PAVILION GAH TAPI SUNYI SEPI

 



Sesat mencari kereta, kecanggihan parking Pavillion

Mall melebihi permintaan dan tidak ikut arus zaman

PAVILION GAH TAPI SUNYI SEPI

Sewaktu saya ke KL baru2 inI saya sempat berkunjung ke Pavilion Mall Bukit Jalil atas jemputan seorang rakan. Buat julung kalinya selepas berpuluh tahun dan beratus Mall saya kunjungi saya sesat mencari parking (cerita selanjutnya di penghujung artikel).

Saya agak terlewat dan tergesa gesa bila tiba. Apatah lagi tidak biasa dgn Mall tersebut. Masuk ke dlm saya agak terkejut Mall ini sunyi sepi walaupun byk kenderaan di lot parking.

Kedai2 masih byk kosong dan saya tidak melihat Mall ini ada masa depan. Bagi saya pengurusan Pavillion tamak atau bernafsu besar hingga sanggup melabur ratusan juta ringgit utk Mall mereka di Bukit Jalil tanpa memikirkan faktor2 yg saya huraikan di bawah.

5 faktor utama kenapa Mall Pavillion ini sunyi dan juga byk Mall2 di seluruh negara sunyi tanpa pengunjung dan ada ditutup

1. Size terlalu besar dan lokasi tidak strategi

Jujur saya katakan Mall ini terlalu besar walaupun ada seribu pengunjung anda tetap merasakan ia kosong. Ia sekaligus membuatkan pengunjung merasa bosan. Dgn lokasinya yg jauh dari pusat bandaraya dan bergantung sepenuhnya kpd pengunjung tempatan.. sukar utk ia menarik pengunjung ke situ. Tarikan tiada apabila byk kedai2 masih kosong terutama di aras 1,2 dan 3. 40 minit dari hujung ke hujung di aras GF dna LG saya sudah mencapai 10k step bermakna punya besar Mall ini.

2. Pembelian Secara Online

Umum mengetahui era skg adalah era pembelian secara online. Saya sendiri dpt merasakan apabila jualan kedai saya di Mall 40% adalah jualan online. Anak2 saya sendiri kerap shopping secara online. Bagi mereka ia jauh lebih murah dan byk pilihan. Ia trend anak2 muda bukan setakat itu sahaja mereka gemar order makanan menggunakan Grabfood atau Foodpanda. Sekaligus arus zaman (teknologi) telah memberi kesan kpd jumlah kehadiran org ramai ke Mall.

3. Mall Terlampau Banyak

Jumlah Mall yg terlalu byk juga penyumbang kenapa Mall menghadapi kekurangan pengunjung. Kebiasaan Mall yg lama ditinggalkan kecuali ia ada tarikan tersendiri. Di Lembah Klang berpuluh Mall tumbuh bagaikan cendawan. Kewujudan terlalu byk Mall membuat mereka terpaksa bersaing sesama sendiri.

4. Daya Beli Menurun

Umum mengetahui dunia mengalami kemurungan ekonomi kesan dari Pandemik. Puluhan ribu dibuang kerja. Rakyat lebih fokus kpd membina ekonomi dan berjimat cermat. Sebab itu skg trend pembelian baju secara online atau bundle.

Lokasi Pavillion di luar dari pusat bandaraya adalah satu kesilapan besar. Pavillion Mall jenama besar atau bertaraf 5 bintang. Pelancong selain mengenali ikonik KLCC mereka kenal Pavillion. Jadi Pavillion Bukit Jalil yg hanya mengharap org tempatan pasti sukar menerima pengunjung ke sana. Mindset org kita Pavillion mahal.

5. Harga Sewa Terlampau Tinggi

Saya ada kedai di Mall dan sudah 8 tahun di situ. Kos utk membuka berganda dari kedai saya diluar. Masih ingat lagi deposit owner dan mall dan syarat2 merwka saya sudah habis RM 40k belum kos renovation lagi. Sewa di Mall yg agak mahal menbuatkan ramai tidak berani membuka perniagaan mereka di dlm Mall.

Malah waktu Pandemik pemilik kedai Mall tidak mahu mengurangkan harga sewa begitu juga yg menyewa dgn pengurusan Mall. Ia adalah antara faktor penyumbang kenapa Pavillion itu kosong. Jika ia berterusan saya dapat merasakan perimis di Lot2 kedai Pavillion bukan akn bertambah tetapi akn berkurangan kerana tidak ramai penyewa mampu meneruskan perniagaan jika tiada ramai pengunjung.

Baik berbalik kpd cerita parking. Apabila ingin pulang buat pertama kalinya saya terlupa di mana saya parking kereta. Sampai hari ini isteri tidak ketahuan cerita ini bimbang sindiran saya kpdnya selama ini akan kembali kpd saya.

Lalu saya buat aduan kpd Pengawal Keselamatan sorang lelaki Bangladesh. Dia minta tiket parking saya dan membawa saya ke sebuah mesin bersebelahan mesin pembayaran tiket.

Dia masukkan mesin tersebut… punya canggih skrin di mesin tersebut menunjukkan gambar visual di mana lokasi kereta tersebut. Bermakna di setiap barisan parking ada kamera yg mengawasi kenderaan kita. Fuh canggih dan teruja betul saya dgn sistem keselamatan paking Pavillion Bukit Jalil.