DS Anwar Ibrahim,
maaf cakap, cadangan ni kerja gila. Ini cadangan separuh masak yang jelas
takkan mampu berlaku adil kepada rakyat.
Bukan semua yang guna kereta berkuasa besar itu orang kaya dan
ramai orang kaya yang guna kereta berkuasa rendah. Data tu tak menunjukkan
situasi sebenar.
Subsidi petrol ini sesuatu yang perlu. Tak kira apa kedudukan
orang itu dalam masyarakat, subsidi petrol tak boleh tidak, terpaksa diberikan.
Sebenarnya lebih baik kalau kerajaan ubah dasar automotif
negara. Sepatutnya kerajaan galakkan rakyat beralih kepada kereta elektrik.
Berikan insentif kepada mereka yang beralih kepada kereta
elektrik. Potongan cukai, diskaun cukai jalan, subsidi alat ganti dan
sebagainya.
Menggalakkan rakyat gunakan kereta elektrik, terutamanya di
bandar, akan lebih berkesan untuk menangani isu subsidi petrol ini.
Galakkan syarikat berstatus nasional untuk hasilkan kereta
elektrik pada harga mampu milik berserta alat ganti yang berpatutan. Selain itu
tambahkan charging station.
InsyaAllah ramai yang akan mula beralih kepada kereta jenis itu.
Bila ramai dah pakai kereta elektrik, sekali gus subsidi petrol akan
berkurangan.
Nasihat daripada marhaen ini, subsidi petrol jangan diusik kalau
mahu kekal sebagai kerajaan. Sebab ia ada kesan berantai yang panjang.
Kenaikan harga petrol akan timbulkan kemarahan rakyat dan
pastinya sukar untuk dimaafkan. Jangan silap langkah wahai Dato'Seri. Guane
boh?