Keupayaan PN mengejutkan [Analisa Pertama]
ULASAN
PILIHAN raya ke-15 telah
selesai kira-kira jam 4:30 pagi tadi (semalam) apabila Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan
dengan rasmi hasil pilihan raya itu. Muktamad PH memperolehi 83 kerusi yang
menjadi parti yang mengungguli pilihan raya kali ini.
Manakala PN mengikuti
rapat dengan mendapat 73 kerusi hanya sembilan kerusi membezankan kekuatan,
sementara Umno hanya dapat mempertahankan 30 kerusi cukup untuk menyelamatkan
parti itu agar tidak hilang dari radar politik.
Gabungan Parti Sarawak
(GPS) mendapat 22 kerusi menjadi parti dominan di Borneo sementara Gabungan
Rakyat Sabah (GRS) mendapat enam (6) kerusi.
Parti Warisan Sabah hanya
mendapat dua kerusi, manakala lain-lain parti PBM satu kerusi dan Bebas dua
kerusi.
Dugaan awal.
Seperti diduga awal-awal
oleh pemerhati dan pengamat politik tidak ada parti yang mendapat majoriti
mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan secara bersendirian dalam pilihan raya
ini. Tampaknya ia benar-benar berlaku dan sungguh mengawatkan keadaan
hingga ke saat ini.
Keadaan ini pertama kali
berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia yang telah diadakan sebanyak 15
kali sejak pertama kali 1955. Pilihan raya ke-15 ini benar-benar mengsuspen dan
mengganggu bidak catur strategis dan penganalisa politik serta para mater
mind parti-parti politik.
Pilihan raya yang
ditetapkan berlaku dalam keadaan dipertikaikan banyak pihak ini, tetapi
dighairahi oleh UBN kerana kemenangan di Melaka dan Johor memberi keputusan di
luar jangka yang mengejutkan. BN yakin kesegeraan pembubaran parlimen bagi
membolehkan pilihan raya diadakan, akan berpihak kepada mereka. Namun nampaknya
ia telah menjadi istidraj.
Apa yang berlaku memberi
ibrah terbaik kepada semua pihak khususnya kepada parti UBN yang sangat yakin
dengan pilihan raya kali ini. Strategi dan tektik mereka telah memakan
diri sendiri. Sekali terkena hendaklah beringat di masa depan. Jangan sesekali
bersikap menduga di air tenang tiada buaya.
Sesungguhnya kekalahan
dialami UBN itu sesuatu yang sangat memalukan. Ia lebih buruk daripada apa yang
berlaku semasa dalam pilihan raya ke-14 lalu. Kekalahan kali ini sebagai
kesenimbungan kehanyutan Umno di masa akan datang. Makanya sangat wajar
kalau Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti mengambil
tanggungjawab untuk berbuat sesuatu kepada UBN termasuk melepaskan
jawatan.
Sebelum pamit kepada
parti Zahid boleh berbuat sesuatu sebagai kenangan, seperti memastikan Umno
masih ada maruah sebelum meninggalkannya. Salah satu ialah dengan memiliki 30
kerusi itu memainkan peranan untuk menghuraikan kemelut ketidakcukupan kerusi
untuk membentuk kerajaan kini. Zahid harus berfikir ke arah itu dengan bijaksana.
Umno perlu muncul sebagai pengenap jumlah kerusi demi membentuk kerajaan.
Pihak sebenar menang.
Walaupun PH mendapat
jumlah kerusi lebih, tetapi kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini, bagi
saya ialah kepada PN khususnya Pas. Kekalahan beberapa tokoh PH daripada
Keadilan seperti Naib Presiden Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Setiausaha
Agung Saifuddin Nasution (Kulim - Bandar Baru), Fuziah Salleh (Kuantan),
Shamsul Iskandar Md Akim (Bagan Datuk) dan-lain menyebabkan parti itu menerima tamparan
hebat.
Kandatipun ada tokoh baru
yang menang seperti ketua angkatan muda, (AMK) Adam Adli (Hang Tuah Jaya),
ketua wanita Fadzlina Siddik (Nibong Tebal), tetapi ia tidak menunjukkan
kehebatan Keadilan, sebalik hanya sebagai penawar merawatkan kesakitan
ditinggalkan mereka yang kalah. Jumlah muka baru yang menang jauh lebih rendah
dengan mereka yang tewas.
Sebaliknya kejayaan PN,
(Bersatu) merampas kerusi Umno manakala Pas pula bukan sahaja merampas kerusi
Amanah tetapi kerusi Umno dan PKR juga sesuatu yang mengkagumkan. Dua kerusi
Amanah di rampas oleh Pas di Parit Buntar (Mujahid Yusuf Rawa) dan Pokok Sena
(Mahfuz Omar), kedua-dua mereka adalah naib presiden Amanah.
Selain itu kejayaan
paling manis ialah merampas kerusi Kota Setar antara kawasan bukan Melayu,
daripada Keadilan.
Kemenangan bergaya PN itu
menunjukkan strategi mereka berjaya terutamanya daripada Pas. Apabila Pas
sanggup meninggalkan Umno dan "bermukah" dengan Bersatu disaat Umno
merindui dan memerlukannya, ia membawa kejayaan besar. Tindakan Pas itu boleh
disifatkan sebagai bijak dan staregi ampuh. Inilah kekasyafan pemimpin
Pas.
Kita yakin Pas juga
terkejut dan tidak percaya dengan keupayaan parti agama itu kali ini. Pas
menang 49 kerusi hampir mencapi jumlah yang disasarankan untuk menang 60
kerusi. Peningkatan kerusi Pas sebanyak 31 berbanding kerusi dimenangi pilihan
raya lalu 18 kerusi. Pas menyapus bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu.
Paling bermakna buat Pas ialah ia pertama kali menguasai Dun Perlis dan bakal
memiliki menteri besar di negeri Indra Kayangan itu.
Bukan itu sahaja,
kejayaan di Pahang juga memberangsakan. Pas benar-benar menjadikan UBN Pahang
hilang akal.
Belum pernah berlaku
dalam sejarah Pas mendapat kerusi sebanyak itu. Paling banyak Pas raih kerusi
ialah 29 kerusi sewaktu Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat, Keadilan dan
DAP.
Begitu juga dengan
Bersatu yang mendapat 24 kerusi berbanding dengan 13 kerusi dimenangi sebelum
ini. Kejayaan kali ini adalah kejayaan mutlak kepada Bersatu selepas ia berdiri
di atas kaki sendiri bergabung dengan Pas.
Kejayaan Pas dan Bersatu
ini boleh menjadi cabaran bukan sahaja kepada BN tetapi kepada PH. Ia merupakan
satu isyarat menakutkan. Justeru PN tidak boleh dilihat sebagai gabungan kecil
dan remeh lagi.
Sekiranya dalam pembentukan
kerjaan nanti Anwar Ibrahim ditakdirkan ternafi untuk jadi perdana menteri dan
menyusun kabinet, ia boleh memberi peluang kepada PN untuk terus melonjakkan
gabungan itu dalam mata rakyat, apa lagi kalau PN mengetuai kerajaan baru
nanti. Bersambung, apakah faktor kemenangan PN? [wm.kl.5:52
pm 20/11/2022]