PRU-15; Suatu Senarai Jika..
Tulisan ini ialah penulisan politik.
1. Jika UMNO BN menang dengan cukup majoriti untuk membentuk
kerajaan, maka rakyat akan mendapat Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan, Ismail Sabri,
Ahmad Maslan, Annuar Musa dan Shahidan Kassim untuk kembali membentuk kabinet.
Semua mereka ini sebahagian besar sudah pun berada dalam jemaah menteri yang
ada sekarang.
Pendek kata, rakyat akan mendapat kumpulan manusia pentadbir yang
sama kembali. 5 tahun.
2. Jika UMNO BN menang tetapi tidak cukup majoriti, lalu perlu
mengambil PAS bagi membentuk kerajaan. Maka rakyat akan mendapat kembali Tuan
Ibrahim Tuan Man, Taqiyuddin, Idris Ahmad, Duta Khas Bertaraf Menteri ( jangan
disebut nama ), dan Khairuddin Takiri untuk kembali membentuk kabinet jemaah
menteri. Semua ini pun sudah ada kini.
Pendek kata, rakyat tetap akan mendapat kumpulan manusia
pentadbir yang sama kembali. 5 tahun.
3. Semua alasan yang menjadikan PRU ini dibuat juga dengan
segera walaupun musim hujan lebat ialah kerana mahu kerajaan stabil. Mahu
pasukan ampuh untuk berdepan ekonomi meleset tahun depan dan mahu selamatkan
bangsa melayu dari bahaya golongan tidak beriman dan tiada moral.
4. Lantas pasukan yang rakyat mesti pilih untuk selamatkan
negara bagi 5 tahun ke depan ialah pasukan pentadbir sama yang memerintah
negara sekarang. Tiada beza. Cuma mungkin Azmin Ali dan Faizal Azumu yang bakal
tiada. Rasanya tidak mungkin ambil Mokhtar Senik sebagai pemain ganti. Tak tahulah
kan..
5. Sepanjang 35 bulan sejak Langkah Sheraton, muka sama
memerintah yang disebut kerajaan tidak stabil dan ekonomi merosot. Lalu rakyat
perlu memilih muka yang sama kembali untuk membawa kestabilan dan kemakmuran
ekonomi negara bagi lima tahun ke depan.
Hebat
. Inilah tanah airku.
Ada falsafah menyebut, membuat kerja yang sama dengan cara yang
sama bahkan orang pun sama tetapi mengharap hasil berbeza itu disebut apa..?
Selamat Mengundi Rakyat Malaysia..
Anda mampu mengubahnya..
Zamir Ghazali
Ketua Angkatan Muda Harapan
Terengganu