PENYATAAN RASMI
Semalam, melalui dada akhbar, calon Barisan Nasional Pengkalan
Chepa telah mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran
beliau adalah sah.
Namun, penyataan tersebut tidak disertakan apa-apa bukti atau
penyataan khas dari pihak Universiti. Setakat ini hanya hearsay atau cakap2
kosong daripada dia.
Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti
Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya. Ia mengatakan
Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga
adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.
Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan
Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini BELUM LULUS pengajian. Boleh
semak sendiri melalui link di bawah.
Dengan ini, saya menggesa calon ini agar berterus terang kepada
rakyat dalam masa 24 jam.
Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh
masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan
mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.
Saya selalu percaya, the power in people is greater than the
people in power.
Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang
pilihanraya dan memerintah kita.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
****************************************************
Siapa saja boleh email ke pihak Universiti di alamat email
berikut: akademik.fk@ugm.ac.id. In sya Allah… Mereka akan membalas dengan surat
yang sama dalam masa 2-3 hari.
Anda juga boleh semak sendiri database KPT ini: menunjukkan
beliau belum lulus.
https://pddikti.kemdikbud.go.id/.../M0YwOTk0OTQtNDFFNi00O...
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA