SURAT ARAB
Dalam mahkamah, bukan semua yang dicakapkan oleh saksi boleh
diterima. Saya dah tulih dulu, kredibiliti atau “kebolehpercayaan” saksi itu
paling utama.
Saksi yang ada perlu ada bukti dan saksi lain untuk dokong
cakapnya. Kalau tiada, the very least, apa yang dia cakap perlu kredibel, tak
putar alam jua.
Sama juga hukumnya, kalau bukti dokumen. Dokumen yang dimasukkan
sebagai bukti di Mahkamah perlu lah yang boleh kita percaya.
Kalau dokumen fotostat, bukan ori punya, Mahkamah akan letak
tepi dahulu. Sehingga orinya ada. Takpun pembuat surat datang jadi saksi untuk
sahkan dokumen tersebut.
Ini dipanggil BEST EVIDENCE RULE. Termaktub dalam Seksyen 61
Akta Keterangan 1950.
Kalau setakat dokumen fotostat, ntah siapa2 yang buat, takkan la
Mahkamah nak terima saja2. Sedangkan kita dapat surat fotostat pun kita pikir
dua kali nak percaya.
Bab derma Arab ni saya nak komen sikit. Dalam kes SRC, Mahkamah
melalui 9 hakim yang bijaksana, dah tolak mentah2 surat Putera Arab di bawah.
Diputuskan hanya sandiwara.
Kenapa?
1. Surat fotostat jua, orinya mana?
2. Penulis surat tak dibawa ke Mahkamah untuk sahkan kandungan
surat.
3. Penulis surat pun kita tak tahu siapa. Mereka kenal pasti
sebagai Putera Arab, tapi kalau google namanya, beliau hanya Menteri Dalam
Negeri (Minister of Interior) dan bekas Gabenor Madinah. Ntah ya ntah tidak dia
yang bagi surat ni. Tiada surat Kerajaan Arab lain yang sahkan.
4. Dia bagi surat peribadi, bukan surat rasmi Kerajaan, walhal
katanya derma sampai RM2.3bilion. Takkan la Putera Arab saja2 campak masuk
akaun peribadi, walau pun kepada seorang Perdana Menteri.
5. Bukti money trail, duit tu bukan dari Putera Arab tapi dari
SRC. Tiada bukti money trail datang dari Arab pun.
Dalam kes 1MDB pula, trick yang sama diguna. Pegawai Bank
diminta sahkan itu duit Raja Arab hanya berpandukan surat fotostat macam ni.
Yang Ambank minta untuk buka akaun.
Saya taknak komen banyak, sebab kes masih berjalan. Subjudis
pula nanti.
Cuma satu, kita kena tahu. Jangan termakan spin dan auta. Selalu
semak fakta. Kes di Mahkamah bukan pakai logik akal influencers jembalang.
Mahkamah pun ntah2 mereka tak pernah datang.
Ada peraturannya yang perlu diikuti. Kalau tak ikut, ranap la
sistem keadilan nanti.
Kalau level ni, boleh diterima sebagai bukti. Lepas ni scammer
menipu orang kampung, boleh lepas dengan pakai surat fotostat. Tak ke musibat?
Salam hormat,
Liyana Marzuki