Ringgit menghampiri nilai
terendah RM4.70 bagi satu dolar Amerika pada 13 Oktober 2022, manakala bursa
saham pula merosot empat hari berturut-turut.
Nilai ringgit hari ini (13
Oktober 2022) jatuh kepada RM4.691 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS),
manakala pasaran saham di Bursa Malaysia pula terus merosot untuk empat hari
berturut-turut.
Berbanding
RM4.682 ketika ditutup semalam, nilai ringgit meneruskan aliran penyusutannya
menghampiri paras RM4.70 bagi setiap satu dolar AS.
Keadaan
itu menyusul laporan pengukuhan dolar AS setelah laporan kinit mesyuarat
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang memaparkan kemungkinan kadar
dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi bagi menurunkan paras inflasi.
Selain
ringgit, beberapa nilai mata wang Asia juga dilaporkan bergerak dalam jajaran
kecil menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi September yang
dijangka menunjukkan inflasi negara itu.
Nilai ringgit juga dilaporkan
diniagakan lebih rendah berbanding mata wang lain, termasuk pound Britain, euro
dan dolar Singapura.
Sementara
itu, indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pula mencecah paras terendah baharu
tahun ini apabila pelabur menjual saham, susulan ketidak tentuan politik
menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Ketika
ditutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.21 mata, atau 0.52 peratus
kepada 1,373.36 berbanding 1,380.57 pada Rabu.
Keseluruhannya
kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 521 berbanding 321; 353 kaunter
tidak berubah; 1,151 tidak diniagakan; dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.03 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 1.85 bilion unit bernilai RM1.56 bilion pada Rabu.