dua atau tiga syarikat sahaja.


Setelah senarai shortlist dibuat, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melantik satu syarikat yang dirasai patut mengambil alih pengurusan Menara KL.


Setelah UKAS JPM melantik satu syarikat, akhirnya barulah syarikat yang terpilih itu akan berunding harga dengan Telekom.


Perlu ditekankan di sini ialah, walaupun Telekom merupakan syarikat yang tersenarai, ianya tidak mempunyai kebebasan penuh untuk membuat segala keputusan.


Kerajaan masih berpengaruh dan boleh campur tangan dalam membuat keputusan, sepertimana UKAS JPM telah masuk campur dalam lantikan syarikat untuk mengambil alih saham Telekom dalam MKLSB.


Masalah mula timbul di peringkat di mana tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu telah melobi, memberi tekanan secara langsung atau tidak langsung, dan mengatur langkah supaya syarikat A, syarikat B, syarikat C dan syarikat D tercantas.


Syarikat A, B, C dan D dikatakan tercantas oleh kerajaan kerana…


Mereka mempunyai latar belakang perniagaan pembangunan dan pengurusan hartanah, pelancongan dan hospitaliti, makanan dan minuman, pengurusan acara, IT dan sebagainya.

-> Pengalaman dan kepakaran ✅


Mereka mempunyai keupayaan mengumpul modal mencecah ratusan juta ringgit, sekiranya diperlukan untuk membuat kerja-kerja pembaharuan Menara KL seperti menukar lif lama, membaiki generator set, mencantikkan lot-lot komersil dan sebagainya sekiranya berjaya mengambil alih saham Telekom dalam MKLSB.

-> Keupayaan kewangan ✅


Mereka bersedia membayar sekurang-kurangnya RM10 juta kepada Telekom, iaitu modal asal yang dikeluarkan oleh Telekom untuk menubuh MKLSB pada tahun 1990an.

-> Memastikan Telekom kembali modal ✅


Tetapi entah kenapa, keempat-empat syarikat tersebut telah tersingkir.


Yang mendapat keistimewaan dan dipilih ialah Hydroshoppe.


Hydroshoppe ialah syarikat Ali Baba yang tidak mempunyai apa-apa latar belakang relevan 👎🏻❌


Keupayaan kewangan Hydroshoppe adalah diragui 👎🏻❌


Ketidakupayaan Hydroshoppe adalah terbukti kerana Hydroshoppe kerana SSM telah membuat proses striking off terhadap mereka sebanyak dua kali- tahun 2016 dan Jun 2022 👎🏻❌


Sah sah problem punya company.


Tetapi pada bulan Oktober 2022, suatu arahan daripada tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu telah dikeluarkan.


Susulan arahan tersebut, Telekom telah memindah 100% kepentingan (10 juta unit saham) Telekom di dalam MKLSB kepada Hydroshoppe secara senyap-senyap.


Tiada apa-apa pengumuman dalam Bursa Malaysia, tiada makluman umum, tiada kenyataan media. Semuanya dibuat secara senyap-senyap.


Maka Hydroshoppe, iaitu syarikat yang bermasalah telahpun berjaya mengambil alih MKLSB dan hak ke atas pengurusan Menara KL.


PERSOALAN:


1. Kenapakah Hydroshoppe mendapat layanan istimewa dari tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu?


2. Adakah tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu menerima apa-apa imbuhan sebagai dorongan untuk memilik Hydroshoppe?


3. Pernahkah tangan-tangan ghaib dalam kerajaan terdahulu menulis apa-apa surat berunsur sokongan kepada siapa-siapa untuk memilih Hydroshoppe?


Jeng jeng jeng.

Nantikan bahagian ketiga.


Kredit : adrian lim chee an


KEBARANGKALIAN DALAM POLITIK MASA DEPAN

 Di Kelantan ni susah nak cakap. Ada 2 team.


📌 MB Kelantan tu PRO kepada PMX, sama macam MB Perlis.

Tapi presiden PAS anti PMX.


📌 Ramai MP PAS masih wala' kepada Hj Hadi tetapi tidak bagi MP BERSATU.

MP BERSATU lebih cenderung kepada ketua pembangkang iaitu Hamzah Zainudin.

Benda ni baru spark sikit, tak lama lagi akan wujud satu lagi gerakan untuk singkirkan Haji Hadi dan Mahiaddin.


📌 Tuan Ibrahim akan amek alih presiden dan MB Kelantan akan bawak ADUN negeri Kelantan masuk join kerajaan perpaduan PMX.


📌 Untuk Mahiaddin , Rafizi Ramli dah pecah lobang di parlimen, yang Hamzah memang nak bawak semua MP PN join bersama Anwar, tapi ditentang Mahiaddin dan Mahathir dibelakangnya.

Sebab tu masa bentang mini bajet, Hamzah setuju sebulat suara tanpa bantahan dengan usul kerajaan.


📌 Dan belah GTA plak Mukhriz bersama Hamzah nak bawak PEJUANG join bersama Anwar, Atok tak setuju dan suami Umie Aida Datuk K mengamuk la terus isytihar letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah.


📌 Mukhriz ni BFF kepada Bang Mat.

Azalina plak BFF kepada Hannah Yeoh dan Fahmi Fadzil.

Khairy Jamaluddin rasanya semua orang tahu BFF kepada Rafizi Ramli dan Nurul Izzah.


📌 Semua ada spy masing-masing. Ada orang PN pro Atok dalam kerajaan perpaduan dan ada juga orang pro kepada pak syeikh dalam PN.


📌 Pengaruh pak syeikh terlalu kuat guys.

Masa jadi ketua pembangkang pun berapa ramai MP Kerajaan yang follow dia masuk KEADILAN.

Skang plak dia orang nombor satu Malaysia.

Dan politik yang PMX bawa bukanlah berasas mematikan musuh politik.


📌 PMX terlalu sukar untuk dijatuhkan setelah Azalina tulang belakang Enakmen Anti Lompat Parti bawak usul ni dan lulus di parlimen.

GPS Sarawak plak dah dapat TPM. GRS Sabah dapat balik MA63.

Memang kalau korang nak belajar diplomasi ni kena belajar banyak dari Anwar Ibrahim.


📌 Dan kalau korang jenis mental cepat down, kena belajar sabar banyak dengan ketokohan dan aura PM ke sepuluh.

Anwar menekankan soal keadilan sangat mahal di negeri ini. Bukan pesimis tetapi fakta.


📌 Konspirasi mason melayu dalam institusi istana dan feudal politik juga telah berjaya dicantas oleh Zahid Hamidi dan Ismail Sabri.

Sultan Perak, Sultan Kelantan rasanya semua orang tahu kot memang PRO kepada Perdana Menteri.

Tapi ramai yang terlupa, Sultan Johor negeri selatan tanah air tu merupakan tulang belakang yang sokong pak syeikh lead Malaysia setelah prestasi BN merudum.


📌 Sebab tu pepatah melayu berkata nak benci, jangan benci lebih-lebih.

Yang selamatkan leluhur tanah melayu dari kerakusan tamak haloba 2 Mah adalah raja-raja melayu.

Tidak ada tempat untuk PN derhaka di dalam negeri ini.


📌 Kerana orang istana juga ada 2 team. 1 team mason 1 lagi team PM10.

Team mason ni lah yang Mahathir pecah lobang, mereka bayar 5 juta kepada timbalan pendakwaraya untuk create fitnah liwat 1 sekat Anwar jadi PM.

Umie Hafilda time tu saksi utama. Masa tu Azmin mereka tak berjaya beli, bergaduh teruk dengan adik dia backup pak syeikh;

tetapi sejarah menuliskan Azmin tewas juga di tangan mereka setelah menjadi proksi Mahathir dan playmaker Langkah Sheraton.


📌 Ini cerita pergelutan di istana.

Pergelutan di federal pula orang kuat pak syeikh telah cantas habis-habisan mason melayu.

Rais Yatim tercyduk. Khairy Jamaluddin dan Zafrul telah dikuburkan oleh Zahid Hamidi di Sg Buloh dan Kuala Selangor.

House of Najib semua dimatikan oleh Ismail Sabri.

Jadi yang tinggal dalam kerajaan perpaduan skang ni hanya sorang saja wakil mereka;

itupun pak syeikh berjaya cantas dari mereka pegang kantung negara.


📌 Setia itu bayarannya mahal. Saifuddin Nasution dan Fuziah Salleh 2 sosok yang paling setia dengan pak syeikh telah diangkat jadi senator bertaraf menteri walaupun kalah pilihanraya.

Zahid Hamidi the genius one dapat tumbangkan kartel judi dan sihir mason dari merasuk rakyat jelata.

Ismail Sabri pula melalui trik penyamaran dapat tarik Hishamuddin H2O punya blok buat MOU dengan kerajaan perpaduan.


📌 Abang Jo orang nombor satu Sarawak plak berjaya dalam tugasannya satukan GRS dan GPS(blok borneo) untuk dapat balik hak asal perjanjian MA63.

Selepas PRN 6 buah negeri, corak politik akan berubah.

Anak muda first time voter semakin selesa dan jatuh cinta dengan PM10.

Dan tohmahan DAP menguasai Malaysia berjaya dihapuskan.


📌 Suatu hari anda menyedari bahawa ia bukan permainan, tetapi dengan siapa anda menontonnya.

Ia bukan tentang rumah/mahligai besar yang anda miliki.

Ia adalah tentang orang-orang di dalamnya.

Ia bukan tentang kopi starbuck terbaik yang pernah anda rasa,

tetapi untuk siapa anda belikannya.


📌 Bukan semua kerja yang anda lakukan, tetapi siapa yang berada di barisan kabinet bersama anda.

Ia juga bukanlah lagi makan malam hebat yang disediakan untuk anda.

Semuanya akan bicara siapa yang akan membawakan pinggan anda.

Anda perlu belajar cara menghargai orang yang setia, ikutlah stail PMX berdamai dengan takdir.

Makan di lokap/penjara ke makan di istana ke, diri mesti konsisten.

Sejatinya manusia itu hamba yang setia.


Bersahabatlah dengan alam ladunilah hati dengan rasa mati;

kerana hanya itu saja cara untuk mengungkapkan rasa dan jeritan batinmu di lubuk hati.

Ada orang yang ditugaskan menjaga sayap kita tetapi dia tidak akan turut terbang bersama.

Misteri takdir itu ada dalam 2 jarum iaitu ruang dan masa.


Untuk para pendokong PN, andai ruang pada waktu ini bukan milikmu dan berpihak pada si dia,

percayalah masa itu lebih memahami mengapa kemenangan ini bukan waktunya.

Kerana pengakhiran rangka bagi kedua jarum itu adalah percaya.

Musuh percaya adalah khianat dan iri hati.

Takdir pencipta adalah sesuatu yang tidak akan kita dapat kembali.

Syukur Alhamdulillah negeri kita bebas dari si diktator tangan besi.


Wisata Roh