SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 1

 

BOB KELANANG


Tahap KEZALIMAN PAS Yang Hampir Maksima

1. 29 Nov., 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.

2. 01 Dis., 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui.

Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000.

Setelah disaman oleh Dato Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.

3. BH: 02 Dis., 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305/JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekerjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.

4. HM: 08 Dis., 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (dalam bulan Ramadan).

5. UM 16 Dis., 1999 - Hadi: Anggaplah pertukaran takdir Allah.

6. HM: 17 Dis., 1999 - SUK pencen awal dan kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.

7. MM: 19 Dis., 1999 - Dato Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.

8. UM: 16 Dis., 1999 - Dato Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato Haji Saidi Mohamad (Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.

9. UM: 23 Dis., 1999 - Dato Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.

10. BH: 30 Dis., 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.

11. BH: 03 Jan., 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.

12. UM: 05 April 2000 - Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak/double standard.

13. UM: 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.

14. Al-Haq: April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.

15. Al-Haq: April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.

16. Al-Haq: April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.

17. WDI: 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.