Penyamun tu bererti pencuri. Pencuri adalah orang yang mencuri. Mencuri pula perbuatan mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa izin.
Yang curi duit tu betul la memang pencuri. Tapi bukan curi duit sahaja boleh digelar pencuri. Ada banyak lagi perbuatan yang sebenarnya mencuri.
Contoh potong barisan. Sama ada di jalanraya atau di mana-mana tempat. Itu juga mencuri. Sebab kita ambil giliran yang sebenarnya milik orang lain.
Satu lagi contoh ialah curi jawatan. Bila kita sengaja reka cerita supaya musuh kita tak dapat jawatan yang sepatutnya dia dapat. Kemudian jawatan itu jadi milik kita. Itu juga dikira mencuri.
Tapi mencuri paling besar adalah ciri mandat. Bila dia diberi mandat atas nama parti lain, tapi dia lari keluar dan tubuh kerajaan baharu dengan musuh.
Dalam banyak-banyak perbuatan mencuri, inilah curi yang paling besar. Kerana ia turut merompak masa depan rakyat yang harapkan pembaharuan.
Curi duit tu jahat. Siapa kata tak jahat memang sah ada masalah mental. Tapi curi mandat lebih besar jahatnya. Bukan sahaja jahat bahkan juga zalim.
Tapi curi mandat ni ramai orang yang butakan mata tak mahu anggap seperti mencuri. Bahkan ada yang sampai sanggup tunggang agama adjust dalil cuma untuk halalkan perbuatannya mencuri itu.
Paling kelakar, pencuri mandat gelar pencuri wang sebagai penyamun. Ejek pula orang yang berkawan dengan penyamun. Sedang dia sendiri penyamun yang lebih besar. Penyamun kutuk penyamun.
Persoalannya sekarang, ada tak aku tercuri hati sesiapa? Kalau ada tolong kabo sebab aku nak pulangkan. Gicu... Guane boh?
Raja Gelap
.