Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap
Perdana Menteri?
Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya
di lakukan oleh mana-mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di
Parlimen.
Kedua untuk mengangkat institusi parlimen tersebut dan bukan
sekadar rubber stamp. Ingat 17 bulan masa Muhyidin jadi Perdana Menteri, sudah
la tiada keabsahan, siap buat darurat hanya kerana tak cukup nombor, lepas
darurat kes Covid makin naik. Bila YDPA suruh buka parlimen dia dan kabinetnya
derhaka. Lepas itu ada hati hendak kritik kata Anwar tak ada keabsahan; sungguh
ironis. Dah la dalam masa tersebut, banyak perbelanjaan berbillion di lulus di
luar parlimen.
Lagi satu hendak bawa politik islah satu perkara yang susah
sebab kita kena buktikan dengan perbuatan yang kata-kata kita selari. Bila
Anwar pernah kritik Muhyidin tak ada keabsahan, maknanya Anwar perlu
membuktikan yang dia berbeda dari predecessor. Benda ini sesetengah orang
nampak kecil, tapi bagi mereka yang ikut undang-undang, ini adalah satu
kebanggaan. Contohnya kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu berpuluh-puluh
tahun dengan cara yang betul, dengan sabar walaupun ada orang lain dapat dengan
cara menipu. Bila kita dapat benda itu, sudah tentu kita akan rasa bangga.
Sebab ikut kalau kita telusuri ada satu ceramah Anwar waktu
kempen, dia ada sebut yang dia hendak jadi role model seorang Melayu dan Muslim
yang baik, yang mana orang bukan Islam boleh lihat oh rupanya masih ada lagi
orang Melayu Islam yang jujur dan berkempen tidak menyentuh isu perkauman dan
agama yang sempit.
Sebab itu bila orang sindir Anwar PM tepi, dia tidak terkesan
sebab bagi dia tidak guna jadi Perdana Menteri kalau tidak pertahankan prinsip
hidup; dia tidak curi duit rakyat ataupun kayakan kaum keluarga.
Cerita pasal prinsip ini, tak ramai orang yang tahu hargai nilai
dan harga sebuah prinsip dan integriti. Sebab itu ucapan Anwar 11 tahun lepas
dan sekarang tidak banyak beza, intipatinya masih sama; anak muda kena ada
prinsip dan dia istiqamah tentang perkara ini.
"Fight them, and fight them hard. Power? U dont have. Wang?
U dont have. What do you have? Integriti. U ada maruah, u ada jiwa, u ada
semangat"
Lepas itu dia memetik kisah pemuda Ashabul Kahfi yang lari dari
pemerintah yang zalim demi untuk menyelamatkan iman yang mana gist kisah
tersebut adalah pergantungan pada Allah SWT. Tidak ramai dari kita yang boleh
mentadabur Al-Quran, lagi sedikit yang mempraktikkan apa yang di ajar dalam
Al-Quran.
Andainya dia bengkok dalam masa 11 tahun, sudah tentu jutaan
rakyat tidak akan ikut dia.
https://www.youtube.com/watch?v=LPSzauPEYlQ
Undi percaya dan tidak percaya juga adalah satu peringatan untuk
mana-mana Perdana Menteri supaya sentiasa beringat yang kuasa yang Allah
pinjamkan itu adalah amanah dan bukannya ghanimah. Jadi bila mereka buat
apa-apa keputusan, rakyat perlulah di utamakan dan bukannya cukong-cukong.
Setiap perkara sudah tentu ada risikonya, kalau Anwar tewas undi
percaya nampaknya Perdana Menteri baru lain akan naik, tetapi jika itu takdir
Allah, biarkah sahaja ia berlaku. Mungkin ada kebaikan dan ibrah daripada
peristiwa tersebut.