R E F O R M A S I
!!!
Tamrin
Tun Ghafar
Ahad - 25/12/2022
( 1 - 27 )
1.
Sebagai sahabat lama , bermula dengan
membantu memenangkan beliau sebagai Ketua
Pemuda UMNO Malaysia dengan menewaskan Hj.
Suhaimi Kamaruddin pada tahun 1982
2. Dr. Mahathir
, ketika itu Perdana Menteri memberi
sokongan kuat justeru memberi perangsang
kepada kami memenangkan beliau walaupun
akhirnya menang dengan 10 undi
3. Saya
tumpang gembira melihat beliau akhirnya berjaya
juga mencapai cita - cita nya apabila
disahkan oleh majoriti Ahli Parlimen sebagai
Perdana Menteri ke10
4. Ayah kami
, Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah di baca )
yang dipertanggung jawabkan oleh Dr. Mahathir
ketika itu menentukan keahlian Anwar sebagai Ahli
UMNO bagi membolehkan beliau bertanding Pilihanraya
di'backdated' kan , akhirnya TERPAKSA mengalah
dengan melepaskan semua jawatan bagi memberi jalan
kepada Anwar dilantik sebagai Timbalan
Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
5.
Tindakan arwah menarik diri dari
semua jawatan tersebut kerana bagi mengelakan
UMNO , Parti Melayu yang disertai dan dicintai nya
sejak 1951 berpecah selain dari tidak
berkemampuan wang ringgit
6. Sama ada
secara kebetulan atau hukum ALLAH SWT ,
jika dibuat kajian , UMNO mula bergolak
sehingga ke hari ini selepas arwah TERPAKSA
letak semua jawatan , Wallahulam !!
7. Walau
apapun terjadi , sebagai pengamal politik
yang berpegang kepada konsep demokrasi , ikhlas
dinyatakan sehingga kini saya tidak pernah
menyimpan dendam samada kepada beliau mahupun
kepada Tun Dr. Mahathir yang dilihat ketika itu
memimpin Anwar sebagai orang no.2 nya
8.
Semoga segala perjuangan dan pengorbanan
arwah yang lebih dikenali sebagai
Chegu Ghafar atau Che' Ghafar di Rahmati
ALLAH SWT , dan pada masa sama kita
doakan Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru
akan melakukan yang terbaik terutama untuk bangsa
yang masih mundur dan negara yang
sedang di bebani hutang yang mengerunkan
9. Tulisan
saya pada hari Khamis 29hb November 2022
( tamrintunghafar.
blogspot.com )
bertajuk
TAHNIAH ANWAR
SEMOGA PAHAT
TIDAK BERBUNYI
LAGI
Rupa - rupanya
'dentuman' pahat tersebut makin hari makin kuat ;
boleh kedengaran dimana - mana saja
10. Kita
bukan sahaja patut beri peluang malah perlu sama
- sama membantu dalam usaha murni beliau
membangunkan negara agar dihormati semula
seperti disatu ketika di zaman Dr. Mahathir dulu
apabila Malaysia digelar
THE ASIAN TIGER
11.
Jika Germany dan Jepun hancur semasa
Perang Dunia dulu dan Vietnam pula di
musnahkan tentera Perancis dan kemudian nya
tentera Amerika Syarikat boleh bangkit semula sebagai
negara maju dan dihormati , maka TIDAK
MUSTAHIL kita juga boleh lakukan sedemikian
dengan beberapa syarat :
i.
Menghapuskan segala bentuk 'ketirisan'
wang negara
ii.
Memerangi rasuah habis - habisan TANPA
pilih bulu ; kawan atau lawan
iii.
Mengenepikan segala perbalahan
iv.
Bersatu dan menyokong segala usaha
yang baik untuk negara dan rakyat
12. Anwar ,
Menteri - Menteri dan 'orang - orang sekeliling'
beliau harus menerima pandangan yang
mungkin tidak digemari dan kritikan dengan hati
terbuka BUKAN memandang rendah , mendendami
atau 'cop' mereka samada dari kawan atau lawan
13. Melalui
'PUISI' teguran Hassan Karim , Ahli
Parlimen Pasir Gudang , Johor dari PKR yang
juga merupakan sahabat karib Anwar harus
diberi perhatian serius kerana walaupun kritikan nya
terhadap Anwar itu sinis dan tajam namun ia
adalah luahan yang BERASAS ; disertakan ketiga -
tiga PUISI tersebut untuk ditatap
bersama :
i. KU
SIMPAN
RISALAH
REFORMASI
DI DALAM PETI
ii.
KUASA
MENGUBAH
SEGALA -
GALA
NYA
iii. SATU
DEKLARASI
14. Kerajaan
yang BAIK ialah Kerajaan yang selalu
bersedia mendengar nasihat , pandangan , kritikan dan
teguran dari rakyat BUKAN ( BUKAN ) menggunakan
undang - undang bagi melenyapkan , menakut
dan menekan
15.
Apakah mengekalkan SOSMA atau mana - mana
undang yang boleh digunakan bagi menekan
rakyat yang membuat teguran sebahagian dari
perjuangan
R E F O R M A S I
? yang PKR , kini PH BERJANJI akan
menghapuskan segala undang - undang yang MENINDAS ?
16. Di negara -
negara lain Kerajaan mereka mengambil pendekatan
berbeza dengan negara kita tapi masih boleh mengawal
keadaan
17.
Rakyat MENYOKONG PH kerana SEGALA
yang di janjikan sebelum dan semasa
berkempen baru - baru ini namun setelah berkuasa
Kerajaan MELAKUKAN sebalik nya ; jika Kerajaan
Anwar terikut - ikut 'SINDROM PENAFIAN' yang di
praktikkan UMNO , berkemungkinan ia tidak
akan bertahan lama
18.
Yang paling penting bagi Zahid ialah beliau TIDAK
DI PENJARAKAN seperti Najib atas 47 tuduhan
yang sedang dibicarakan
19. Anwar
mempunyai seekor penyengat atau tebuan
didalam bilik tidurnya yang boleh menyerang
beliau pada bila - bila masa sahaja
20. Lupakah
kita bagaimana Zahid membelasah Ahmad Bazli di
satu ketika dahulu ( sila lihat lampiran )
begitu juga perlantikan semula Ahmad Jazlan
Yaakub , pengampu utama beliau di Kelantan
sebagai Pengurusi Felcra sedangkan Kabinet yang
beliau turut hadir MEMBATALKAN semua perlantikan
politik GLC dan anak - anak syarikat nya
21. Kita
puji tindakan Anwar membatalkan perlantikan itu
yang di umumkan Zahid
22. Selain
dari perlantikan Zahid yang perlu dilakukan
bagi mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen
UMNO/BN walaupun Anwar dan Timbalan nya , Rafizi
, menegaskan NO UMNO dan NO Zahid dan
Perhimpunan UMNO ( PAU ) pula menolak PKR Anwar dan DAP
rakyat perlu diberi pejelasan berhubung
perlantikan Zafrul sedangkan Anwar BERJANJI
tidak akan melantiknya sebagai Menteri
23. Berbagai
spekulasi kedengaran , mereka MAHu
penjelasan sebenar mengapa Zafrul diberi jawatan Menteri
sedangkan Dr. Zulkify Ahmad mantan Menteri
Kesihatan ditinggalkan begitu saja
24. YANG
MENANG
DITINGGALKAN
YANG KALAH
DIBERI JAWATAN
25. Jika
Zafrul SANGAT diperlukan kerana ' 'kehebatan'
beliau mentadbir urus Kewangan Negara ,
mengapa pindahkan beliau ke Kementerian lain -
sebenarnya beliau sebagai Menteri Kewangan
GAGAL
26. BAGI
MEMAJUKAN NEGARA DAN RAKYAT , ANWAR HARUS
PUNYAI PASUKAN KABINET YANG LEBIH HEBAT ,
YANG BOLEH BERFIKIR , BUKAN 'YES MAN' DAN
BUKAN
DI BELENGGU
DENGAN KEHADIRAN ZAHID DAN ZAFRUL
YANG DI BENCI UMUM
27.
Rakyat akan lebih jelas jika
sekiranya PKR atau PH BOLEH
menyenaraikan
R E F O R M A S I
yang diperjuangkan
Wassalam
Terima Kasih
By Tamrin Tun
Ghafar Tamrin Ghafar at December 24, 2022 No
comments: