Mungkinkah Kebawah Duli Tuanku YDP Agong akan menolak nasihat PM
bagi membubarkan parlimen atas faktor2 berikut?
1. Memasuki musim tengkujuh. Mencacatkan amalan demokrasi jika
diadakan PRU kerana sekiranya banjir berlaku di beberapa tempat, maka ianya
dilihat menidakkan hak rakyat untuk keluar mengundi.
2. Apakah PM telah berjaya menunaikan janjinya kepada Agong
sewaktu mengangkat sumpah untuk menjadi PM dahulu iaitu tugas utamanya adalah
tangani Covid dan pulihkan ekonomi? Berapa peratuskah kejayaan yang telah
beliau capai setakat ini?
3. Terdapat banyak bantahan oleh hampir kesemua parti politik
kecuali Umno bahkan dari NGO2 serta rakyat yang tidak mahu mengambil risiko
menghadapi PRU sewaktu musim tengkujuh. Difahamkan, kabinet sendiri tidak
pernah bersetuju untuk diadakan PRU dalam masa terdekat ini.
Persoalannya, adakah Agong wajib menerima nasihat PM? Sejarah
pernah membuktikan sebelum ini Agong pernah menolak nasihat PM iaitu sewaktu
Muhyidin selaku PM dahulu menasihatkan Agong untuk mengistiharkan darurat.
Nasihat PM ditolak.
Jika diikut semangat konvensyen atau moral, seseorang PM yang
menasihati Agong tetapi nasihatnya ditolak, maka wajarlah PM itu meletakkan
jawatan kerana dianggap telah hilang kepercayaan dari Agong. Namun, Muhyiddin
waktu itu tebal kulit muka dan gagal mematuhi semangat tersebut. Apakah ianya
bakal berulang lagi?
Rakyat harus melihat kesemua ini. Tidak masuk akal seorang PM
yang entah cukup atau tidak lagi majoritinya sekarang tanpa rasa bersalah mahu
mendera rakyat dengan mengadakan PRU waktu musim tengkujuh hanya kerana seorang
dua manusia yang bermasalah di mahkamah mahu adakan PRU?
Jika ini benar-benar berlaku, rakyat berhak menghukum PM dan
partinya kerana langsung tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dan
parti masing-masing.
WFAUZDIN NS