malaysiakini.com
Usaha jadikan PN kerajaan: PAS tunggu dan lihat
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim semalam berkata terdapat usaha sedang dibuat untuk memastikan PN menjadi kerajaan.
KAMSIAH HEIDER
Sepatutnya wartawan2 bertanya kepada mereka2 ini bagaimana mahu
memperkasakan ekonomi , menguatkan matawang dan menjadikan negara ini lebih
maju . Ini asyik main catur nak jatuhkan lawan dan tidak menghormati RUU
anti-lompat parti.
Tugas hakiki para YB yang mana kita mengharap – membaca semua
akta, meneliti semua cadangan bil, mengkaji buruk baik akta atau hukum yang
ingin diperkenalkan – mereka abaikan. Melupus hukum yang tidak masuk akal untuk
terus diguna pakai tidak terlintas dalam kepala mereka.
Kerana gagal memahami tugas YB sebagai pembuat undang-undang –
lawmaker – maka para YB kita kembali merujuk ke budaya feudal yang sedia wujud.