KABINET KERAJAAN PERPADUAN MEMILIKI 67 % BERUGAMA ISLAM, JADI APA MASALAH LEBAI ?



Sampai bila isu perkauman dan agama mahu dijadikan modal politik oleh parti Pas?  Tidakkah baik jika Pas terus mebawa isu RUU 355 jika pun telah lupa kepada agenda hukum Hudud?


Pas telah diberi peluang memerintah beberapa negeri, namun gagal melaksanakan apa yang mereka sering laungkan iaitu RUU 355 berkaitan memperkasakan undang-undang syariah dan sebelum ini puluhan tahun bercakap tentang hukum Hudud.  Alasan mereka, kuasa di negeri amat terhad.  


Allah uji Pas apabila diberi kuasa menjadi kerajaan di Pusat meskipun dengan cara 'tebuk atap' atau khianat mandat rakyat.  Ada pemimpin Pas dapat jawatan Menteri Undang-Undang dan Menteri Agama.  Kerajaan 'tebuk atap' selama lebih kurang 3 tahun dengan dua PM, dan kerajaan itu tanpa Dap yang kononnya anti Islam, Pas tetap gagal mahu bercakap soal RUU 355 jauh sekali pasal Hudud.  Lidah mereka kelu dan mulut mereka dipenuhi dedak waktu itu tidak mampu bercakap lagi tentang perlaksanaan hukum Islam yang mereka janjikan.


Akhirnya selepas PRU15, ternyata rakyat telah buktikan Pas bukan pilihan majoriti sekaligus membuktikan kerja jahat mereka merampas mandat rakyat dari PH dahulu tidak direstui rakyat.  Gabungan PH menjuarai sokongan majoriti rakyat meskipun tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan.  Hari ini, PH dan Bn serta beberaa gabungan parti lain bersatu di bawah kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Agong.  Pas yang mempunyai bilangan MP  paling ramai dalam PN telah memilih Presiden Bersatu Muhyiddin sebagai 'tuan' mereka.  Mungkin Pas sedar pemimpin mereka tidak layak memimpin.  Slogan "Islam Memimpin" itu hanya sekadar pemanis mulut waktu berceramah.  Janji-janji pemimpin Pas kepada walaun2 mereka iaitu dengan siapa pun Pas bergabung, Pas wajib dominan, janji2 itu hanyalah untuk menaikkan semangat para penyokong mereka semata2.  Bila ada peluang untuk memimpin, Pas serahkan kepada pihak lain.  


Selama ini pemimpin Pas sering meratib soal Dap.  Kerajaan PH dahulu dikawal oleh Dap.  Kerajaan sekarang pun mereka kata ada Dap.  Pas pelik mengapa Umno mahu bersama Dap.  Ada Dap maka Islam akan hancur, inilah otak pemimpin Pas.  Diungkit2 kata2  pemimpin Umno di dalam PAU iaitu "No Anwar, No Dap" tetapi mereka diamkan perkataan "No Bersatu".   Jika mahu diungkit, Umno boleh saja ungkit Amanat Hadi yang sesat itu di mana secara terang dan jelas mengkapirkan Umno/Bn.  Di dalam Amanat di Banggol Peradung, Terengganu tahun 1981, dipetik Hadi menyatakan bahawa menentang Umno/Bn itu wajib dan jihad dan jika mati ketika menentangnya maka mati syahid.  Alasan Pas adalah kerana Uno/Bn mengekalkan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir.  Rupa2nya itu semua auta dan menyesatkan dari Hadi Awang.  Terbukti, Pas bersama kerajaan tebuk atap selama tiga tahun tetap menjunjung perlembagaan yang dikatakan kafir itu.  Mereka lupa peristiwa Memali tahun 1985.  Puluhan umat Islam mati termasuk pihak keselamatan akibat amanat sesatHadi Awang.


Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 di bawah PM Dato Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memainkan sentimen agama tetapi berjaya menubuhkan anggota kabinetnya dengan 67 % menteri berugama Islam.  Kabinet yang diwakili oleh semua kaum dan agama ini sejajar dengan konsep negara majmuk di negara tercinta ini.  Apakah Pas fikir dengan adanya 4 menteri dari Dap di dalam kabinet sekarang boleh menjejaskan Islam?   Daripada 28 anggota jemaah Kabinet, 19 daripadanya adalah berugama Islam.  Apakah itu tidak cukup kuat untuk memelihara Islam dan memelihara perlembagaan negara kita?


Cukup-cukuplah Pas berpolitik cara kampung.  Hentikanlah menunggang agama demi kedudukan dan jawatan.  Kesihanilah para penyokong kamu yang selama ini menyokong atas dasar mahu kepada Islam yang sebenar bukannya retorik atau slogan seata2.  Pas perlu muhasabah dan kembali kepada perjuangan asal seperti yang diperjuangkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Kedua-kedua mujadid ini amat dihormat oleh bukan Islam kerana pendekatan atau uslub dakwah yang mereka bawa.


WFAUZDIN NS