Telur ayam kurang sebab kena seludup ke negara jiran. Sebab
harga telur di negara jiran lebih mahal, katanya. Senang betul dorang ni
selesaikan isu.
Macam negara ni tak ada agensi penguatkuasaan je kan? Orang nak
seludup petrol, minyak masak dan sekarang telur boleh buat sesuka hati. Begitu?
Kalau seludup pun, betul punya banyak sampai di Johor pun lesap,
logik ke? Kalau dekat utara je boleh lagi la nak terima. Ini sampai ke selatan?
Ini alasan lepas tangan. Selepas berbulan wujud JK jihad ni, tak
ada apa hasil pun. Keadaan jadi makin teruk adalah.
Dah tak tahu nak cakap apa, dia katalah telur kena seludup.
Setakat nak bagi alasan begitu, baik tak payah ada jawatankuasa. Bazir duit
rakyat je.
Begitu hakikat BN dan PN. Mereka yang menghuni kabinet negara,
dengan gaji yang besar tapi sesen pun tak guna. Nak sokong lagi? Guane boh?