MAZLAN ALIMAN MENERAJUI FELDA?
Selepas PRU14 dulu, saya melobi agar Sdr Mazlan Aliman dilantik
untuk menerajui Felda. Ada asasnya, kerana beliau orang yang bertungkus lumus
keluar masuk felda berkempen dalam PRU14 dan hasilnya banyak kawasan atau
parlimen yang majoriti felda berjaya kita menangi.
Malangnya, PM kerajaan PH waktu itu memandang sepi isu felda
ditambah pula urusannya dibawah menteri ekonomi waktu itu, Azmin Ali. Gandingan
pengkhianat Mahathir dan Azmin gagal untuk merealisasikan hasrat Sdr Mazlan Aliman
seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH. Kertas putih felda hanya muncul di
penghujung nyawa kerajaan PH yang kemudiannya kerajaan PH dikhianati. Sdr
Mazlan tentu merasa kecewa sehinggakan beliau terus menyepi hingga kini.
Dunia belum kiamat. Masa masih ada dan peluang terbuka kini.
Pengkhianat itu semua telah kita kuburkan secara mengaibkan. Kini, di bawah
kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, saya yakin Felda boleh
direformkan di bawah Pengerusi baru, Sdr Mazlan Aliman. Beliau anak jati felda,
beliau tahu gerak nadi warga felda.
Saya harap PM kita yang amat prihatin masalah rakyat termasuk
warga felda dapat menimbangkan perlantikan Sdr Mazlan Aliman untuk mengetuai
felda.
WFAUZDIN NS