Untungnya menjadi sebuah Najib. Dah curi RM42 juta, dah puas
berbelanja mewah baru ditangkap dan dibicarakan.
Bila didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara pun masih
dapat selalu keluar untuk ke mahkamah. Kemudian dapat layanan VIP di hospital.
Sekarang akan lebih selalu dapat keluar ke parlimen pulak.
Banduan lain anggap penjara ibarat neraka. Tapi bagi dia macam
hotel. Bila keluar siap pegawai pengiring. Memang bukan sebarangan ini. Mungkin
ini maksud Najib bila kata cash is king.
Pelik bila Najib dikatakan perlu melawat kawasan konon untuk
dengar rungutan rakyat. Masa belum dipenjarakan, berapa kali Najib balik
kawasan? Ada ke dia dengar rungutan rakyat? Kalau ada, kenapa ada tempat di
China masih belum dapat bekalan elektrik walau selepas berpuluh tahun merdeka?
Kemudian kena benarkan dia jumpa setiausaha politik dia pula.
Mungkin dalam BN pemimpin lain tak ada otak jadi mesti kena Najib uruskan
kawasan parlimennya. Setiausaha politik dia ada masalah pemikirankah? Atau UMNO
Pekan hanya dianggotai oleh Zombie sahaja?
Ini semua alasan mengarut. Semuanya jalan licik untuk Najib
lepaskan diri daripada suasana penjara. Kalau boleh bebas begini, kena penjara
seumur hidup pun tak jadi masalah. Dan kalau nak berlaku adil, banduan lain pun
kenalah diberi layanan sama.
Tindakan Najib seolah tak hormati hukuman yang ditetapkan oleh
undang-undang. Tengoklah sendiri bagaimana Najib licik manipulasi
undang-undang. Patutlah dia seronok curi dana negara. Guane boh?