Kita semua bertanggungjawab dalam membantu untuk melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua berbanding kembali kepada politik zaman dahulu
By
DR WONG
SOAK KOON/ALIRAN
Keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan bahawa
masyarakat Malaysia sangat berpecah-belah dalam mencapai wawasan bagi negara.
Ada yang
melihat masyarakat kita melalui kaca mata perkauman dan agama yang eksklusif
manakala ada yang lain mencari masyarakat yang lebih merangkumi semua serta
mengiktiraf kerencaman yang membentuk negara kita.
Perpecahan
ini terbukti di ruang awam semasa tempoh kempen pilihan raya sehinggalah
apabila Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri.
Isu
perkauman dan agama berasaskan kebencian dan kepalsuan merebak seperti api di
media sosial, terutamanya TikTok.
Apa yang
membimbangkan ialah bagaimana ramai yang menularkan mesej sebegitu adalah di
kalangan pengundi kali pertama yang kemudian mengundi mereka yang menggalakkan
pandangan yang memecahkan. Penyampaian isu yang sedemikian mengingatkan akan
politik lama oleh Umno yang buruk, yang memanfaatkan kawalan media untuk tujuan
tersebut.
Arus
sebegini cukup membimbangkan kerana walaupun para pengundi mungkin telah
menolak Umno, mesej perpecahan sebegini masih dipercayai sebilangan besar
orang, terutamanya di kalangan golongan muda.
Negara
kini berada di persimpangan di antara memilih untuk kembali kepada politik lama
buruk itu yang diamalkan Umno, walaupun dengan actor politik yang baru, atau
memilih politik baru yang mengutamakan keterangkuman, keadilan dan demokrasi.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Atas
sebab inilah kita mesti memperkasakan mesej politik baru ini di ruang awam
(terutamanya melalui media sosial) dan menggesa atau menuntut agar kerajaan
gabungan Anwar untuk memperkenalkan dasar yang membawa politik baharu dalam
negara.
Kita
tidak mampu menanggung masyarakat yang berpecah belah dalam menghadapi pelbagai
cabaran yang akan dihadapi oleh negara. Kita semua bertanggungjawab bagi
membantu usaha melahirkan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh kita semua
daripada kembali kepada politik zaman dahulu. Pilihan ini terlalu mengerikan
untuk kita bayangkan.
READ MORE: As reformist-led
government takes shape, Aliran holds annual meeting with renewed hope
Aliran
mengucapkan selamat berbahagia kepada semua pembaca kami yang menyambut Krismas
yang cukup bermakna. Dalam kita meraikannya, marilah kita juga mendekati mereka
yang kurang bernasib baik serta terpinggir dengan menghulurkan apa sahaja
bantuan yang kita boleh kepada mereka.
Marilah
kita juga mengambil kesempatan ini untuk membina jambatan dan menyebarkan
kegembiraan dan muhibah di kalangan sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama
atau kewarganegaraan mereka.
Chris
Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
22 Disember 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman