STRATEGY MAHIADDIN NAK JATUHKAN NAJIB. MANIPULASI KEADAAN

 

Ada machai bunga claim Mahiaddin yang paling berani lawan 1MDB sampai kehilangan jawatan Timbalan PM. Mahiaddin digugurkan dari jawatan TPM selepas videonya bercakap tentang 1MDB tersebar.

Aku dah pernah ulas dulu. Aku kata video tu dicuri dengan izin. Kalau melihat kepada keadaan video itu dirakam, memang macam sengaja nak bocorkan video itu untuk sebaran umum. Tapi kenapa?

Kerana pada ketika itu Mahiaddin punya rancangan untuk jatuhkan Najib sebagai presiden UMNO. Dia cuba timbulkan keraguan di kalangan ahli UMNO supaya Najib ditolak dan kemudiannya dia dilantik jadi presiden.

Malangnya Najib lebih cekap. Tanpa bertangguh Najib terus tukar TPM. Itu yang jadikan Mahiaddin terpinga. Perangkap yang dibuat makan diri. Apa yang terjadi selepas itu kita sendiri pun tahu.

Jadi Mahiaddin bukanlah orang yang menentang 1MDB. Mahiaddin tahu penyelewengan Najib tapi apa yang dia buat? Hanya bincang sesama sendiri saja. Laporkan kepada polis atau SPRM pun tidak.

Mahiaddin sebaliknya cuba manipulasi keadaan Najib untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia guna 1MDB untuk potong Najib. Bukan untuk selamatkan duit rakyat pun. Jadi jangan kata dia pejuang 1MDB la. Geli aku.

Pejuang rakyat sebenar, yang mulakan pendedahan 1MDB adalah Rafizi dan juga DS Anwar. Skandal ini terbongkar adalah jasa dua insan ini yang sanggup risikokan segalanya demi selamatkan duit rakyat.

Mahiaddin cuma seorang opportunis. Sama seperti dia potong Mahathir tang konar selepas Langkah Sheraton untuk jadi PM. Mana dia boleh pulas, dia pulas. Janji dia untung. Yang mati, rakyat. Tapi dia peduli apa? Guane boh?

Raja Gelap